Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Didalam menempuhi era kemodenan ini,satu aliran pemikiran baru telah muncul dalam institusi

keislaman iaitu Islam Liberal yang mana dikatakan bahawasanya pemikiran ini memperjuangkan

keadilan,kebebasan,kesejagatan dan pentafsiran semula Islam.Ia dikatakan muncul sebagai antitesis kepada

fenomena terorisme dan fundamentalisme dengan mempromosikan islam secara rasional dan up-to-date yang

disesuaikan dengan arus perubahan zaman bermakna islam itu tidak releven diamalkan sepanjang zaman dan ia

hanya tertumpu pada zaman-zaman tertentu.Apakah layak seorang manusia yang kerdil menggubal

perlembagaan baru didalam islam sedangkan ia sudah lama termaktub didalam Al-quran?

Sedar atau tidak fahaman ini sedikit demi sedikit menular masuk ke dalam negara Malaysia.Seandainya

tiada jalan penyelesaian untuk membanteras masalah ini kami khuatir ia akan memberi impak yang buruk pada

fikiran dan amalan rakyat Malaysia khususnya penganut Islam.Kita dapat lihat pelbagai medan boleh ditembusi

untuk menyebarkan fahaman liberal seperti melalui buku,majalah,video,movie, ‘Facebook’dan

sebagainya.Hakikatnya anak-anak muda mudi akan menjadi mangsa utama dengan hasutan fahaman ini.

Di sini membawa satu gelombang hitam yang dibawa masuk ke dalam negara tercinta kita iaitu negara

Malaysia.Islam Liberal merupakan bidaah dalam agama Allah iaitu merekacipta atau mengada-adakan apa yang

tiada kaitan dengan sebarang panduan dan sandaran kepada ajaran agama. Justeru kami bersepakat memilih

tajuk Islam Liberal sebagai kajian kerja kursus untuk mengetahui secara awal bagaimana perkembangan Islam

Liberal dan kesan kepada masyarakat negara Malaysia.Pencerahan dan penjelasan akan kami bentangkan

mengenai Islam Liberal dari sudut definisi,sejarah,faktor,kesan dan sebagainya.

Secara tuntasnya,Islam liberal merupakan satu fahaman baru yang menyesatkan dan perlu diberi

perhatian oleh semua pihak baik kerajaan,universiti,sekolah,guru-guru,ibubapa,masyarakat sekitar agar fahaman

ini tidak tersebar luas dan meresap kedalam diri masyarakat di negara Malaysia.

DEFINISI ISLAM LIBERAL

Islam Liberal boleh diertikan sebagai fahaman yang berteraskan perjuangan hak-hak kemanusian

seperti kebebasan,nila-nilai kemanusiaan yang pro-pluraslisme dan tolenrasi,nilai-nilai sekular dan menerima

kemodenan.Menurut Kamus Dewan ( DBP Kuala Lumpur 1994) perkataan Liberal didefinasikan sebagai

bersifat kearah kebebasan dan pemerintahan yang demokratik,berfahaman bebas,dan berfikiran terbuka iaitu

tidak tertumpu pada satu aliran pemikiran sahaja.


Dari sudut terminologi,perkataan “Liberal” adalah merupakan istilah Inggeris yang dipinjam dari bahasa

Latin, “Liber” ataupun “free” yang bermaksud bebas,liberal,berpandangan terbuka,tidak dibelenggu oleh mana-

mana tradisi,adat,aliran pemikiran ataupun agama.Manakala “Liberalisme” pula merujuk kepada pandangan dan

prinsip yang liberal terutama dari sudut sosial dan politik.Fahaman yang diaspirasikan oleh gerakan liberalisme

Barat yang memperjuangkan kebebasan dan hak-hak individu dalam pelbagai bidang kehidupan.Antara isu

utama yang diketengahkan oleh mereka adalah seperti pemisahan antara agama dan negara

(sekularisme),demokrasi,hak-hak kaum wanita dan golongan minoriti,kebebasan berfikir dan gagasan tentang

kemajuan. Menurut Oxford Dictionary of Philosophy ( 1996.218) pula menyatakan bahawa liberalisme ialah :

sesuatu yang ada hubugan dengan politik :A political ideology centred upon thee individual,thought of as

possessing right against government including right of equality of respect,freedom of expression and action,and

freedom from religious and ideological constraint.

Ensiklopedia Indonesia (1983:jld 4:2005) pula menjelaskan bahawas liberalisme ialah usaha perjuangan

menuju kepada kebebasan.Di satu pihak dibezakan antara liberaslime politik dan rohani,di lain pihak liberalisme

ekonomi.Liberalisme rohaniah dan politik pula berdasarkan pada keyakinan bahawa semua sumber kemajuan

terletak dalam perkembangan peribadi manusia yang bebas.[2] Di sebut juga dalam konsep liberal yang

bermaksud kepercayaan mengenai agama islam yang bersifat liberal dan tidak terikat dengan tradisi dan

agama,Islam yang bukan bersifat ortodoks atau konservatif dan sesuai dengan perubahan zaman serta Islam

yang berorientasikan masa hadapan bukan masa silam.Begitulah anasir barat yang membawa pengaruh yang

amat besar dalam pemikiran orang islam.Secara dasarnya mungkn pemikiran yang dibawa oleh mereka boleh

diterima akal,tetapi apabila diselidik dan diteliti dengan lebih jelas kita akan dapat lihat kesan yang amat buruk

pada diri sendiri,masyarakat,dan negara. [3]

SEJARAH ISLAM LIBERAL

Mutakhir ini dunia dan masyarakat Islam sedang berhadapan permasalahan yang sukar dan cukup

merbahaya berikutan lahir dan berkembangnya apa yang diistilahkan sebagai modenisme dan liberalisme.Pada

hakikatnya,istilah modenisme dan liberalisme tidaklah dimaksudkan sekadar menggambarkan keterikatan dan

hidup di zaman moden,global,dan bersifat liberal,tetapi ia adalah suatu kesimpulan di kalangan penganut

pelbagai agama yang berkeyakinan dan beriktikad bahawa kemajuan ilmu pengetahuan dan kebudayaan semasa

memerlukan semakan dan penglihatan semula prinsip,pemikiran dan kesimpulan agama yang difahami dan
diaplikasikan kepada perspektif baru berasaskan falsafah dan pencapaian semasa.Bagi memenuhi keperluan

itu,ia memastikan pentakwilan dan melakukan proses membuat kesimpulan baru ajaran agama kepada asas dan

prinsip yang selari dengan tamadun moden,global dan liberal.Berikutan dari itu,lahirlah dikalangan pemikir

agama khususnya di kalangan masyarakat Barat yang bergerak ke arah usaha dan langkah menselarikan atau

mensejagatkan pemikian agama dengan nilai moden.[4]

Perkembangan ini di dunia Barat telah mempengaruhi banyak agama utama di dunia termasuklah

masyarakat Islam.Dunia dan masyarakat Islam semenjak kurun ke 16 hinggalah awal kurun ke-20,berkedudukan

sebagai tanah jajahan kepada pelbagai kuasa penjaja Eropah Barat.Dalam tempoh itu,umat Islam disajikan

dengan sistem pemerintahan,pentadbiran dan pendidikan sekular Barat. Keadaan ini,bahkan ditambah dengan

kelemahan faktor dalaman masyarakat Islam sendiri telah memberi ruang kepada perkembangan dan

tersebarnya modenisme dan liberalisme,iaitu usaha pemodenan dan meliberalkan pemikiran agama

Islam.Walaupun umat dan negara Islam dalam kurun berikutnya telah mencapai kemerdekaan,namum pimpinan

politik yang memperolehi kuasa membentuk kerajaan sendiri dari lepasan pendidikan sekular Barat di negara

sendiri,malah ada yang memproklamirkan perlembagaan negara mereka sebagai negara sekular berasaskan

sistem sekular seperti negara Turki.

Gagasan-gagasan idea yang diperkenalkan oleh pendukung aliran pemikiran liberal ini telah

menyebabkan berlakunya polemik sesama umat islam di seluruh dunia.Kemunculannya juga dikatakan telah

mengugat kesucian agama Islam terutama dari aspek akidah dan syariah.Golongan yang kurang pegangan

dengan kepercayaan agama Islam menjadi mangsa untuk mengikut cara kehidupan baru yang diperkenalkan

oleh pendukung aliran pemikiran liberal. Dari perbincangan para ulama dan ahli akademik mengenai aliran

Islam Liberal,ianya didapati amat merbahaya kepada aqidah dan syariat.Umumnya,serangan pemikiran ini

terhadap aspek akidah dan syariah secara tidak langsung mengoncang tahap kepercayaan terhadap segelintir

umat islam dan takut kelak mereka akan terpesong kelembah liberalisme.

Bagaimana manhaj islam liberal ?


Islam liberal merupakan satu aliran yang bercanggah dengan aliran islam yang sebenar. Sejak akhir-
akhir ini, aliran ini semakin berkembang dan sedang mengambil tempat di hati orang-orang muslim di Malaysia.
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan sebegitu kerana boleh mendatangkan kesan buruk terhadap akidah umat
islam. Jadi untuk membanteras dan menangani masalah ini, seharusnya kita mengenali apakah manhaj atau ciri-
ciri aliran Islam Liberal ini. Mungkin kebanyakan umat islam yang tidak tahu menganggap bahawa aliran islam
liberal ini berlandaskan agama islam yang sebenar. Atas sebab itulah, mereka senang terpengaruh dengan aliran
islam liberal ini. Untuk pengetahuan, manhaj atau ciri-ciri aliran ini mengarahkan kepada pembukaan dan
pembebasan tafsiran agama[1]. Mereka memperjuangkan Islam yang terbuka dan bebas daripada belenggu
tafsiran lama ke arah tafsiran baru lagi segar demi kejayaan umat. Berikut ini akan disenaraikan beberapa
manhaj atau pegangan yang dipegang oleh aliran Islam Liberal ini.

