Anda di halaman 1dari 1

Sejak kebelakangan ini, masalah sosial sering menjadi isu hangat di dada akhbar dan

media massa. Antara masalah sosial yang sering diperkatakan ialah seks bebas di kalangan
pelajar bawah umur. Pada masa kini, pendidikan seks bukan lagi hanya untuk orang dewasa
malah ia perlu diterapkan kepada remaja dan kanak-kanak bagi mengelakkan perkara tidak
diingini berlaku. Oleh hal demikian, pendidikan seks sangat diperlukan kerana untuk
menyelamatkan generasi muda agar lebih berwaspada dan menyedari batas pergaulan yang
telah ditetapkan. Justeru, masalah ini apabila dikaitkan dengan masalah remaja, maka dirujuk
sebagai perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah atau juga
dipanggil sebagai seks bebas. Bagi remaja yang melakukan aktiviti seks dengan bertukar-
tukar pasangan pula dipanggil sebagai seks rambang. Remaja mudah terjebak dengan
masalah seks ini disebabkan berlaku proses perubahan antara zaman anak-anak dengan
zaman dewasa. Pada masa perubahan ini, emosi remaja agak tidak stabil sehingga mereka
mudah terdorong dengan dorongan ke arah memenuhi keinginan seks ini. Masalah yang
paling utama daripada masalah seksual remaja ini adalah disebabkan kesediaan remaja itu
sendiri terhadap kesan daripada aktiviti seks tersebut sedangkan mereka masih lagi tidak
bersedia daripada segi fizikal, mental, dan ekonomi (Sari Banun & Soedijono, 2013). Bahkan
aspek sosial merupakan aspek sangat memberi kesan kepada remaja yang terlibat dengan
aktiviti seksual pada usia muda ini (Sarnon et al., 2012).

Pelbagai faktor telah dikenal pasti menyebabkan delinkuen dalam kalangan pelajar
sekolah. Berasaskan banyak kajian dan pengalaman penulis sendiri terdapat beberapa faktor
berlakunya delinkuen dalam kalangan pelajar. Antaranya yang utama ialah sikap pelajar itu
sendiri, faktor latar belakang keluarga, rakan sebaya, pengaruh media massa dan
persekitaran. Faktor-faktor tersebut berhubung kait antara satu sama lain dan tidak harus
dilihat sebagai faktor yang terpisah antara satu sama lai

Anda mungkin juga menyukai