Anda di halaman 1dari 8

Bahagian A: Baca soalan dan pilih jawapan yang betul serta

bulatkannya.

1 Pilih perlakuan berkaitan nilai kesederhanan.


A Babu menghabiskan kesemua wang belanja sekolah
hariannya
B Siew memukul adiknya yang terambil pennya
C Chong keluar bersama kawan-kawannya hingga larut
malam
D Siva menyiapkan semua kerja sekolahnya sebelum
menonton televisyen.

2 Mak Liza mengucapkan terima kasih kepada orang ramai


yang telah menghulurkan bantuan kewangan kepadanya
sekeluarganya. Orang ramai telah mengamalkan nilai
………………..
A baik hati
B bertanggungjawab
C harga diri
D kesederhanaan

3 Jenny seorang yang tekun dan teliti ketika membuat sesuatu


tugasan. Dia mengamalkan nilai ……………………………
A baik hati
B hemah tinggi
C kerajinan
D harga diri

4 Seseorang yang berfikiran……………. akan mudah dibawa


berbincang.
A kotor
B sempit
C negatif
D positif
5 Kita wajar……………. dan menghargai anugerah Tuhan .
A bergembira
B bersyukur
C berduka
D berehat

6 Setiap murid patut berusaha ……………. diri untuk mencapai


cita-cita.
A memajukan
B merendahkan
C mendiamkan
D merehatkan

7 Orang yang rajin akan berusaha secara ………… tanpa jemu.


A perlahan
B diam
C bersopan
D berterusan

8 Walaupun Encik Raman berjawatan tinggi di syarikatnya, dia


tidak pernah ………….. diri terhadap pekerjanya.
A lupa
B merendah
C meninggi
D merajuk

9 ……………………………. orang lain mesti diambil kira apabila


menyelesaikan masalah.
A Masalah
B Kemarahan
C Kepentingan
D Kesukaran
10 Rani meminta maaf kepada adiknya kerana telah
…………….. adiknya merosakkan jam tangannya.
A memaksa
B menuduh
C menolong
D membiarkan

11 Kita perlu mengawal perasaan …………… apabila ada rakan


yang melakukan kesalahan.
A marah
B kecewa
C sedih
D gembira

12 Jonny tetap mahu ………… dahulu tuduhan Ali yang


mengatakan adiknya menghisap rokok.
A melihat
B bertanya
C jumpa
D menyiasat

13 Pilih amalan hemah tinggi dalam perkhidmatan kerajaan


I. Bertanya keperluan pelanggan dengan sopan
II. Menegur dengan baik kesilapan pelanggan mengisi
borang
III. Sentiasa memberikan senyuman
IV. Melayan kerenah warga tua dengan sabar.

A I, II dan IV
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
14 Kita hendaklah _________________ di atas jasa dan pengorbanan
bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
A bertimbang rasa
B mengenang budi
C berterima kasih
D berkongsi cerita

15 Berikut merupakan kebaikan amalan jujur dalam kehidupan


kecuali ________________
A Dipercayai oleh rakan dan masyarakat sekeliling
B Dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah
C Dapat membantu orang tua dengan ikhlas
D Dipandang mulia oleh masyarakat

16. Diantara berikut golongan manakah yang tidak patut


menerima bantuan kemanusiaan ?
A Golongan fakir miskin
. B Anak yatim dan ibu tunggal
C Mangsa kebakaran dan bencana alam
D Golongan profesional dalam sesebuah organisasi

17. Apakah amalan dan kebiasaan rakyat Malaysia pelbagai


kaum apabila tiba musim perayaan tertentu ?
A Meraikan bersama sama ibubapa sahaja
B Saling menziarahi dan turut memeriahkannya
C Turut menghias rumah pada setiap jenis perayaan
D Turut sama dalam upacara semua keagamaan

18. Yang manakah berikut ini merupakan misi kemanusiaan yang


pernah diadakan dalam negara kita ?
A Misi membantu mangsa kebuluran
B Mengamalkan perpaduan antara pelbagai kaum
C Usaha kerajaan membina pusat perubatan
D Membantu dan menyelamatkan mangsa banjir
19. Siapakah sepatutnya yang bertanggungjawab menjalankan
kempen kemanusiaan ?
A Golongan remaja dan belia sahaja
B Orang dewasa dan ketua ketua masyarakat
C Semua lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat dan
kedudukan
D Kaki tangan kerajaan dan swasta yang berpendapatan
tinggi sahaja

20. Apakah manfaat pada Negara jika kempen kemanusiaan


berjaya dilaksanakan ?
A Ekonomi Negara dapat ditingkatkan
B Beban penduduk miskin dapat dikurangkan
C Mengurangkan kadar jenayah dan pengganguran
D Harga barang keperluan asas dapat dikawal
Bahagian B

Gariskan jawapan yang betul.

1 Orang yang mengamalkan nilai kesederhanaan tidak akan


bersikap ( keterlaluan , ketakutan )

2 ( Pertemuan , Perbincangan ) adalah perlu untuk


menyelesaikan sesuatu masalah.

3 Seseorang yang ( bercakap , berfikir ) sebelum bertindak


akan membuat tindakan yang akan memuaskan hati semua
pihak.

4 Encik Ali telah memanggil isterinya duduk berbincang untuk


( menyelesaikan , menghapuskan ) masalah anak mereka
yang kerap ponteng sekolah.

Baca soalan dan jawab semua soalan dibawah


1 Nyatakan tiga orang tokoh Negara Malaysia yang kamu
kagumi.
(a) ___________________________________________________________
(b) ___________________________________________________________
(c) ___________________________________________________________

2 Nyatakan tiga cara untuk kita menghargai jasa tokoh negara.


(a) ___________________________________________________________
(b) ___________________________________________________________
(c) ___________________________________________________________

3. Nyatakan 3 perayaan-perayaan besar yang biasanya disambut


di Malaysia.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
4. Berikan dua cara bertolak ansur semasa perayaan diadakan ?

a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________

5 Nyatakan 1 kesan jika kita bertoleransi semasa perayaan


disambut ?
___________________________________________________________

___________________________________________________________

Tulis nilai yang menunjukkan maksud nilai yang betul.

No Maksud Nilai Nilai


1 Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu
memuliakan dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan.
2 Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam
serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
ikhlas.
3 Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian.
4 Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan
pengiktirafan dan penghargaan terhadap
sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
Tulis dialog yang mempunyai nilai adab sopan berdasarkan
gambar.

1.Anak : “…………………………………………………………………….
……………………………………………………………………”

2. Kerani : “…………………………………………………………………….
…………………………………………………………………….”

3. Anak : “…………………………………………………………………….
…………………………………………………………………….”

Anda mungkin juga menyukai