Anda di halaman 1dari 39

1.

0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.
Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara realiti dan
hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui
proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas
kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan
percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman Kamaruddin(2009) dalam buku
bertajuk Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru, perkembangan merupakan satu proses
perubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah
perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan
ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke satu
peringkat yang lain.

Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut
disokong oleh Atan Long (1980).

Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara
perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur,
kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat
sejagat.

Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang
berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan
kematangan.

Secara ringkasnya, Mok Soon Sang(2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan
kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang
berlainan daripada peringkat lebih awal.

1.1 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke
bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal),
iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepala dahulu sebelum badan dan kaki) dan dari arah tengah ke
tepi (proximodistal), iaitu dari tengah menghala ke tepi anggota badan (tangan bergerak dahulu
sebelum jari tangan bergerak).

Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan pertumbuhan boleh
dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika dalam
kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal
kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak
berumur 6 hingga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun,
peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika
berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat
dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas.
Perubahan dari segi bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini
bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti
serta kualiti.

Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat lima prinsip
perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan.
Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak
diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama
dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa
aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam
perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan
umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan
tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar
terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.

Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang
berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku
secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak
akan menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan mendapat
kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk
mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.

Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak
dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan
menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak- kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu
faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat di dalam
sebuah bilik darjah.

Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil interaksi di antara
kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam
seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh
faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi
dan memerlukan usaha.

Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorang individu
memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf
anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh
berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek iaitu
aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan
kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli
psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar
perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran(nurture)
sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu.

Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya
dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel
dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku ‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun”, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen
yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak- anak mereka seperti yang dikatakan oleh R.
Hilgard. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa
dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti
kebolehan , minat dan kawalan emosi.

Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan manusia dan akan
memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental.
Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman
(1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang
berbeza.

Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar
perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang
menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang
menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis
benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum
(betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing
membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai
23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet
jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23
kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom
daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi
yang akan dilahirkan nanti.

Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu
kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan
ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak
pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai
emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi
kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka.
Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu yang
mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain kerana
banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada
individu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan
meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan
diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan
membentuk sahsiah sihat.

Contoh seterusnya ialah individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit. Individu
tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing manis melalui baka.
Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan
sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi
berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi. Impaknya, proses perkembangan
sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas.

Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran. Faktor ini merujuk
kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum
dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup
ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula
adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan,
sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan
mempengaruhi perkembangan seseorang manusia.

Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam buku ‘Perkembangan
Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun”, apabila
kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi
bawah ketika bayi berumur antara enam hingga lapan bulan.

Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi perkembangan
fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-
kemahiran kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah
memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya.

Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat,
sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan
gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-
ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya.

Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek
dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang
berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepadaanak-anak.

Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup
yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam,
tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.

Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Perkembangan
ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak. Pemakanan yang diambil kanak- kanak
haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi
dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu
mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan
dan minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah
mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak
kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif.

Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak


merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan
kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.

Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan
masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai contoh hubungan interaksi
secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam
mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-
kanak.

Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini
bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya
keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan
sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi
dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-
kanak yang kekurangan peluang.

Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara
langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-
kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan
peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung
mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan
(Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana
mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh
situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding
dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap
unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu memang tidak dapat
dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Mengikut Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz
fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan
manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat
badan, kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran


koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari,
memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya.

Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan
pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian,
berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih
kompleks yang lain.

Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah lebih
stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu
juga, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada bercorakkan
penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa
perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara perlahan hinggalah
keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-
kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan
lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah
permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.

Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun semakin
berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar, menyepak,
menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Selain
itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran
dalam penulisan juga semakin berkembang. Peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah
didahului oleh individu perempuan 2 tahun lebih awal.

Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja, pertumbuhan paling
ketara sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi remaja perempuan, pada ketika ini
akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya
remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan
mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika
inilah pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.

3.1 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya.


Institusi keluarga amat mempengaruhi personaliti kanak-kanak.

Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas seperti berjalan, berlari
atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat yang tertentu
akan membawa kepuasan serta mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Manakala kegagalan
melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya
meneruskan tugas itu. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang
dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. R. Havighurst menyenaraikan
tugas-tugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanak-kanak (6-12 tahun).

Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah membentuk fizikal untuk
permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti
yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu,
kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan
yang lasak.

Selain itu,kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini kerana badan yang
aktif akan menjadikan tubah badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas. Pada peringkat ini juga,
kanak-kanak telah menguasai konsep-konsep moral, nilai dan kemahiran hidup. Selain itu, kanak-
kanak yang mula berkomunikasi bersama-sama rakan-rakan baru sudah mula membentuk
kemahiran sosial dan mula membentuk kebebasan peribadinya.

Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira yang biasanya diasah
dan diajar oleh guru-guru ketika belajar di sekolah. Pelbagai kebolehan yang mula dikuasai oleh
kanak-kanak menjadikan mereka mula belajar berdikari seperti mahu pergi ke sekolah tanpa
dihantar ibu bapa, mahu membeli barang-barang mereka sendiri dan sebagainya. Ketika ini jugalah
kanak-kanak mula untuk belajar membezakan peranan lelaki dan perempuan. Perasaan ingin tahu
kanak-kanak pada ketika ini biasanya mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu
kanak-kanak lebih yakin dalam menhadapi dunia sebenar.

3.2 DATA DAN PERBINCANGAN

3.2.1 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 7 TAHUN

JADUAL 1 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 1

BIL

NAMA

TINGGI(CM)

BERAT(KG)

SAIZ KEPALA(CM)
SAIZ BADAN

AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA

125.0

31.6

51

MOHD FAIZ BIN MOHD NOR

125.1

29.4

50.4

FIQREE BIN MOHAMED YUSOF


128.4

32.2

50.8

PURATA

126.2

31.1

50.7

Jadual 1 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 1 yang merangkumi tinggi,
berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Ahmad Syazwan bin
Zakaria, Mohd Faiz bin Mohd Nor dan Fiqree bin Mohamed Yusof . Ketiga-tiga murid ini diambil
daripada kelas yang berlainan. Ahmad Syazwan merupakan murid kelas 1A, Mohd Faiz dan Fiqree
pula merupakan murid kelas 1B. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan.

Dari segi ketinggian, Ahmad Syazwan dan Mohd Faiz mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu
125 cm dan 125.1 cm manakala Fiqree mempunyai ketinggian 128.4cm. Ini menjadikan purata
ketinggian murid tahun 1 adalah 126.2cm.

Dari segi berat badan pula, Fiqree lebih berat berbanding Ahmad Syazwan dan Mohd Faiz. Fiqree
mencatakan berat sebanyak 32.2kg, Ahmad syazwan 31.6kg dan Mohd Faiz 29.4kg. Ini menjadikan
purata berat badan mereka sebanyak 31.1 kg.

Ketinggian dan berat badan Fiqree adalah lebih berbanding Ahmad syazwan dan Mohd Faiz adalah
disebabkan oleh faktor genetik dan faktor pemakanan murid tersebut. Ibu bapa yang tinggi dan
besar akan menghasilkan anak-anak yang tinggi dan besar. Sebaliknya, ibu bapa yang rendah dan
kecil akan menghasilkan anak-anak yang rendah dan kecil. Dari segi pemakanan pula, kanak-kanak
yang mendapat nutrien yang mencukupi akan kelihatan lebih tinggi dan sihat berbanding dengan
kanak-kanak yang kurang mendapat nutrien.

Dari aspek saiz badan pula, ketiga-tiga responden mempunyai saiz badan ‘S’ iaitu kecil. Kanak-kanak
pada usia 7 tahun kelihatan kecil kerana dalam lingkungan usia ini mereka sangat aktif bergerak dan
bermain. Walau bagaimanapun, faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam menentukan
saiz badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mempunyai banyak lemak dan
karbohidrat berkemungkinan besar untuk menjadi obesiti dan gemuk. Sebaliknya, kanak-kanak yang
menjaga pemakanan mereka dengan mengamalkan makanan seimbang akan menjadikan saiz badan
mereka ideal.

Jika dikira Body Mass Index(BMI) ketiga-tiga responden ini, ternyata mereka mempunyai BMI yang
normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak
mempunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal.