Manhaj Islam Liberal tentang agama Islam :


Manhaj kesamaan agama merupakan manhaj utama yang diperjuangkan oleh aliran ini dengan
menyebarkan fahaman Pluralisme agama iaitu fahaman yang menyakini bahawa semua agama adalah sama-
sama benar dan merupakan jalan menuju kepada Tuhan yang sama. Menurut Ulil Absar Abdallah iaitu penyelia
Jaringan Islam Liberal di Indonesia, beliau mengatakan bahawa :
“Semua agama adalah sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi islam bukan agama yang paling
benar (Majalah Gatra, 21 Desember 2002)[2]. Ulil Absar juga menulis : “Dengan tanpa rasa segan dan malu
saya mengatakan bahwa semua agama adalah tepat berada pada jalan seperti itu, jalan panjang menuju Yang
Maha Benar. Semua agama, dengan demikian, adalah benar, dengan variasi, tingkat dan kadar kedalaman
yang berbeza-beza dalam menghayati jalan keagamaan itu. Semua agama adadalam satu keluarga besar yang
sama : yaitu keluarga pencinta jalan menuju kebenaran yang tak pernah ada hujungnya “(Kompas, 18-11-
2002, dalam artikel : “Menyegarkan kembali pemahaman Islam”)[3]. Dr.Alwi Shihab, mantan Menteri Luar
negara Indonesia, pensyarah di Universiti Islam Negeri Jakarta, menyatakan : “Prinsip lain yang digariskan
oleh al-Quran adalah pengakuan kewujudan orang yang berbuat baik dalam setiap komuniti beragama dan
dengan begitu, layak memperoleh pahala dari Tuhan. Jelas prinsip ini memperkukuh idea mengenai Pluralisme
keagamaan dan menolak eksklusivisme. Dalam pengertian lain eksklusivisme keagamaan tidak sesuai dengan
semangat al-Quran. Sebab al-Quran tidak membeza-bezakan antara satu komuniti agama dari lainnya”[4]

Aliran ini menganggap bahawa agama islam adalah agama yang benar. Dalam masa yang sama aliran
ini juga berpendapat bahawa semua agama adalah benar. Mana-mana agama yang berkonsepkan ketuhanan
yang menyuruh dan menyeru kearah kebaikan ianya dianggap sama-sama benar. Manhaj kesamaan agama
merupakan manhaj tersendiri yang unggul bagi aliran ini kerana tidak ada satu pun agama sebelum ini samada
agama yang masih tulen atau yang telah diubah suai, mendakwa atau berpegang dengan manhaj kesamaan
antara agama[5]. Keunggulan manhaj ini tidak sesekali menunjukkan dan menggambarkan keistimewaan
mereka tetapi menunjukkan keterdesakan mereka kerana mereka sanggup mengorbankan segala sesuatu demi
mencapai kehendak akal dan nafsu mereka semata-mata.

Manhaj Islam Liberal tentang al-Qur’an :


Islam Liberal ini turut menggugat kesucian kitab suci al-Quran dengan tafsiran-tafsiran yang tersendiri.
Mereka turut mempertikaikan tentang wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT. Menurut mereka, wahyu ini
terbahagi kepada dua iaitu wahyu yang bertulis dan tidak bertulis. Wahyu yang bertulis merupakan kitab suci al-
Quran yang mana bagi mereka hanyalah teks semata-mata, manakala wahyu yang tidak bertulis pula merujuk
kepada akal manusia itu sendiri[6]. Perkara ini telah dijelaskan oleh tokoh islam liberal sebagaimana dalam
Harian Kompas tanggal 18 November 2002, koordinator jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla menulis :
“Bagi saya, wahyu tidak berhenti pada zaman Nabi. Wahyu terus bekerja dan turun kepada manusia. Wahyu
verbal memang telah selesai dalam Al-Quran, tetapi wahyu non verbal dalam bentuk ijtihad akal manusia terus
berlangsung”[7]. Bagi mereka, akallah yang sebenarnya menghidupkan teks-teks al-Quran berdasarkan tujuan,
konteks dan suasana zaman. Jadi disini, mereka menganggap bahawa al-Quran hanya menerangkan tujuan-
tujuan agama semata-mata dan disinilah fungsi akal manusia mentafsirkannya mengikut penyesuaian sesuatu
zaman. Sesuatu hukuman yang digunapakai pada zaman dahulu tidak boleh dilaksanakan pada zaman sekarang
kerana ianya telah lapuk dan tidak bersesuaian pada zaman sekarang. Sebagai contoh terhadap firman Allah
SWT :

