Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrrahmanirahim...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Selamat datang kepada tuan puan ke Program Pengurusan Kewangan Berhemah


PPD Hilir Perak anjuran Unit Psikologi & Kaunseling PPD Hilir Perak 2018.

Tujuan Program ini adalah membantu semua warga pendidikan untuk lebih
memahami risiko yang terlibat dalam menguruskan kewangan dan akan
memudahkan dalam membuat keputusan kewangan yang lebih baik

Banyak faktor yang memberi tekanan dan mempengaruhi kita untuk berbelanja
diluar kemampuan kita. Tiada siapa yang dapat membantu sepenuhnya melainkan
kita sendiri kerana kita mempunyai kuasa dan tanggung jawab untuk mengurus dan
membuat keputusan kewangan dengan bijak.

Pendapatan per kapita penduduk negara kita semakin bertambah (daripada


RM28,169 pada tahun 2000 kepada hampir RM40,000 pada tahun 2017)
menyebabkan tahap penggunaan yang terus meningkat serta permintaan yang lebih
tinggi terhadap barangan dan perkhidmatan. Oleh itu, pengguna perlu berhemah
dalam berbelanja dan bijak untuk membezakan antara keperluan dan kehendak.

Para pengguna perlu rancangan yang rapi dalam membuat keputusan penting untuk
perbelanjaan harian dan perbelanjaan-perbelanjaan besar dalam hidup seperti,
pendidikan, perkahwinan, membeli rumah, persekolahan anak-anak, insurans,
pelaburan dan lain-lain. Pengguna kewangan harus juga tahu untuk memilih
pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Maka dengan itu, kita sebagai
pengguna, harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
membolehkan kita membuat keputusan kewangan yang baik.

Dalam setiap fasa kehidupan, pengguna sering mempunyai kepentingan,


tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza. Apabila umur dan
kehidupan kita meningkat dan berubah, maka kehendak dan keperluan kita juga
berubah. Perancangan kewangan menyediakan diri kita untuk menghadapi peluang
dan cabaran hidup ini. Sekiranya kita merancang kewangan dengan cekap kita akan
merasakan bahawa kita berupaya untuk mengawal kewangan kita dan memastikan
kita akan berbelanja mengikut kemampuan yang sebenar. Selain itu kita dapat
menguruskan hutang dengan baik serta mengelak daripada kesan-kesan negatif
seperti menjadi muflis.
Sebagai individu yang bertanggungjawab... apakah yang kita perlu lakukan
 Berbelanja mengikut pelan Kita perlu menyediakan satu pelan belanjawan dan
berbelanja mengikut pelan itu. Dalam perkara ini, kita boleh mengetahui butiran
perbelanjaan dan mengelakkan daripada terlebih belanja. Dengan sentiasa
merekodkan perbelanjaan bulanan kita tahu ke mana perginya pendapatan serta gaji
kita setiap bulan. Merekodkan perbelanjaan boleh mengawal perbelanjaan.
Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukan mengikut gerak hati.
 Menabung Kita juga perlu pupuk tabiat menabung untuk masa depan atau
kecemasan. Kita boleh menabung secara automatik dengan menggunakan skim
potongan gaji, auto-debit atau cara lain sepertinya. Kadar yang hendak ditabung
mungkin sekitar 5% - 10% daripada jumlah pendapatan. Walaupun hanya
menabung sebanyak RM50 sebulan, tetapi dengan faedah yang dikompaunkan,
akhirnya jumlah simpanan terkumpul akan menjadi tinggi. Cabar diri untuk
meningkatkan jumlah tabungan secara beransur-ansur agar mempunyai lebih
banyak wang untuk masa depan. Asingkan lebih awal jumlah wang yang hendak
ditabung daripada menunggu pada hujung bulan di mana kemungkinan sejumlah
wang telah habis dibelanjakan.
 Guna teknologi untuk jimat kos urusan perbankan Kita juga boleh menggunakan
teknologi untuk mengurangkan kos urusan perbankan. Dengan menggunakan
perbankan internet serta e-pembayaran, kita boleh berjimat dari segi perbelanjaan
pengangkutan, pakir, tenaga dan masa.
 Tingkatkan pengetahuan kewangan Kita juga perlu meningkatkan pengetahuan
kewangan untuk membolehkan membuat keputusan kewangan yang baik dan bijak.
Pengetahuan kewangan boleh diperolehi melalui pendidikan kewangan yang
dianjurkan oleh persatuan-persatuan pengguna, internet, laman sesawang Bank
Negara Malaysia, institusi kewangan dan agensi-agensi lain yang berkaitan. Laman
sesawang Bank Negara Malaysia ini memberi nasihat supaya berhati-hati ketika
membuat keputusan berhubung perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh
pihak yang tidak berlesen.

Sebagai pengguna perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab...


 Fahami terma dan syarat dokumen perjanjian Kita perlu lebih peka dan
memahami terma dan syarat dokumen perjanjian sebelum bersetuju untuk membeli
produk dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan.
Ini amat penting untuk memastikan kita memahami perkhidmatan dan produk
kewangan yang bakal diterima, bayaran yang akan dikenakan serta hak sebagai
pengguna sekiranya institusi kewangan melanggar terma dan syarat yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
 Disiplinkan diri untuk pembayaran balik pinjaman Walau bagaimanapun, kita
perlu mendisiplinkan diri untuk menguruskan pembayaran balik pinjaman dengan
baik. Sekiranya kita menghadapi sebarang isu berkenaan dengan produk dan
perkhidmatan kewangan, segeralah berbincang dengan institusi penyedia kewangan
untuk mendapat penyelesaian yang efektif. Untuk lebih berkesan, pendidikan
kewangan itu perlu diterapkan secara berterusan dari usia muda sehingga dewasa
bagi memupuk disiplin yang tinggi dalam menguruskan wang.

 Saluran nasihat dan penyelesaian aduan – institusi kewangan Kita jangan lari
atau berdiam diri apabila menghadapi masaalah dengan institusi penyedia
kewangan tetapi sebaliknya bersikap proaktif dengan menggunakan saluran-saluran
nasihat dan aduan yang disediakan. Jalan terbaik untuk mendapatkan nasihat dan
penyelesaian isu adalah dengan berhubung terus dengan institusi penyedia
kewangan itu sendiri kerana mereka memahami tentang isu yang dibangkitkan dan
memberi cadangan penyelesaian terbaik seperti melalui penstrukturan semula
pinjaman. Untuk memastikan pengguna kewangan dapat menyelesaikan aduan
secara terus, setiap institusi penyedia kewangan mempunyai unit nasihat dan
pengurusan aduan masing-masing.

 Saluran nasihat dan penyelesaian aduan – AKPK Biasanya keadaan akan


menjadi lebih rumit apabila pengguna tidak dapat membayar hutang yang diperolehi
dari banyak institusi penyedia kewangan. Dalam situasi begini, pengguna perlu
cepat meminta bantuan AKPK. Melalui program pengurusan kredit, AKPK akan
mendapatkan kerjasama institusi yang memberi hutang agar menstrukturkan semula
pembayaran pinjaman mengikut kemampuan sipeminjam.

Akhir kata saya sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan selamat
maju jaya kepada semua yang terlibat dalam program Pengurusan Kewangan
Berhemah anjuran Unit Psikologi & Kaunseling PPD Hilir Perak.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan


program Pengurusan Kewangan Berhemah PPD Hilir Perak 2018. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai