Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Secara umumnya, teori boleh diertikan sebagai satu set prinsip dan definisi yang dipetik
daripada Kerlinger (1986), Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah (2009). Sehubungan dengan itu,
dengan berbekalkan fahaman yang mendalam tentang satu-satu teori, maka guru mampu
menghasilkan cara penyelesaian yang kreatif dan berinovasi apabila menghadapi masalah
terhadap sesuatu fenomena. Seperti yang telah kita ketahui, pembelajaran adalah merupakan
satu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman
yang akan mengakibatkan perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan
pandangan seseorang individu (Ormrod, 1995).

2.0 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori pembelajaran sosial menurut Albert Bandura ialah melibatkan hubungan antara tiga
unsur iaitu persekitaran, individu (kognitif) dan tingkah laku (Ormrod, 2008). Faktor-faktor tersebut
saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Albert Bandura berpendapat bahawa
perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri dan juga persekitaran..
Menurut Albert Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru maka secara tidak langsung
individu tersebut akan menjadi model kepada si peniru.

Antara implikasi bagi teori pembelajaran sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran
ialah pembelajaran yang berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh itu, penyampaian guru
hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi ‘role model’ kepada pelajar di mana setiap
perlakuan mereka akan menjadi ikutan pelajar. Contohnya, cara percakapan serta pemikiran
seorang guru.

3.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK

Menurut pandangan Humanistik terhadap asas pendidikan ialah memupuk pembelajaran


kearah kendiri dan tidak bersifat kebergantungan terhadap orang lain serta mencungkil dan
mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan (Gagne dan Berliner, 1991). Carl Rogers

1
berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai potensi yang tinggi
untuk mencapai potensi diri. Oleh itu, implikasi bagi teori Humanistik terhadap pengajaran dan
pembelajaran ialah guru mestilah sentiasa melibatkan pelajar dalam aktiviti berkumpulan seperti
pembelajaran koperatif. Contohnya, murid membuat perbincangan tentang sesuatu tugasan yang
diberi dan mereka saling memberi pendapat antara satu sama lain. Oleh itu, pembelajaran secara
berkumpulan dapat membina hubungan sosial dan kemahiran emosi mereka.

BEHAVIOR

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang
mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran dengan
tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan
mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-
kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan, aspirasi
dan lain-lain adalah dipelajari.

. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila
menjelaskan proses pembelajaran (Jalongo dan Isenberg 2000).

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

1. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna,

Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas

Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai

2. Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran

Objektif hendaklah khusus

3. Buat analisis tugasan

Pastikan tugasan yang diber sesuai dengan kemampuan pelajar Pecahkan


tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya mudah difahami

2
KOGNITIF

Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk
mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan
ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ahli-ahli
psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku
melalui cuba jaya sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme. Menurut psikologis ini,
dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali murid belajar, ia
akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ‘ingatan’. Kebolehan ini dikenali sebagai
celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba jaya untuk
mempelajari sesuatu.

Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui, memperolehi, memproses dan
menggunakan maklumat. Jadi, dalam mendidik murid-murid khas , guru perlulah menyesuaikan segala
teori-teori yang ingin digunakan. Ada kalanya teori behaviorimse penting digunakan demikianlah juga
dengan teori kognitif. Semua teori boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Jean Piaget merupakan individu bertanggungjawab yang telah mempelopori teori ini. Menurut
beliau, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat
peringkat; peringkat deria motor (0-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-12 tahun)
dan operasi formal (selepas 12 tahun). Teori ini juga menekankan lima konsep asas iaitu skema,
adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi.

Teori Kognitif ini memberikan beberapa implikasi dalam proses P&P. Menurut teori tersebut, isi
kandungan hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang paling
relevan adalah daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada
kepada pengetahuan baru dan daripada kasar kepada halus. Contohnya, untuk mengajarkan
tentang buah-buahan tempatan, mulakan dengan memberi contoh yang diketahui oleh murid-
murid terlebih dahulu. Selain daripada itu, guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator dalam
proses P&P yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak disampaikan bagi
memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lepas.

KONSTRUKTISVIS

3
Teori ini berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi
dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Antara tokoh yang bertanggungjawab
memperkanalkan teori ini adalah L. Vigotsky dan Jean Piaget. Melalui hujah- hujah yang
dikemukakan, dapatlah disimpulkan bahawa, implikasi teori ini dalam P&P ialah peranan guru
merupakan pembimbing, pemudahcara serta perancang dan pelajar memainkan peranan utama
dalam aktiviti pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting
yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bererti tahap isi pelajaran hendaklah
sesuai dengan kebolehan pelajar. Contohnya, jika pelajar tidak mampu menguasai sesuatu topik,
guru perlu mengubah pendekatan yang lebih mudah difahami oleh murid tersebut.

Selain daripada itu juga, penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan dan bentuk serta alat
penilaian terhadap tahap pembentukan ilmu hendaklah dibentuk oleh guru dan murid bersama-
sama. Hal ini bermaksud, penilaian seperti peperiksaan dan ujian bukanlah peratusan atau
kemahiran sebenar murid- murid. Guru seharusnya menyediakan penilaian lain secara
berterusan bagi menentukan tahap sebenar anak didiknya.

Implikasi teori konstruktivisme dalam proses P&P kanak-kanak berkeperluan khas pula ialah guru
perlu membina suasana P&P yang mampu membina pengetahuan murid-murid. Pastikan
suasana yang dibina tidak merencatkan pengetahuan mereka. Contohnya, seorang kanak-kanak
yang mengalami ‘mental retardation’ tahap ringan dan boleh dididik dibiarkan dalam kelas yang
menempatkan kanak-kanak ‘mental retardation’ sederhana akan memberi kesan negatif terhadap
perkembangannya. Sepatutnya, kanak-kanak tersebut perlu ditempatkan di kelas yang mampu
meningkatkan daya pemikirannya.

Selain daripada itu juga, guru perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran
seperti soalan terbuka dan dialog bersama murid- murid. Kaedah ini akan membantu peningkatan
tahap komunikasi. Komunikasi merupakan item terpenting dalam membina kemahiran
menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat. Contohnya, semasa set induksi sesi P&P guru
bertanyakan khabar dan mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme sebelum memulakan
pembelajaran bertemakan hobi pada hari tersebut. Selain daripada itu juga, guru boleh
menggunakan kaedah dialog bersama rakan sekelas untuk membantu kanak-kanak khas
meningkatkan tahap interpersonal. Perancangan guru yang sistematik dan fleksibel boleh
digunakan oleh guru tersebut dalam menagani pelbagai karenah murid.

4
4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, teori pembelajaran sosial ini dibangunkan untuk menjelaskan bagaimana


seseorang mengalami pembelajaran dalam persekitaran sebenar. Albert Bandura (1977)
menegaskan bahawa tingkah laku, persekitaran dan individu dalam pembelajaran yang
mempengaruhi persepsi dan tindakan adalah hubungan yang saling berkaitan. Oleh itu, proses
belajar dianggap berhasil jika pelajar telah memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Dengan
kata lain, pelajar telah mampu mencapai penguasaan diri secara optimum. Akhir sekali, teori ini
juga amat mementingkan faktor pengalaman dan keterlibatan pelajar secara aktif dalam belajar
supaya dapat melahirkan pelajar yang berfikiran terbuka dan luas.

5
5.0 RUJUKAN

Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar.

(Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar

Ormrod, J. E. (2008). Educational Psychology: Developing Learners (6Th ed.). Upper Saddle

River, New Jersey: Pearson Prentice Hall

Ormrod, J. (1995). Educational Psychology: Principles and applications. Englewood Cliffs, NJ:

Prentice-Hall.

Yaxley, B.G. (1991). Developing teachers’ theories of teaching. London: Falmer Press.

Anda mungkin juga menyukai