Anda di halaman 1dari 5

1

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK DR SULAIMAN TAHUN


2017

DEWAN SK DR SULAIMAN
21 NOVEMBER 2017

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia


jemputan dan En Ahmad Bukhari Bin Hamed
ibu bapa Yang Dipertua PIBG SK Dr Sulaiman
Dengan diiringi Yang Berusaha
Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman
Nyanyian lagu Tn Hj Mohd Hanafi bin Deris
Negaraku Ke tempat duduk utama

Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Bagi memulakan acara, marilah kita sama-sama kita menyanyikan


lagu Negaraku dengan iringan muzik.

 Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Ahmad Fadzli Bin Pardon. Dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Melati kuntum menghias gelas,


3. Ucapan alu- Tumbuh melata di tepi kali,
aluan Anugerah Cemerlang 2017,
Pengerusi Murid-murid cemerlang kita hargai.
Majlis
Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia En Ahmad Bukhari Bin Hamed


Yang Dipertua PIBG SK Dr Sulaiman

Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Deris


Guru Besar SK Dr Sulaiman
2

Yang Dihormati Pn. Nurul Faizurin binti Mohd Noor


Pegawai KGSK Pejabat Pendidikan Daerah Tampin
Merangkap Pegawai Angkat SK Dr Sulaiman
Para jemputan khas,
Guru-guru penolong kanan,
guru-guru,
Ajk PIBG SK Dr Sulaiman,
ibu-bapa,
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah


Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam
Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Dr Sulaiman bagi tahun 2017.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa
dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis Hari
Anugerah Cemerlang ini diadakan adalah untuk menghargai
pencapaian murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang
dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2017 ini.
Diharap agar dengan penghargaan yang diberikan akan membakar
lagi semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai
bidang pada masa akan datang.

Hadirin yang dihormati,


4. Ucapan Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Perasmian Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
oleh Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
YDP PIBG
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar


ucapan perasmian daripada Yang Berbahagia En Ahmad Bukhari
Bin Hamed Yang Dipertua PIBG SK Dr Sulaiman. Majlis dengan
penuh hormat dan takzim mempersilakan.

***
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada
pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kesudian Yang Berbahagia En Ahmad Bukhari Bin Hamed Yang
Dipertua PIBG SK Dr Sulaiman menyampaikan ucapan perasmian
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
5. Majlis
Graduasi Berkebaya batik berwarna merah,
Prasekolah Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.
3

Penyampaian
Sijil Graduasi Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Penolong
Pra Sekolah Kanan HEM SK Dr Sulaiman, En Ismail bin Sabtu ke pentas
PPKI untuk menyampaikan sijil graduasi.

Majlis dimulakan dengan Graduasi Prasekolah bagi tahun 2017


****
****
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Guru Penolong Kanan HEM SK Dr Sulaiman, En Ismail bin
Sabtu atas kesudian beliau menyampaikan sijil graduasi sebentar
tadi.

6. Penyampaian Hadirin Hadirat sekalian,


Anugerah Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah
kecemerlangan bagi murid-murid SK Dr Sulaiman bagi tahun 2016

Majlis dengan penuh sukacitanya menjemput Guru Penolong


Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman
En Zainal Abidin Bin Umar

Untuk menyempurnakan majlis . Dengan segala hormatnya


dipersilakan….

*** Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah bagi kelas


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

*** Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kelas


Agama Petang

*** Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah


Kedatangan Penuh

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada En


Zainal Abidin Bin Umar atas kesudian beliau menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

7. Persembahan Hadirin sekalian,


1: Majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid prasekolah di
Prasekolah bawah bimbingan Guru dan PPM Prasekolah SK Dr Sulaiman.
Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid prasekolah SK Dr
Sulaiman atas persembahan yang bertenaga sebentar tadi.

8. Penyampaian Seterusnya, dijemput Pn. Nurul Faizurin binti Mohd Noor,


Anugerah Pegawai Angkat SK Dr Sulaiman ke pentas untuk menyampaikan
anugerah seterusnya.
4

Kedudukan *** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas


dalam kelas
*** Anugerah seterusnya ialah terbaik matapelajaran
Terbaik
matapelajaran *** Anugerah seterusnya ialah peningkatan akademik

Peningkatan
Akademik Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Pn.
Nurul Faizurin binti Mohd Noor, Pegawai Angkat SK Dr
Sulaiman atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar
tadi.

9. Persembahan Hadirin sekalian,


2 : Nyanyian
solo lelaki dan Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian solo oleh adik
perempuan Aidil Qayyum bin Barbara dari kelas 6 Arif dengan lagunya yang
bertajuk Segalanya dan adik Norshahira binti Abdul Halim dengan
lagunya Menahan Rindu
***
Terima kasih diucapkan kepada adik Aidil Qayyum dan Norshahira
atas persembahan nyanyian merdu itu tadi.

Hadirin sekalian,
10. Penyampaian
Anugerah khas Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya.
Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Besar SK Dr
Kelas Sulaiman, Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Deris untuk menyampaikan
Terbersih anugerah khas bagi tahun 2017
Tahap 1 dan 2 Dipersilakan.

Tokoh Nilam **** Bagi anugerah kelas terbersih Tahap 1 dan Tahap 2
Tahap 1 dan 2 **** Bagi anugerah Tokoh Nilam Tahap 1 dan Tahap 2

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn.


Hj. Mohd Hanafi Bin Deris, Guru Besar SK Dr Sulaiman
atas kesudian beliau menyampaikan anugerah khas sebentar tadi.

Persembahan Hadirin sekalian,


11. 3: Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan
Tarian menyaksikan persembahan tarian zapin yang akan dipersembahkan
oleh murid-murid perempuan dari Tahun 6 SK Dr Sulaiman.
Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu
menghiburkan hati sebentar tadi.
5

Hadirin sekalian,
Penyampaian
12 Anugerah Hadiah diatur tampak kemas,
Utama : Tuan YDP senyum sekilas,
Tampillah Tuan naik ke pentas.
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas.
Tokoh Sahsiah
Tahap 1 dan 2 Dengan penuh takzim majlis mempersilakan Yang Berbahagia En
Ahmad Bukhari Bin Hamed, Yang Dipertua PIBG SK Dr
Tokoh Murid Sulaiman ke pentas untuk menyampaikan anugerah kemuncak kita
Tahap 1 dan 2 pada hari ini.

*** Penyampaian Anugerah Utama yang seterusnya ialah Tokoh


sahsiah murid 2017 bagi Tahap 1 dan 2

***Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Utama kepada


Tokoh Murid 2017 Tahap 1 dan 2

**** Baca Biodata Murid : Tokoh Murid 2017****


Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini.
Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar
semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh
teladan kepada murid lain.

Sebagai tanda kenang-kenangan, dipersilakan Guru Besar SK Dr


Sulaiman, Tn. Hj. Mohd Hanafi bin Deris untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia En Ahmad Bukhari Bin
Hamed, Yang Dipertua PIBG SK Dr Sulaiman.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang


Berbahagia En Ahmad Bukhari Bin Hamed, Yang Dipertua PIBG
SK Dr Sulaiman atas kesudian beliau menyampaikan Anugerah
Utama sebentar tadi.

Merdu bertingkah alunan suara,


13. Penutup Kadang tak sedar tersilap kata,
& Andai terlanjur patah bicara,
Jamuan makan Serendah hati kemaafan dipinta.

Dengan berakhirnya penyampaian anugerah utama itu tadi, maka


majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan
kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja Majlis
Hari Anugerah Cemerlang SK Dr Sulaiman 2017, para ibu-bapa,
murid-murid dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Dengan penuh takzim kami menutup tirai majlis ini dengan lafaz
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai