Anda di halaman 1dari 2

Faktor keberkesanan media

Penggunaan media dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran di


dalam kelas. Sebagai contoh, perisian latih tubi dapat memberikan program latihan
secara berkomputer dapam bentuk multimedia dan mengambil alih peranan guru
untuk menyediakan latikan kepada pelajar. Komputer atau perisisan multimedia akan
mempersembahkan soalan dengan berulangkali supaya pelajar boleh berlatih
memantapkan kemahiran mereka dalam pelbagai topik. Contohnya, soalan objektif
matematik kertas satu, yang melibatkan pelbagai topik matematik seperti operasi
nombor, peratus, pecahan, wang, masa, jisim boleh dimuatkan dalam program latih
tubi. Dalam aplikasi multimedia seperti ini, komputer akan memaparkan soalan dan
murid akan memberi respon kepada soalan yang diajukan. Seterusnya komputer
menyediakan maklumbalas kepada respon murid tersebut. Akhirnya murid akan
mendapat keputusannya berdasarkan soalan yang dijawab. Perisian latih tubi
sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk memahirkan diri dalam sesuatu
topik matematik tanpa kehadiran guru dan di persekitaran pembelajaran yang dipilih
pelajar itu sendiri.

Pengetahuan baharu dapat dipersembahkan dengan secara sistematik melalui


perisian multimedia tutorial dengan berlandaskan kepada teori pembelajaran kognitif.
Penerangan guru secara lisan mungkin tidak dapat difahami oleh murid kerana
menganggap ianya terlalu abstrak untuk dibbayangkan. Oleh itu penggunaan perisian
tutorial dapat membantu murid melihat dengan lebih jelas berkaitan proses-proses
atau langkah-langkah yang dijelaskan oleh guru. Murid juga tidak perlu mengangkat
tangan berulang kali untuk mengemukakan soalan kepada guru. Ini kerana multimedia
telah direka bagi membolehkan murid berhenti dan menjelajah semula sekerap yang
diperlukan. Media ini membolehkan seorang murid mengulang semula bahagian yang
sebelumnya atau ke bahagian seterusnya. Dengan ini ianya mewujudkan dan
menyediakan suasana pembelajaran yang ideal untuk memindahkan maklumat
kepada setiap pelajar. Bukan itu sahaja, perisisan tutorial dapat membantu murid
untuk belajar dalam suasana aman, di rumah atau di luar rumah tanpa bantuan guru
atau bahan lain.
Media juga digunakan sebagai alat bantu mengajar. Suatu ketika apabila perbezaan
terhadap pemahaman seseorang murid akan bahan yang disampaikan sering kali
meletakkan guru dalam keadaan serba salah dan tambah merumitkan lagi apabila
gagalnya interaksi dua hala diantara guru dan pelajar. Dalam hal ini, penggunaan
media dapat membantu guru memberikan tumpuan yang lebih kepada para pelajar
yang agak lemah dan memerlukan perhatian berterusan.

Anda mungkin juga menyukai