Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

PN AZIMAH BT SHAMSUDDIN
TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGN BUDI,LAMBAIAN KASIH.

HARI : KHAMIS

MASA : kl;10.00-12.00

TARIKH : 10 Januari 2019

Tempat : Dewan Seri Budiman Sk Kampong Kedah

BIL PERKARA / BUTIRAN CATATAN


PEMBACA

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hjh Azimah bt Shamsudin


1 Ketibaan Dengan diiringi_______________________________
Teamu Masuk dan menuju ruang santapan.

Masuk ke Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hjh Azimah bt Shamsuddin


2 dewan dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.Dipersilakan
mengambil tempat.

3 Nyanyian Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu “Negaraku” dan Kerian “Ternama
Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri
Terima kasih..semua hadirin dipersilakan duduk.

4 Bacaan Doa Bismillahirahmanirrahim.Asaalamualikum w.b.t salam sejahtera

Hadirin yang dimuliakan...


Semoga majlis diberkati , Dengan harapan pertemuan dirahmati.
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadhil Ustaz Muhammad Shihan bin Shahbuddin.

Majlis mempersilakan

***************bacaan doa

Amin..amin,..Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis merakamkansetingg-tinggi penghargaan ats pimpinan bacaan doa itu
Tadi.Moga-moga majlis kita diberkati dari awal,pertengahn dan
pengakhirannya .In Shaa Allah ....
5 Ke pekan Kuala membeli bingka
Ucapan Alu – Dalam pesanan pelbagai jaudah
aluan Majlis bermula, tirai dibuka,
pengerusi Dengan alunan madah nan indah
majlis
Embun menitik dedaun basah,
Dari kejauhan nampak berkaca,
Kehadirn hadirin menambh meriah,
Majlis nan indah tambh bermakna

Yang Berbahgia
Pn Hjh Sepiah binti Mohd Saphi
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kerian

Yang Dihormati
Tn Hj Ahmad Fisal bin Hj Shafeei
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian

Yang Dikasihi dan Diraikan


Pn Hjh Azimah Bt Shamsudin
Mantan Gur Besr Sk Kampong Kedah

Yang Berusaha
Tn Hj Mohd Sukri bin Hj Ghazali
Guru Besar Sk Kampong Kedah

Yang Berusaha
Penolong-penolong Kanan Sk Kampong Kedah

Yang dihormati
En Abdullah bin Salleh
Yang Dipetuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sk Kampong Kedah

Yang Dihormati,
En Mohmad Shah bin Ramli.__________________________________
Yang Dipertua Majlis Guru Besar, Daerah Kerian

Yang Dihormati,
Barisan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kerian

Yang Dihormati
Pegawi-pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Kerian

Dif-dif jemputan

Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, murid-murid dan hadirin yang dirahmati Allah
sekalian.
Sykur Alhamdulilah sebagaimana yang direncanakan pada pagi ini, dapat
kita bersama-sama berhimpun untuk meraikam Pn Hjh Azimah bt
Shamsuddin dalam majlis Sanjungn Budi, Lambaian Kasih”

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semnagtmu dijulang
Kepimpinan mu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Yang diraikan Pn Hjh Azimah bt Shamsuddin sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru
Besar SK Kampong Kedah.

6 Ucapan GB Hadirin yang dihormati...

Adat berkampung salam bertemu


Pengalaman ditinta membuka cerita
Adat berkunjung menerima tetamu
Alu –Aluan kata pembuka bicara

Majlis menjemput Yang Beusaha Tn Hj Mohd Sukri bin Ghazali, Guru Besar
Sk Kampong Kedah, tampil ke pentas untuk menyampaikan
ucapan.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkn kepada Yang Berusaha , Tn Hj Mohd Sukri bin Hj


Ghazali, guru besar Sk kampong kedah atas ucapan sebentar tadi.

7 Ucapan YDP
PIBG Majlis seterusnyaan menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En
Abdullah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sk Kampong Kedah
untuk menyampaikan ucapan .Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En Abdullah bin Salleh


Atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

8 Ucapan YDP Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati E ncik
MGB Mohamad Shah bin Ramli Yang Dipertua Majlis Guru Besar Kerian
menyampaikan ucapan,dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Mohamad Shah bin
Ramli di ats ucapan itu tadi.
9 Ucapan PPD Dari Melaka pergi serdang
Singgah sebentar bukit serindit
Tuan umpama bintang gemilang
Titipkan amanat walau sedikit

Untuk itu, majlis mempersilakan

Yang Berbahagia
Pn Hjh Sepiah binti Mohd Saphi
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kerian

Untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.

*********************************************************
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Pn Hjh Sepiah binti Mohd
Saphi ats ucapan yang telah disampaikan tadi.

