Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan tonggak kemajuan, sama ada kemajuan individu, masyarakat
mahupun negara. Pendidikan yang sempurna dan berkesan dapat diperoleh apabila wujud
satu sistem yang teratur. Dalam sistem itu digarisi visi dan misi, matlamat, peraturan dan
undang-undang. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mencapai hasrat falsafah Pendidikan kebangsaan,
pihak kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka dan merancang berbagai-bagai
langkah demi kepentingan pendidikan di Malaysia. transformasi bukan hanya berlaku dalam
sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum.
Menurut Hirst (1975) kurikulum adalah sebagai satu program yang mengandungi aktiviti
pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang
ditentukan. ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk
menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus
sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang
sempuna dan lengkap sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras
dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan.

2.0 Isu Dalam Falsafah Pendidikan ( Pelaksanaan kurikulum )


Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (kpm,2012), kementerian Pelajaran
Malaysia menyatakan bahawa sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian dan
perbahasan. ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan
terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. oleh itu, kementerian perlu mengambil tindakan yang berani
dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan
dengan segera. walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai
isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan kebangsaan

2.1

Anda mungkin juga menyukai