Anda di halaman 1dari 1

ISL 1 (Kumpulan)

Kenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang signifikan berdasarkan praktikum
anda pada 1 semester terakhir yang anda fikir dapat diselesaikan melalui inovasi digital.
Berikan justifikasi untuk jawapan anda.

Masalah yang saya dapat mengenalpasti semasa praktikum 1 ialah murid-murid


kurang faham dan fokus terhadap pengajaran yang disampaikan. Saya mendapati mereka
kuirang menunjukkan minat yang mendalam terhadap pengajaran guru. Hal ini disebabkan
oleh guru di sekolah yang saya berpraktikum masih berasaskan pengajaran tradisional. Guru
di sekolah ini masih tidak memanfaatkan ICT dalam pendekatan pengajaran mereka. Oleh itu,
salah satu penyelesaian masalah yang dapat saya fikirkan adalah dengan menggunakan
pendekatan pembelajaran melalui reka bentuk permainan digital dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak.

Dengan adanya pendekatan pembelajaran melalui permainan digital berpotensi untuk


menjadi salah satu pendekatan yang mendapat sambutan dalam kalangan guru-guru bagi
mencapai objektif pembelajaran terutamanya terhadap kanak-kanak. Contoh permainan
digital yang boleh direka adalah seperti Kira-Kira. Dalam pengajaran Matematik, guru dapat
mereka bentuk permainan digital ini untuk membolehkan murid-murid membuat latihan dalam
masa yang ditetapkan di samping mereka boleh bermain.

Pembelajaran yang berkesan dapat dicapai apabila guru-guru bijak dan kreatif dalam
menggunakan pendekatan pembelajaran melalui reka bentuk permainan digital dapat
meningkatkan kesediaan dan motivasi murid-muridnya. Selain itu, guru dapat menyampaikan
pengajarannya dengan mudah melalui pendekatan ini dan memastikan ilmu yang
disampaikan dapat diterima pelajar dengan baik dan berkesan. Bukan itu sahaja, melalui
pendekatan permainan digital, guru mampu memperkembangkan daya intelek, rohani,
jasmani dan emosi kepada para pelajarnya secara optimum sesuai dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara. Namun yang penting, pendekatan pengajaran ini dapat menarik perhatian
pelajarnya. Pendekatan pengajaran yang berkesan dapat meningkatkan kemahiran pelajar
untuk menerima, menganalisis dan mensintesis pelajaran bagi mencipta pengetahuan baharu.
Kanak-kanak pada hari ini tidak lagi bergantung sepenuhnya pada guru.

Anda mungkin juga menyukai