Anda di halaman 1dari 20

1.

Pengenalan
Tugasan ini akan membincangkan kedudukan dan peranan hadis sebagai
sumber rujukan dalam pengajian Usuluddin dan sumberhukum seterusnya implikasi
jika hanya berpegang kepada al-Quran semata-mata. Selain itu, tugasan ini akan
menjelaskan tentang kategori-kategori hadis yang boleh dijadikan sumber dalam
pengajian akidah dan sumber hukum. Di dalam tugasan ini juga, penulis akan
menjelaskan beberapa perkara perkara penting berkaitan gerakan anti hadis yang
semakin berleluasa menyerang pemikiran seterusnya mengancam pegangan akidah
umat Islam kini seperti latar belakang gerakan tersebut serta matlamat mereka. Selain
itu, tugasan ini akan menjelaskan faktor-faktor wujudnya golongan anti hadis ini dan
pihak-pihak yang terlibat seterusnya menjelaskan cadangan langkah-langkah kawalan
yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk menghalang perkembangan
gerakan ini. Tugasan ini juga akan membincangkan kekangan-kekangan yang
mungkin akan dihadapi oleh pelbagai pihak yang cuba menghalang perkembangan
gerakan anti hadis ini.

2. Kepentingan hadis

2.1 Maksud hadis

Sebelum penulis membincangkan tentang kepentingan hadis, seharusnya penulis


memberi pengertian hadis atau as-Sunnah seperti yang disebut oleh kebanyakan
ulama’. Menurut pendapat ulama‟ hadis, al-Hadith bererti setiap apa yang
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. samada berupa perkataan, perbuatan,
pengakuan dan juga sifat baginda s.a.w.. Berdasar kepada takrifan ini, dapat dibuat
kesimpulan bahawa setiap apa jua yang berkaitan dengan Rasulullah SAW adalah
diangap hadis atau sunnah (Fauzi Deraman, Ishak Suliaman & Faisal Ahmad Shah,
2011). Al-Sunnah atau al-Hadith boleh dibahagikan kepada tiga iaitu ;
i. Perkataan-perkataan Rasulullah s.a.w. dalam menerangkan sesuatu perkara
dengan tujuan tertentu. Contohnya sabda Rasulullah s.a.w. “ Setiap amalan
itu disertai dengan niat...”.
ii. Perbuatan Rasulullah s.a.w.. Contohnya perbuatan baginda menunaikan
solat lima waktu.
iii. Pengakuan Rasulullah s.a.w. terhadap perkataan dan perbuatan yang
dilakukan oleh para sahabat baginda. Contohnya perbuatan sahabat baginda
iaitu Khalid al-Walid yang memakan daging dhab. Rasulullah s.a.w. tiak
turut serta memakan dhab dan baginda juga tidak melarang perbuatan
sahabat baginda tersebut. Ini bermaksud baginda mengiktiraf keharusan
memakan daging dhab.

2.2 Kepentingan hadis sebagai sumber rujukan dalam pengajian Usuluddin dan
sumber hukum

Ajaran Islam mempunyai sumber-sumbernya yang tersendiri yang terdiri


daripada sumber primer (utama) dan sumber sekunder (kedua). Sumber utama
ajaran Islam ialah al-Qur’an, al-Sunnah. Umat Islam bersepakat bahawa selain al-
Qur’an, al-Sunnah juga menjadi sumber syariah termasuk dalam aspek
perundangan. Buktinya ialah apabila Rasulullah s.a.w. mengirim Mu’az ibn Jabal
ke Yaman sebagai Gabenor, Rasulullah s.a.w. menguji Mu’az tentang sumber
rujukannya apabila menghadapi sesuatu masalah perundangan. Mu’az menjawab
bahawa beliau akan merujuk kepada al-Qur’an, al-Sunnah dan berijtihad jika tiada
nas dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Lantas Rasulullah s.a.w. memuji Mu’az atas
jawapannya itu. Walaupun wahyu al-Qur’an sudah lengkap dan sempurna, namun
manusia masih memerlukan hadis atau al-Sunnah sebagai panduan hidup mereka.
Ini kerana hadis atau al-Sunnah memainkan beberapa peranan penting di samping
al-Qur’an. Antara peranan tersebut ialah ;

i. Memperkuatkan hukum yang terdapat di dalam al-Quran


ii. Memperincikan apa yang tidak diperincikan di dalam al-Quran
iii. Membataskan apa yang tidak dibataskan oleh al-Quran
iv. Menetapkan sesuatu hukum yang tidak terdapat di dalam al-Quran tetapi
hukum ini bertepatan dengan prinsip dalam al-Quran

Tegasnya, al-Hadith memainkan peranan yang penting sebagai sumber ajaran


Islam khususnya dalam usaha memperincikan, memperkuat, menjelaskan dan
mempermudahkan pemahaman al-Qur’an. Hubungan al-Hadith dan al-Quran amat
rapat kerana kedua-duanya berasaskan sumber yang sama iaitu wahyu Allah. Oleh
itu adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk mematuhi semua perintah
Rasulullah s.a.w. sesuai dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah ali-Imran ayat
132 yang bermaksud “Dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya”. Di dalam al-
Qur’an juga, Allah SWT telah berfirman dan menunjukkan dengan jelas Al-Quran
dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan
pemimpin-pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat
tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul
(sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian.
Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah An-
Nisaa, 4: 59)

Merujuk kepada Tafsir Ibnu Katsir, maksud “kembalikanlah kepada Allah dan
Rasul” di dalam ayat di atas adalah merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Dan ini merupakan dalil yang paling kuat yang menunjukkan bahawasanya Al-
Quran dan As-Sunnah merupakan sumber asas di dalam Islam. selain itu, firman
Allah dalam Surah Yusuf ayat 40 yang bermaksud, “Sesungguhnya penghukuman
hanyalah bagi Allah”. Ini menunjukkan bahawa hadis bukan sekadar dalil atau
hujah kepada hukum Allah SWT semata-mata. Malah ia wajib dipatuhi dan diamalkan.
Jelaslah bahawa kedudukan hadis amat penting sebagai sumber rujukan dalam
pengajian Usuluddin dan sumber hukum.

2.3 Implikasi jika berpegang kepada al-Quran semata-mata

Perkara pertama yang disebut oleh Imam Al-Barbahari rhm (w.329H) dalam
Syarah Al-Sunnah, “Islam adalah sunnah, dan sunnah adalah Islam.” Ini adalah
prinsip yang cukup penting dan perlu kita hayati dan amalkan dalam beragama.
Agama Islam kembali kepada dua sumber utama; al-Quran dan al-Sunnah.
Perkataan sunnah adakala membawa maksud hadis secara khasnya, dan adakala
membawa maksud Hadis dan al-Quran kedua-duanya, atau Islam secara
keseluruhannya. Apabila dikatakan ‘Islam itu Sunnah, dan Sunnah itu Islam’, ini
bermaksud Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. itu tidak boleh dipisahkan daripada
agama Islam. Islam terdiri daripada al-Quran dan Sunnah. Ia bukan al-Quran
semata-mata. Sunnah Nabi s.a.w. ada dalam tiga bentuk; ucapan, perbuatan,
perakuan Nabi s.a.w..
Akibat tidak faham kedudukan Sunnah Nabi s.a.w. dalam agama Islam, wujud
kumpulan dalam kalangan umat Islam sendiri yang hanya mengambil al-Quran
sebagai rujukan. Golongan yang hanya berpegang kepada al-Quran semata-mata
ini melihat itu jalan selamat, tetapi hakikatnya itu adalah jalan kemusnahan, jalan
kesesatan, dengan menolak hadis sekali gus menolak sunnah Nabi s.a.w..
Walaupun mereka mendakwa berpegang dengan al-Quran, hakikatnya mereka
tidak berpegang dengan al-Quran. Ini kerana al-Quran menyuruh supaya
berpegang dengan kedua-dua al-Quran dan Hadis. Firman Allah SWT: “Dan Kami
turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu (Nabi) menerangkan kepada umat
manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka
memikirkan.” (Surah Al-Nahl: 44). Seseorang tidak mungkin akan dapat solat
kecuali dengan merujuk hadis Nabi s.a.w., ini kerana dalam al-Quran tidak
memperincikan tatacara solat. Hal ini sudah jelas menunjukkan al-Quran dan hadis
itu tidak mungkin dipisahkan.
Allah berfirman yang bermaksud, “Jika kamu berselisih pendapat tentang
sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya (al-Quran dan al-
Sunnah)” (Surah An-Nisaa:59). Ulama tafsir sepakat yang dimaksudkan dengan
kembalikan kepada Allah dan Rasul dalam hal yang diperselisihkan adalah
kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah. Di dalam hadis juga telah menjelaskan
yang bermaksud; daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: Aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu
berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.
Jelaslah bahawa, implikasi sekiranya hanya berpegang kepada al-Quran sahaja
ialah akan menyebabkan akidah akan rosak dan terkeluar daripada Islam, segala
amalan yang baik tidak diterima oleh Allah SWT seterusnya tidak mendapat
rahmat dan keberkatan Allah SWT.

3. Kategori-kategori hadis yang boleh dijadikan sumber dalam pengajian akidah dan
sumber hukum
Hadis atau as-Sunnah berasaskan kekuatannya sebagai sumber hukum dapat
dikategorikan dari kepada sudut iaitu dari sudut bilangan perawi dan dari sudut
kesahihannya (Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2012)

3.1 Hadis atau as-Sunnah dari sudut bilangan perawi;

Ulama Hanafi membahagikan hadis atau as-Sunnah dari sudut periwayatannya


kepada tiga iaitu Mutawatir, Masyhur dan Ahad. Manakala jumhur ulama
membahagikan kepada Mutawatir dan Ahad sahaja dengan berpandangan hadis
Masyhur dikira termasuk dalam hadis Ahad. Justeru, tugasan ini akan
membincangkan kategori hadis dari sudut bilangan perawi mwnurut pandangan
jumhur ulama iaitu hadis Mutawatir dan hadis Ahad.

3.1.1 Hadis Mutawatir

Mutawatir ialah kata serapan bahasa Arab yang bermaksud "diturunkan


daripada seorang ke seorang". Istilah ini digunakan dalam pengajian Ulum
al-Quran dan Mustalah Hadith. Hadis Mutawatir ialah nas hadis yang
diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang menyampaikan
perkhabaran (al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang
menyampaikan perkabaran (al-Hadis) tersebut tidak bermuafakat berdusta
tentangnya. Ini kerana mustahil terdapat sekumpulan periwayat dengan
jumlah yang besar melakukan dusta.
Menurut jumhur ulama, tidak ada batasan tertentu dalam jumlah perawi
sehingga satu hadits dikatakan mutawatir. Boleh dikatakan, sifat
kemutawatiran itu nisbi yang berbeza antara satu ulama dengan ulama lain.
Namun, itu bukan menjadi satu permasalahan yang utama bagi ulama Ahli
Hadits kerana yang palin penting bagi mereka ialah keshahihan riwayatnya.
Ciri-ciri hadis mutawatir ialah;
i. Diriwayatkan sejumlah orang perawi (sekumpulan perawi yang
ramai).
ii. Diterima oleh ramai orang.
iii. Mutahil bersepakat berbohong.
iv. Sandaran berita pada pancaindera.
Hadis Mutawatir terbagi kepada dua iaitu ;
i. Mutawatir Lafzi, iaitu perkataan Nabi. Contohnya hadis riwayat
Anas bin Malik r.a. yang bermaksud “Sesiapa yang melakukan
pendustaan terhadapku, maka tempatnya di dalam neraka”.
Terdapat banyak pandangan berkaitan jumlah perawi hadis ini.
sebahagian pandangan menyatakan hadis ini telah diriwayatkan
oleh 40 orang sahabat secara Marfu’, manakala sebahagian
pandangan mengatakan bahawa hadis ini telah diriwayatkan oleh 87
orang sahabat. Ibnu Hajar pula mengatakan bahawa hadis ini
diriwayatkan oleh 62 orang sahabat dan 10 daripadanya adalah
mereka yang dijanjikan syurga.
ii. Mutawatir Amali, iaitu perbuatan Nabi. Contohnya hadis berkaitan
mengangkat tangan ketika berdoa di mana terdapat hampir 100
buah hadis menceritakan keadaan Nabi s.a.w. yang mengangkat
kedua tangannya ketika bedoa dalam situasi dan keadaan yang
berlainan. Walaupun terdapat perbezaan dari sudut lafaz dan
perincian maknanya, tetapi ia mengandungi pengertian umum yang
sama iaitu mengangkat kedua tangan ketika berdoa.

Dari sudut kehujjahan hadis mutawatir, jumhur ulama sepakat bahawa


hadis Mutawatir menduduki tempat kedua selepas al-Quran. Ia bertaraf
qat’i dan menjadi hujjah yang kuat seperti al-Quran. Sehubungan itu,
sesiapa yang menolak hadis Mutawatir dikira kafir (Ab. Latif Muda &
Rosmawati Ali, 2012).

3.1.2 Hadis Ahad

Hadith ahad ialah hadis yang tidak mencapai jumlah perawi seperti
perawi dalam hadith mutawatir di samping tiada keseimbangan jumlah
perawi dalam peringkat Sahabat,tabi'in dan tabi' tabi'in. Menurut ilmu
Mustalah Hadith, hadith ahad ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
seorang atau dua orang perawi sahaja khasnya di peringkat pertama iaitu
peringkat para Sahabat. Selain itu , ia juga bermaksud hadis yang terbatas
jalan-jalan riwayatnya dan tidak sampai kepada peringkat hadith mutawatir
atau bilangan perawi hadith ahad tidak sampai kepada bilangan perawi
hadith mutawatir. Al-Qasimiyy mentakrifkan hadith ahad adalah hadis
yang tidak mencapai darjat mutawatir sama ada dari segi perawinya
seorang atau ramai. Muhammad Abu Zahrah mentakrifkan hadith ahad
sebagai hadis yang diriwayatkan seorang perawi,dua atau ramai daripada
Rasulullah tetapi tidak mencapai syarat hadith mashhur.Ini adalah kerana
beliau membahagikan hadith kepada tiga kategori iaitu hadith mutawatir,
mashhur dan ahad .
Rumusannya, hadis ahad adalah yang diriwayatkan daripada Rasulullah
s.a.w. oleh sejumlah orang yang tidak sampai pada batas Mutawatir dalam
tiga masa. Hadis ini juga disebut dengan khabar Ahad (Ab. Latif Muda &
Rosmawati Ali, 2012).
Hadis Ahad terbahagi kepada kepada tiga jenis hadis berdasarkan
jumlah perawi pada setiap hadis yang diriwayatkan iaitu ;
i. Hadith Masyhur. Contohnya ialah hadis yang masyhur dalam
kalangan Ahli Hadis, ulama dan masyarakat iaitu hadis yang
bermaksud “Orang Islam itu adalah saudara kepada orang Islam
yang lain”.
ii. Hadith 'Aziz. Contohnya ialah hadis Nabi yang bermaksud “ Tidak
beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi aku lebih dari
dirinya, ibu bapanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya”.
iii. Hadith Gharib. Contohnya hadis yang bermaksud “Sesungguhnya
setiap amalan itu dengan niat dan setiap orang itu bergantung
pada perkara yang diniatkan”.

Hukum yang diambil daripada hadis Ahad adalah zanni tetapi wajib
beramal dengannya jika cukup syaratnya sebagai hujah syarak (Ab. Latif
Muda & Rosmawati Ali, 2012).
.
3.2 Hadis atau as-Sunnah dari sudut kesahihan;
Hadis atau as-Sunnah jika ditinjau dari sudut kesahihannya atau sifat
perawinya dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Sahih, Hasan dan
Daif (Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2012).
3.2.1 Hadis Sahih
Hadis Sahih ialah hadis yang berhubung atau bersambungan sanad dari
permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat adil, kuat
ingatannya, sejahtera dari keganjilan dan sejahtera dari kecederaan yang
memburukkan. Hadis Sahih perlu cukup sanadnya dari awal sampai akhir
dan oleh orang-orang yang sempurna hafalannya. Syarat hadis sahih, iaitu
sanadnya bersambung, perawinya sudah baligh, berakal, tidak mengerjakan
dosa, sempurna hafalannya, perawi yang ada dalam sanad itu harus adil dan
hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir
atau dengan ayat al-Quran. Hadis Sahih terbahagi kepada dua iaitu ;

i. Sahih Lizatihi, iaitu hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa


diperkuat dengan keterangan lain. Contoh, "Tangan di atas
{memberi} lebih baik dari tangan di bawah {menerima}." (H.R
Bukhari dan Muslim).
ii. Sahih Lighairihi, iaitu hadis yang sahihnya kerana diperkuat
dengan keterangan lain. Contohnya, "Kalau sekiranya tidak terlalu
menyusahkan umatku untuk mengerjakannya, maka aku
perintahkan mereka bersugi {siwak} setiap akan solat. " (H.R
Hasan). Dilihat dari sanadnya, semata-mata hadis Hasan Lizatihi,
namun kerana dikuatkan oleh riwayat Bukhari, maka jadilah ia
sahih Lighairihi.

