Anda di halaman 1dari 24

MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH MENENGAH)

TAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS


MELALUI LUKISAN DAN PANTUN
(oleh Pn. Sabariah Bt Ibrahim)

1. Pendahuluan

Pada hari ini, masyarakat sudah maklum akan kepentingan mata pelajaran

Bahasa Melayu dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Bahasa Melayu merupakan

salah satu mata pelajaran teras di peringkat SPM bahasa rasmi negara kita. Meskipun

demikian, kebanyakan pelajar khususnya yang berprestasi rendah, memandang ringan

akan perkara ini dan sesetengahnya pula mengandaikan Bahasa Melayu mudah dan

tidak perlu diberi tumpuan yang sungguh-sungguh. Sesetengah guru, termasuk segelintir

pentadbir pendidikan juga beranggapan mata pelajaran Bahasa Melayu boleh diajarkan

oleh sesiapa sahaja, terutama apabila berhadapan dengan masalah kekurangan guru.

Tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

(P&P) Bahasa Melayu bukan sahaja bergantung kepada keberkesanan latihan yang

diterima oleh guru tetapi yang lebih penting adalah bergantung kepada tahap kreativiti

yang dimiliki oleh guru itu sendiri. Kertas kerja ini akan mengutarakan beberapa kreativiti

guru dalam membuat perancangan dan pelaksanaan P&P untuk diteliti, diteladani

ataupun disesuaikan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya untuk

meningkatkan motivasi pelajar ke arah meminati dan mencintai bahasa Melayu.

2. Objektif Pembinaan Modul


Objektif pembinaan modul ini:
Guru:
 Mengemukakan pelbagai kaedah dan pendekatan dan teknik yang dapat
digunakan oleh guru semasa menjalankan P&P KOMSAS
 Mengubah amalan guru atau sikap guru kepada P&P yang lebih berkesan dan
menyeronokkan
 Memberikan panduan tentang bagaimana pelajar dapat mengingati pantas bahan
KOMSAS yang diajarkan menggunakan lukisan dan pantun

Pelajar:
 memberi keyakinan kepada pelajar sederhana dan lemah mereka juga dapat
berjaya dalam peperiksaan awam
 mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran KOMSAS
yang lebih menarik
 menghasilkan P&P yang lebih berkesan
 dapat memperkukuh kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari

3. Sasaran:
Para pelajar Tingkatan 5 khasnya kelas sederhana dan lemah.

3. Rasional

 Para pelajar akan meminati bahan KOMSAS untuk bahan bacaan dan menambah
ilmu
 Para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik
untuk menjadikan suasana belajar menarik dan ceria.
 Para pelajar perlu dibimbing dengan cara yang berkesan untuk memantapkan
kebolehan mereka dalam pembelajaran KOMSAS
 Para pelajar memerlukan bimbingan yang berkesan untuk membolehkan mereka
cekap dan mahir menjawab soalan KOMSAS khasnya novel
4. Pelaksanaan Di Bilik Darjah

Modul ini dijalankan secara berperingkat mengikut kaedah Pengajaran &

Pembelajaran Bahasa Melayu. Para guru perlu mengajarkan semua aspek dalam novel

terlebih dahulu sebelum menggunakan teknik mudah ingat ini. Kaedah ini lebih utama

digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati fakta novel yang telah diajarkan dan

sekali gus melatih pelajar teknik menjawab soalan novel dalam peperiksaan awam.

5. Keberkesanan Kelebihan Modul

Salah satu aspek penting dalam pembelajaran ialah ‘mengingat’. Ramai pelajar

menghadapi masalah mengingat bahan yang dibaca atau dipelajari, khususnya ketika

menghadapi ujian atau peperiksaan. Daya ingatan kita boleh diperkuat dari semasa ke

semasa. Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa daya ingatan perlu dirangsang pada

setiap masa. Didapati bahawa 80% dari apa yang kita baca pada hari ini akan lupa

hanya dalam masa 24 jam, ini merupakan sesuatu yang normal. Cuma kalau kita boleh

mencipta teknik tertentu, maka tahap ingatan kita mungkin akan menjadi lebih baik. Oleh

itu, kaedah pantas mengingat menggunakan lukisan (Lampiran 6 dan 7) dan pantun

(Lampiran 1) dapat membantu pelajar memperkukuh fakta dua novel yang dipelajari di

Tingkatan 4 dan di Tingkatan 5 dengan cepat bagi mempersiapkan diri untuk

menghadapi peperiksaan SPM.

