Anda di halaman 1dari 2

MEMAINKAN BOLA

I. Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau


memukul bola dengan apa cara sahaja dengan tangan (sama ada genggam
atau tapak tangan), lengan, kepala, paha dan lutut.

Ii. Pemain dibenarkan menyimpan bola selama 3 saat maksimum termasuk


ketika bola di atas tanah.

Iii. Pemain dibenarkan mengambil 3 langkah maksimum sewaktu memegang


bola.

Iv. Pemain dibenarkan (a) melantun bola sekali dan menangkapnya semula
dengan satu atau dua belah tangan sama ada semasa berlari atau berdiri ; (b)
menangkap, melantun dan menangkap bola itu semula apabila terkena pemain
lain sama ada telah terekna pemain lain atau tiang gol ; (c) berulang kali
melantun bola dengan tangan sama ada semasa berlari atau berdiri.

Seorang pemain boleh melakukan seberapa banyak langkah ketika melantun


dan menangkap bola semula. Pemain juga di benarkan menggolek bola
berulang kali di tanah dengan sebelah tangan.

V..Pemain dibenarkan membuat hantaran dari tangan ke tangan dengan syarat


tindakannya itu tidak terggangu oleh perbuatan lain.

Vi. Pemain dibenarkan Manahan bola dengan satu atau dua belah tangan
kemudian menangkapnya tanpa bergerak.

Vii.Pemain dibenarkan menahan bola dengan keadaan berlutut, duduk, atau


berbaring di tanah.

Viii. Pemaian dibenarkan menepis bola sekali kea rah tanah dan
menyambutnya balik dengan satu atau dua tangan.

Ix. Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola lebih daraipada sekali kecuali bola
telah terkena tanah, pemain atau kedua-duanya.

X. Pemain tidak dibenarkan mengenakan bola dengan bahagian kaki di bawah


lutut atau dengan kaki.

Xi. Pemain tidak dibenarkan menjatuhkan diri untuk menangkap bola yang
sedang menggolek atau terletak di tanah, kecuali penjaga gol di kawasannya
sendiri.
Xii.Pemain tidak diberikan sengaja melintas garisan tepi atau garisan gol di luar
gol dengan bola.

xiii. Permainan tidak terganggu jika bola terkena pengadil.

Xiv. Pasukan yang menyimpan bola dibenarkan mengambil sebarang


langkah untuk menyeberang atau mencuba menjaringkan gol.

MENENTANG LAWAN

Adalah dibenarkan:

1. Menggunakan tangan dan lengan untuk mendapatkan bola.

2. Untuk memainkan bola daripada pihak pihak lawan dari semua arah
hendaklah menggunakan tapak tangan.

3. Menghalang pihak lawan dengan badan.

Adalah tidak dibenarkan:

1. Sama ada sebelah atau kedua-dua tangan meragut atau memukul bola dari
tangan pihak lawan.

2. Menghalang pihak lawan dengan lengan, tangan atau kaki tanpa bola.

3. Memegang pihak lawan dengan sebelah atau dua tangan dan memukul,
menolak, membentes atau menjatuhkan diri dengan lawan atau mengancamnya
dengan apa jua cara sekalipun.

4. Memaksa pihak lawan memasuki kawasan gol.

5. Membaling bola dengan sengaja kepada pihak lawan atau mengacah bola
dengan keadaan merbahaya.

6. Untuk kesalahan-kesalahan berat dalam peraturan-peraturan 4-8, dilakukan


dalam kawasan lawan, dan untuk kesalahan dalam peraturan-peraturan 4-7,
dilakukan di mana-mana sahaja baik dalam gelanggang, dengan peluang
menjaring gol baik dimusnahkan, maka balingan penalti akan di beri.

7. Jika seorang pemain jatuh dengan keadaan bola terperangkap di bawah


badannya, ini akan melambatkan permainan, pengadil hendaklah
memberhentikan permainan dan memulakan dengan balingan pengadil, kecuali
menghukum salah satu daripada pasukan itu.

8. Tindakan yang membahayakan penjaga gol juga tidak dibenarkan.

Anda mungkin juga menyukai