3.2.2 Hadis Hasan


Hadis Hasan ialah hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari
permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat
seperti Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.
Hadis Hasan, adalah hadis yang dari segi hafalannya kurang dari hadis
sahih. Hadis Hasan terbahagi kepada dua iaitu ;
i. Hasan Lizatihi, yakni hadis yang dengan sendirinya dikatakan
Hasan, Hadis ini ada yang sampai tingkat sahih lighairihi.
ii. Hasan Lighairihi, yakni hadis yang Hasannya dibantu keterangan
lain. Contohnya, "Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam
perut ibunya {janin} cukuplah dengan sembelihan ibunya saja."
(H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim dan Darimi).

3.2.3 Hadis Dha’if


Hadis Dha'if ialah hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun
periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat hadis Sahih atau Hasan.
Hadis Dha'if adalah hadis yang tidak bersambung sanadnya, atau di antara
sanadnya ada orang yang cacat. Cacat yang dimaksud, rawinya bukan
orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau
pelupa(termasuk pendusta atau fasik) dan suka berbuat dosa.
Contoh hadis Dha’f ialah yang bermaksud, "Barangsiapa yang berkata
kepada orang miskin, 'bergembiralah', maka wajib baginya syurga." (H.R.
Ibnu 'Adi). Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu Mali bin Harun.
Menurut Imam Yahya, ia pendusta, sedangkan Ibnu Hiban mengatakannya
sebagai pemalsu hadis.
Dalam madzhab Syafi’ie, hadis dha’if tidak dipakai untuk dalil bagi
penegak hukum, tetapi dipakai untuk dalil bagi “ fadhailul a’mal”.
Fadhailul a’mal maksudnya ialah amal ibadat yang sunat-sunat, yang tidak
bersangkut dengan orang lain, seperti zikir, doa, tasbih, wirid dan lain- lain.
Hadits Mursal tidak dipakai juga bagi penegak hukum dalam madzhab
Syafi’e kerana Hadits Mursal juga Hadis dha’if. Tetapi dikecualikan
mursalnya seorang Thabi’in bernama Said Ibnul Musayyab. Dalam
madzhab Hambali lebih longgar. Hadis dha’if bukan saja dipakai dalam
Fadhailul A’mal, tetapi juga bagi penegak hukum, dengan syarat dha’ifnya
itu tidak keterlaluan. Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad
memakai Hadis yang dha’if kerana Mursal, baik untuk Fadhailul A’mal
mahupun bagi penegak hukum. Imam-imam mujtahid memakai hadis-hadis
dha’if untuk dalil kerana hadis itu bukanlah hadis yang dibuat-buat, tetapi
hanya lemah saja sifatnya. Kerana itu tidaklah tepat kalau amal-amal ibadat
yang berdasarkan kepada hadits dha’if dikatakan bid’ah, apalagi kalau
dikatakan bid’ah dhalalah.

4. Penggerak golongan anti hadis di Malaysia

4.1 Latar belakang penggerak golongan anti hadis pada zaman sahabat, tabi’in dan
zaman Imam as-Syafi’ie;

Pada zaman Rasulullah S.A.W., bibit-bibit kemunculan golongan ini dapat


ditinjau di kalangan kaum Quraisy yang telah mendustakan ajaran Baginda serta
melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Namun, mereka ini tidaklah
dikategorikan sebagai anti hadis kerana telah nyata akidah mereka yang tidak
beriman terhadap ajaran Islam itu sendiri.
Semasa zaman Sahabat r.a., terdapat seorang yang bernama Umaiyah bin
Khalid yang cuba mencari penyelesaian terhadap seluruh permasalahan dengan
hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Dia telah membincangkan hal tersebut
dengan Abdullah bin Umar r.a. Namun, Ibnu Umar telah mengingatkannya agar
menerima dan melaksanakan apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
Sungguhpun begitu, ia hanyalah dalam ruang lingkup pandangan peribadi
seseorang dan tidaklah berkembang dalam bentuk kumpulan atau gerakan.
Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar hadis, terdapat
seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar hadis, memadai dengan al-Quran
sahaja. Imran menjawab, "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-
Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya
kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan
Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab,
"Terima kasih, aku baru sedar." Pada kemudian harinya, orang itu menjadi seorang
ahli fikah.
Seterusnya, golongan ini telah muncul secara berkelompok dalam kurun kedua
Hijrah. Mereka ini berorientasikan kepada dua perkara iaitu penolakan terhadapa
hadis yang bersifat bukan Mutawatir seperti Hadis Ahad, seterusnya mereka yang
mendakwa bahawa hadis bukanlah penerang atau penguat kepada al-Quran bahkan
dianggap sebagai hukum yang terpisah daripada al-Quran.
Pada zaman berkenaan , orang yang mula-mula berdebat dengan golongan
berkenaan ialah al-Imam al-Syafie r.a. Beliau telah berjaya mematahkan idea-idea
palsu yang dikemukakan oleh anti hadis sehingga mereka kembali bersetuju
dengan hujah-hujah beliau seterusnya berpegang kepada hadis Rasulullah S.A.W.

4.2 Latar belakang penggerak golongan anti hadis pada zaman mutakkhir;

Selepas kurun ke 11 Hijrah, muncul semula fahaman ini yang dipelopori oleh
segolongan Orientalis di Iraq dengan slogan menolak hadis. Situasi yang sama
turut berlaku di Mesir pada zaman Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905). Hal
ini muncul ekoran rancaknya keraguan yang ditimbulkan oleh penjajah Barat di
hati sebahagian umat Islam ketika mana mereka menjajah negara mereka. Tujuan
utamanya ialah untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam yang ketika itu berada
dalam keadaan lemah. Bertitik tolak daripada itu, Dr Tawfiq Sidqi telah menulis
dua makalah di dalam majalah “al-Manar” bilangan 7 dan 12 yang bertajuk
“Ajaran Islam ialah al-Quran sahaja”. Beliau telah mengemukakan dalil-dalil dari
al-Quran dengan motif agar tidak berpegang kepada hadis.
Pada tahun 1929, Dr Ahmad Amin telah menulis di dalam bukunya yang
bertajuk “Fajr al-Islam” yang menyentuh berkenaan hadis dan percampuran antara
yang hak dan yang batil mengenainya. Pendapat tersebut kekal sehinggalah beliau
meninggal dunia. Perihal berkenaan keraguan terhadap hadis ini telah disebarkan
pula oleh seorang yang bernama Ismail Adham di dalam risalahnya yang bertajuk
“Tarikh al-Sunnah” pada tahun 1934. Beliau menyebut bahawa hadis-hadis yang
terdapat di dalam kitab-kitab hadis itu bukanlah ada asasnya bahkan boleh diragui
bahawa terdapat padanya unsur-unsur pemalsuan hadis.
Terdapat di kalangan cendekiawan Islam yang menuntut di Eropah yang telah
terpengaruh dengan ajaran anti hadis ini. Sebagai contoh, Rashad Khalifa
yangberkelulusan biokimia dari Amerika Syarikat dan berasal dari Mesir telah
memperkenalkan kod 19 yang merupakan satu penyelewengan besar dalam
pentafsiran al-Quran. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat penambahan
kepada al-Quran pada surah al-Taubah iaitu pada dua ayat yang terakhir. Hal ini
kerana menurutnya ayat-ayat tersebut tidak dapat diselaraskan melalui kod 19 itu.
Menurut beliau lagi, hadis bukan sahaja dianggap palsu malah ia merupakan
ciptaan Iblis. Maka, sesiapa yang mempercayai hadis bermakna mempercayai
ajaran Iblis. Pendapat-pendapat beliau yang menyeleweng terhadap hadis itu dapat
dilihat melalui buku-buku tulisannya seperti “Miracle of the Quran: Significance
of the Mysterious Alphabets”, “The Computer Speaks: God's Message to the
World”, “Qur'an: The Final Scripture”, “Qur'an: Visual Presentation of the
Miracle”, “Qur'an, Hadith” and “Islam dan Qur'an: The Final Testament”
(Harussani Zakaria, 2014)

4.3 Latar belakang penggerak golongan anti hadis di Malaysia ;

Pergerakan anti hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kassim Ahmad,


seorang pengasas Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Beliau bersama-sama rakan-
rakannya seperti Othman Ali dan Abdul Manan Harun mula mengembangkan
fahaman ini pada tahun 1985. Mereka cuba menarik perhatian umat Islam dengan
mengemukakan teori bahawa ajaran Islam memadai dengan hanya berpandukan al-
Quran serta kajian saintifik menerusi akal.
Idea tersebut kemudiannya dikembangkan menerusi penulisan artikel yang
bertajuk “Penolakan Teori Ahli-ahli Hadis” di dalam ruangan “Berani Kerana
Benar” dalam akhbar Watan. Pada September 1985, beliau telah menganjurkan
sebuah Majlis Diskusi yang membahaskan berkenaan “Teori Hadis” di Pejabat
ALIRAN (Aliran Kesedaran Rakyat) di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau
Pinang dan juga di rumah beliau sendiri di No. 8, Jalan Gajah, Tanjung Bunga,
Pulau Pinang. Berikutan itu, beliau telah dikecam oleh para ulama’ atas doktrin
sesatnya itu dan pihak kerajaan telah membatalkan beberapa siri ceramah beliau
yang telah dirancang untuk diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Seterusnya pada bulan Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku
yang bertajuk “Hadis: Satu Penilaian Semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Di
dalam buku tersebut, Kassim menceritakan bagaimana ia mendapat idea berkenaan
penilaian semula hadis berasaskan pembacaannya melalui buku-buku tulisan Dr.
Rashad Khalifa seperti “The Computer Speaks: God’s Message to the World”,
“Quran The Final Scripture”, “Quran, Hadith and Islam” dan “Quran Visual
Presentation of the Miracle”. Beliau juga cuba untuk membuktikan andaiannya
bahawa hadis merupakan satu ajaran palsu yang dikaitkan dengan Nabi
Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai salah satu dari punca perpecahan dan
kemunduran umat Islam. Atas faktor ini, maka kerajaan telah mengharamkan buku
tersebut melalui Warta Kerajaan bertarikh 10 Julai 1986. Pada Oktober 1992,
beliau dengan pendirian yang sama telah menulis sebuah buku yang bertajuk
“Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Maka,
kerajaan sekali lagi telah mengharamkan buku berkenaan melalui Warta Kerajaan
yang bertarikh 21 April 1994.
Seterusnya pada 11 Jun 1995, golongan anti hadis ini telah menubuhkan
Jema’ah al-Quran Malaysia atau lebih dikenali sebagai JAM di Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Motif penubuhannya ialah menyeru umat Islam di Malaysia dan di
seluruh dunia kembali kepada ajaran Tuhan dalam kitab suci-Nya iaitu al-Quran.
Walau bagaimanapun, pertubuhan ini gagal didaftarkan kerana tidak mendapat
kebenaran daripada Kerajaan Malaysia. Mengikut pandangan Kasim Ahmad,
beliau menolak hadis daripada menjadi sumber akidah dan perundangan Islam
berdasarkan faktor-faktor berikut ;
i. Pembukuan kitab-kitab hadis terutama enam buah buku hadis (al-Kutub
al-Sittah) dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga
Islam, iaitu antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasullullah S.A.W.
wafat.
ii. Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam
pemerintahan alkhulafa’ al-rashidin (Mohd Al’ikhsan bin Ghazali, Azwira
bin Abd Aziz & Faisal bin Ahmad Shah, 2011)

Kassim Ahmad pernah menyatakan (Februari 2000):


“Kita satu kumpulan yang telah diberi hidayah oleh Tuhan untuk
kembali kepada ajaran-Nya yang sebenar. Kita tidak mendakwa kitalah
kumpulanyang paling baik atau yang paling pandai. Tetapi setakat
kemampuan kita, kitatelah menyeru supaya umat Islam di negara kita
kembali kepada ajaran Islamyang sebenar. Walaupun kita belum
mencapai kejayaan, kita tidak haruskecewa, kerana orang mukminin
tidak pernah kecewa”

4.4 Matlamat gerakan golongan anti hadis

4.4.1 Untuk melemahkan ajaran Islam dari dalam


Matlamat utama golongan anti hadis ini adalah untuk melemahkan
ajaran Islam dari dalam. Ini terbukti dengan merujuk kepada perkembangan
anti hadis pada zaman mutakkhir iaitu apabila seorang Yahudi bernama
Goldziher telah dibiayai dengan biasiswa Zionis International Jerman untuk
melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar pada tahun 1873 dalam
bidang Sunnah. Pada tahun 1976, beliau memegang jawatan sebagai
Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian dia
mengajar di Maktab Zionis Budapest selama 15 tahun untuk melahirkan
graduan-graduan zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia
mengembangkan ajaran mengingkari Sunnah. Ini bertujuan melemahkan
Islam dari dalam. Kebanyakan cedekiawan Islam yang menuntut di Eropah
telah terpengaruh dengan ajaran Goldziher ini. Di antara murid-murid
Goldziher termasyhur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha
Hussin, Dr. Ahmad Amin, Rasyad Khalifa dan Dr. Muhammad Abu
Rayyah (Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2014).

4.4.2 Mengajak supaya meninggalkan hadis


Golongan anti hadis yang menggelarkan diri mereka Al-Quraniyyun
(Jemaah al-Quran) yang kononnya menyeru supaya kembali kepada ajaran
al-Quran, tetapi pada masa yang sama mengajak supaya meninggalkan
hadis melalui syubhat yang sengaja direka oleh mereka bagi mengelirukan
orang ramai (Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2014).

5. Hujah-hujah golongan anti hadis

5.1 Hujah-hujah yang dikemukakan oleh golongan anti hadis berkaitan kedudukan
hadis sebagai sumber pengajian akidah han sumber hukum;

i. Mereka menganggap hadis merupakan satu penyelewengan daripada


ajaran-ajaran Nabi Muhammad S.A.W. dan tidak boleh diterima sebagai
sumber perundangan Islam. Malahan, ia dianggap muncul selepas
kewafatan Rasulullah S.A.W. lalu dikaitkan dengan Baginda.
ii. Mereka mengatakan Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibril serta dianggap telah lengkap,
sempurna dan terperinci. Oleh itu, al-Quran tidak memerlukan sebarang
bentuk penghuraian mahupun pentafsiran.
iii. Mereka juga beranggapan bahawa umat Islam telah menyeleweng dari
ajaran Tuhan yang sebenar. Ajaran Tuhan yang sebenar adalah semasa
zaman Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Nabi terakhir serta yang dibawa
oleh Baginda ialah al-Quran dan tidak ada yang lain daripada itu.
iv. Mereka juga menganggap hadis sebagai satu catatan sejarah yang boleh
dan perlu dikaji oleh para penyelidik untuk memahami dan menilai zaman
itu.
v. Mereka mengatakan lafaz dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh umat
Islam kini adalah dilarang oleh al-Quran kerana syahadah yang diwajibkan
hanyalah “lailaha illallah”.
vi. Mereka turut menolak kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar yang
merupakan salah satu perkara terpenting dalam Rukun Iman. Hanya kerana
ia dinyatakan melalui hadis lalu dianggap bertentangan dengan apa yang
terdapat di dalam al-Quran.
vii. Mereka mengatakan tafsiran berkenaan kalimah “al-hikmah” dalam surah
al-Baqarah ayat 2 yang ditafsirkan oleh al-Imam al-Syafie sebagai sunnah
atau hadis adalah tidak munasabah. Mereka telah merujuk tafsiran oleh
Maulana Muhammad Ali yang menyatakan bahawa kalimah “al-hikmah”
adalah salah satu nama al-Quran Seterusnya menghuraikan maksud ayat al-
Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud, “Wahai orang-orang
yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah” dengan menyatakan bahawa kita disuruh mentaati Rasul ialah
mentaati perutusannya dan bukan mentaati Nabi Muhammad S.A.W.
viii. Dengan merujuk surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksudnya, “Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik”. Mereka menyatakan bahawa ayat ini tidak bermaksud untuk
merujuk kepada gerak geri dan kelakuan Nabi Muhammad s.a.w. seperti
cara beliau makan, pakai, tidur dan sebagainya. Ia sebenarnya merujuk
kepada keyakinan, pegangan, pendirian dan perjuangan. Malahan, semua
kelakuan dan gerak geri seseorang itu ditentukan oleh faktor-faktor seperti
kebudayaan, pendidikan, semasa, tempat dan perbuatan (Harussani
Zakaria, 2014)
6. Faktor-faktor wujudnya golongan anti hadis dan pihak-pihak yang terlibat

6.1 Faktor-faktor wujudnya golongan anti hadis

Antara faktor terpenting yang mempengaruhi perkembangan fahaman ini ialah


terpengaruh dengan idea-idea yang yang dikemukakan oleh orientalis Barat.
Sebagai contoh, Dr. Rashad Khalifa yang bukan berlatarbelakangkan Pengajian
Islam telah cuba untuk membahas isu-isu yang berkaitan dengan sumber
perundangan hukum Islam yang ternyata hanyalah berasaskan kajian saintifik
beliau serta penaakulan akal semata-mata. Walhal, hukum Islam bukanlah boleh
diukur keberkesanannya berdasarkan anggapan atau pemikiran yang bersifat terhad
malah ia merupakan wahyu daripada Allah S.W.T. yang tidak boleh dikritik apatah
lagi untuk menafikannya secara mutlak.
Malah, terdapat beberapa orientalis sebelum beliau seperti Ignaz Goldziher dan
Joseph Schacht yang telah mengkritik keautoritian hadis sebagai sumber hukum
dengan menyatakan bahawa hadis merupakan ajaran palsu yang muncul antara
200-250 tahun selepas kewafatan Nabi S.A.W. dan kemudian dikaitkan dengan
Baginda.
Mereka juga mendakwa kitab-kitab hadis sahih tidak mengandungi kata-kata
atau perbuatan Nabi S.A.W., bahkan ia mengandungi anggapan atau tekaan
pengumpul-pengumpul hadis seperti al-Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam al-
Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam al-Nasa’i dan Imam Ibnu Majah sebagai hadis
sahih atau riwayat-riwayat sahih mengenai kata-kata dan perbuatan Nabi S.A.W.
Jelas di sini bahawa mereka cuba mengaitkan kebenaran fakta dengan akal
pemikiran dalam membuktikan bahawa sesuatu kebenaran yang tersimpan dan
muncul semula selepas beberapa ketika boleh terdedah dengan unsur-unsur
kekurangan atau penyelewengan. Dalam erti kata yang mudah, mereka
mengatakan kebenaran itu tidak semestinya bersifat kekal malah perlu dikaji
semula akan kesahihannya agar bersesuaian dengan keperluan akal dan keadaan
kehidupan semasa (Harussani Zakaria, 2014).

6.2 Pihak-pihak yang terlibat dalam golongan anti hadis


Sebenarnya golongan anti hadis ini wujud di sepanjang zaman. Pihak-pihak
yang terlibat dalam golongan anti hadis ini terdiri daripada musuh-musuh Islam
(Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2014). Antara kelompok-kelomok yang terlibat
dalam golongan anti hadis ialah seperti berikut ;
i. Golongan yang menolak hadis terus, tidak mahu menggunakan hadis.
Mereka hanya menggunakan Al-Quran sahaja. Ini kalau dilihat melalui
penulisan Kassim Ahmad, berasaskan penulisannya dan umum yang
bercakap tentangnya pada hari ini, dapat dilihat bahawa dia membawa
ideologi antihadis yakni menolak hadis dan menyeru manusia beramal
dengan Al-Quran sahaja. Antara contoh-contoh pandangan dan pendapat
yang dibawa adalah ‘memadai kita dengan Al-Quranul Karim’, ‘Al-Quran
sudah cukup manakala hadis Nabi datang dari mulut manusia’, ‘dalam Al-
Quran mengatakan bahawa “Kami tidak meninggalkan suatu pun dalam
Al-Quran” maknanya Al-Quran telah merangkumi dan menjelaskan segala-
galanya’, juga firman Allah “Dia (Muhammad) tidak bercakap sesuatu
mengikut hawa nafsunya, melainkan adalah wahyu yang diwahyukan oleh
Allah ke atasnya” (Al-Najm: 3-4). Atas asas ini dia mengatakan apa yang
dikatakan oleh Nabi adalah wahyu yakni Al-Quran sahaja. Manakala hadis
tidak boleh dipakai.
ii. Golongan yang juga antihadis, tapi dalam masa yang sama mereka
mencipta hadis lain. Ini merujuk kepada syiah. Syiah hakikatnya adalah
anti-hadis tetapi ramai yang tidak perasan dan kurang sedar hal ini.
Masalah syiah adalah lebih besar dari isu Kassim Ahmad walaupun tidak
dinafikan kedua-duanya bahaya dan merosakkan Agama Islam. Namun
Syiah lebih bahaya dari segi menolak hadis Nabi yang sahih sama ada dari
Sahih Bukhari, Muslim dan selainnya, lalu mereka mencipta hadis-hadis
yang baru lagi palsu.
iii. Golongan orang yang mengiktiraf kedudukan Al-Quran dan Sunnah, tetapi
tidak beramal dengannya. Mereka mengambil separuh, tinggal separuh,
ataupun tidak beramal dengannya langsung walaupun tidak menolak
kebenaran Al-Quran dan Hadis sebagaimana golongan anti hadis.
Sebaliknya mereka tidak beramal mungkin kerana malas, suka melakukan
maksiat, fasiq dan sebagainya. Jadi ini adalah empat kategori manusia
secara amnya dalam berurusan dengan hadis Nabi s.a.w. (Harussani
Zakaria, 2014).

7. Langkah-langkah untuk menghalang gerakan anti hadis dan kekangan yang mungkin
dihadapi
7.1 Langkah-langkah kawalan yang boleh dilaksanakan untuk menghalang
perkembangan gerakan anti hadis

Langkah-langkah kawalan yang boleh dilaksanakan oleh pihak-pihak yang


berkenaan agar fahaman anti hadis ini dapat dikekang daripada terus merebak ke
dalam jiwa umat Islam seluruhnya ialah ;

7.1.1 Peringkat individu ;


i. Pemantapan ilmu agama secara menyeluruh perlu dilipatgandakan
dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama sama ada di masjid
mahupun di surau.
ii. Sentiasa berhubung dengan institusi-institusi agama seperti
Bahagian Penyelidikan, di Jabatan Agama Islam negeri-negeri,
Jabatan Mufti, atau melalui badan-badan bukan kerajaan atau NGO
dan sebagainya bagi memperoleh sumber maklumat yang tepat
berkaitan dengan isu-isu agama seperti ini.
iii. Memberi pendedahan awal berkaitan bahayanya anti hadis kepada
ahli keluarga dalam memastikan institusi keluarga tidak rapuh dek
kegersangan akidah seterusnya bagi melahirkan modal insan yang
berjiwa murni dengan pegangan rohani yang kukuh dan sejati.
iv. Bekerjasama dengan pihak berkuasa agama melalui aduan
maklumat sekiranya terdapat gejala anti hadis yang berlaku agar ia
dapat dibendung di peringkat lebih awal.
7.1.2 Masyarakat
i. Sentiasa mengingatkan atau menasihati anggota setempat agar tidak
terlibat dalam apa-apa jua doktrin yang bertentangan dengan agama
Islam.
ii. Peranan komuniti setempat seperti JKKK , Rukun Tetangga juga
tidak terkecuali dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan
oleh penduduk setempat tidak bertentangan dengan nilai-nilai
Islam.
iii. Bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dalam menyalurkan
maklumat sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang bertentangan
dengan ajaran Islam dari semasa ke semasa agar tindakan awal
dapat diambil seterusnya dapat dilumpuhkan secara tuntas dan
bersepadu.
7.1.3 Institusi-institusi Agama
i. Mengadakan program-program kesedaran tentang bahayanya gejala
anti hadis dan fahaman-fahaman lain yang menyeleweng kepada
masyarakat sama ada forum, seminar mahupun diskusi agar
masyarakat dapat mengetahui hakikat sebenar bahaya anti hadis.
ii. Mengedarkan risalah dan buku kepada masyarakat ataupun melalui
penulisan artikel di akhbar-akhbar sebagai perkongsian maklumat
mengenai bahaya anti hadis serta fahaman-fahaman lain yang
bertentangan dengan ajaran Islam.
iii. Memantapkan juga program-program tentang bahaya anti hadis ini
di kalangan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi atau IPTA
agar para pelajar tidak terkeliru dengan unsur-unsur penolakan
hadis sebagai sumber hukum dalam Islam seterusnya memantapkan
lagi kefahaman mereka tentang nilai-nilai ajaran Islam yang
sebenar.
iv. Mengadakan program dialog dengan golongan anti hadis bagi
mendedahkan hakikat kebenaran mengenai peranan hadis sebagai
sumber hukum dalam perundangan Islam. Hal ini penting bagi
memastikan agar mereka dapat menilai semula pegangan mereka
yang salah dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
seterusnya dapat melumpuhkan lagi pergerakan ini daripada terus
tersebar di kalangan umat Islam.
7.1.4 Pihak Berkuasa Agama
i. Melakukan pemantauan secara berperingkat terhadap pergerakan
dan perkembangan golongan anti hadis dari semasa ke semasa.
ii. Mengadakan sesi kaunseling bersama golongan anti hadis di Pusat
Pemulihan Akidah bagi memastikan agar mereka mendapat
bimbingan dan gambaran yang betul mengenai hadis dan
kedudukan Baginda sebagai utusan Allah S.W.T.
iii. Bekerjasama dengan pihak berkuasa yang lain seperti Polis Diraja
Malaysia atau PDRM dalam menjalankan siasatan dan melakukan
tangkapan terhadap mereka yang terlibat dengan fahaman anti hadis
ini.

7.2 Kekangan yang mungkin dihadapi di dalam mengawal dan menghalang


perkembangan gerakan anti hadis

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak dan


cadangan-cadangan tersebut dilaksanakan, pasti terdapat kekanganngan atau
cabaran yang mungkin dihadapi dalam usaha mengawal dan menghalang
perkembangan gerakan anti hadis ini. Di antara cabaran kekangan yang mungkin
dihadapi ialah ;
i. Selagi ada pengikut gerakan anti hadis, sudah tentu akan muncul pula
pendokong lain di kalangan mereka yang akan menghidupkannya serta
cuba untuk meracuni fikiran umat Islam dengan pendekatan yang
berlainan.
ii.

8. Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai