Anda di halaman 1dari 6

Pokok yang menjadi saksi

Dua orang kawan yang bernama Babu dan


Darma tinggal di sebuah kampung kecil. Mereka
berdua merupakan kawan baik. Persahabatan
mereka sangat erat walaupun mereka memiliki
peribadi yang bertentangan antara satu sama
lain seperti pantun

Banyak udang banyak garam,

Banyak orang banyak ragam.

Babu merupakan seorang gadis lelaki yang


berminda buruk manakala Darma merupakan
gadis lelaki yang beramal dan jujur.

Pada suatu hari, Babu bertanya kepada


Darma, “Bolehkah kita memulakan perniagaan
bersama wahai sahabatku?”. Darma bersetuju
untuk pergi ke bandar berdekatan bagi
memulakan perniagaan kerana,
Datang hinggap burung pipit,

Mencari makanan dising hari,

Masalah duit yang menghimpit,

Dengan sabar rezeki dicari.

Selepas beberapa bulan,mereka mendapat


keuntungan yang banyak dalam perniagaan.
Mereka berdua mempunyai wang yang cukup
untuk meneruskan kehidupan seharian. Babu
dan Darma mengambil keputusan untuk pulang
ke kampung mereka sendiri. Mereka mengikuti
jalan melalui hutan. Hari sudah semakin senja
dan mereka tinggal di hutan pada malam itu.
Babu memutuskan untuk memiliki semua wang
yang mereka berdua di--------. Dia awake
sepanjang malam dan memikirkan satu cara
untuk hal tersebut. Pada waktu subuh, dia
seolah-olah mempunyai idea yang tidak baik.
Apabila mereka menyambung perjalanan mereka
ke kampung, “ saya terfikir sepanjang malam.
Kita telah mendapat banyak wang. Saya rasa
kita tidak sepatutnya membawa semua wang ini
ke kampung. Kita tanam semua wang di sini.
Apabila perlu, kita sama-sama datang untuk
mengambil wang yang secukupnya di sini.
Adakah awak bersetuju?” Tanya Babu kepada
Darma.

“Ini adalah satu idea yang hebat Babu,” Darma


memuji. Mereka menanam semua wang itu di
bawah sebatang pokok beringin yang besar dan
pulang ke rumah mereka.

Pada malam yang sama, Babu pergi ke hutan


dan menggali tempat dan mengambil semua
wang yang dia bersama kawannya simpan. Dia
menutup lubang itu seperti mana sebelum ini dan
pulang ke rumah.
Pada keesokan harinya, Darma pergi ke rumah
Babu dan “saya memerlukan wang dengan
segera. Kita pergi dan ambil sedikit wang
daripada wang yang telah disembunyikan. Nak
ikut saya ke Babu?,” Tanya Darma kepada Babu.
Selepas Babu bersetuju untuk ikut, mereka
kembali ke hutan dan mula untuk menggali
tempat yang mereka menyimpan wang.

Tiada wang di sana! Secara pantas, Babu


menuduh Darma yang mencuri wang tersebut.
Mereka berdua pergi mengadu tentang hal ini
kepada penghulu kampung tersebut. Penghulu
berkata, mereka berdua perlukan saksi untuk
membuktikan orang yang tidak bersalah.

Babu terus menjawab bahawa pokok beringin itu


sendiri yang merupakan saksi baginya. Penghulu
mengambil keputusan untuk menanyakan pokok
itu. Babu pergi meminta tolong ayahnya pada
malam tersebut. Semua orang pergi ke hutan
dan berdiri di bawah pokok beringin tersebut.
Penghulu bertanya kepada pokok “ Si pokok!
Siapakah yang mengambil wang yang telah
disimpan di sini?”. Jawapan yang
memeranjatkan semua orang iaitu “ Darma yang
pelakunya. Dia yang mempunyai semua wang
itu,” keluar dari pokok tersebut.

Penghulu dan penduduk kampung yang lain


membincangkan bagaimana hendak memberi
keputusan. Pada masa yang sama, Darma
mengumpulkan daun-daun kering dan kayu. Dia
membakar kesemuanya itu di bawah pokok
beringin itu. Asap yang keluar daripada daun-
daun kering itu membuatkan satu rupa keluar
dari pokok tersebut sambil membatuk. Bukan
siapa, rupa itu ialah ayah Babu.
Penduduk kampung mendapat tahu bahawa
kesalahan yang dibuat oleh Babu telah disokong
dan _________oleh ayahnya. Babu mendapat
hokum atas kesalahannya itu yang buruk. Darma
berasa sedih atas perbuatan kawannya itu.

Pengajaran: Jika kita berbuat buruk kepada


orang lain, ia akan kembali melanda kepada
kita.

Anda mungkin juga menyukai