Anda di halaman 1dari 5

KHAMIS (3 JANUARI 2019)

TEMA: Rakan Saya


TEMPAT/
MASA AKTIVITI TINDAKAN
BAHAN

PENGURUSAN KELAS
Objektif:
1. Merekod kehadiran murid,
2. Mengenal pasti jumlah murid, bilangan murid tidak hadir
dan bilangan murid baru.
3. Supaya murid-murid tahu tatatertib masuk dan keluar kelas
serta rutin harian semasa masuk ke kelas.
7.40 – 8.10 pagi Aktiviti: Guru Waktu Berkenaan Kelas
 Murid beratur di luar kelas sebelum masuk
 Murid memberi ucapan selamat pagi kepada guru
 Bacaan doa
 Guru mengambil kedatangan murid
 Perbualan pagi mengenai sarapan pagi, penyediaan
sarapan dan kepentingan sarapan pagi kepada murid-
murid
 Menyanyi lagu tema transisi -SAYA MURID BARU

PENGUCAPAN SELAMAT &SALAM


Objektif:
Supaya murid dapat mempraktikkan amalan 3S, sepanjang
berada di sekolah dan di mana sahaja.
Aktiviti:
 Guru memberikan penerangan tentang pengucapan
salam dan selamat yang betul :
-Assalamualaikum
-Waalaikumsalam
-Selamat pagi – Good morning
-Selamat tengahari – Good afternoon
-Selamat petang – Good evening
-Selamat malam – Good night
-Selamat Sejahtera Kelas
8.10 – 9.40 pagi Guru Waktu Berkenaan
 Guru bersoal jawab dengan murid dan menyanyikan
lagu tersebut mengikut irama “Goreng Pisang”
Ucapan Selamat
Selamat pagi 2x
Selamat pagi semua
Pagi ini 3x ceria
Selamat tengahari 2x
Selamat tengahari semua
Sudah makan 3x ke belum
Selamat petang 2x
Selamat petang kawanku
Mari main 3x bersama
Selamat malam 2x
Selamat malam keluargaku
Baca buku 3x selalu

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


Objektif:
Supaya murid dapat menyanyikan Lagu Negaraku dengan
lancar dan bersemangat sewaktu Perhimpunan Mingguan
kelak, serta menghayati nilai-nilai yang terdapat di dalam
8.40 - 9.40 pagi lagu tersebut.
Aktiviti: Guru Waktu Berkenaan Kelas/ Dewan
 Guru mengajar murid lirik lagu Negaraku dengan
sebutan yang betul satu perenggan demi satu
perenggan
 Memperdengarkan lagu Negaraku
 Murid menyanyikan lagu tersebut dengan betul
 Peraturan semasa menyanyikan lagu Negaraku di
perhimpunan
 Guru menerangkan dengan mudah dan padat maksud
setiap bait-bait Lagu Negaraku kepada murid.

*selitkan juga lagu tema transisi

REHAT
Objektif:
9.40 -10.00 pagi
Supaya murid-murid tahu peraturan waktu rehat, sebelum,
semasa dan selepas.
Aktiviti:
 Beratur di luar kelas sebelum bergerak ke kantin. Guru Bertugas Waktu
Kantin
 Penerangan tentang adab ketika makan Rehat
 Guru memerhati dan menyelia murid membeli
makanan dan minuman di kantin
 Memerhati disiplin murid ketika sedang beratur
 Membaca doa makan
 Adab ketika makan dan selepas makan.
 Tatacara berbaris masuk ke kelas dari kantin

DINAMIKA KUMPULAN
-PERMAINAN “MANA WARNA”
Objektif:
Supaya murid-murid dapat mengenal rakan-rakan baru
mereka dengan perasaan riang dan gembira sambil mengenal
warna
Aktiviti:
 Murid membuat satu bulatan besar dengan arahan guru
 Guru mengedarkan kotak yang mengandungi bola
berwarna
 Setiap murid dikehendaki memilih sebiji bola berwarna
10.00 – 11.30 Guru Waktu Berkenaan Kelas/ Dewan
tersebut
pagi
 Kemudian, murid perlu berkumpul mengikut warna
bola yang sama untuk membentuk bulatan
 Guru menunjukkan demonstrasi permainan “Mana
Warna” dengan menyanyikan lagu “Mana Warna”
menggunakan irama lagu “MANA JARI”
Mana warna (2x) -guru
Ini kami (2x) -murid
Siapa nama kamu (2x) -guru sambil tunjuk pada mana-
mana kumpulan
Kami biru (2x) -murid(kumpulan yang ditunjuk oleh guru)
jawab ikut warna bola kumpulan.

AKTIVITI RAMAH MESRA


Objektif:
Supaya murid-murid dapat:
1. bercerita tentang rakan-rakan yang bari dikenali.
2. bercerita tentang kawan-kawan di kejiranan rumah/ taska
dll.
3. Memupuk sikap mengenal dan kasih sayang antara rakan-
rakan
Aktiviti: Guru Waktu Berkenaan Kelas/ Dewan
11.30 - 12.30 tgh
 Guru menerangkan maksud rakan/sahabat/kawan.
 Murid bersama-sama menyanyikan lagu “Sahabat
Selamanya”
 Guru memilih murid sukarela ke hadapan untuk
bercerita tentang rakan-rakan yang baru dikenali di
sekolah ini.
 Murid juga menceritakan tentang rakan di rumah dan
taska.
 Menerangkan tentang sikap, aktiviti yang selalu
dilakukan bersama, hobi dan lain-lain.

MEMBERSIHKAN KELAS (gotong-royong)


Objektif:
12.30 – 1.00 ptg Supaya murid-murid sentiasa menjaga kebersihan kelas,
memahami rutin harian sebelum balik dan memahami cara
melaksanakan jadual bertugas kelak. Menerapkan nilai
Guru Waktu Berkenaan Kelas
kerjasama dan bertolak ansur
Aktivit:
 Murid membersihkan kelas
 Tatacara pulang - berbaris, memberi hormat, membaca
doa, dan bersalam dengan guru

JUMAAT (4 JANUARI 2019)


TEMA: Saya Sihat Luar & Dalam
TEMPAT/
MASA AKTIVITI TINDAKAN
BAHAN

BACAAN YAASIIN
Objektif:
Supaya murid dapat belajar membaca Yaasiin dan
menjadikannya amalan dalam hidup. Membiasakan murid
7.20 - 7.40 pagi dengan aktiviti kerohanian setiap pagi Jumaat. Guru Kelas Dewan
Aktiviti:
 Murid duduk dalam barisan mengikut murid rendah ke
tinggi.
 Guru mengedarkan naskhah surah Yaasiin.
 Murid bersama-sama membaca Yaasiin.

PENGURUSAN KELAS
Objektif:
1. Merekod kehadiran murid,
2. Mengenal pasti jumlah murid, bilangan murid tidak hadir
dan bilangan murid baru.
3. Supaya murid-murid tahu tatatertib masuk dan keluar kelas
serta rutin harian semasa masuk ke kelas.
Aktiviti: Guru Waktu
7.40 – 8.10 pagi  Murid beratur di luar kelas Kelas
Berkenaan
 Tatacara memasuki kelas
 Ucapan selamat kepada guru
 Bacaan doa
 Mengambil kedatangan murid
 Mengemas kelas
 Perbualan antara guru dan murid tentang penyakit,
rawatan, kebersihan dan kesihatan diri.
 Menyanyi Lagu Tema Transisi -SAYA MURID
BARU
8.10 – 8.40 pagi Guru Waktu
NYANYIAN LAGU TANYA SAMA MURID Kelas
Berkenaan
Objektif:
Supaya murid-murid faham tujuan, kebaikan, manfaat ke
sekolah, serta menanam perasaan seronok dan suka untuk
datang ke sekolah.
Aktiviti:
( Teknik TOC : Sebab & Akibat )
 Guru menanyakan sebab dan akibat murid datang ke
sekolah.
 Murid menjawab secara rawak.
 Memperdengarkan lagu tanya sama murid.
 Murid menyanyi bersama-sama.
Tanya Sama Murid (Tanya Sama Pokok)
Tanya sama murid
Apa sebab datang
Nanti jawab murid
Sekolah ku sayang
Tanya sama cikgu
Apa sebab sayang
Nanti jawab cikgu
Murid ku girang