Keberkesanan modul mengingat pantas melalui pantun dan lukisan ini ialah:

Pelajar dapat mengingat fakta dengan mudah dan cepat

Kaedah ini menyeronokkan pelajar kerana boleh melukis, berpantun dan

menyanyikan pantun tersebut mengikut lirik yang disukai oleh mereka


Menambah keyakinan pelajar dan dapat memotivasikan mereka untuk persediaan

peperiksaan

Melibatkan semua pelajar

Daripada data ujian pra dan ujian pasca (Lampiran 3), saya dapat membuat

rumusan bahawa kaedah ini amat berkesan digunakan kepada pelajar lemah

untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Daripada analisis ujian pra didapati seramai 24 orang pelajar gagal menjawab

dua soalan novel yang membawa 15 markah. Purata markah mereka antara 2

hingga 7 markah. Hanya 4 orang memperoleh markah 9 hingga 12. Selepas

diperkenalkan kaedah pantas ingat ini didapati keputusan mereka bertambah baik,

Semua pelajar lulus dan memperoleh markah antara 8 hingga 15.

6. Penyesuaian

Pantun dan gambar lukisan boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami

bahan KOMSAS yang dibaca atau dikaji. Pantun-pantun perlu dikarang berdasarkan inti

pati cerita dalam novel atau dengan kata lain maksud pantun dapat membantu pelajar

mengingati cara mudah tentang novel atau bahan KOMSAS yang lain. Selain itu, dengan

menggunakan pantun tersebut, pelajar boleh menjawab beberapa soalan lain yang

berkaitan dengan novel (Lampiran 2)

7. Masalah-masalah

Sukar untuk para guru memastikan pelajar lemah membaca bahan KOMSAS

sebelum diajarkan. Satu cara untuk menggalakkan mereka membaca ialah diadakan

pertandingan melukis gambar tentang novel yang dikaji. Lukisan yang paling banyak
memberi input tentang novel akan diberi hadiah. Pelajar hanya membaca novel dan

kemudian melukiskan gambar untuk menunjukkan pemahaman mereka terhadap bahan

yang dibaca.

8. Cadangan

Sebelum menjalankan kaedah ini guru perlu mencipta pantun untuk menunjukkan

contoh agar dapat diikuti oleh pelajar. Kaedah ini amat menarik jika diajarkan

berbantukan komputer dan muzik (lagu yang dipilih oleh guru/pelajar sendiri). Dalam

mengajarkan bahan KOMSAS yang lain guru boleh meminta pelajar mencipta sendiri

pantun-pantun untuk mengingati cerita mengikut kretiviti mereka sendiri. Mereka juga

boleh membuat nota menggunakan kaedah ini, melalui lukisan, peta minda dan

sebagainya.

9. Penutup

P&P berunsurkan pantun, muzik dan gambar sangat menarik. Kaedah ini

merupakan cadangan untuk meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar dalam

bidang pembelajaran masing-masing. Sebagai pendidik seharusnya kita sentiasa

mencari dan memilih alternatif yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar kita.

10. Contoh Modul Dalam P&P Bahasa Melayu

‘KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN

PANTUN’

Tajuk : KOMSAS – Watak dan Perwatakan, Nilai dan Pengajaran dalam

Novel Perlumbaan Kedua dan Julia.


Masa : 80 minit

Objektif: Pada akhir pengajaran ini, pelajar dapat:

i) menyenarai watak dan perwatakan utama dalam novel yang dikaji

ii) menyenarai sekurang-kurangnya 4 nilai murni

iii) menyenaraikan 4 pengajaran

iv) menyenaraikan 4 persoalan

Hasil pembelajaran Utama : 1.0, 2.0, 10.0, 12.0

Hasil Pembelajaran Khusus : 1.4 Aras 1(v)


2.1, 2.2, 2.3 Aras 1 (i), (ii), 2.5 Aras 3 (i)
10.1 Aras1 (i), (ii), 10.2 Aras 2 (ii), 10.6 Aras 3 (iii)
12.1, 12.5 Aras 1 (ii), (iii)

Kemahiran Bernilai Tambah


1. Belajar Cara Belajar (BCB)
2. Pembelajaran Masteri (PM)
3. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)

Sistem Tatabahasa:
1. mendengar dan memahami makna kata adjektif
2. membina ayat yang betul dan tepat menggunakan kata adjektif

Strategi P&P : Dicadangkan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan dan

Individu.

Aktiviti: Perbincangan, sumbang saran, soal jawab

Bahan Media: Komputer, LCD

Nilai Murni : Bekerjasama, keberanian,

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


Set Induksi : (5 minit)
Guru menanyangkan dua gambar di skrin.
Guru meminta pelajar menerangkan tentang gambar-gambar tersebut.
Guru meminta pelajar mengaitkan gambar dengan dua buah novel yang telah
dikaji oleh mereka.
Guru memberi komen / ulasan.

Langkah 1: (30 minit)


Penerangan guru berdasarkan bahan power point yang telah disediakan.
Guru memperkenalkan kaedah mudah ingat melalui pantun. Pantun ditayangkan
pada skrin

Langkah 2 : (20 minit)


Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dan memancarkan pada skrin
soalan tugasan untuk setiap kumpulan.
Pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing dan mencatat hasil
perbincangan pada transprensi.
Kumpulan A – membincangkan watak dan perwatakan utama dalam
novel .
Kumpulan B – Membincangkan nilai murni yang diperoleh dalam novel.
Kumpulan C – Membincangkan pengajaran dalam novel
Kumpulan D – Membincangkan persoalan dalam novel

Langkah 3 : (20 minit)


Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan mereka.
Guru memberi komen dan penerangan selepas setiap kumpulan membentangkan
hasil perbincangan.
Guru membuat kesimpulan dengan menayangkan pada skrin
Pelajar mencatat hasil dapatan dalam lembaran kerja (Pengurusan grafik) yang
telah diberi oleh guru.

Penutup : (5 minit)
Guru merumuskan isi pelajaran berdasarkan hasil tugasan dan aktiviti yang
dijalankan. Guru memberi peneguhan dan bersama-sama menyanyikan lagu
“Rasa Sayang Heh” menggunakan pantun mudah ingat.
Bibliografi

1. Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Mat Nor Husin & Rahman Abd. Rashid

(1988), Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

2. Aplikasi Teori Kecedersan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 2001.

3. Penulisan & Media, Mansor Ahmad Saman, DBP 1995.

4. Pembelajaran Masteri, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

2001.

5. Pembelajaran Secara Pantas dan Perkembangan Minda Untuk Peningkatan Memori,

terjemahan Khairul Munawir, Synergy Publishing Co.

4. Pembelajaran Secara Kontekstual, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia 2001.


Lampiran 1

 gadis cantik
 tinggal di
bandar
 bijak
 gigih, rajin
usaha
 tabah dan
cekal
Gadis cantik tinggal di bandar,
 berani dicabar
Bijak gigih rajin usaha;
 waspada Tabah cekal berani dicabar,
Waspada tegas pemaaf pula.
 tegas
 pemaaf

 haiwan
 tinggal di
 hutan
 bijak
 gigih, rajin
usaha
 tabah dan
cekal
Tuk Kura haiwan tinggal di hutan,  berani dicabar
Bijak gigih rajin usaha;
Tabah cekal berani dicabar,  waspada
Waspada tegas pemaaf pula.  tegas
 pemaaf
Lampiran 2
NOVEL PERLUMBAAN KEDUA

Tuk Kura haiwan tinggal di hutan,


Bijak gigih rajin usaha;
Tabah cekal berani dicabar,
Waspada tegas pemaaf pula.

Daripada pantun ini boleh dinyanyikan mengikut lagu kesukaan pelajar (contoh lagu Rasa
Sayang Eh)

Daripada pantun ini pelajar dapat menjawab empat soalan berkaitan novel iaitu
persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran.

Contoh jawapan tentang watak & perwatakan utama

i. Tuk Kura bijaksana/cerdik


Contoh:Tuk Kura bijak mengatur strategi perlumbaan akhirnya berjaya mengalahkan arnab
putih

ii. Tuk kura gigih dan rajin berusaha.


Contoh: Tuk Kura gigih dan tekun menjalani latihan meniti batang dan batu licin bagi
menghadapi perlumbaan.

iii Tuk kura tabah dan cekal mengharungi rintangan hidup.


Contoh: Tuk Kura tabah, cekal dan sabar menghadapi cacian, cercaan dan seksaan
daripada kaumnya ketika membuat persiapan perlumbaan

iv Tuk kura berani menghadapi cabaran.


Contoh: Tok Kura berani menyahut cabaran Sang Arnab Putih untuk berlumba kali kedua
bagi mempertahankan maruah kaumnya

vi. Tuk kura berhati-hati / berwaspada menghadapi cabaran.


Contoh: Tuk Kura sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam tindakannya. Dia tidak
mempercayai kata-kata Sang Kancil yang terkenal dengan tipu muslihatnya.

vii. Tuk kura tegas / tetap pendirian.


Contoh: Tuk Kura tegas dan tetap pendirian dengan meneruskan latihan meniti batang
balak atau batu licin walaupun mendapat tentangan kaumnya.

Contoh jawapan tentang persoalan

i. Kebijaksaaan menggunakan akal fikiran dapat mengatasi kekuatan fizikal dalam sesuatu
pertandingan.
Contoh: Tuk kura menggunakan kelebihan cengkerangnya yang keras dengan melambung
dari satu batu ke satu batu yang lain sehingga sampai ke kaki bukit dalam masa yang
singkat.

ii. Kegigihan menjamin kejayaan.


Contoh: Tuk kura gigih berlatih dan menyusun strategi menghadapi perlumbaan kedua dan
akhirnya berjaya.

Contoh jawapan tentang nilai

i. Kebijaksanaan
Contoh:Tuk kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan sang arnab dalam
perlumbaan.

ii. Kegigigihan/ketekunan
Contoh: Tuk kura gigih/tekun menjalani latihan menghadapi perlumbaan dengan sang
arnab.

iii. Ketabahan/kecekalan
Contoh: Tuk kura tabah menghadapi kerenah dan cercaan kaum kura.

iv. Keberanian
Contoh: Tuk kura berani menyahut cabaran sang arnab demi mempertahankan maruah
kaumnya.

v. Pemaaf
Contoh: Tuk kura memaafkan kesalahan anak buahnya yang enggan bekerjasama ketika
membuat latihan.
Contoh jawapan tentang pengajaran

i. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan mengatasi masalah.


Contoh: : Tuk Kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan sang arnab dalam
perlumbaan.

ii. Kita mesti gigih/tekun berusaha demi mencapai kejayaan.


Contoh: Tuk Kura gigih/tekun menjalani latihan menghadap perlumbaan dengan sang
arnab.

iii. Kita mestilah berani menghadapi cabaran/menjaga maruah.


Contoh: Tuk kura berani menyahut cabaran Sang Arnab demi mempertahankan maruah
kaumnya.

iv. Kita haruslah bersedia memohon kemaafan atas kesilapan yang kita lakukan.
Contoh: Kura-kura suku tasik/suku kuala/suku rimba telah memohon maaf kepada Tuk
Kura atas kesilapan mereka.
NOVEL JULIA

Julia gadis tinggal di bandar,


Bijak gigih rajin usaha;
Tabah cekal berani dicabar,
Waspada tegas pemaaf pula.

Daripada pantun ini boleh dinyanyikan mengikut lagu kesukaan pelajar (contoh lagu Rasa
Sayang Heh)

Daripada pantun ini pelajar dapat menjawab empat soalan berkaitan novel iaitu
persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran.

