Anda di halaman 1dari 12

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan sepuluh peratus penduduk sesebuah

negara adalah terdiri daripada OKU. Berdasarkan anggaran ini, Malaysia dianggap mempunyai 2.8
juta OKU. OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidak upayaan jangka masa panjang dari segi
fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan
mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat. Oleh sebab
itu, bantuan dan sokongan adalah amat penting bagi dan ini dikenali sebagai rehabilitasi. Rehabilitasi
bermaksud proses yang bertujuan membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan
sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan
penuh mereka dalam semua aspek kehidupan.
Seksyen 33 memberi kuasa kepada Majlis
Kebangsaan OKU, perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
menyediakan langkah berkesan termasuk menganjurkan mengukuh dan memperluaskan,
mengukuhkan serta mengambil langkah yang sesuai bagi menggalakkan OKU menggunakan
perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi.

Menurut Cambridge International Dictionary, warga tua atau'elderly' ditakrifkan sebagai


golongan manusia yang mempunyai usia lanjut. Kerajaan Malaysia pula mendefinisikan warga tua
sebagai mereka yang berumur 55 tahun ke atas . Golongan ini hidup pada usia-usia yang lanjut dan
pada kebiasaannya menghadapi masalah fizikal dan mental seperti kurang produktif dan berdaya
saing serta tahap kesihatan yang tidak stabil. Proses evoiusi juga akan membawa perubahan
seseorang individu dari segi fisiologi dan psikologi. Seterusnya ia akan mempengaruhi perubahan
fizikal, mental, sosial dan emosi seseorang. Perubahan fizikal adalah paling ketara pada seseorang
individu yang meialui proses penuaan. Pada kebiasaanya mereka akan mengalami kemerosotan
fungsi pancaindera seperti bau, rasa, dengar, lihat dan sentuh. Posture badan mereka juga akan
membongkok sehinggakan ada diantara mereka yang perlu menggunakan penyokong seperti tongkat
atau kerusi roda untuk membantu dalam pergerakan.Kehilangan deria-deria ini akan menyebabkan
kebolehan mereka menurun, sekaligus kecekapan emosi mereka juga terjejas. Taman Edible juga
memfokus kepada usaha memupuk dan mengeratkan hubungan saling melengkapi melalui
aktiviti/program pengukuhan hubungan dan perpaduan dalam kalangan warga emas dan antara
pelbagai generasi. Aspek warisan dan hubungan saling menghormati dan bantu-membantu antara
generasi perlu diketengahkan dalam aktiviti/program.

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh
menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang
mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.Laporan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang
menyebabkan hilang-upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan
menjadi penyebab kedua tertinggi. Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri
dari berbagai kategori penyakit. Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3
kumpulan utama , iaitu Neurosis, Psikosis, dan Kecelaruan Personaliti. Namun terdapat beberapa
faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental. 1. Faktor genetik/ keturunan, 2. Gangguan
bahan kimia dalam otak, 3. Jangkitan virus, 4. Sejarah hidup yang getir 5. Keadaan sosio-ekonomi
yang rendah. Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat
yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. Hampir semua ubat yang digunakan untuk
merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran
meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan. Selain ubat psikotropik pendekatan
sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga,

pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama
pentingnya.

REHABILITASI didefinisikan sebagai satu program holistik dan terpadu atas intervensiintervensi medis, fisik, psikososial,dan vokasional yang memberdayakan seorang (individu
penyandang cacat) untuk meraih pencapaian pribadi, kebermaknaan sosial, dan interaksi efektif
yang fungsional dengan dunia (Banja,1990:615). Aktiviti rehabilitasi untuk pesakit psikiatri
adalah penting di dalam pengendalian pesakit psikiatri agar mereka dapat meneruskan
kehidupan mereka dan dapat menjalani hidup dengan lebih bermakna. Rehabilitasi adalah
sama pentingnya dengan ubatan yang perlu diteruskan kerana ia menentukan tahap keupayaan
mereka untuk berfungsi di dalam kehidupannya. Rehabilitasi yang berjaya dapat mengurangkan
stigma pesakit dan memberikan keyakinan untuk mereka menialani kehidupan dan bersedia
untuk menghadapi masyarakat di dalam komuniti. Dengan adanya aktiviti nursery pesakit
dilatih mengenai penanaman, penjagaan dan pemasaran pokok-pokok yang mana pengalaman
ini dapat dipraktikan di rumah mereka apabila pulang nanti.

EDIBLE GARDEN jika ditafsirkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud taman


boleh dimakan. Ini bermakna taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang sesuai
untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman dan buahan. Bagaimanapun, kebiasaannya
Taman Edible ini menampilkan tumbuhan jangka pendek iaitu tumbuhan yang hidup dalam
tempoh satu hingga enam bulan. Namun, ada juga tumbuhan kekal yang boleh hidup lama
yang sesuai ditanam di Taman Edible ,seperti kayu manis, tanjung, serai dan pandan.
Kebiasaannya, Taman Edible menampilkan ruang yang minimum, sempit dan digabungkan
dengan tumbuhan landskap selain berfungsi sebagai kebun dapur, Taman Edible juga boleh

menjadi landskap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok herba, sayuran dan buahan
dengan pokok berbunga atau tumbuhan landskap atau hiasan.

