Anda di halaman 1dari 11

KUASA-KUASA ASING YANG MENJAJAH TANAH MELAYU

PENJAJAHAN PORTUGIS

Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis berhasrat
menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan
mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan
agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli
perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab
merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.

Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510
untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de
Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya
mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de Sequiera
berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan
penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk
menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan
akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 151

PENJAJAHAN BELANDA

Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke
17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang
Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang
merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka
daripada penguasan Portugis pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah
gagal. Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung
dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu
perang membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14
Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki
Melaka(1511-1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat
perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini menimbulkan
penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar terutama di Naning, Perak,
Johor, dan Selangor.

Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan bermula
pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun
1559. Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana
hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih. Ini telah mendorong
pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia Timur”
pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai
perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin
menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun
1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan
pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka.Untuk
memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah
beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya
menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari
Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.

Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti
Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara
ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli
perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan satu perjanjian.
Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap mereka itu.Persaingan
perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan mereka terjalin selepas
kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi seolah-olah “retak menanti belah”.
.Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh
pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka khususnya
bijih timah. Oleh itu Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual
bijih timah di Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah)
membenarkan Belanda memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan
ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi
membenarkan Belanda berdagang di Perak. Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak
terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di
Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan
bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap perjanjian
tersebut menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah
kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda yang
menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik .

PENJAJAHAN BRITISH

Pendudukan British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat akan kekayaan
Tanah Melayu, Ini kerana British amat berminat untuk menguasai kekayaan ekonomi di
Tanah Melayu. Oleh itu, dengan kedatangan British ke Tanah Melayu bermotifkan
dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan setelah British
menguasai ekonomi di Tanah Melayu, British juga ingin membawa kepada campur tangan
politik di Tanah Melayu.

Galakan ekonomi bertujuan memastikan usaha memonopolikan hasil dagangan


utama seperti Bijih Timah kerana ekoran kekacauan di Negeri-Negeri Melayu.
Perkembangan Revolusi Perusahaan (Perindustrian) pada abad ke-19 di Eropah,
bermulanya mengetinkan makanan dan mengakibatkan lagi keinginan British untuk
memonopolikan perdagangan timah. Pada abad ke-19, Britain masih kuat terpangaruh
dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Namun pada tahun 1870-an, dasar
imperialisme mulai merebak di Britain lalu mempengaruhi tindak-tandukmereka di Tanah
Melayu. Selain Britain, kuasa barat yang lain seperti Belanda (di Indonesia) perancis
(Indochina) disamping Itali, Jerman, dan Russia sedang bersaing. Campur tangan British di
Selangor disebabkan tidak adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan
Ibrahim pada tahun 1826, Pengganti-penggantinya, iaitu Sultan Muhammad yang manaiki
takhta pada 1826, Sultan Samad yang menaiki takhta pada tahun 1857 adalah pemerintah
yang lemah dan mereka menyerahkan pentadbiran daerah kepada putera-putera raja.
Kekacauan utama yang berlaku di Selangor ialah Perang Kelang yang meletus di antara
1867-1873. Perang Kelang 1867-1873 Kekacauan di Selangor berlaku kerana pergaduhan
antara pembesar-pembesar dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina. Antara 1867
hingga 1873 berlaku Perang Kelang antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah (1867-1870) dan
selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan putera Raja Abdullah iaitu Raja Ismail kerana
merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih timah.

Pada 1853, pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan
Muhammad yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada
menantunya, Raja Abdullah dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman, Raja Mahdi.
Alasan Sultan Muhammad ialah kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang. Selepas
dianugerahkan Kelang, Raja Abdullah telah menjemput orang-orang Cina dari Negeri-
negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah sehinggan Kelang muncul
sebagai kawasan perlombongan yang maju. Tindakan Sultan Muhammad menyerahkan
Kelang kepada Raja Abdullah telah mendapat tentangan dari Raja Mahdi. Pada tahun 1857,
Sultan Muhammad mangkat. Dalam perebutan takhta yang berlaku, anak saudara dan
menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan dengan mengusir Raja
Muda Mahmud. Raja Mahdi melarikan diri keKuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam
dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan Kuala Selangor dari RajaMusa pada tahun 1871.
Pada Jun 1871, berlaku peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari
Pulau Pinang ke Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British
telah menghantar 2 buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke Kuala
Selangor. Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari diri dari Kuala
Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka British
mengarahkan beliau menaiki kapal H.M.S. Renaldo bagi mengadakan rundingan untuk
menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor.
Oleh sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka
Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Raja Musa
kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku Kudin untuk
menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk
menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh berterusan. Pada 16
November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad
telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra. 8
orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh. Sir Andrew
Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan
pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor yang
disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad
mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874.

Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk
menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak
rasmi Inggeris. Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan
Frank Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang residen untuk
menasihati baginda. Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen
dengan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen. Perlantikan Tenku Antah sebagai
Yam Tuan Besar oleh penduduk Terachi Gunung Pasir Hulu Muar dan Jempol tidak di
iktiraf oleh Dato' Kelana. -Tenku Antah tidak diiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah
Sungai Ujong. Tenku Antah juga tidak diiktiraf residen Inggeris di Sungai Ujong. -1875
Datuk Kelana dibantu Inggeris menuntut Terachi,Dato' Bandar ditewaskan. -Dato' Bandar
kemudiannya dibuang negeri ke Singapura -1876 Tengku Antah diiktiraf Yam Tuan Besar
Seri Menanti. Usaha Sultan Ahmad untuk menghalang campur tangan British di Pahang
ialah berusaha membangunkan Pahang dengan mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar
(Johor), membawa pelabur Eropah lain masuk ke Pahang bagi memajukan negeri
baginda.Namun British menganggap tindakan ini boleh menjejaskan kepentingan mereka.
PENJAJAHAN DI JEPUN

Sejak tahun 1932 golongan tentera telah menguasai politik jepun dan pada
tahun 1937 tentera mula menjerang negara china Jepun
bersekutu dengan jerman dan itali pada perang dunia kedua untuk
menentang kuasa berikat iaitu british dan amerika syarikat pada 8 disember
1941 jepun mula menyerang tanah melayu dan pada pertengahan februari 1941 tana
h melayu dan singapura jatuh ke tangan jepun. Tentera jepun cukup terlatih ,
berpengalaman , bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik., kurang
bersedia, kelewatan tentera bantuan dari london dan india, menyerang melalui jalan laut
dan tidak melalui udara seperti yang dijangka british, kapal perang prince of wales dan
repules yang ditenggelamkan oleh jepun pada 10 disember 1941 telah melemahkan lagi
perahanan british.Persediaan tentera jepun yang lengkap. Pentadbiran jepun di tanah
melayu ialah Jepun memerintah tanah melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan
matlamat utamanya memulihkan keadaan awam, mewujudkan pemerintahan "Asia untuk
orang asia" dan memonopoli sumber ekonomi di tanah melayu.

Antara corak pentadbiran tentera jepun di tanah melayu ialah pentadbiran tanah
melayu yang dikenali sebagai Malai baru .Diketuai oleh seorang presiden jepun atau
Gunsekin.Setiap negeri pula diketuai oleh seorang gabenor jepun atau
syuchokan.Singapura yang dikenali sebagai syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru
dan Sumatera.Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kelantan, Perlis,
Terengganu dan Kedah diserahkan kepada negara Thai pada bulan Ogos .

https://www.edu.my/pages/prospective/prospective/pdf/MPW1133_2133%20T2%20B
M.pdf
Kesan-kesan kedatangan British ke Tanah Melayu

EKONOMI
Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang
dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan
secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di
Indonesia, Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya
menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar
ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa
Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur
ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda.

Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor
berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh,
tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga
telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak
kawasan perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China
dan India bagi memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.

Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan


pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan perhatian di Bandar-bandar
seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain memperkenalkan sistem
ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan orang Cina dan India untuk
memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina umpamanya menggunakan
kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti pembangunan
bangunan (Bandar), melombong dan pertanian. Kemahiran dalam bidang perdagangan
memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan
kawasan-kawasan sekitar;(Samri Sainuddin.:2003:64-65).
Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan pengenalan
kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah dalam
kuantiti yang banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada
kawasan sungai sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya
dan kereta api.

Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan
ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh
imperialisme Barat manakala penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri.
Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud jurang
perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh
imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul keinginan
masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Penentangan
dan kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan sosial
yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme.

SOSIAL
Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah
tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan
menyediakan golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani,
juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh
kuasa Barat. Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan.
Sekolah-sekolah mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama Kristian
dikalangan penduduk peribumi di samping membenarkan sekolah jenis venikular
berkembang.

Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam
bidang kerjaya, tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah
vernikular sukar mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan pula
terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap orang putih sehingga mendewa-dewakan
"orang putih" dan tamadun Barat. Kepincangan dalam sistem pendidikan ini telah
memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas mencapai kemerdekaan.
Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-buruh
asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh.
Kedudukan buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga
mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi akibat perbezaan agama,
bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang menjalankan
dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan kaum

pmdecfive..com/2015/03/kesan-kesan-kedatangan-british-ke-tanah.html
LANGKAH LANGKAH MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

- Memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat :


 Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana
mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.
 Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong,
bukannya dikritik.
 Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan
peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah
diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin
masih di tangan penjajah asing.

-Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati


 Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai
sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera negara dipijak,
dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang
berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia.
 Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu
tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.

- Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.


 Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
 Kita harus mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia
berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.
 Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta
cara mengatasinya.
-Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara

 Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk
mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk
bangsa atau kaum sendiri.
 Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan,
bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan
kepercayaan kaum lain.
 Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt
memupuk semangat bermasyarakat antara kaum serta mengeratkan hubungan
silaturahim.
 Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan
semua pihak.
 Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk
membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak
sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan
supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar.

- Bersifat produktif untuk memajukan negara

 Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf
hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa
bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa.
 Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam
negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya
Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi
cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara
semula.

http://anamdnoor.com/2015/08/bincangkan-langkah-yang-perlu-diambil.html

Anda mungkin juga menyukai