10 Persembahan Pakain dipakai cantik berseri


multimedia Majlis keraian kita semua
& bacaan Majlis kita takkan berseri
biodata Tanpa persembahan multimedia

Para hadirin sekalian ..

Bagi meneruskan majlis, dijemput Cikgu Zahari bagi membacakan biodata


yang diraikan Pn Hjh Azimah bt Shamsuddin serta persembahan multimedia
.

**************************Persembahn multimedia

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahn multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan Pn Hjh Azimah bt Shamsuddin.
Terima Kasih kepada Team unit ICT SK kampong Kedah yang menjayakan
persembahan tersebut.Mudah-mudahan akan dapat memberi sumber
inspirasi buat kita semua.

Hadirin sekalian..
11 Ucapan Yang Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Dirai Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah renntetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan Pn Hjh Azimah bt Shamsuddin.Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan pn Hjh Azimah bt
Shamsuddin menyampaikan ucapan.
*************** Ucapan GB
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
yang diraikan Pn Hjh Azimah bt Shamsudin ats ucapan tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang ,berundur jangan
Berani kami menjujung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenagan sepanjang zaman

Majlis menjemput pn Zanariah bt Abu Bakar Penolong Kanan Pentadbirann


menjemput d mengiringi yang diraikan Pn Hjh Azimah bt Shamsuddin minta
naik asinggahsana penuh indah..dipersilakan

12 Gimik Gimik************************
p,saraan
Majlis seterusnya ialah penyampaian Watikah Persaraan yang akan
disampaikan oleh:
Yang Berbahagia
Pn Hjh sepiah binti Mohd Saphi
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kerian
Kepada Yang Dirikan pn Hjh Azimah bt Shamsudin

Untk itu majlis mempersilakan Yang Berbahagia Pn Hjh Sepiah bt Mohd


Saphi Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kerian naik ke pentas untuk
menyempurnakan penyampaian watikah tersebut.Dipersilakan

Majlis menjemput dan mempersilakan Pn Hjh Azimah bt Shamsudin ntuk


menerima Watikah daripada Yang Berbahagia Pn Sephia binti Mohd Saphi
Ketua Pegawai Daerah Kerian.

Terima kasih kepada Yang Berbahgia Pn Hjh Sephia bt Mohd Saphi,Ketua


Pegawai Pendidikan Daerah Kerian ats kesudian menyempurnakan
penyampaian watikah sebentar tadi.

13 Persembahn Buah selasih di dalam puan


Dibawa gadis ke tengah laman
Takkn hilang jasamu tuan
Menjadi ingatan sepanjang zaman

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Alunan irama kita dengarkan
Persembahan murid kita dengarkan
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
saksikan persembahn khas darpada murid-murid perempuan tahun 5&6
Dipersilakan...

Persembahn itu tadi di bawah pimpinan cikgu zahari dan Cikgu Cakrawrty.

Penyampain
14 hadiah Majlis diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah dan cenderreramata
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan Pn hjh Azimah
bt Shamsudin.
Untuk itu,majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakn Pn
Zanariah bt Abu BakarPenolong Kanan Pentadbiran Sk Kampong Kedah
mengiringi untuk menerima cenderamata kenang-kenagan.Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian daripada:

Rujuk senarai hadiah:

15 Penutup Itulah tad penyampaian cenderamata kenag-kengan khusus untuk Yang


Diraikn Pn hjh Azimah bt Shamsudin.

Majlis merakamkn ribuan terima ksih kepada Yang diraikan Pn Hjh Azimah
ats kesudian menerima cenderami itu tadiMajlis mengucapkn terima kasih
kepad puan zanariah atas kesudian mengiringi Yang Diraikan Pn Hjh Azimah
bt Shamsuddin sebentr tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah khatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerma sudah menerima

Kita telah berada di hujung acara..

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang


Tiada terkalam kasih dijunjung
Jasa baktimu tetap dikenang
Budi baikmu tetap disanjung
Tuai padi antra mask
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampk
Esok janganindu-rinduan

penutup Dengn ini berakhir sudah majlis kita pada hari ini, majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepad ayang diraikan pn hjh azimah bt shmasudin
kerana sudi untuk bersam kita pada hari penuh bermakna ini.kami
mendokan agar Yang diraikan bertambh ceia dan bahagia dalm kehidupan .

Majlis turut merakamkn jutaan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan mas bersam-sam memriahkan majlis
Sanjungn Budi Lambain Kasih ini

Dikesempatan ini juga, saya memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepnjang mengacarkan majlis ini.

Peri ke dusun memtik kelapa


Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipintapanjang usia bersua kembali

Pantun dilantun mengusik jiwa


Salah dan silap tutur bicar
Pohon diampun seikhlas hati
Tari beradat langkah bertingkah
Kalung suasa menghias dada
Tiba saat kita bepisah
Cemerlang ditingkat jemu tiada.

Anda mungkin juga menyukai