Anda di halaman 1dari 10

Reka bentuk hiasan landskap

NAMA: NUR HAZIQAH NAJWA BT HANAFI


KELAS: 3 ELIT 1
NO IC : 040813-11-0116
NAMA GURU: PN.NORIDAYU BT HASAN

Landskap jepun
Taman jepun adalah taman dalam gaya tradisional Jepun, yang dapat dijumpai di
rumah persendirian, dalam taman kawasan atau bandar, dan di tanda tempat seperti
pekong Buddha dan istana lama.Sesetengah taman Jepun yang terkenal di Barat, dan dalam
Jepun juga, adalah taman kering atau taman batu, karesansui. Tradisi guru teh telah
menghasilkan jenis lain taman Jepun dengan kehalusan yang tinggi, mempamerkan
keringkasan luar bandar. Dalam budaya jepun, pembinaan taman adalah kesenian yang
tinggi, berkait rapat dengan seni berkait kaligrafi dan lukisan dakwat. Sejak akhir abad ke-
19, taman Jepun telah juga diserapkan ke suasana Barat.Taman Jepun telah dibangunkan di
bawah pengaruh kebun cina yang berbeza dan bergaya. Salah satu tarikan dalam sejarah
pembangunan taman Jepun, bonseki, bonsai dan seni berkaitan adalah seorang sami Zen
sekitar 1300 Kokan Shiren dan karangan prosa berimanya Rhymeprose on a Miniature
Landscape Garden

Ciri ciri landskap jepun

· Air, asli atau bertanda.

· Batu.

· Sebuah tanglung, biasanya yang dari batu.

· Sebuah rumah teh atau astaka.

· Sebuah jambatan ke pulau, atau batu pijak.

Landskap inggeris
Taman inggeris adalah gaya landskap yang terhasil di England pada awal abad ke-
18.dalam konsep inggeris ini biasanya terdapat tasik,halaman berumput yang
bergulung,pokok pokok,binaan klasik,binaan gothic.jambatan dan seni bina yang menarik

Ciri ciri landskap inggeris

 Batu kerikil
 Alat pemagaran atau dinding dengan ciri ciri tradisional
 Rumput atau pokok renek
 Pokok dan bunga
 Binaan yang berciri kearcaan

Landskap bali
Taman bali merupakan taman tropika yang merujuk lokasi Bali di Indonesia sebagai
icon utama. Penyusunan rekabentuk taman sebenarnya mempunyai gaya yang sama
dengan taman tropika yang lain iaitu susunan yang tidak sama namun memperlihatkan
kelainan berasaskan budaya bali. Elemen utama ialah pengaruh budaya Pulau Dewata yang
kelihatan jelas seperti penggunaan tanaman yang berasal daripada Bali yang menjadi salah
satu ciri taman ini. Contohnya pohon kemboja dan pandan bali.Kehadiran barangan dan
aksesori tradisional terutamanya patung eknik Bali juga dapat menjadi identiti tersendiri
yang unik dan berbeza dari taman- taman tropikal yang lain namun ciri- ciri mistik juga
dikatakan kuat terasa..Taman berkonsep Bali sering dilabelkan sebagai penataan hias yang
penuh misteri dan seri 'lapuk' walaupun kebanyakan hiasan yang ditampilkan
mengetengahkan keunikan flora dan fauna. Hakikatnya, konsep Bali bukan hanya tertakluk
kepada hiasan klasik dengan motif misteri tetapi turut menampilkan elemen moden sesuai
tuntutan masyarakat yang lebih mementingkan hiasan abstrak serta imej tiga dimensi
(3D).

Ciri ciri landskap bali

 Alam semulajadi atau buatan manusia


 Struktur ruang yang baik
 Ukiran batu atau patung
 Pokok dan bunga

Landskap melayu
perkembangan dunia landskap hari ini juga meletakkan aspek kreativiti dan
kepekaan sebagai antara pendekatan dalam mencipta taman termasuk konsep
berunsurkan warisan Melayu.Malah, keindahan nilai estetika dalam landskap warisan
Melayu meletakkan seni ukiran kayu begitu dekat dengan masyarakat Melayu. Ia
khususnya dalam menampilkan nilai estetika itu berasaskan kayu berkualiti termasuk
keruing dan nyatoh.Kayu itu biasanya sarat dengan warna semula jadi, lebih gelap dan
kemerah-merahan.Pada asalnya reka bentuk landskap warisan Melayu atau tradisional
banyak mengetengahkan ukiran kayu bermotifkan flora khususnya kangkung, kacang,
bayam dan bunga-bungaan.Bukan sekadar ukiran bermotif, seni berasaskan kayu turut
menjadi pilihan dalam perincian landskap kejur yang sekali gus menyerlahkan imej
landskap itu sendiri.Landskap lembut membabitkan penggunaan elemen semula jadi
seperti tanaman dan air.Sementara landskap kejur pula memperlihatkan susun letak
elemen buatan manusia seperti simenfero, wakaf, gazebo atau pergola dan
kaca.mempunyai halaman yang luas untuk disesuaikan dengan pelbagai aktiviti
masyarakat an kekeluargaan.

Ciri ciri landskap melayu

 Alam semula jadi


 Pokok dan bunga
 Struktur ruang yang luas
 Binaan berasaskan kayu
Landskap islam
Ciri-ciri dan Konsep Taman Islam (Islamic Garden). Islam mempunyai
pengaruh besar terhadap pelbagia jenis ilmu termasuk juga di dalam ilmu
perlandskapan. Taman Islam cukup terkenal di seluruh dunia dan merupaka
salah satu landskap yang terindah di dunia. Taman Islam berasal dari Arab
kemudian tersebar ke berbagai negara seperti Persia, Spanyol, dan India.
Meskipun arkitek taman Islam muncul bersamaan dengan bangkitnya
pembuatan taman di Eropah,namun orang-orang Arab menambahkan ciri
khas tersendiri yang kemudian mempengaruhi gaya taman di Eropah.Idea
hebat landskap taman Islam berasal dari kepercayaan umat Islam dan impian
mereka tentang syurga. Pada beberapa ayat Al-Quran dijelaskan bahwa umat
Islam yang beriman akan mendapatkan suatu penghargaan pada saat hari
kiamat. Di dalam Quran juga dikatakan bahwa orang-orang beriman akan
mendapatkan surga yang sangat indah dan megah yang dideskripsikan
sebagai taman firdaus. Umat Islam percaya bahwa taman firdaus memiliki air
pancut dengan mata air yang mengalir, pohon buah, dan tempat-tempat
bersandar di bawah pohon teduh.

Ciri ciri landskap islam


 Haruman dan warna
 Air
 Bunyi
 Bayang bayang
Reka bentuk hiasan
Dalaman

NAMA: NUR HAZIQAH NAJWA BT HANAFI


KELAS: 3 ELIT 1
NO IC : 040813-11-0116
NAMA GURU: PN.NORIDAYU BT HASAN

Anda mungkin juga menyukai