Anda di halaman 1dari 2

Perkamusan

Pendahuluan Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud

penyusunan kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh

seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik

dan termuat di dalamnya nilai-nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat

dipertanggungjawabkan. Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik,

semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah kamus. Tugas kamus adalah untuk

memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan kata-kata. Dengan kata

lain, dalam perkamusan kita terpaksa memberi makna kepada sesuatu lambang dengan menggunakan

lambang itu sendiri. Lambang ini ialah lambang linguistik.

Oleh itu, setiap kamus yang disusun mestilah mengutamakan prinsip kesarjanaan sebagai asas

penyusunan kamus. Pandangan ahli linguistik perlu dipertimbangkan selain daripada keperluan

pengguna kamus. Menurut Arbak Othman, penyusun kamus hendaklah memastikan bahawa makna

yang dibuat dalam pemerian sebaik-baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya

makna perkataan yang digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama ada

kerana gayanya yang berbeza, situasi penggunaannnya atau sifat-sifat pragmatiknya yang berbeza.

Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara yang berikut:

1) Perancangan - pertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu, dan penentuan
prasarana.

2) Siapakah yang terlibat? - Individu yang terlibat bersangkutan dengan persyaratan keahlian dan
kemampuan individu melaksanakan program perkamusan.

3) Aspek linguistik - aspek linguistic digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan
leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya.

4) Pemasaran - aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produk.

5) Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus - penguasaan dua atau tiga bahasa di samping
bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa.
Penyusun kamus juga perlulah mempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan. Selain
daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak kurang
penting.
6) Bagaimanakah penelitian dilakukan? - Penelitian leksikologi termasuklah yang bersangkutan dengan
korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data. Penelitian aspek bahasa lain seperti tatabahasa
sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan.

PRINSIP

Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus, iaitu:

1) Keaslian - kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk tersebut benar-benar
digunakan oleh penutur jati.

2) Keperwakilan - bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh pengguna yakni khalayak,
kamus perlu memuatkan bahan yang benarbenar mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa
untuk kanakkanak.

3) Kelayakan - penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan pekerjaannya.
Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan
sosial juga perlu diambil kira misalnya bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus.

4) Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai berdasarkan
penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder berdasarkan rujukan kepustakaan.

Kamus tidak sekadar mencatat makna tetapi kamus mempunyai perkaitan yang rapat dengan ilmu

makna atau semantik. Semantik mengkaji makna kata dan amat penting bagi seorang penyusun kamus.

Apa yang menjadi kandungan kamus bukan sekadar kata tetapi makna kata-kata tersebut. Lambang

mempunyai makna yakni bukan sahaja bahasa tetapi lambang memberikan makna tertentu. Contohnya

apabila mata melihat sesuatu objek seperti baju pastinya mempunyai ciri-ciri warna, bentuk atau jenis

kain. Lyons dalam Semantics (1977) membezakan tiga makna berasaskan bahasa, iaitu :

i) makna deskriptif yakni makna biasa berkenaan sifat dan sebagainya, misalnya makna dalam kamus;

ii) makna sosial yakni makna dalam konteks kegunaan sosial misalnya naga mempunyai nilai tambah
bergantung kepada budaya (masyarakat Cina memberikan nilai baik manakala masyarakat Barat
memberikan nilai negative)

iii) makna ekspresif yakni makna berkaitan dengan perasaan misalnya kagum atau marah berbeza
berdasarkan persepsi individu.

Kata Entri

Kamus istilah Entri dalam kamus ini adalah terdiri daripada istilah khusus bagi bidang tertentu.

Fungsinya adalah untuk kegunaan ilmiah. Contohnya ialah Kamus Istilah Fiqh

Anda mungkin juga menyukai