Anda di halaman 1dari 1

Pada minggu seterusnya saya mula kelas pada hari sabtu dan hari ahad.

Kelas bertempat di

Fakulti Pengajian Teras, saya tidak dimana disebabkan bangunan itu bangunan baharu jadi saya

tidak pernah tahu kewujudan bangunan itu tambahan saya dahulu belajar tidak penah pulak

perayau sampai kesitu balik-balik FPQS fakulti saya dahulu.

Pada hari pertama belajar semuanya baik, tiada masalah. Cumanya sedikit sukar kerana

tiada buku teks untuk dirujuk disebabkan sistem pengurusan nak keluarkan buku perlu kepada

semua pelajar sudah beli buku baru pihak pengurusan boleh keluarkan buku, jadi tidak

mengapalah, saya redha. Jadi saya salin sahaja yang penting-penting. Apa yang saya dpati

semua kelas ada cara tersendiri dalam mengajar. Contohnya untuk kelas Pengurusan Kurikulum

Bilik Darah, kelas ini saya tidak sempat menulis kerana banyak berdiri dari duduk, tetapi saya

faham itu antara cara yang berkesan untuk memastikan pelajar sentiasa fokus kerana saya juga

pernah guna cara itu sewaktu saya menjadi guru di Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin.

Cumanya saya lebih suka guna cara berdiri dan soal jawab ini sewaktu saya dapati ada pelajar

yang kurang perhatian dalam kelas sahaja, maklumlah dengan budak-budak ini kita tidak boleh

terlalu paksa minda dia, takut dia tertekan.

Memandangkan ini kelas pertama untuk subjek Pengurusan Kurikulum Bilik Darah jadi

apa yang kami pelajari tidak lari dari program kami iaitu pengenalan kepada falsafah

pendidikan, kurikulum pendidikan, perkembangan kurikulum pendidikan, perubahan

kurikulum dan banyak lagi. Kami buat tugasan berkumpulan bersama rakan-rakan

menggunakan peta minda i-Think. Cara kami belajar sememangnya tidak lari dari cara pelajar

universiti, jadi aktiviti yang kami buat kebanyakannya sudah biasa dibuat sewaktu belajar

dahulu. Pesyarah pula sudah banyak pengalaman dalam bidang pendidikan jadi perisian yang

ada di dalam kelas penuh dengan cara mengajar. Banyak perkara yang saya pelajari di dalam

kelas ini sehinggakan sebenanya tidak cukup untuk saya unkapkan dengan satu helai kertas.

Semoga apa yang kami pelajari hari ini dapat saya gunakan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai