Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING

1.0 Isu Projek:


Membantu dalam Perhiasan Pentas bagi Sambutan Tahun Baru Cina

2.1 Kekuatan

Saya dan rakan sepratikum telah membantu guru di sekolah ini untuk
menghias pentas bagi sambutan Tahun Baru Cina. Kami telah berkomunikasi
dengan guru yang bertanggungjawab tentang tugas-tugas kami. Kami telah
bekerjasama dengan guru tersebut untuk menghias pentas. Kami juga
berkongsi idea antara satu sama lain supaya pentas tersebut dihias dengan
lebih menarik. Atas kerjasama setiap guru, kami telah berjaya menghias
pentas dalam masa yang diharapkan.

2.2 Kelemahan

Kreativiti saya dalam menghias pentas adalah lemah. Saya tidak dapat
memberi idea yang kreatif bagi menghias pentas. Walaubagaimanapun, saya
telah berusaha untuk menolong dalam penghiasan pentas tersebut.

3.0 Cadangan Penambahbaikan

Untuk memperbaiki kelemahan saya, saya boleh melayari internet untuk


mencari maklumat yang diperlukan. Saya boleh merujuk kepada contoh
hiasan pentas di internet. Dengan ini, saya mengubahsuai dan memberi idea
yang kreatif bagi menghias pentas.

Anda mungkin juga menyukai