Anda di halaman 1dari 1

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik SJKT Ladang Behrang River dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:

MURID
 Memastikan semua anak didik berpeluang belajar dalam suasana yang
selesa, selamat dan menyeronokan.
 Memastikan kebajikan anak didik dipelihara dan sedaya upaya memenuhi
keperluan mereka.
 Memastikan semua murid yang layak mendapat bantuan buku teks untuk
tahun berikutnya, menerima buku teks pada tahun berikutnya.
 Memastikan murid yang layak mendapat RMT diberi makanan yang berkualiti
setaraf dengan nilai yang diperuntukan.
 Memastikan semua murid Tahap 2 mendapat peluang menyertai kegiatan
kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan
satu aktiviti sukan & permainan (1 Muird 1 Sukan)
 Bertanggungjawab menjaga hal keselamatan, kebajikan, kesihatan,
kebersihan, disiplin murid,kaunseling dan kerjaya murid.

STAF
 Memberi peluang kepada staf mengikuti latihan dalam bidang yang
dikehendaki.
 Sentiasa bersedia menerima kunjungan tetamu dengan layanan mesra.
 Memastikan kami sentiasa peka dan responsive kepada kehendak
pelanggan kami (Murid, ibu bapa dan masyarakat)
 Menyelesaikan setiap aduan dalam tempoh masa dua hari.

WARIS
 Setiap waris dan murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara
adil dan mesra.
 Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3
hari bekerja.
 Setiap cadangan /usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh
pihak sekolah.

KEMENTERIAN PELAJARAN
 Memastikan setiap arahan dan maklumat yang diperlukan oleh
PPD/JPN/KPM mendapat tindakan segera selepas surat atau arahan
diterima.

Anda mungkin juga menyukai