Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 3: Projek dan Laporan Penyelesaian Masalah.

3.1 Menentukan Masalah Sebenar

Dalam sebuah ekosistem, hubungan dinamik antara pemangsa dan manga telah lama
dan akan terus menjadi. Masalah ini mungkin kelihatan mudah pada mulanya, tetapi
hakikatnya ia sangat mencabar dan rumit. Dr. Scott Campbell, seorang profesor ‘Chemical &
Biomedical Engineering’ di University of South Florida telah menjalankan satu kajian terhadap
hubungan antara serigala sebagai pemangsa dan arnab sebagai mangsa. Kajian ini
dijalankan untuk mengkaji hubungan antara serigala dan arnab serta peranan pemangsa dan
mangsa dalam sesebuah habitat. Kestabilan dalam hubungan pemangsa-mangsa dari masa
ke masa membolehkan kita untuk mengukur kekuatan dan kestabilan sesebuah ekosistem.
Hal ini kerana, jika bilangan salah satu daripada pemangsa-mangsa meningkat atau kurang
akan memberi kesan kepada bilangan pemangsa-mangsa. Berikut merupakan data populasi
serigala dan arnab yang diambil daripada sebuah taman negara selama 12 bulan:

Bulan,t 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Bil.
1000 750 567 500 567 750 1000 1250 1433 1500 1433 1250
Arnab,R

Bil.
150 143 125 100 75 57 50 57 75 100 125 143
Serigala,F

Jadual 1: Bilangan serigala dan arnab dalam satu tahun.

Berdasarkan Jadual 1, saya akan menggunakan data ini untuk mencari punca kepada
populasi meningkat atau menurun. Saya akan mengaplikasikan Model Lotka-Volterra dalam
menyelesaikan masalah ini. Hal ini kerana, model ini menggunakan dua pemboleh ubah yang
bersandar iaitu pemangsa dan mangsa. Mangsa ialah satu populasi yang mempunyai sumber
makanan yang cukup untuk membiak manakala pemangsa iailah spesis yang memakan
mangsa.

3.2 Penyelesaian Masalah

Langkah penyelesaian:

a) Cari penyelesaian yang konstant dan tafsir data.


b) Guna sistem persamaan pembezaan unutk mencari persamaan 𝑑𝑊 ⁄𝑑𝑅.
c) Lukis satu arah lapangan untuk keputusan persamaan pembezaan dalam RW-plane.
d) Kemudian, lukis lengkungan dan gunakannya untuk menyatakan perubahan pada
tahap kedua-dua populasi.
e) Menganalisis data.

Pengiraan:

a) Diberi k = 0.05, a = 0.001, r = 0.02 , dan b = 0.00002 , maka persamaan Lotka-Volterra


yang terhasil ialah :

𝑑𝑅
= 0.05𝑅 − 0.001𝑅𝑊
𝑑𝑡

𝑑𝑊
= 0.02𝑅 − 0.0002𝑅𝑊
𝑑𝑡

Kedua-dua R dan F akan menjadi konstant jika kedua-dua terbitan adalah 0, pengiraan adalah
seperti berikut :

R’ = R( 0.08 – 0.001F ) = 0

F’ = F( -0.02 + 0.00002R ) = 0

Satu penyelesaian yang diberi ialah R = 0 dan F = 0 ( jika tiada arnab atau serigala, maka
kadar populasi tidak akan meningkat ). Cara penyelesaian konstant yang lain ialah :

𝑑𝑅
= 0
𝑑𝑡

0.05R − 0.001R𝑊 = 0

R (0.05 − 0.001𝑊) = 0

0.05 − 0.001𝑊 = 0

0.05
𝑊=
0.001

W = 50

𝑑𝑊
= 0
𝑑𝑡

−0.02𝑊 + 0.00002R𝑊 = 0
(−0.02 + 0.00002R) = 0

−0.02 + 0.00002R = 0

R = 1000

Oleh itu, populasi yang seimbang, terdiri daripada 1000 ekor arnab dan 50 ekor serigala. Hal
ini bermaksud, bilangan 1000 ekor arnab sudah mencukupi untuk memberi menampung
keperluan 100 ekor serigala.

b) Menggunakan peraturan lantai ( Chain Rule ) untuk menyingkirkan ‘t’ :

𝑑𝑊 𝑑𝑊 𝑑𝑅
= ˟
𝑑𝑡 𝑑𝑅 𝑑𝑡

𝑑𝑊 −0.02𝑊 + 0.00002𝑅𝑊
=
𝑑𝑅 0.05𝑅 − 0.001𝑅𝑊

c) Jika F dikatakan sebagai fungsi kepada R, persamaan pembezaan ialah :

𝑑𝑊 −0.02𝑊 + 0.00002𝑅𝑊
=
𝑑𝑅 0.05𝑅 − 0.001𝑅𝑊

Rajah 1 menunjukkan medan arah untuk melukis persamaan dan pembezaan. Lukisan
tersebut digunakan untuk melakar lengkungan penyelesaian seperti pada Rajah 2. Sekiranya
kita bergerak sepanjang lengkungan penyelesaian, kita akan melihat bagaimana hubungan di
antara R dan F berubah mengikut masa. Perhatikan bahawa lengkungan yang dilihat sangan
rapat apabila kita bergerak di sepanjang lengkungan, kita akan kembali ke titik yang sama.
Lihat juga titik (1000,50) berada dalam lengkungan penyelesaian. Titik itu dikenali sebagai titik
keseimbangan kerana ia selari dengan penyelesaian keseimbangan R = 1000 dan F = 50.

Rajah 1: Medan arah bagi system mangsapemangsa


Rajah 2: Fasa potret dalam sistem

Rajah 2 menunjukkan ‘phase trajectories’ bagi persamaan pembezaan. ‘Phase trajectories’


adalah satu laluan yang dihasilkan oleh penyelesaian ( R,F) sejajar dengan masa. Satu ‘phase
potrait’ mengandungi titik keseimbangan dan ‘typical phase trajectories’.

d) Bagi menentukan pergerakkan mengelilingi ‘phase projectory’, masukkan R = 1000


dan F = 30 dalam persamaan pembezaan yang pertama.
𝑑𝑀
= 0.05𝑀 − 0.001 𝑀𝑊
𝑑𝑡

= 0.05 (1000) – 0.001 (1000)(30) = 20

Disebabkan oleh dR/dt > 0, menunjukkan bahawa R meningkat pada Pₒ, maka pergerakkan
kita mengelilingi ‘phase trejectory’ adalah secara lawan jam.
e) Menganalisis data.

Pada kuadran I, kita dapat melihat populasi mangsa meningkat berbanding dengan
bilangan pemangsa. Po (1000,30) menunjukkan bilangan mangsa lebih banyak berbanding
dengan pemangsa. Hal ini mungkin kerana populasi serigala baru berhijrah ke penempatan
tersebut. Bilangan pemangsa tidak mencukupi untuk mengekalkan keseimbangan di antara
populasi.

Kuadran II menunjukkan bilangan populasi mangsa dan pemangsa meningkat secara


selari. Hal ini dibuktikan dengan titik yang ditunjukkan pada P1 (3000,50). Titik tersebut telah
menunjukkan peningkatan dari segi bilangan populasi mangsa dan pemangsa. Titik tersebut
telah menunjukkan peningkatan dari segi bilangan populasi mangsa dan pemangsa. Hal ini
mungkin kerana bilangan pemangsa yang sikit pada mulanya telah membolehkan mangsa
membiak dan hidup dengan selamat. Apabila pemangsa menyedari kewujudan populasi
mangsa yang banyak, semakin banyak bilangan pemangsa yang datang ke penempatan
tersebut dan mengakibatkan bilangan pemangsa bertambah.

Berdasarkan kuadran III, bilangan mangsa berkurang, dan bilangan pemangsa


bertambah pada kuadrant ini. Seperti yang ditunjukkan pada titik P2 (1000,100), bilangan
pemangsa meningkat lebih banyak, manakala bilangan mangsa pula semakin berkurang. Hal
ini kerana, apabila bilangan pemangsa banyak, pemangsa akan makan mangsa yang ada.
Pertumbuhan pemangsa juga menjadi lebih cepat disebabkan oleh sumber makanan yang
mencukupi seperti andaian yang telah di buat dalam Lotka-Volterra model.

Pada kuadrant IV pula, bilangan pamangsa dan mangsa menurun secara sejajar. Titik
P3 (100,500) menunjukkan penurun dari segi bilangan populasi mangsa dan pemangsa. Hal
ini terjadi kerana apabila bilangan pemangsa banyak berlakunya persaingan untuk hidup dari
segi makanan. Sumber makanan yang ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan
makanan pemangsa. Hal ini menyebabkan pemangsa terpaksa bergaduh untuk mendapatkan
makanan dan akhirnya terdapat juga pemangsa yang mati. Selain itu, penurunan pemangsa
juga di sebabkan oleh sesetengah pemangsa yang berhijrah ke tempat lain untuk
mendapatkan bekalan manakanan yang mencukupi.
3.3 Banding dengan Realiti

Hasil dapatan daripada model ini menunjukkan bahawa turun naik populasi arnab
dengan serigala adalah tidak selari. Adakalanya populasi serigala meningkat, namun populasi
arnab juga masih di tahap yang tinggi yang mana populasi arnab tidak mengalami penurunan.
Pada pandangan saya, pertambahan bilangan mangsa bukan sahaja tertumpu kepada
kurangnya bilangan pemangsa dan sumber makanan yang cukup, malah hal ini juga boleh
terjadi sekiranya berlakunya migrasi mangsa yang sama dari tempat yang lain. Apabila
kehadiran mangsa yang sama dari tempat lain semakin ramai, maka bilangan mangsa akan
bertambah.

Pada pandangan saya, sesuatu habit mempunyai ekosistemnya yang tersendiri di


mana setiap ekosistem mempunyai pelbagai mahkluk hidup yang saling bergantung antara
satu sama lain. Serigala merupakan haiwan omnivor di mana serigala boleh makan apa
sahaja termasuklah ayam, tikus, siput, buah beri, bangkai haiwan dan sebagainya. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa pengurangan populasi serigala tidak bergantung kepada
pengurangan populasi arnab semata-mata.

Secara formula dan statistiknya jelas menunjukkan bahawa kedua-dua mangsa dan
pemangsa saling bergantungan antara satu sama lain. Banyak perkara yang berlaku di luar
sana yang menjadi faktor kepada perkembangan dan kematian mangsa dan pemangsa.
Faktor yang menggugat perkembangan pemangsa yang pertama ialah pemangsa mendapat
ganguan daripada pemangsa yang lain. Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, di dalam
satu ekosistem terdapat pelbagai spesis haiwan yang tinggal bersama. Walaupun serigala
dikatakan sebagai seekor haiwan yang kuat jika hendak dibandingkan dengan arnab, namun
masih lagi terdapat haiwan lain yang lebih kuat seperti harimau.

Seterusnya, pengurangan kadar perkembangan populasi mangsa dan pemangsa juga


adalah di sebabkan oleh pemburuan haram secara terbuka yang dilakukan oleh manusia.
Manusia membunuh serigala dan arnab bagi mendapatkan isi mereka serta bulu mereka
untuk di jadikan pakaian. hal ini membuktikan bahawa pemburuan secara haram juga telah
menyebabkan bilangan populasi arnab dan serigala semakin berkurang.

Akhir sekali ialah perubahan iklim dan cuaca di sesuatu habitat menjadi salah satu
faktor kepada pengurangan bilangan populasi mangsa dan pemangsa. Hal ini terjadi apabila
sesuatu habitat sudah tidak sesuai untuk di diami, pemangsa dan mangsa akan mencari dan
meneroka tempat baru yang sesuai dengan mereka. Sehubungan dengan itu, bilangan
populasi mangsa dan pemangsa di tempat asal akan berubah. Sebagai contoh serigala
merupakan haiwan yang tinggal di kawasan yang lembap seperti hutan hujan tropika, jika
habitat tersebut berubah menjadi sangat panas dan kering, serigala akan bermigrasi untuk
mencari habitat yang sesuai. Hal ini akan menyebabkan bilangan populasi serigala di
kawasan itu berkurang. Perkara yang sama juga akan berlaku terhadap arnab. Bukti ini jelas
menunjukkan bahawa kadar pengurangan bilangan populasi mangsa dan pemangsa tidak
bergantungan antara satu sama lain.

Penutup

Model matematik seperti model pemangsa-mangsa ini di wujudkan oleh pakar


matematik adalah untuk membantu pakar-pakar ekologis untuk membuat pengiraan terhadap
perubahan kadar perkembangan sesuatu populasi. Setiap model mempunyai fokusnya
tersendiri yang perlu di capai. Sebagai contoh model pemangsa-mangsa di gunakan untuk
melihat interaksi yang berlaku diantara dua populasi, manakala model perkembangan logistik
pula ingin meramal dan melihat sejauh mana perkembangan sesuatu populasi pada tahap
atau masa yang tertentu. Oleh itu, sebagai pengguna model matematik ini, kita hendaklah
membuat pilihan model matematik yang tepat supaya objektif dapat dicapai.

(1464 Patah Perkataan)

Anda mungkin juga menyukai