Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Perkembangan Reka Bentuk Landskap

Reka Bentuk Landskap terawal dikesan padan Taman Gantung Babylon, Iraq pada tahun 600sm( sebelum
masehi). Perkembangan landskap di Malaysia bermula seawall abad ke-14 pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Hal ini terbukti kesan peninggalan penjajahan Portugis, Belanda, dan British di tanah melayu
mewujudkan landskap berkonsepkan rekreasi di kawasan lapang seperti Taman Tasik Taiping, Perak (1880),
Taman botani, Pulau Pinang (1884) dan Taman Botani Perdana Kuala Lumpur(1888).

Landskap merupakan hiasan reka letak di luar rumah samada secara semulajadi seperti tumbuhan, bukit,
gunung, tasik dan buatan manusia seperti bangunan, pergola dan gazebo.

LANDSKAP
-landskap merupakan satu seni kreatif untuk mengolah pemandangan di atas muka bumi supaya lebih
berfungsi dan menarik

Jenis-jenis landskap
1.landskap lembut-terdiri daripada unsur tanaman
2.landskap kejur/keras-terdiri daripada unsur binaan seperti tempat duduk,papan tanda,lampu,arca. Terdiri
daripada bahan buatan manusia seperti pergola, gazebo, bangku simen, lampu taman, laluan pejalan kaki dan
sebagainya

Fungsi landskap
1.estetika dan keindahan
2.perlindungan dan teduhan
3.merendahkan suhu
4.mengawal pencemaran alam
5.membentuk ruang
6.mengawal hakisan tanah
7.menghadang pemandangan yang tidak menarik
8.mengarah pergerakan atau penunjuk arah
9.melembutkan pemandangan
10.mengurangkan kebosanan
11.merangsang ketenangan jiwa
12.imbangan ekologi dan kehidupan fauna
13.meningkatkan taraf hidup
14.peningkatan ekonomi
15.penyelidikan dan pendidikan

PERANAN TUMBUHAN LANDSKAP


a) Mengawal hakisan tanah
b) Memberi perlindungan dan teduhan
c) Merendahkan suhu persekitaran
d) Mengawal pencemaran udara dan bunyi
e) Menjadi pelindung bagi pemandangan kurang menarik
f) Sebagai penghalang dan mengarah pergerakan
g) Memelihara flora dan fauna
Prinsip rekaan landskap
1.kesatuan-harmoni
2.penegasan-menarik perhatian
3.kepelbagaian-mengelak kebosanan
4. keringkasan
5.imbangan
6. kesatuan
7.irama

ELEMEN PENTING LANDSKAP


a) Tumbuhan – pemilihan dari segi saiz, bentuk, warna dan fungsi
b) Bentuk muka bumi / topografi – seperti bukit-bukau, tasik, sungai dan tanah rata
c) Ruang – dapat menimbulkan keselesaan
d) Air – bina sistem pengaliran dan pastikan air tidak bertakung. Air juga dapat memberi kesan sejuk dan bunyi
air membawa ketenangan
e) Cahaya – pastikan cahaya mengcukupi dan pokok-pokok tidak menghalang cahaya. Penggunaan lampu
taman dapat memberikan cahaya waktu malam
f) Angin – pastikan peredaran angin berlaku di sekitar kediaman

JENIS TUMBUHAN
a) Tumbuhan tutup bumi – tinggi antara 15cm hingga 30cm seperti kemunting cina, ros jepun dan pentas
b) Tumbuhan melilit – sesuai ditanam di pergola dan pagar sepert i pokok bunga kertas, bunga corong dan ara
jalar
c) Pokok renek – tumbuhan kecil dan rendah ditanam secara berkelompok sebagai pagar hiasan pejalan kaki
dan sebagai pembahagi ruang
d) Pokok palma – berbatang tegak dan lurus, daun mempunyai pelepah dan membiak melalui pembahagian
rumpun seperti pinang raja, pokok serdang dan palma raya, pokok kelapa, pinang dan lain2

HIASAN LANDSKAP
a) Perabot – bahan binaan daripada kayu, batu, konkrit, plastik seperti bangku, meja, dan arca
b) Kolam
c) Air terjun dan air pancut
d) Bekas bunga
e) Pergola
f) Gazebo
g) Laluan pejalan kaki
h) Lampu hiasan

PROSES REKA BENTUK LANDSKAP


Sebelum membuat reka bentuk landskap prinsip-prinsip rekaan seperti kesatuan, penegasan, kepelbagaian,
dan keseimbangan perlu diberi perhatian.
a) Menentukan tema dan fungsi landskap
b) Mengkaji keadaan fizikal bentuk muka bumi/topografi
c) Membuat lakaran tapak landskap
d) Membuat pelan awal dan pelan induk mengikut skala yang sesuai
e) Membuat lukisan perspektif pelbagai sudut
f) Membuat model 3 dimensi bagi projek besar
g) Membuat kemasan dengan meletakkan tajuk, arah mata angin, dan skala

Anda mungkin juga menyukai