Dari segi saiz kepala, Ahmad syazwan, Mohd Faiz dan Fiqree masing-masing mencatatkan saiz kepala
51cm, 50.4cm, 50.8cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 50.7cm.
Jadi, saya dapat simpulkan bahawa, dalam lingkungan kanak-kanak 7 tahun, perkembangan saiz
kepala adalah hampir sama.

Kesimpulannya, perkembangan fizikal kanak-kanak 7 tahun adalah hampir sama tetapi faktor genetik
dan faktor pemakanan yang membezakan perkembangan mereka.

3.2.2 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 10 TAHUN

JADUAL 2 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 4

BIL

NAMA

TINGGI(CM)

BERAT(KG)

SAIZ KEPALA(CM)

SAIZ BADAN

1
MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN

131.4

34.8

52.5

MOHD IZZAT BIN MAZLAN

131.6

34.5

53.5

AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN

128.7
32.1

52.3

PURATA

130.6

33.8

52.8

Jadual 2 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 4 yang merangkumi tinggi,
berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Muhd Syafiq bin
Kamaruddin, Mohd Izzat bin Mazlan dan Azizol bin Mohamed Deraman . Ketiga-tiga murid ini
diambil daripada kelas yang sama iaitu kelas 4A. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan.

Dari segi ketinggian, Muhd Syafiq dan Mohd Izzat mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu
131.4 cm dan 131.6 cm manakala Azizol mempunyai ketinggian 128.7cm. Ini menjadikan purata
ketinggian mereka adalah 130.6cm. Ini menunjukkan pada tahap ini, kanak-kanak lebih tinggi
berbanding kanak-kanak 7 tahun.

Dari segi berat badan pula, Muhd Syafiq dan Mohd Izzat mempunyai berat badan yang hampir sama
iaitu masing-masing mencatatkan berat badan 34.8kg dan 34.5kg. Berat badan Azizol pula adalah
32.1kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 33.8 kg. Ini menunjukkan berat badan
kanak-kanak 10 tahun adalah lebih banyak berbanding kanak-kanak 7 tahun.

Perbezaan ketinggian dan berat badan ketiga-tiga responden adalah tidak ketara. Hal ini demikian
kerana ketiga-tiga responden mengamalkan pemakanan yang sihat.

Dari aspek saiz badan pula, ketiga-tiga responden mempunyai saiz badan ‘S’. Pada tahap ini, kanak-
kanak sangat aktif bergerak dan bermain, jadi saiz badan mereka tidak mengalami masalah obesiti
sekiranya mereka menjaga pemakanan merekaa.
Jika dikira Body Mass Index(BMI) ketiga-tiga responden ini, ternyata mereka mempunyai BMI yang
normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak
mempunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal.

Dari segi saiz kepala, Muhd Syafiq, Mohd Izzat dan Azizol masing-masing mencatatkan saiz kepala
52.5cm, 53.5cm, 52.3cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah
52.8cm. Ini menunjukkan saiz kepala kanak-kanak 10 tahun adalah lebih besar berbanding kanak-
kanak 7 tahun.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak terus berlaku dari semasa ke semasa. Perkembangan


kanak-kanak pada tahap ini juga hampir sama bagi ketiga-tiga responden.

3.2.3 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 12 TAHUN

JADUAL 3 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 6

BIL

NAMA

TINGGI(CM)

BERAT(KG)

SAIZ KEPALA(CM)

SAIZ BADAN

BADRUL HISYAM BIN ISHAK

143.4

44.5
52.9

KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR

131.4

36.7

53.6

MOHD HAFIZUL BIN AHMAD

144.1

49.3

55.0

PURATA
139.6

43.5

53.8

Jadual 3 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 6 yang merangkumi tinggi,
berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Badrul Hisyam bin Ishak,
Khairul Amin bin Mohd Nor dan Mohd Hafizul bin Ahmad. Ketiga-tiga murid ini diambil daripada
kelas yang sama iaitu kelas 6A. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan.

Dari segi ketinggian, Badrul dan Hafizul mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu 143.4 cm dan
144.1 cm manakala ketinggian Amin adalah lebih rendah iaitu 131.4. Ini menjadikan purata
ketinggian mereka adalah 139.6cm. Ini menunjukkan pada tahap ini, kanak-kanak lebih tinggi
berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun.