Contoh jawapan tentang watak & perwatakan utama

i. Julia bijaksana/pintar
Contoh: Julia bijak mengatur strategi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
BMPRO Transport. Julia berjaya mengatasi penyelewengan dalam BMPRO
Transport tersebut.

ii. Julia gigih, tekun dan rajin berusaha


Contoh: Julia gigih, tekun dan rajin berusaha memulihkan perniagaan arwah
bapanya/BMPRO Holding Sdn.Bhd / BMPRO Transport.

iii Julia tabah, cekal dan sabar mengharungi rintangan hidup.


Contoh: Julia pula tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas
kematian ibu bapa/keluarga.

iv Julia berani menghadapi cabaran


Contoh: Julia yang masih muda berani menghadapi cabaran untuk meneruskan
perniagaan bapanya walaupun dia tidak berpengalaman.
v. Julia sentiasa berhati-hati / berwaspada menghadapi cabaran
Contoh: Julia pula sentiasa berwaspada dan berhati-hati menghadapi kerenah
pekerjanya seperti Syed Mustaffa dan En. Baharom.
.
vii. Juliaseorang yang tegas / tetap pendirian.
Contoh: Julia tidak mudah terpengaruh dengan rayuan Rashid. Dia menetapkan
matlamatnya untuk meneruskan perniagaan keluarganya.

Contoh jawapan tentang persoalan

i. Kegigihan seorang wanita menghadapi cabaran.


Contoh: Julia gigih menjaga adik-adiknya dan gigih berusaha memulihkan syarikat
bapanya.

ii. Ketabahan dan kecekalan menghadapi masalah kehidupan.


Contoh: Julia tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas kematian ibu
bapa/keluarga.

Contoh jawapan tentang nilai

i. Kebijaksanaan.
Contoh:
Julia bijaksanaan mengatasi masalah/penyelewengan dalam
BMPRO Transport.

ii. Kegigihan/ketekunan
Contoh:
Julia gigih menjalankan perniagaan dan mengatasi masalah dalam BMPRO Holding
Sendirian Bhd.

iii. Ketabahan/kecekalan
Contoh:
Julia tabah menghadapi rintangan menjalankan perniagaan keluarganya hingga
berjaya.

iv. Keberanian
Contoh:
Julia berani menghadapi cabaran mamajukan BMPRO Holding Sdn. Bhd. walaupun ia
masih muda.

Contoh jawapan tentang pengajaran

i. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan/kepandaian mengatasi masalah


Contoh: Julia menggunakan kebijaksanaan mengatasi masalah di BMPRO Transport.

ii. Kita mesti gigih/tekun berusaha demi mencapai kejayaan.


Contoh: Julia gigih menjalankan perniagaan dan mengatasi masalah dalam BMPRO
Transport.

iii. Kita hendaklah tabah/cekal menghadapi sebarang cabaran demi mencapai kejayaan.
Contoh: Julia tabah menghadapi rintangan menjalankan perniagaan keluarganya
hingga berjaya.

iv. Kita mestilah berani menghadapi cabaran dalam kehidupan


Contoh: Julia berani menghadapi cabaran memajukan BMPRO Holding Sdn. Bhd.
walaupun ia masih muda.

Daripada maklumat dalam kedua-dua pantun itu tadi, pelajar juga dapat
membandingkan kedua-dua watak utama berdasarkan kedua-dua novel tersebut.

Novel Perlumbaan Kedua Novel Julia


PERBEZAAN
Haiwan / binatang / Tuk Kura Manusia /perempuan / Julia
Sudah tua / 199 tahun Muda / gadis / 21 tahun
Tinggal dalam hutan / paya Tinggal di bandar / kota / kampung
Dapat tentangan puaknya. Dapat sokongan keluarga.
Contohnya Tuk Kura mendapat Contoh Julia mendapat sokongan
tentangan sukunya ketika daripada keluarga / Jun sekeluarga /
menjalani latihan kakitangan syarikat
PERSAMAAN
Kedua-dua watak utama bijaksana
Cth: Tuk Kura bijak mengatur strategi perlumbaan akhirnya dapat
Mengalahkan Sang Arnab/Arnab Putih
Cth: Julia bijak mengatur strategi / menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh BMPRO Transport / Julia berjaya mengatasi
penyelewengan dalam BMPRO Transport.

Kedua-dua watak utama gigih / rajin berusaha.


Cth: Tuk Kura gigih/rajin menjalani latihan/meniti batang licin.
Cth: Julia gigih/rajin berusaha memulihkan perniagaan
arwah bapanya/BMPRO Holding Sdn.Bhd.

Kedua-dua watak utama tabah/cekal mengharungi rintangan hidup


Cth: Tuk Kura tabah/cekal menghadapi cacian/ ejekan seksaan
daripada kaumnya.
Cth: Julia tabah/cekal mengharungi dugaan hidup selepas kematian ibu bapa

Kedua-dua watak utama berani menghadapi cabaran


Cth: Tok Kura berani menghadapi cabaran sang arnab untuk
mempertahankan maruah kaumnya.

Cth: Julia yang masih remaja berani menghadapi cabaran meneruskan


perniagaan bapanya walaupun tidak berpengalaman.
Lampiran 3

Senarai Nama Pelajar Tingkatan 5M dan 5S 2006


Markah Ujian Pra dan Pasca Untuk Kaedah 1
Bil. Nama Pelajar Tingkatan Markah Ujian Pra Markah Ujian
(15 markah) Pasca (15 markah)
1 Asrini a/p Letcumanan 5M 4 8
2 Azfa Azwanis Anzur Rahman 5S 7 15
3 Chan Pek Har 5M 4 13
4 Emma Anajmi 5S 7 15
5 Fatin Hajiha Abdul Nasser 5S 5 14
6 Kasturi a/p Krusamy 5S 12 14
7 Lee Mee Ling 5M 6 14
8 Mah Yi Chien 5M 2 11
9 Noor Amyza Ahmad 5M 6 15
10 Noor Anuza Ahmad 5M 5 12
11 Noorsaidatul Anira Shamsuddin 5M 4 9
12 Nur Atiqah Mohd. Nadzim 5S 2 13
13 Nur Fazliyana Ahmad Faid 5S 2 14
14 Nur Fizatul Sabilla Mohamad Rafi 5S 2 15
15 Nur Hajar Abu Bakar 5S 7 13
16 Nur Hazwani bt Pathi 5S 9 15
17 Nur Husna Khalili 5M 6 15
18 Nur Lailyyatur Sarah Abd. Rahman 5M 5 14
19 Nur Saidatul Syahadah M. Baharom 5S 4 11
20 Nurul Ashikin Othman 5S 5 13
21 Satura Rumaya bt. Subari 5S 6 13
22 Seng Ngah Kei 5S 4 11
23 Shalini a/p Apatura 5S 3 13
24 Shuhaiza Mohd. Anuar 5M 5 13
25 Siti Khadijah Ahmad 5M 3 11
26 Wan Nur Hidayah bt. Mohd. Sani 5S 9 15
27 Wan Nuridah Mat Rawi 5S 2 15
28 Zainur Shuhada Zainuddin 5S 9 15

Lampiran 4
Latihan Soalan Novel
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang anda kaji iaitu Perlumbaan
Kedua oleh Marwilis Hj. Yusuf dan Novel Julia karya Abu Hassan Morad.

i) Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan empat nilai yang terdapat dalam novel
tersebut. (8 markah)

Nilai Contoh
ii) Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. (8 markah)

Pengajaran Contoh

Kita
hendaklah

iii) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, pilih mana-mana watak yang anda
anggap menarik, kemudian jelaskan watak dan perwatakan tersebut. (7 markah)

Keistimewaan
Keistimewaan
watak
watak
utama
utama

Luara
Luara
nn

Dalama
Dalama

nn Contoh
iv) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam novel Perlumbaan Kedua. (8 markah)

Persoalan yang terdapat dalam novel ‘Perlumbaan kedua’ ialah


_______________________. Tok Kura gigih menjalani latihan sebelum menghadapi perlumbaan
dengan sang arnab.
Persoalan yang lain ialah ____________________________. Contohnya tok kura bijak
menyusun strategi perlumbaan bagi menewaskan sang arnab.
Persoalan ketiga ialah ______________________. Tuk Kura amat menyayangi cucu-cucu
serta kaum kerabat kura. Oleh itu dia tidak berkecil hati atas penghinaan yang dilakukan oleh
mereka kepadanya. Persoalan keempat ialah ___________________________________.
Contohnya sang murai dan sang tupai berusaha menghebahkan perlumbaan kedua kepada
seluruh warga rimba.

Lampiran 6
Lampiran 7
Lampiran 8
Aplikasi Kemahiran Bernilai Tambah
1. Belajar Cara Belajar (BCB)
BCB ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa
guru.
Objektif BCB adalah seperti yang berikut:
 Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru
 Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain
sebagai sumber pembelajaran
 Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri
 Membolehkan murid megaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama
ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan

Peranan guru:
 Menentukan objektif pembelajaran
 Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid
 Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan P&P
 Memilih bahan P&P yang sesuai
 Membuat perbincangan dengan murid
 Menilai secara formatif dan sumatif dan merekod pencapaian murid
 Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Peranan murid:
 Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran
 Menilai keupayaan diri untuk belajar
 Menetapkan matlamat & diharapkan dapat menjayakannya
 Membuat perbincangan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu dicapai atau
tidak
 Merancang pembelajaran secara terperinci
 Melaksanakan perancangan
 Melaporkan kemajuan pencapaian
 Membuat perbincangan dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek
serta penguasaan kosa kata
 Membuat refleksi dan menilai pencapaian
 Memberikan ganjaran atas kejayaan diri

2. Pembelajaran Masteri (PM)


PM merupakan satu pendekatan P&P untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa-
apa yang diajarkan.
Objektif PM adalah seperti berikut:
 Memastikan pelajar lemah dapat dibimbing di samping meningkatkan kemahiran dan
penguasaan pelajar yang lain.
 Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi
pelajar yang berdikari.

Peranan pelajar dalam PM:


 Mengetahui hasil pembelajaran untuk dikuasai
 Meempelajari sesuatu dengan tekun, tabah dan bermotivasi
 Memahami dan menguasai apa-apa yang diajar
 Memberi tahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
 Membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan

Peranan guru dalam PM:


 Guru sebagai pengajar yang tabah
 Guru sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran

3. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)


Mengikut Howard Gardner:
“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are
valued within one or more cultural settings.” (Frames of Mind, 1983)
TKP bukan sahaja memperluas keluarga kecerdasan, malah menjana definisi dan konsep
kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee
Dickinson melihat dan merumuskan definisi Howard Gardner sebagai:
a) Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar
b) Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan
c) Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
Antara kecerdasan pelbagai yang diaplikasi dalam P&P dari murid adalah seperti yang berikut:
1. Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan,
termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang
bahasa itu sendiri.

2. Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan
masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan
keseimbangan.

3. Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini
juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal,
seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.

4. Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak,
termasuklah kemahiran bagaimana kebolehan seseorang itu sama atau berbeza dengan
orang lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani perasaan, beradap
sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.

4 Pembelajaran Akses Kendiri


PAK adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan
membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Dalam program
PAK, bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat,
keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Bagi membolehkan murid
mendapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka, progran PAK meyediakan
pentaksiran kendiri.
Lampiran 9

Soalan Ujian Pra dan Pasca

Kedua-dua soalan ini boleh diberikan kepada pelajar Tingkatan 4 atau Tingkatan 5
mengikut novel yang dikaji oleh mereka.

a) Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan


novel yang anda kaji, jelaskan watak dan perwatakan utamanya.
[8 markah]

b) Setiap buah novel ada memaparkan pelbagai nilai murni untuk diteladani. Jelaskan
nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
[7 markah]

Anda mungkin juga menyukai