{(38) ٌ‫َللاه ع َِزيزٌ َحكِيم‬


ٌّ ‫َللاِ َو‬
ٌّ ٌَ‫َال مِ ن‬ َ ‫س ِار َق ٌةه فَا ْق َطعهوا أ َ ْي ِديَ هه َما َجزَ ا ًٌء بِ َما َك‬
ًٌ ‫سبَا نَك‬ ّ ‫ق َوال‬
ٌ‫س ِار ه‬
ّ ‫} َوال‬
Bermaksud: Pencuri, lelaki dan perempuan hendaklah kamu potong tangan kedua-duanya sebagai balasan dari
apa yang kedua-duanya lakukan dan sebagai seksa dari Allah. Allah adalah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. (Surah al-Maidah 5: 38)

Dalam firman Allah SWT ini menerangkan tentang hukuman terhadap pesalah lelaki dan perempuan
yang melakukan kecurian. Hukuman potong tangan dikenakan terhadap pesalah-pesalah. Sebagaimana yang kita
ketahui bahawa hukuman ini telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan juga para Sahabat.
Akan tetapi, menurut fahaman islam liberal ayat diatas menerang tentang wajib dikenakan hukuman terhadap
pencuri tetapi hukumannya boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian masa dan tempat. Menurut mereka,
hukuman potong tangan tidak lagi releven untuk dilaksanakan pada zaman sekarang kerana tidak akan
membawa kepada kemajuan islam. Bagi pesalah-pesalah ini, mereka perlu dikenakan hukuman penjara kerana
bagi fahaman islam liberal ini hukuman penjara ini releven dan sesuai untuk dilaksanakan pada zaman sekarang.
Mana-mana hukuman yang telah dinyatakan dalam al-Quran boleh diubah dan dibuat pembaharuan mengikut
akal dan tafsiran mereka. Ini kerana bagi mereka pembaharuan ini dapat memajukan dan meningkatkan taraf
umat islam. Begitulah manhaj membuka dan mentafsir yang dipegang oleh islam liberal ini. Sehinggakan segala
apa yang telah dipraktikkan pada zaman Rasullah SAW tidak semestinya perlu diamalkan pada zaman sekarang.
Selain itu, kumpulan islam liberal ini dalam mengkritik al-Quran mereka menggunakan metod
pentafsiran hermeneutika iaitu “to understand the discourse just as well as even better than its
creator” (Freidrich Schleiemenrcher “The Hermeneutics: Outline of the 1819 lectures”, dalam Hermeneutic
Tradition, 1990, m.s.93)[8]. Pada awalnya, metod hermeneutics ini digunapakai oleh golongan pemikir barat
dalam mentafsir kitab Bible mereka. Ini kerana kitab Bible ini mempunyai banyak persoalan yang tidak jelas.
Jadi akibat pengaruh barat ini, islam liberal telah menggunapakai metod hermeneutics ini dalam mentafsirkan
ayat-ayat al-Quran[9]. Demikian juga dengan Muhammad Arkoun yang menyatakan bahawa hermeneutika
adalah cara terbaik untuk mentafsirkan al-Quran sebab dengan hermeneutika kita dapat menafsirkan al-Quran
sesuai dengan tinjauan sejarah, sosiologi, dan antropologi sehingga dengan demikian kita akan menolak bentuk
pentafsiran yang mensucikan dan memuliakan al-Quran sebagaimana yang telah dilakukan secara teologis dan
tradisional (Muhammad Arkoun, Rethinking Islam, 1994, m.s.36)[10]. Dengan pernyataan ini Arkoun
menganggap bahawa al-Quran itu tidak suci dan mulia, sama dengan buku yang dapat dianalisa dan dikaji sesuai
dengan keadaan dan situasi tertentu. Demikian beberapa pemikiran Islam Liberal yaang sangat berbahaya dan
mampu mempengaruhi umat islam yang cetek ilmu agamanya. Tambahan lagi, di Malaysia sendiri golongan ini
semakin hari semakin berkembang dan pemikiran mereka telah masuk ke dalam institusi pendidikan Islam.

Manhaj Islam Liberal tentang Hadis-Hadis :


Sepertimana manhaj-manhaj yang lain, Islam Liberal mempunyai manhaj yang tersendiri berkaitan
dengan hadis-hadis Nabi SWA. Pertikaian dibuat terhadap semua hadis Nabi SAW walaupun yang termuat di
dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim[11]. Mereka juga berpendapat bahawa hadis-hadis ini hanya ciptaan
manusia yang ingin mengambil manfaat untuk diri mereka sendiri bukannya datang daripada Baginda SAW.
Sebagai contoh hadis-hadis yang berkaitan dengan perkara-perkara ghaib seperti azab kubur, Padang Masyar,
Titian Sirat dan sebagainya hanyalah ciptaan perawi-perawi hadis. Berkaitan dengan hadis Mutawatir dan hadis
Ahad, mereka mempunyai pandangan yang tersendiri. Mereka menolak hadis-hadis Ahad dan hanya menerima
hadis-hadis mutawatir[12]. Walaubagaimana pun kebenaran hadis Mutawatir hanya dalam kontek kehidupan
masyarakat Arab pada zaman Rasulullah SAW dan tidak sesuai untuk zaman sekarang. Aliran Islam Liberal ini
kebanyakan menolak apa yang dibuat dan dilaksanakan pada zaman Baginda SAW kerana bagi mereka ianya
tidak releven lagi dilaksanakan pada zaman sekarang terutamanya untuk memajukan agama Islam.