Dari segi berat badan pula, Hafizul mempunyai berat badan yang lebih berbanding Badrul dan Amin.
Berat badan Hafizul ialah 49.5kg, Badrul 44.5kg dan Amin 36.7kg. Ini menjadikan purata berat badan
mereka sebanyak 33.8 kg. Ini menunjukkan berat badan kanak-kanak 10 tahun adalah lebih
berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun.

Dari aspek saiz badan pula, Badrul dan Amin mempunyai saiz badan yang sederhana iaitu ‘M’
manakala Hafizul mempunyai saiz badan yang agak besar iaitu ‘L’. Saiz badan hafizul adalah lebih
berbanding Badrul dan Amin kerana kanak-kanak ini berasal daripada keluarga yang mempunyai saiz
badan yang besar. Hafizul mengamalkan pemakanan yang tidak sihat kerana dia suka makan coklat.
Hasil soal selidik, dia juga menyatakan bahawa dia suka makan setengah jam sebelum tidur. Dari segi
pemakanan yang tidak sihat, akan menjadikan saiz badan kanak-kanak lebih besar.

Jika dikira Body Mass Index (BMI) ketiga-tiga responden ini, Badrul dan Amin mempunyai BMI yang
normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. Namun, bagi Hafizul, dia mempunyai BMI yang tidak
normal kerana mencatatkan BMI sebanyak 23.8. Ini menunjukkan dia mempunyai berat badan yang
berlebihan. Sekiranya, dia tidak menjaga pemakanan kemungkinan besar dia akan mengalami
masalah obesiti.

Dari segi saiz kepala, Badrul,Amin dan Hafizul masing-masing mencatatkan saiz kepala 52.9cm,
53.6cm dan 55.0cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 53.8cm.
Saiz kepala Hafizul lebih besar disebabkan badannya yang besar. Ini menunjukkan saiz kepala kanak-
kanak 12 tahun adalah lebih besar berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak pada tahap ini mengalami proses perkembangan fizikal
secara berbeza-beza disebabkan oleh faktor baka dan persekitaran.
4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), dalam bukunya Panduan Kognitif Kanak-kanak
Prasekolah(cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran ( Spodek dan rakan-
rakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses
maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina
pengetahuan kanak-kanak.

Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu
secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitf kanak-kanak adalah
berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan
sebaya yang lebih berpengalaman. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
bergantung kepada perkembangan otak dan sensori motor(fizikal) serta interaksi dengan orang yang
lebih berpengalaman, iaitu perkembanagn sosial.

Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami serta mengungati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-


kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat
perkembangan kepada yang seterusnya.

Secara holistiknya, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai proses peningkatan keupayaan
fikiran, pengetahuan dan keintelektualan seorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi
dalam pelbagai aktiviti penyelasaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk
pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman baru yang dilaluinya.

4.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), perkembangan
kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun),
Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat
Operasi Formal (selepas 12 tahun).

Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga berdasarkan teori Piaget
yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11
tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada
tahap praoperasi.

Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keperluan orang lain akan
beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-kanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta
bakal menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu, Jean Piaget berpendapat
bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka
mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati
proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya
semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
Mengikut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), kanak-kanak akan mula belajar bermain
dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki
zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah
mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat,
susunan dan padanan. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul
tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan
sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali
haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa
kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak
boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep yang asas, iaitu skema,
adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif
seseorang individu.

Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi
berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya,
sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali
sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta
menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang
benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang
tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana
bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-
kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan
kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat
seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan
terdedah kepada pengalaman yang relevan.

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang
sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema
hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru
pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema
memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan
mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi
berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam
perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses
pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet
akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap
magnet itu.

Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor persekitaran fizikal. Kewujudan alat permainan
binaan seperti blok dan lego akan menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Faktor
kedua ialah persekitaran emosi. Persekitaran emosi negatif dapat mengganggu perkembangan
kognitif kanak-kaak. Faktor ketiga pula ialah persekitaran komunikasi. Persekitaran komunikasi amat
penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif.

4.2 DATA DAN PERBINCANGAN

4.2.1 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 7 TAHUN

JADUAL 4.1 :

UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 1

SEBELUM

SELEPAS

BIL

NAMA

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA


2

MOHD FAIZ BIN MOHD NOR

FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

Jadual 4.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang telah dijalankan ke atas murid tahun
1 ataupun murid yang berumur 7 tahun. Dalam ujian ini, pada mulanya, kuantiti air yang sama
dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama. Murid tersebut perlu menyatakan adakah kedua-dua
bekas air tersebut mempunyai kuantiti air yang sama ataupun tidak. Ketiga-tiga responden
menyatakan bahawa kuantiti air dalam bekas tersebut adalah sama.

Kemudian, salah satu air dalam bekas itu dimasukkan ke dalam bekas lain yang mempunyai saiz yang
berbeza. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu
adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, seorang daripada responden, Ahmad Syazwan telah
menyatakan kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama manakala dua orang
responden lagi, Mohd Faiz dan Fiqree menyatakan bahawa kuantiti air adalah tidak sama.

Dalam hal ini, Ahmad Syazwan berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat manakala dua orang
lagi tidak dapat menjawab dengan betul. Ini menunjukkan Ahmad Syazwan sudah menguasai prinsip
identiti manakala Mohd Faiz dan Fiqree masih tidak dapat menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip
identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada kuatiti yang ditambah atau
dikurangkan , maka kuatiti air tersebut tetap sama walaupun dimasukkan di dalam bekas yang
berbeza saiznya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sepatutnya sudah
dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun kelihatan paras air berbeza disebabakan air
tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang berbeza saiznya.

JADUAL 4.2 :

UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 1

SEBELUM

SELEPAS

BIL

NAMA

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA


2

MOHD FAIZ BIN MOHD NOR

FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

Jadual 4.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas murid yang
berumur 7 tahun. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Dua utas tali
tersebut disusun dalam dua baris yang sama tersebut akan ditunjukan kepada responden.
Responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak.
Daripada ujian yang dijalankan ke atas ketiga-tiga responden, mereka menjawab bahawa dua utas
tali yang disusun dalam dua baris yang sama, adalah sama panjang seperti yang direkodkan dalam
jadual diatas.

Seterusnya, seutas tali dialihkan ke tepi sedikit dan kemudiannya responden diminta untuk
menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Hasilnya, Ahmad
Syazwan menyatakan bahawa kedua-dua utas tali tersebut tetap sama panjang manakala dua orang
lagi menyatakan tali yang dialihkan tersebut lebih panjang.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan
bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya telah diubah.

Daripada ujian panjang tali ini, didapati bahawa hanya Ahmad Syazwan yang boleh menguasai
prinsip identiti manakala Mohd Faiz dan Fiqree masih gagal untuk menguasai prinsip identiti seperti
yang terkandung dalam konsep pemuliharaan.

JADUAL 4.3 :

UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 1


SEBELUM

SELEPAS

BIL

NAMA

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA

MOHD FAIZ BIN MOHD NOR


3

FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

Jadual 4.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden
tahun 1. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun
dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari
dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan
jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap
bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan direkodkan.

Daripada jadual 4.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola
adalah sama. Selepas susunan bola diubah, hanya Ahmad Syazwan yang berjaya menyatakan
bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Bagi, Mohd Faiz dan Fiqree, mereka menyatakan
bahawa bilangan bola yang diubah susunannya adalah lagi banyak.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh
menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan
bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep
pemuliharaan ( conservation ).

Daripada ujian ini, hanya Ahmad Syazwan telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah
menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Ini
juga mungkin kerana Ahmad Syazwan lebih bijak daripada Mohd Faiz dan Fiqree kerana dia berada
dalam kelas 1A. Mohd Faiz dan Fiqree pula masih tidak dapat menguasai prinsip identiti. Dalam
prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan,
bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah.

4.2.2 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 10 TAHUN

JADUAL 5.1 :

UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 4

SEBELUM
SELEPAS

BIL

NAMA

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN

MOHD IZZAT BIN MAZLAN


3

AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN

Jadual 5.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas responden tahun
4. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang berbeza digunakan. Pada
mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden
dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya,
ketiga-tiga responden iaitu Syafiq, Izzat dan Azizol menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua
bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden direkodkan seperti dalam jadual.

Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz
yang berlainan. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas
itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 4 ini menyatakan
bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka menyatakan demikian
kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sudah dapat
menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz
yang berbeza jika tiada penambahan kuantiti kepada air tersebut.

Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa ketiga-tiga responden telah pun menguasai prinsip
identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada
bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun
bentuknya berubah.

JADUAL 5.2 :

UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 4


SEBELUM

SELEPAS

BIL

NAMA

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN

MOHD IZZAT BIN MAZLAN


3

AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN

Jadual 5.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas responden tahun
4. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Pada mulanya, dua utas tali
disusun dalam dua baris yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua
utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh responden akan
direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga responden ini, mereka menjawab
bahawa utas tali ini adalah sama panjang.

Seterusnya, seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya. Responden diminta untuk
menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Didapati bahawa,
ketiga-tiga responden menyatakan bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah
sama dengan panjang asal.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan
bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya diubah.

Daripada ujian panjang tali ini, terbukti bahawa ketiga-tiga responden ini telah menguasai prinsip
identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan. Dalam prinsip identiti,kanak-kanak
sudah boleh menyatakan bahawa sekirannya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan,
bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk diubah.
JADUAL 5.3 :

UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 4

SEBELUM

SELEPAS

BIL

NAMA

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN


2

MOHD IZZAT BIN MAZLAN

AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN

Jadual 5.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden
tahun 4. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun
dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari
dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan
jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap
bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan direkodkan.

Daripada jadual 5.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola
adalah sama. Selepas susunan bola diubah, ketiga-tiga responden menyatakan bahawa bilangan bola
bagi kedua-dua baris adalah sama.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh
menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan
bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep
pemuliharaan ( conservation ).
Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga responden telah mencapai peringkat
Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep
pemuliharaan ( conservation ). Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan
yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau
susunannya berubah.

4.2.3 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 12 TAHUN

JADUAL 6.1 :

UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 6

SEBELUM

SELEPAS

BIL

NAMA

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

BADRUL HISYAM BIN ISHAK


2

KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR

MOHD HAFIZUL BIN AHMAD

Jadual 6.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas responden tahun
6. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang berbeza digunakan. Pada
mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden
dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya,
ketiga-tiga responden iaitu Badrul,Amin dan Hafizul menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-
dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden direkodkan seperti dalam jadual.
Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz
yang berlainan. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas
itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 6 ini menyatakan
bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka menyatakan demikian
kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sudah dapat
menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz
yang berbeza jika tiada penambahan kuantiti kepada air tersebut.

Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa ketiga-tiga responden telah pun menguasai prinsip
identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada
bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun
bentuknya berubah.

JADUAL 6.2 :

UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 6

SEBELUM

SELEPAS

BIL

NAMA

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA
1

BADRUL HISYAM BIN ISHAK

KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR

MOHD HAFIZUL BIN AHMAD


Jadual 6.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas responden tahun
6. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Pada mulanya, dua utas tali
disusun dalam dua baris yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua
utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh responden akan
direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga responden ini, mereka menjawab
bahawa utas tali ini adalah sama panjang.

Seterusnya, seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya. Responden diminta untuk
menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Didapati bahawa,
ketiga-tiga responden menyatakan bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah
sama dengan panjang asal.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan
bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya diubah.

Kesimpulannya, daripada ujian panjang tali ini, terbukti bahawa ketiga-tiga responden ini telah
menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan. Dalam prinsip
identiti,kanak-kanak sudah boleh menyatakan bahawa sekirannya tiada bilangan yang ditambah atau
dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk diubah.

JADUAL 6.3 :

UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 6

SEBELUM

SELEPAS

BIL

NAMA

SAMA

TIDAK SAMA
SAMA

TIDAK SAMA

BADRUL HISYAM BIN ISHAK

KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR

MOHD HAFIZUL BIN AHMAD


Jadual 6.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden
tahun 6. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun
dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari
dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan
jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap
bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan direkodkan.

Daripada jadual 6.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola
adalah sama. Selepas susunan bola diubah, ketiga-tiga responden juga menyatakan bahawa bilangan
bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Mereka berkata demikian kerana mereka mengatakan
bahawa apabila bola yang sama digunakan sudah tentu bilangannya adalah sama walaupun diubah
kedudukannya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh
menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan
bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep
pemuliharaan ( conservation ).

Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga responden telah mencapai peringkat
Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep
pemuliharaan ( conservation ). Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan
yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau
susunannya berubah.

5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Kajian tentang perkembangan kanak-kanak memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Kanak-kanak dalam peringkat umur 7-12 tahun ini telah mengalami
perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan dan kanak-kanak dalam lingkungan
umur ini juga kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau
tugas yang diberikan kepada mereka.

Pada usia lingkungan 7-12 tahun ini, kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik dan aktiviti-aktiviti
seperti melukis dan mewarna kerana mereka sudah pun mengalami perkembangan otot-otot halus.
Perkembangan otot-otot halus ini membantu mereka untuk menggenggam sesuatu dengan kemas
dan kuat.

Selain itu, ibu bapa dan pendidik boleh melibatkan kanak-kanak ini dalam aktiviti permainan dan
latihan-latihan seperti berenang dan gimnastik kerana aktiviti seperti ini mampu menguatkan otot,
daya tahan otot dan membina pergerakan yang lebih cekap. Pendidik boleh menyediakan aktiviti
lasak untuk kanak-kanak lelaki seperti bermain bola sepak, ragbi dan hoki kerana kanak-kanak lelaki
cenderung untuk melakukan aktiviti lasak. Manakala pendidik juga perlu menyediakan permainan
yang bersesuaian untuk kanak-kanak perempuan seperti bola jaring dan bola baling.

Selain menyediakan aktiviti fizikal, kanak-kanak juga perlu disajikan dengan makanan yang seimbang
dan bersesuaian dengan tahap umur mereka. Dalam lingkungan umur ini mereka perlu disajikan
dengan makanan yang mampu memberikan tenaga kepada mereka kerana kanak-kanak di antara 7-
12 tahun ini sangat aktif bergerak dan bermain. Jadi, mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk
mejalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

Menurut Gorbin dan Lindsey ( 1994 ), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian,
iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan psikomotor. Pada tahap usia ini kemahiran
psikomotor halus menjadi lebih baik dan cekap.

Kebiasaannya, dalam usia kanak-kanak ini, perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya boleh
menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian diri seseorang individu. Jika diperhatikan,
dalam sebuah kelas akan terdapat perbezaan yang ketara dari segi ketinggian, berat dan bentuk
badan pelajar. Terdapat murid yang gemuk dan kurus serta murid yang tinggi dan rendah.
Kebiasaanya, sebuah kelas akan mengandungi pelbagai etnik pelajar yang berbeza dari aspek bentuk
fizikal. Jika diperhatikan, kaum cina mempunyai kulit yang cerah, bermata sepet manakala kaum
melayu mempunyai kulit yang sedikit gelap berbanding kaum cina dan kaum india mempunyai kulit
yang gelap. Namun perbezaan fizikal mengikut kaum merupakan ciri-ciri universal dan diterima
umum. Kanak-kanak tidak merasakan perbezaan kaum menggangu kehidupan mereka seharian.
Sebaliknya, perbezaan fizikal dari segi saiz badan seperti kanak-kanak yang mempunyai saiz badan
yang besar, gemuk, pendek dan sebagainya.

6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK

Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada
jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, dan daripada kasar kepada
halus mengikut perkembangan fizikal individu.

Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), pembelajaran merupakan perubahan bentuk
tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi
untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang
dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru
hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme) dalam buku
Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang
berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget.
Langkah pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang
sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar. Langkah kedua ialah menimbulkan dan
menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati
tindak balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi
pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar kedalam
penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi
pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang
berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan
kognitif yang rendah.

Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh menggunakan
bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan
berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke arah
pembelajaran yang lebih komples.

Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah
dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh
memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang
difikir sendiri oleh murid.

Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-fakta dengan cara
membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh
berfikir mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih
menarik dan pasti menghiburkan para pelajar.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh
setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan mudah difahami.

7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

7.1.1 RUMUSAN

Selepas mengkaji dan memahami pelbagai teori serta pandangan ahli-ahli psikologi terkenal, saya
dapat merumuskan bahawa perkembangan individu adalah bersifat kualitatif tetapi jelas berubah
melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan
melalui peredaran masa menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat
perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan.

Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor baka dan persekitaran.
Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai
tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian saling berhubung
dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan
mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu
peringkat sebelum lahir(prenatal), bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai