Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (KUMPULAN)

NAMA PELAJAR : CHAN CHUN MENG

LAU LIIK SIONG

PROGRAM : PISMP SN (SJKC) JUN 2014

NAMA SEKOLAH : SJK CHUNG HUA NO.3

NAMA PROJEK/AKTIVITI : PENGHASILAN RUMAH HIJAU SJK


CHUNG HUA NO. 3

TEMPOH PELAKSANAAN : 19 FEBRUARI 2018 HINGGA 16 MAC


2018

OBJEKTIF :

1. Pusat mendidik murid-murid tentang kesedaran kepentingan menanam


tumbuhan.
2. Menempatkan pasu bunga perhiasan yang boleh digunakan sebagai
perhiasan bagi majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi sekolah.
3. Pusat semaian dan pertumbuhan pokok bunga.
4. Menyuntik semangat kesepaduan dan kerjasama semua warga SJK
Chung Hua No.3.

STRATEGI PELAKSANAAN :

Setelah perbincangan antara guru pelatih major SN(SJK), kami membuat


keputusan untuk melaksanakan satu projek yang berkaitan dengan gangguan emosi.
Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987 telah menggariskan beberapa faktor
penting yang perlu dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Dalam sesebuah negara
pendidikan adalah teras bagi menjamin penghasilan sumber manusia yang dapat
memenuhi keperluan di dalam pelbagai bidang. Melalui pendidikan juga akan dapat
melahirkan rakyat yang berdisiplin, jujur dan berakhlak mulia. Lantaran itu falsafah
pendidikan negara telah menggariskan kenyataan berikut:

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara”.

Hasil daripada penelitian terhadap falsafah pendidikan di atas, adalah jelas


bahawa perkara yang amat diberikan perhatian di dalam sistem pendidikan negara
ini adalah mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.

Guru Besar telah meminta kami untuk menghasilkan rumah hijau di kawasan
lapang sekolah tersebut. Berikut merupakan proses sepanjang projek ini dijalankan.

1. Perbincangan dengan Guru Besar.

Atas permintaan Guru Besar menghasilkan satu Rumah Hijau, kami telah
mengadakan satu perbincangan dengan Guru Besar. Kami telah mendengar dan
merekodkan permintaan beliau. Hal ini membolehkan kami mengetahui apa
kehendak beliau dan apa yang perlu dilakukan.

2. Perbincangan dengan kedua-dua orang guru mentor.


Kami telah membentangkan idea-idea tersebut kepada guru mentor dan telah
mendapat kelulusan untuk melaksanakan projek ini. Kemudian, kami telah
menghasilkan kertas kerja bagi projek ini. Setelah kertas kerja diluluskan oleh
pihak sekolah, kami pun mula menghasilkan Rumah Hijau.

3. Perbincangan antara guru pelatih tentang penghasilan Rumah Hijau.


Selepas perbincangan, kami telah membuat keputusan untuk mendapatkan
maklumat-maklumat kedai menjual pokok bunga daripada guru-guru di sekolah
tersebut. Kami juga telah mencari maklumat lokasi kesai tersebut di Google Map.

4. Mengunjungi ke kedai pokok bunga dan membuat tinjauan harga pokok


bunga.
Kami telah mengunjungi ke empat kedai pokok bunga. Kami telah mengambil
gambar pokok bunga yang terdapat di kedai tersebut dan harga pokok bunga.
Kami juga mendapatkan informasi yang diperlukan daripada pengurus kedai
tersebut. Seterusnya, kami pun membuat perbandingan terhadap kedai-kedai
tersebut.

Pokok bunga kertas

Harga pokok-pokok bunga.

Kedai menjual pokok-pokok bunga.

5. Mengadakan perbincangan dengan Guru Besar dan mendapat persetujuan


beliau untuk membuat pembelian pokok bunga.
Kami telah memberitahu hasil tinjauan kami kepada Guru Besar. Seterusnya,
kami meminta beliau untuk memberi kelulusan untuk membeli pokok bunga yang
sesuai untuk ditempatkan di Rumah Hijau. Kami telah membuat keputusan untuk
membeli pokok-pokok bunga di Wong Sian Hup Pottery Sdn. Bhd atas
penimbangan harga dan variasi pokok bunga di kedai tersebut.

6. Mengunjungi ke kedai Wong Sian Hup Pottery Sdn. Bhd untuk membeli
pokok-pokok bunga.
Kami telah mengunjungi ke kedai Wong Sian Hup Pottery Sdn. Bhd. selepas
persekolahan. Kami telah memilih pokok-pokok bunga yang sesuai. Selepas itu,
kami telah berbincang harga dengan pengurus di kedai tersebut dan
penghantaran pokok-pokok bunga ke sekolah.

Gambar : Membeli pokok-pokok bungai di kedai Wong Sian Hup Pottery Sdn.
Bhd.
7. Menempatkan pokok-pokok bunga di tempat yang sesuai.
Pertama sekali, kami telah memindahkan alatan sains dari bilik sains ke Dewan
Besar. Setelah semua alatan yang memerlukan telah memindahkan ke Dewan
Besar, kami bermula menyusun meja-meja dengan kemas dan menghiaskan
tempat . Tuangkan cuka ke dalam bikar, dan susun alatan seperti corong turas,
belon, soda bikarbonat dan botol di setiap meja. Kami juga menyediakan ais
yang untuk aktiviti kedua iaitu membuat “ice-cream”.