Manhaj Islam Liberal terhadap Rasulullah SAW :


Rasulullah SAW merupakan nabi dan juga rasul yang diutuskan oleh Allah SWT kepada seluruh
manusia di muka bumi ini. Beliau mempunyai sifat Nubuwah yang dikurniakan oleh Allah SWT yang mana
ianya tidak dikurniakan kepada manusia biasa. Akan tetapi bagi aliran Islam Liberal, sifat Nubuwah yang
dimiliki oleh Rasulullah SAW hanyalah merupakan sifat atau kemampuan biasa yang boleh dimiliki oleh semua
manusia[13]. Mana-mana manusia yang boleh memimpin dan mempunyai kemampuan dalam memimpin
manusia ke arah kebaikan boleh mempunyai sifat Nubuwah yang seumpama Baginda SAW. Oleh sebab itu bagi
aliran ini Rasulullah SAW hanyalah manusia biasa yang lazimnya melakukan kesilapan dan kebenaran. Kritikan
dan pujian terhadap baginda SAW menjadi perkara biasa bagi aliran ini. Oleh kerana itulah kita dapat lihat
bahawa terdapat tokoh-tokoh aliran Islam Liberal tidak segan silu dan bersalah untuk mengkritik baginda SAW.
Ada yang mengatakan Baginda SAW itu seorang yang mempunyai nafsu yang kuat kerana mempunyai isteri
yang ramai. Sunnah-sunnah yang diamalkan oleh baginda juga sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai untuk
dipraktikkan pada zaman sekarang. Jadi mereka memandang golongan yang memakai jubah, serban, dan
berjanggut itu sebagai manusia yang ketinggalan zaman. Mereka juga tidak mempercayai tentang peristiwa Isra’
dan Mikraj yang mana ia merupakan peristiwa kemukjizatan Baginda SAW[14]. Peristiwa ini hanya rekaan
semata-mata oleh golongan-golongan yang taksub terhadap Baginda SAW.
Penafian demi penafian turut dibuat. Mereka turut mempertikaikan tentang status Baginda SAW yang
merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Menurut Budy dalam bukunya yang mendakwa bahawa : “ Nabi
Muhammad S.A.W. yang dalam pandang teologis Islam dianggap sebagai ‘penutup’ (khatam) segala Nabi dan
Rasul. Pengertian ‘penutup” disini berkaitan dengan klaim argumen Islam sebagai agama terakhir : Dalam al-
Quran kata ‘khatam secara harfiah bererti “cincin”, iaitu pengesah dokumen (seal)”[15]. Pandangan yang
dilontantarkan ini sangat bercanggah dengan dalil atau nas-nas “Qatii” daripada al-Quran dan Sunnah Nabi
SAW dan juga ijmak para ulamak yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW itu merupakan Nabi yang
terakhir. Terdapat ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan
Nabi yang terakhir. Allah berfirman yang bermaksud :

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang
dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah
adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Ahzab: ayat 40)

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari turut menjelaskan tentang perkara ini, antaranya yang
bermaksud: “Sesungguhya Kerasulan dan Kenabian telah terputus, maka tiada Rasul selepasku dan tiada
Nabi.....”[16]. Oleh itu sesiapa yang tidak berpegang dan menolak nas al-Quran dan hadis yang sahih
riwayatnya akan jatuh kufur berdasarkan kesepakatan yang telah dibuat oleh para ulama’.

Manhaj Islam Liberal Terhadap Ilmu-Ilmu Islam :


Dalam agama islam terdapat banyak ilmu-ilmu islam yang menjadi asas dan merupakan sesuatu yang
baku di dalam disiplin ilmu-ilmu islam antaranya ialah ilmu usul fiqh, usul tafsir, usul hadis, dan sebagainya.
Akan tetapi, bagi aliran islam liberal ini ilmu-ilmu ini tidak penting dan mereka memandang remeh terhadap
ilmu-ilmu ini kerana ilmu ini dikarang oleh manusia dan ianya tidak sunyi daripada kesalahan dan kecacatan.
Mereka turut mempertikaikan methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai masa kini dengan slogan
membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran[17]. Oleh sebab itu, mereka tidak menggunakan tafsiran-tafsiran
ini dalam pentafsiran mereka untuk membebaskan agama islam. Atas dasar ini jugalah mereka mempertikaikan
tentang perkara-perkara yang ‘qat’i’ iaitu yang sudah muktamad di dalam Islam. Bagi mereka perkara-perkara
ini masih terbuka dan bebas daripada segala maksud dan tafsiran. Oleh sebab itu seseorang tidak boleh
mendakwa bahawa pendapatnya sahaja yang benar. Maka yang demikian, tidak pelik bagi aliran ini meremeh-
remehkan tokoh-tokoh islam kerana mereka ini merupakan manusia biasa yang turut sama melakukan kesilapan
dan kebenaran. Bagi mereka ulamak-ulamak islam ini merupakan manusia yang dibelenggui oleh tafsiran
jumud akibat penyembahan mereka terhadap teks-teks yang mereka cipta sendiri[18]. Kita dapat lihat terdapat
tokoh islam liberal ini mencerca tokoh-tokoh islam antaranya Nurcholish Madjid bersama Tim Penulis
Paramadina dalam buku “Fiqih Lintas Agama” di halaman 5 telah melemparkan cercaan terhadap Imam Syafii
yang dituduh penghalang perkembangan fiqih[19].

Manhaj Islam Liberal Terhadap Hukum-Hukum Fiqh :


Apabila merujuk kepada hukum-hukum fiqh, aliran islam Liberal ini mempunyai kaedah usul yang
tersendiri yang membawa kepada pengjagaan kemaslahan manusia. Jadi mencapai tujuan ini hukum-hukum
yang telah ditetapkan boleh diubah-ubah mengikut masa dan tempat. Mereka tidak merasa bersalah dan segan
silu mengubah hukum yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Contohnya dalam bab
faraid, hudud, perkahwinan, persaksian dan sebagainya. Dalam bab faraid, kadar pembahagian harta yang telah
ditetapkan telah diubah kononnya untuk lebih adil antara ahli waris. Dalam hukuman hudud pula, mereka tidak
mengguna pakai apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Mereka menentukan hukuman tersebut
menggunakan kehendak mereka sendiri asalkan bagi mereka dapat memajukan umat islam. Bagi mereka
hukuman hudud sudah tidak releven pada zaman sekarang khususnya untuk memajukan umat islam. Dalam bab
perkahwinan pula aliran Islam Liberal ini membenarkan perkahwinan sesama jenis. Mereka juga turut
menggalakkan homoseksual dan penzinaan. Di Indonesia, kelompok liberal ini memperjuangkan agar
perkahwinan sesama jenis dibenarkan di negara tersebut. Mereka turut menerbitkan buku berjudul “ Indahnya
Kahwin Sesama Jenis”[20].

Gerakan Islam Liberal di Malaysia.


Bedasarkan pembacaan dan penelitian penulis, kami mendapati wujud beberapa
gerakan yang memperjuangkan fahaman liberalisme agama ini. Gerak kerja mereka adalah
sama dalam mencapai tujuan kebebasan beragama namun berbeza dalam konteks cara
penyebaran dan cara tuntutan. Kebanyakan gerakan bergerak secara lantang melalui pelbagai
medium seperti akhbar,forum dan siri jelajah. Mereka ini telah wujud seawal tahun 2000 lagi.
Bermula dari satu kelompok dan akhirnya bergabung menjadi suatu bentuk kumpulan
pendesak yang cukup jitu tuntutan mereka.

Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (IFC)


Cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (IFC)[1] yang wujud
pada awal Februari 2005 merupakan suatu manifestasi hasil gabungan gerakan-gerakan islam
liberal ini. Bermula seawal Disember 2000, lontaran idea bahawa perlu diwujudkan sebuah
badan antara agama dalam sebuah persidangan anjuran Majlis Peguam Malaysia telah
diterima. Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa antara agama dibentuk. Kemudian, bibit itu
bercambah subur pada Ogos 2001 apabila Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian,
Hindu dan Sikh (MCCBCHS) telah menyerahkan memorandum yang mengandungi senarai
permasalahan yang dihadapi oleh golongan non-muslim dalam mengamalkan agama masing-
masing. Gerakan konservatif seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis
Koordinasi NGO Islam Malaysia (ACCIN) International Movement for Just World (JUST)
yang pada awalnya menyertai jawatankuasa tersebut akhirnya menarik diri selepas suara
tentangan mereka dipandang sepi ahli majlis jawatankuasa yang lain.
Gerakan ini kemudian tanpa segan silu, terang-terangan dan terus-terusan
mengadakan bengkel-bengkel[2], forum-forum, ceramah-ceramah dan siri jelajah untuk
memberi pengetahuan umum kepada masyarakat Malaysia akan perjuangan dan segala
tuntutan mereka. Jawatankuasa itu kemudian telah mewujudkan suatu deraf Rang Undang-
undang Suruhanjaya Antara Agama Malaysia.[3] Penulisan deraf ini merupakan suatu cubaan
nekad dari ahli jawatankuasa tersebut dalam mentafsir hak kebebasan beragama dari sudut
pandangan sekular liberal. Norma-norma antarabangsa tentang hak kebabasan beragama yang
mana kita ketahui bersandarkan pemikiran sekular-liberal Barat telah menjadi tunjang
penulisan deraf tersebut.

Kumpulan Artikel 11.


Kumpulan Artikel 11[4] telah ditubuhkan pada bulan Mei 2004. Kumpulan yang
terdiri daripada 13 pertubahan bukan kerajaan (NGO)[5] ditubuhkan untuk menegakkan
Rukun Negara ketiga iaitu keluhuran Perlembagaan dan menggalakkan kebebasan beragama
di Malaysia. Kebanyakan mereka juga bergiat aktif dalam penubuhan IFC. Kumpulan ini
menolak sebarang diskriminasi individu atas dasar agama, bangsa, tempat lahir atau jantina.
Mereka juga menggesa agar kebebasan berfikir, beragama dan suara hati setiap individu
dihormati, dijamin dan dilindungi. Dengan menegaskan bahawa Malaysia adalah negara
sekular dan undang-undangnya pun sekular, mereka cuba menafikan peranan mahkamah
syariah yang mempunyai kuasa sama tara dengan mahkamah sivil dalam sisterm keadilan di
Malaysia. Bagi mereka undang-undang sivil adalah lebih gah dari undang-undang Islam yang
merupakan secebis daripada pandangan umum yang biasa didokong oleh kelompok sekular-
liberal.

Sister In Islam (SIS)


Menyentuh tentang Sister In Islam, ia adalah sebuah pertubuhan NGO di Malaysia
yang didaftarkan pada tahun 1991 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad.[6] Nama
SIS digunakan secara komersial dalam urusan penyiaran tetapi mereka menggunakan nama
syaikat bagi urusan rasmi. SIS telah diasaskan oleh Dr. Amina Wadud pada tahun 1988.
Ketika itu beliau adalah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang
Teologi. Seramai 6 orang wanita muslim yang prihatin terhadap permasalahan wanita telah
bersatu hati membentuk jawatankuasa ketika awal penubuhan SIS iaitu Dr. Amina Wadud,
Zainah Anwar, Salbiah Ahmad, Sharifah Zuriah, Rashidah Abdullah dan Ros Ismail.[7]
Tumpuan mereka adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama
Islam yang dikatakan mendiskriminasikan kaum wanita. Kemudian, berkembang kepada isu-
isu lain yang lebih luas seperti hak asasi manusia, perlembagaan hinggalah soal-soal
poligami, murtad, aurat, persamaan antara hak antara lelaki dan wanita, pengkid dan
sebagainya lagi.[8] Mereka cukup lantang menyuarakan hak-hak wanita yang dianggap
mendiskriminasikan dan merendah-rendahkan kaum Hawa. Maka, tidak hairan dalam dua
gerakan yang telah kami perincikan diatas mereka cukup kuat menampilkan diri dalam
memastikan suara mereka didengari oleh semua pihak.
Kelangsungan perjuangan mereka adalah bertunjangkan kepada mahu melawan segala
pemikiranjumud yang ada dalam kalangan umat Islam hari ini. SIS mahu mengajak
masyarakat meneliti sesuatu perkara berdasarkan realiti kehidupan semasa pada ketika ini.
Idea dan pemikiran mereka mendapat tempat dengan mudah di dada-dada akhbar perdana
terutamanya akhbar Bahasa Inggeris seperti The New Straits Times. Secara tidak langsung,
penyiran makalah mereke menyebarluaskan pengaruh pemikiran mereka ini. Mereka yang
terdidik dengan aliran Inggeris baik dalam atau luar negara, serta kurang terdedah kepada
pembelajaran Islam yang sistematik mudah terjerat dangan wahana pemikiran ini. Terkini,
mereka telahpun menghasilkan kumpulan tafsir wanita yang bertumpu penyebarannya kepda
ibu-ibu tunggal dan janda. Penafsiran dalil-dalil mereka cukup berlawanan dengan penfsiran
Islam yang sebenar tentang hak-hak kaum Hawa di dalam al-Quran.

Apakah bahanya kepada Islam dan Muslim.


Berikut kami paparkan beberapa akibat yang telah berlaku hasil perjuangan fahaman
Islam Liberal hari ini:[9]
· Al-Quran dan hadis Rasulullah telah disama tarafkan sepertimana buku-buku sastera yang
lain.
· Cuba memansuhkan syariat Islam yang bertentangan dengan piagam hak asasi manusia
seperti hukuman zina dan mencuri.
· Prinsip aqidah mereka telah lari dari doktrin yang dipegang golongan sunni.
· Berhasil menimbulkan keraguan aqidah dan memecah belahkan umat Islam.[10]
· Golongan moderat Islam ini telah mendapat tempat hingga ke peringkat dunia.[11]
· Status Islam yang syumul (menyeluruh) sebagai ad-din telah menurun menjadi agama sivil
atau agama peribadi semata-mata.
· Cukup lantang mempertikaikan kewibawaan autoriti golongan ulama terutamanya Majlis
Fatwa Kebangsaan.

Kesimpulan
Agama Islam mengakui perbezaan agama yang lain tetapi tidak mengakui kebenaran
agama yang lain sebab agama yang benar hanyalah agama Islam sedangkan agama yang lain
adalah batil.Namun, dalam mengimplementasikan suruhan Islam yang sebenar, tidak
seharusnya wujud suatu pembaharuan dalam perkara-perkara pokok tentang Islam yakni
perkara-perkara tentang akidah. Makanya, kewujudan fahaman Islam Liberal yang mana
telah lari jauh dari pegangan akidah yang sebenar tidak seharusnya diiktiraf kewujudannya.
Konsep pegangan mereka cukup berbahaya bagi akidah umat Islam dan pengekalan prinsip-
prinsip Islam baik dalam bidang akidah, mahupun dalam bidang syariah dan akhlak.
Bagi Islam Liberal, semua ayat menjadi ayat yang boleh ditakwilkan sesuai dengan
akal fikiran mereka, padahal Allah telah menyatakan bahawa tidak semua ayat itu dapat
ditakwilkan, tetapi sebahagiannya ad yang tetap dan pasti(qat’ie), dan jika ada yang dapat
ditakwilkan(zanni), maka pentakwilan tersebut tidak dapat dilakukan oleh semua orang tetapi
mereka yang sudah memilik ilmu pengetahuan dengan mendalam terhadap hukum-hukuk dan
prinsip-prinsip pengambilan hukum berdasarkan nas Al-Quran dan nas-nas hadis Rasulullah.
Jika pemikiran terhadap Islam hanya menggunakan dasr rasional dan akal semata-mata, ia
merupakan jalan menuju kesesatan. Begitu juga akal fikiran itu dipandu oleh hawa nafsu
sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran.
Semoga tulisan ringkas ini dapat membangkitkan kesedaran kita terhadap cabaran
akidah yang semakin keras dan jitu kuasanya. Semoga Allah memberikan petunjuk dan
kekuatan agar kita mendapat cara dan ikhtiar yang terbaik dalam menghadapi serangan Islam
Liberal sehingga umat Islam dan kebenaran agama Islam tetap terpelihara sehingga tamatnya
riwayat alam ini. Wallhu A’lam.

[1] Kumpulan yang menyokong penubuhan IFC ialah Majlis Peguam Malaysia, Malaysian
Consultive Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS), Pure
Life Society, Inter-Religious Spiritual and Fellowship (INSAF), Malaysian Interfaith
Network, Sister In Islam, FORUM IQRA, Spiritual Assembly of Baha’is of Malaysia,
Perseketuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia, Federation of I-Kuan Tao Association
Malaysia, Soka Gakkai Malaysia, Sri Sathya Sai Central Council, Circle of Life,
Theosophical Society, National Human Right Society (HAKAM), Suara Rakyat Malaysia
(SUARAM), Aliran Kesedaran Kebangsaan (ALIRAN), National Council of Women’s
Organization Malaysia (NCWO), Research for Social Advancement (REFSA).
[2] Bengkel “Towards the Formation of an Inter-Religious Council” bertarikh 17 Mei 2003
merupakan antara bengkel terawal yang membentangkan akan gagasan ini. Pada mulanya SIS
telah memboikot bengkel tersebut kerana tidak berpuas hati melihatkan kegagalan
jawatankuasa memupuk kerjasama antara wakil-wakil komuniti agama tetapi kembali
menganggotainya semula.
[3] Deraf ini jika dilihat banyak mengaplikasikan akan kehendak manusia semata-mata
melalui pelbagai seksyen yang mereka kemukakan terutamnya berkaitan dengan hak
kebebasan manusia dalam semua bidang kehidupan.
[4] Nama “Artikel 11” digunakan sempena Perkara 11 Perlembagaan Perseketuan yang
menjamin hak kebebasan beragama.
[5] Kebanyakan NGO yang menganggotai Kumpulan Artikel 11 juga menyertai dan
menyokong gagasan penubuhan IFC.
[6] Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Fadlam Mohd Othman, 2012, Islam Liberal : Isu
dan Reaksi., Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Hlm. 53.
[7] Jabatan Agama Islam Selangor, (t.t), Sister In Islam, Wajah Gerakan Islam
Liberalisme di Malaysia. Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam
Selangor. Hlm. 53.
[8] Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Fadlam Mohd Othman, 2012, Islam Liberal : Isu
dan Reaksi., Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Hlm. 53.
[9] Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Fadlam Mohd Othman, 2012, Islam Liberal : Isu
dan Reaksi., Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Hlm. 54.
[10] Umat Islam di Indonesia telah diharamkan untuk menganggotai kelompok Islam Liberal
melalui fatwa yang dikeluarkan oleh majlis Ulama Indonesia (MUI) pada 25 Julai 2005.
[11] Pada tahun 2003, persidangan KALIF yang berkisar tentang Islam dan cabaran madeniti telah dihadiri
ramai tokoh-tokoh Islam Liberal dengan tujuan untuk mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya
bersikap kritis terhadap warisan Islam. (al-turath al-islami)
http://fareastfaiz.blogspot.com/2013/05/kertas-kerja-islam-liberal-part-3.html

Anda mungkin juga menyukai