*selitkan juga lagu tema transisi

CERGAS DAN SIHAT


-PERMAINAN “BOLA BERACUN”
Objektif:
Supaya murid-murid lebih sihat dan aktif dalam bidang
jasmani dan sukan.
Aktiviti:
 Murid-murid bergerak ke padang dalam barisan.
 Murid membuat satu bulatan dan mengikut guru Guru Waktu
8.40 – 9.40 pagi melakukan aktiviti memanaskan badan dan
Padang
Berkenaan
senamrobik.
 Guru bersama-sama murid berjoging melalui trek
balapan.
 Guru menerangkan tentang peraturan dan cara bermain
permainan Bola Beracun.
 Murid-murid bermain permainan Bola Beracun.
 Murid mengikut guru melakukan aktiviti menyejukkan
badan.

REHAT
9.40 -10.00 pagi Objektif:
Supaya murid-murid tahu peraturan waktu rehat, sebelum,
semasa dan selepas.
Aktiviti: Guru Bertugas Waktu
 Tatacara ke kantin Kantin
Rehat
 Guru memerhati dan menyelia murid untuk membeli
makanan dan minuman di kantin
 Penerangan tentang adab ketika makan
 Membaca doa makan
 Memerhati disiplin murid sedang beratur

NYANYIAN LAGU WILAYAH


Objektif:
Supaya murid dapat menyanyikan Lagu Wilayah dengan
lancar dan bersemangat sewaktu Perhimpunan Mingguan
10.00 – 11.00 kelak, serta menghayati nilai-nilai yang terdapat di dalam
lagu tersebut. Guru Waktu
pagi Kelas
Aktiviti: Berkenaan
 Guru mengajar murid Lagu Wilayah dengan sebutan
yang betul satu perenggan demi satu perenggan
 Memperdengarkan lagu
 Murid menyanyikan lagu tersebut dengan betul.
 Guru menerangkan dengan mudah dan padat maksud
setiap bait-bait Lagu Wilayah kepada murid.

*selitkan juga lagu tema transisi

AMALAN BUDAYA PENYAYANG


Objektif:
Supaya murid-murid sentiasa mengamalkan budaya
penyayang, sopan santun, dan menghormati sewaktu berada
di sekolah dan juga rumah.
Aktiviti:
 Adab dengan guru dan kawan – kawan
 Guru menasihatkan murid supaya sentiasa
mengamalkan budaya penyayang dengan rakan sekelas
 Guru bersoal jawab dengan murid tentang bagaimana
melayan guru dan kawan
 Guru meminta murid melakonkan cara menghormati
guru dan juga kawan – kawan sama ada di dalam kelas
dan juga di luar kelas
1. Memberi salam
2. Meminta izin guru untuk bertanya.
11.00 - 11.30 3. Tidak menyinggung perasaannya. Guru Waktu
Kelas
pagi 4. Duduk bersopan dan tenang di hadapan Berkenaan
guru
5. Sentiasa merendah diri kepadanya.
6. Tidak berbisik – bisik di dalam kelas.
7. Sentiasa mendengar cakap guru
 Guru meminta murid menyebut lirik lagu dengan
sebutan yang betul
 Guru mengajar murid menyanyikan lagu “Mari
Berkawan” mengikut rentak lagu “Kalau Rasa
Gembira”

Mari Berkawan
Mari kita berkawan, hello, hello,
Mari kita bersalam, salam, salam
Andai rasa gembira, saya juga gembira
Kita belajar bersama – sama

Murid menyanyi lagu tersebut bersama–sama dengan guru

MEMBERSIHKAN KELAS (gotong-royong)


Objektif:
Supaya murid-murid sentiasa menjaga kebersihan kelas,
memahami rutin harian sebelum balik dan memahami cara
melaksanakan jadual bertugas kelak. Menerapkan nilai Guru Waktu
11.30 – 12.00 tgh Kelas
kerjasama dan bertolak ansur Berkenaan
Aktiviti:
 Murid membersihkan kelas
 Tatacara pulang - berbaris, memberi hormat, membaca
doa, dan bersalam dengan guru

Anda mungkin juga menyukai