Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN MEWARNA ANTIRASUAH

KETAGORI PRASEKOLAH DAN PENDIDIKAN KHAS


SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN ANTIRASUAH 2016 (KaPeNa)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti mewarna merupakan satu aktiviti yang diminati dan digemari kanak-
kanak terutamanya kanak-kanak prasekolah. Aktiviti mewarna juga merupakan salah
satu aktiviti yang boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak bagi mengukuhkan
kemahiran motor halus kanak-kanak berkembang dengan lebih baik. Kemahiran
motor halus yang baik akan membantu murid untuk menguasai kemahiran menulis
dengan lebih berkesan. Secara psikologinya, melalui aktiviti mewarna juga guru
berpeluang untuk mengesan keadaan kanak-kanak yang tidak ditonjolkan mereka
ketika bersama guru dan rakan-rakan. Guru boleh menilai dan mengetahui emosi
atau perasaan yang cuba diluahkan kanak-kanak melalui warna yang mereka
gunakan.

Pertandingan mewarna yang bakal diadakan ini melibatkan kanak-kanak


Prasekolah dan murid Pendidikan Khas dari 15 buah Sekolah Kebangsaan di daerah
Besut. Sekretariat Pemcegahan Rasuah IPG Kampus Sultan Mizan (SPR IPGKSM)
amat berbesar hati menganjurkan pertandingan mewarna bagi ketagori Prasekolah
dan murid Pendidikan Khas. Diharapkan pertandingan ini juga akan dapat memberi
kepelbagaian dan keseronokan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid. Kami
berharap aktiviti ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni lukis.
2.2 Mengembankan minat kanak-kanak dalam bidang seni lukis.
2.3 Mengembangkan dan meningkat kemahiran motor halus kanak-kanak.
2.4 Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru.
2.5 Memujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran prasekolah yang
kondusif.
3.0 MASA
3.1 9.00 pagi – 11.00 pagi

4.0 TARIKH
4.1 03 MEI 2016 (SELASA)

5.0 TEMPAT
5.1 Bilik Hypermedia Perpustakaan Al-Basuti, IPG Kampus Sultan Mizan.

6.0 TEMA
6.1 Bersama Lakukan Perubahan : Perangi Rasuah.

7.0 PESERTA
7.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua kanak-kanak Prasekolah dan
murid Pendidikan Khas di sekitar Daerah Besut, Terengganu.

8.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:


8.1 Pertandingan ini terbuka kepada kanak-kanak Prasekolah dan murid
Pendidikan Khas sekolah di sekitar daerah Besut.
8.2 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
8.3 Peserta dilarang sama sekali menyentuh hal-hal sensitiviti seperti bangsa,
agama dan kaum.
8.4 Peserta dikehendaki membawa peralatan melukis dan mewarna sendiri
seperti pensil warna dan cryon (watercolor tidak dibenarkan).
8.5 Setiap penyertaan akan menjadi hakmilik pengajur dan pihak penganjur
berhak menggunakan lukisan tersebut tanpa sebarang persetujuan.
8.6 Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan.
8.7 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak
akan dilayan.
8.8 Pemarkahan berdasarkan kepada penilaian berikut;-
Bil Kriteria Markah
1 Kesesuaian warna 30 markah
2 Kreativiti 50 markah
3 Kekemasan warna 20 markah
Jumlah 100 markah
6.0 PENUTUP
Pertandingan mewarna yang diadakan ini diharap dapat melahirkan murid yang
mempunyai keperibadian yang cemerlang sesuai dengan tema mewarna yang
dianjurkan iaitu “Bersama Lakukan Perubahan: Perangi Rasuah” . Selain itu juga,
diharapkan objektif pertandingan iaitu bagi menonjolkan bakat terpendam dalam diri
murid-murid akan berjaya.

Urus Setia
Pertandingan Mewarna Antirasuah
Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG Kampus Sultan Mizan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
22200 Besut, Terengganu

Anda mungkin juga menyukai