Mengangkat pasu bunga ke tempat


yang disediakan.
Mengangkat pasu bunga ke tempat
yang disediakan.

Meletakkan pasu bunga di tempat


yang disediakan.

Semua pokok bunga telah


diletakkan di tempat yang
disediakan.

8. Menjaga pokok-pokok bunga.


Kami telah menyiram pokok-pokok bunga tersebut supaya tidak layu atau mati.
Pada masa lapang, kami telah mengunjungi ke tempat meletak pokok-pokok
bunga tersebut untuk penjagaan.
Menyiram pokok-pokok bunga.

Menyiram pokok-pokok bunga.

REFLEKSI :

1. Kekuatan Projek/Aktiviti
Antara kekuatan yang kami dapati dalam projek yang telah dijalankan ini
adalah Rumah Hijau tersebut boleh dijadikan pusat mendidik murid-murid
tentang kesedaran kepentingan menanam tumbuhan. Murid-murid juga boleh
mempelajari tumbuhan yang baru dan meningkatkan minat terhadap Sains.
Kedua, pasu bunga perhiasan yang cantik boleh digunakan sebagai
perhiasan bagi majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi sekolah. Hal ini bukan sahaja
menceriakan majlis-majlis tersebut, tetapi juga menjimatkan kos-kos bagi
penyewaan pokok-pokok bunga daripada pihak lain.
Ketiga, projek ini juga menyuntik semangat kesepaduan dan kerjasama
semua warga SJK Chung Hua No.3. Terdapat juga sebahagian pokok-pokok
bunga adalah sumbangan daripada guru-guru dan gardener sekolah tersebut.
Rumah Hijau tersebut merupakan hasil semua warga sekolah, maka warga
sekolah akan lebih mencintai dan menghargai Rumah Hijau tersebut.
Keempat, kerjasama dan komitmen antara rakan internship juga menjadi
faktor utama dalam menjayakan projek ini. Nilai-nilai yang ada pada rakan
internship amat dihargai. Di samping itu, kami telah mendapat sokongan dari
pihak sekolah. Kami berasa bangga kerana mendapat peluang ini untuk memberi
perkhidmatan di sekolah ini.
Kelima, kerjasama yang diberi oleh pihak sekolah telah banyak membantu
kami dalam menjayakan projek ini. Pihak pengurusan sekolah telah banyak
memberi bantuan dari segi idea dan bahan telah membantu kami menjayakan
projek ini dengan lancar sekali. Tanpa bantuan daripada guru-guru pembimbing,
projek ini tidak dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali.

2. Kelemahan Projek/Aktiviti

Antara kelemahan yang kami dapati melalui projek ini adalah kekurangan
pengetahuan terhadap pokok-pokok bunga yang sesuai untuk ditempatkan di
Rumah Hijau. Terdapat tumbuhan yang perlu penjagaan yang teliti. Hal ini agak
sukar bagi warga SJK Chung Hua No.3 untuk menjaganya kerana warga SJK
Chung Hua No.3 mempunyai tugas masing-masing di sekolah. Oleh itu kami
perlu membuat pertimbangan tumbuhan yang sesuai untuk ditempatkan di
Rumah Hijau.

Selain itu, kami juga kekurangan pengalaman dalam pembelian pokok-pokok


bunga. Tinjauan yang teliti perlu dilakukan sebelum pembelian pokok-pokok
bunga ini untuk menjayakan projek ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN :

Untuk mengatasi masalah kekurangan pengetahuan terhadap pokok-pokok


bunga yang sesuai untuk ditempatkan di Rumah Hijau. Kami boleh melayari internet
untuk mencari maklumat-maklumat tentang tumbuh-tumbuhan. Perkara ini bukan
sahaja mampu membantu kami menjayakan projek, malah juga telah menambah
ilmu pengetahuan kami sebagai seorang guru Sains.

Bagi kurang pengalaman dalam pembelian pokok-pokok bunga, kami juga boleh
membuat perbincangan dengan guru pembimbing atau guru lain dan mendapatkan
bantuan mereka. Dengan bantuan daripada pengalaman yang ada daripada guru-
guru tersebut, pastinya projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih berjaya.
KESIMPULAN:

Pembinaan projek ini adalah sebahagian daripada projek pengisian kawasan


lapang di sekolah selain memenuhi keperluan untuk mengumpul dan menghijaukan
kawasan. Secara keseluruhannya, projek menghasilkan rumah hijau ini telah
dihasilkan dengan jayanya. Kami telah mempelajari banyak pengetahuan yang baru
melalui projek. Ribuan terima kasih diucapkan kepada sokongan pihak sekolah dan
guru pembimbing di sebalik kejayaan ini. Diharap dengan berjayanya projek ini, lebih
banyak projek lain akan menyusul dalam usaha untuk menghijaukan Sekolah Jenis
Kebangsaan Chung Hua No.3.

Anda mungkin juga menyukai