Anda di halaman 1dari 1

FAKTOR TERHADAP KETIDAKHADIRAN MAHASISWA/I KE KULIAH SERTA

KESAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK

Hari ini, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mementingkan pendidikan kepada
rakyatnya. Antara buktinya ialah kewujudan institut pengajian tinggi seperti Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang pesat. Semua IPT ini
perlu menjadi pusat ilmu yang terbaik bagi melahirkan ramai ilmuwan yang boleh berjasa
kepada masyarakat dan Negara. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan salah
sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menawarkan kepelbagaian program peringkat
Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan sebagainya. Dengan moto “Ilmu Demi Faedah
Insan”. Pendidikan merupakan aspek penting dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara kerana kejayaan sesebuah negara bergantung pada ilmu pengetahuan,
kemahiran, dan kompetensi yang dimiliki rakyat. Justeru melahirkan mahasiswa dan
mahasiswi yang berilmu merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi, dan jasmani adalah
sangat penting kerana remaja masa kini adalah pemimpin negara pada masa akan datang.
Namun begitu, satu kajian penilaian faktor ketidakhadiran mahasiswa dan mahasiswi
Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang mana memberi kesan terhadap pencapaian
akademik diambil sebagai kajian yang akan dilakukan. Pencapaian akademik seseorang
mahasiswa penting kerana memberi kesan kepada mereka selepas mereka graduasi untuk
mencari pekerjaan yang mana pada masa ini sangatlah terhad dalam pelbagai bidang. Kajian
ini mengambil data dan pandangan daripada pelajar yang menjadi responden dalam kajian ini.
Menurut Abdullah dan Muhaimin (2006) faktor persekitaran dan sikap pelajar terhadap
pembelajaran banyak mendorong kecermelangan akademik pelajar.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Tujuan kajian adalah untuk mengetahui faktor-faktor ketidakhadiran mahasiswa ke kuliah yang
mana memberi kesan kepada tahap pencapaian akademik seseorang itu.

Anda mungkin juga menyukai