PRINSIP REKA BENTUK TAMAN EDIBLE


Prinsip-prinsip reka bentuk berikut di gunakan bagi mencorakkan
sesuatu ruang secara fizikal dan menghasilkan kesan-kesan estetik
dan kepelbagaian fungsi sesuatu Taman Edible.
1)

KESATUAN

Pemilihan dan penggunaan elemen secara konsisten dan berulangulang bagi mewujudkan kesatuan dan suasana harmoni yang sesuai
dengan konsep, tema dan idea reka bentuk.
2)

KERINGKASAN

Secara amnya keringkasan menekankan ciri-ciri keharmonian iaitu

penggunaan kombinasi ciri-ciri dan sifat-sifat yang hampir serupa dari


segi bentuk, saiz, warna dan fungsi. Penggunaan elemen yang terlalu
banyak akan mewujudkanpersekitaran kelam kabut manakala yang
terlalu ringkas akan memberi kesan yang membosankan. Pemilihan
dan penggunaan elemen yang penting, ringkas dan mudah adalah
bagi menghasilkan persekitaran yang berfungsi, menarik dan
menjimatkankos penyelenggaraan.
3)

KEANEKAAN

Keanekkan boleh diwujudkan melalui penggunaan dan gabungan


pelbagai elemen seerti bentuk, warna, saiz, garisan dan ruang secara
harmoni dan berkesan bagi mewujudkan kepelbagaian kesan reka bentuk
tetapi tidak menjejaskan kesatuan dan kesederhanaan. Ia memberi kesan
pengalaman yang berbeza dan menimbulkan minat berterusan. Kegagalan
dalam menggubah prinsip ini akan menghasilkan reka bentuk yang
bercelaru dan mengelirukan.

4)

KONTRAS

Kontras bermaksud sesuatu reka bentuk yang mempunyai elemen


yang bertentangan dari pelbagai ciri-ciri reka bentuk yang tidak

hambar. Kontras boleh di gunakan bagi melebihkan tumpuan


terhadap satu-satu elemen.
5)

KESEIMBANGAN

Keseimbangan bermaksud mewujudkan keseragaman dan kestabilan


pemandangan dan ruang-ruang yang dihasilkan susuan elemenelemen landskap di dalam sesuatu gubahan.
Terdapat 2 jenis keseimbangan iaitu :i.

Keseimbangan simetri (formal)

Keseimbangan simetri terhasil dari penggunaan dan gabungan elemen


yang sama di dalam suatu reka bentuk dan dibahagikan melalui central
axis dan geometrik serta mempunyai reka bentuk yang sama di keduadua bahagian dari segi bahan, bentuk, warna, tekstur, ketinggian dan
lain-lain.
ii.

Keseimbangan asimetri(tidak formal)

Keseimbangan asimetri terhasil dari penggunaan dan gabungan elemen


dan gabungan elemen yang tidak sama dari segi saiz, bentuk, warna,
tekstur, ketinggian dan sebagainya tetapi dalam masa yang sama masih
mengekalkan keseimbangan. Ia nya lebih popular dan digemari dalam
reka bentuk kerana boleh menghasilkan pemandangan yang lebih

menarik dan semula jadi.

PENYELENGGARAAN TAMAN EDIBLE


Penyelenggaraan taman adalah kerja-kerja yang dijalankan untuk
memastikan pembangunan landskap sentiasa dalam keadaan terbaik
dan berfungsi mengikut tujuan reka bentuk. Ia penting bagi memastikan
jangka hayat pembangunan landskap taman edible dapat dipanjangkan
dan memberi pulangan dari faktor ekonomi dan sosial dalam menghasilkan
Taman Edible yang mampan.
1)

Penyiraman

Membekalkan jumlah air yang cukup untuk keperluan pokok. Kuantiti


bergantung pada jenis tanaman dan tanah. Biasanya dilakukan 2 kali sehari
pada waktu pagi dan petang seta bergantung pada keadaan cuaca.
2)

Menggembur

Tanah di gemburkan dan dicampurkan dangan bahan organan untuk


melonggarkan tanah bagi meningkatkan ruang udara dalam tanah,
menggalakan perkembangan akar dan memperbaiki daya pegangan air.
3)

Pembajaan

Pembekalan pembajaan atau nutrien yang diperlukan oleh pokok adalah

bergantung pada spesis,jenis tanah dan pH tanah.


4)

Merumpai dan pembersihan kawasan

Memastikan kawasan bebas dari rumpai, sampah sarap dan bahan-bahan


yang tidak dikehendaki.

5)

Sungkupan

Sungkupan daripada bahan-bahan reputan tanaman, bahan organan dan


kompos adalah digalakkan bagi mengekalkan tanah dan mengawal
pertumbuhan rumpai.
6)

Pengawalan penyakit dan perosak

Memastikan pokok hidup sihat dan bebas dari serangan perosak dan
penyakit melalui pemantauan dan langkah kawalan yang berkesan.
7)

Pemangkasan dan penjarangan

Memotong bahagian pokok yang tidak dikehendaki bagi mencapai tujuan


berikut:
i.

Menggalakan pertumbuhan baru

ii.

Membentuk dan memperbaiki struktur pokok

iii.

Mengawal pertumbuhan bunga dan buah

iv.

Meningkatkan nilai estetik

v.

Untuk keselamatan nyawa dan hartabenda

8)

Penggantian tanaman

Menggantikan pokok yang mati, terbantut atau cacat supaya Taman Edible
kelihatan cantik dan mencapai tujuan reka bentuk.
9)

Pemancangan

Memastikan tanaman berada dalam keadaan tegak terutamanya bagi


tanaman Edible dalam kategori renek dan berbatang lembut

Anda mungkin juga menyukai