Anda di halaman 1dari 22

DPE1113

PENGENALAN KEPADA
SENIBINA LANDSKAP
TAMAN ISLAM DUNIA
Taman Islamik adalah suatu konsep taman unik yang dibina dengan
susun atur elemen landskap dipengaruhi seni Islam dan budaya
setempat mengikut negara serta semangat spiritual yang
membawa makna kebesaran Maha Pencipta, ketenangan, nilai
kehambaan dan kesederhanaan.

Taman Islamik dikatakan bermula sejak abad ke-6 ketika kebun


kurma pesat berkembang di Makkah.

Kebun kurma pada zaman itu menjadi ruang teduhan, tempat


rekreasi istimewa masyarakat Arab kerana elemen landskap yang
semula jadi.

Pada masa sama kebun kurma ketika itu menjadi lambang


kebanggaan dan kekayaan orang Arab kerana adanya komposisi
pelbagai elemen landskap yang mewujudkan keindahan.
Ciri-ciri dan Konsep Taman Islam (Islamic Garden).
Islam mempunyai pengaruh besar terhadap pelbagai
jenis ilmu termasuk juga di dalam ilmu perlandskapan.

Taman Islam cukup terkenal di seluruh dunia dan


merupakan salah satu landskap yang terindah di dunia.

Taman Islam berasal dari Arab kemudian tersebar ke


berbagai negara seperti Persia (Iran), Sepanyol dan
India.

Meskipun arkitek taman Islam muncul bersamaan


dengan bangkitnya pembuatan taman di Eropah,
namun orang-orang Arab menambahkan ciri khas
tersendiri yang kemudian mempengaruhi gaya taman di
Eropah.
Taman Parsi

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Landskap


Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yazid Mohd
Yunos, istilah taman Islamik mula diperkenalkan pada era
zaman taman Persia bermula pada abad ke-7.

“Taman Parsi banyak dipengaruhi kebudayaan, elemen


landskap semula jadi dan teknologi pertanian di Parsi (kini
Iran).

“Malah taman itu terkenal dengan konsep struktur binaan


yang kukuh. Masyarakat Parsi biasanya membina tiga jenis
taman Islamik iaitu taman diraja, taman perkuburan dan
taman rekreasi,” katanya yang juga arkitek landskap itu.

Pada masa sama taman itu turut terkenal dengan unsur


empat sungai yang mengalir dikenali sebagai ‘Chahar-
Bagh.’

Sekali gus membuktikan taman Islamik di Parsi bersifat


formal yang menitikberatkan elemen air.
Taman Maghribi

Sebelum taman Islamik berkembang pesat di Sepanyol, ia sebenarnya terlebih dulu berkembang di
Maghribi pada abad ke- 12 dikenali dengan taman Maghribi.

“Antara taman yang dikenal pasti ialah riyadh iaitu taman untuk golongan pemerintah dan bangsawan.

“Kedua adalah dar iaitu taman di bandar yang kekurangan tanah dan ketiga, taman yang besar untuk orang
umum berekreasi.

“Taman ini mementingkan konsep teduhan, tanaman boleh dimakan dan tanaman herba,” katanya.

Beliau yang juga penyelidik taman berkenaan berkata air menjadi elemen landskap utama yang direka
sebagai air pancuran di tengah-tengah taman. Kebanyakannya dibina di kawasan berteres dan berbentuk
empat segi serta geometri.
Taman Andalusia

Pengaruh taman Islamik mengikut arus tamadun, teknologi dan


budaya sesuatu negara.

Pada abad ke-14, taman Islamik yang dibangunkan dipengaruhi


oleh ciri seni bina Moorish dan berteknologi di bahagian selatan
Sepanyol terkenal sebagai taman Andalusia di Istana Alhambra,
Andalusia, Generalife dan Granada.

“Reka bentuk taman Islamik di Sepanyol kebanyakannya terdapat


pada halaman bangunan istana dan masjid.

“Disebabkan empayar Islam di Andalusia dan Granada pesat


dengan ilmu maka teknologi dibangunkan di taman Islamik
Sepanyol.

“Ia termasuk pancuran air automatik pada setiap kali masuknya


waktu solat pada arca singa yang mengaplikasikan teknologi
kinetik dan graviti bumi,” katanya.

Taman jenis itu juga turut menggabungkan motif dan kaligrafi.


Konsep spiritual atau kerohanian mula diterapkan pada taman
Islamik era berkenaan.

Seni bina dan seni Islam yang diterapkan dipengaruhi daripada


Moorish serta pertembungan budaya tamadun Mesir dan
Mesopotamia.
Taman Mughal

Taman Islamik berkembang pada abad ke-17 di India yang


dikenali dengan taman Mughal.

“Ia juga mempunyai karakter dan ciri yang dipengaruhi


daripada taman Islamik Persia, reka bentuk pada kawasan
berteres tinggi, harmoni dan mesra dengan kombinasi
unsur alam semula jadi.

“Elemen landskap kejur juga sangat diutamakan dalam


reka bantuk taman Mughal seperti pancuran air, lampu
taman, pejalan kaki, aliran air dan arca.

“Penerapan unsur semangat tempat ditekankan untuk


tujuan meditasi dan apresiasi alam selain mementingkan
bentuk taman simetri, berteres, pokok yang membentuk
‘avenue’, tanaman pokok bunga berteres, air terjun dan
pancuran air,” katanya.
Idea hebat landskap taman Islam berasal dari
kepercayaan umat Islam dan impian mereka
tentang syurga.

Pada beberapa ayat Al-Quran dijelaskan bahawa


umat Islam yang beriman akan mendapatkan
suatu penghargaan pada saat hari kiamat.

Di dalam Quran juga dikatakan bahawa orang-


orang beriman akan mendapatkan syurga yang
sangat indah dan megah yang dideskripsikan
sebagai taman firdaus.

Umat Islam percaya bahawa taman firdaus


memiliki air pancut dengan mata air yang
mengalir, pohon buah, dan tempat-tempat
bersandar di bawah pohon teduh.
4 ELEMEN 1) Air
TERPENTING 2) Bayang-bayang
TAMAN ISLAM 3) Warna dan keharuman
4) Bunyi
Keempat elemen tersebut dicerminkan ke dalam bentuk-
bentuk air pancur, bunga-bungaan, dan pohon buah.
Taman Islam berbentuk taman yang tertutup, menutup
diri dari landskap di kawasan sekitarnya (gurun pasir)
yang cenderung kasar dan kontras dengan keadaan
taman di dalamnya.

Air merupakan elemen terpenting yang memiliki tiga


fungsi, iaitu praktikal, agama dan nilai estetika. Air
memiliki fungsi praktikal kerana dianggap sebagaI
keperluan untuk hidup. Fungsi air sesuai dengan Al-
Quran yang menyatakan kewajiban berwuduk dengan air
sebelum umat Islam beribadah. Sedangkan air memiliki
fungsi estetika kerana air di dalam kolam mampu
melembutan struktur keras dinding serta menambahkan
dekorasi elegan dinding serta bangunan. Air juga mampu
mengintegrasikan taman dengan baik. Taman Chehel Sotun
Iran
Taman Eram, Shiraz, Iran. Babur Garden (1528), Kabul, Afghanistan
stepped garden.
Gardens surrounding Sultan
A rill fountain in the Al-Azhar Park, Cairo, Egypt
Ahmed Mosque (1616)
Moden
Turki
2005
Shalamar Gardens (1642) at Lahore, A UNESCO World Heritage Site Nishat Gardens (1633), a Mughal garden in Kashmir, India
Humayun's Tomb (1565), Delhi, India, shows Tomb of Jahangir (1637) gardens at Shahdara Bagh
a four-quadrant axial design. in Lahore, Pakistan
Pemandangan Taj Mahal di Agra dari udara. Taj Mahal, India
ANDALUSIA
Andalusia merupakan sebuah komuniti
berautonomi (wilayah) Sepanyol. Ia merupakan
komuniti berautonomi yang mempunyai
penduduk yang paling banyak. Wilayah anda
Almería, Cádiz, Córdoba, Granada, Huelva,
Jaén, Málaga dan Seville.

Andalusia terkenal kerana menjadi pusat


kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8.
Bandar-bandar seperti Córdoba dan Granada
telah berkembang menjadi pusat ilmu serantau
pada zaman itu. Namun, Andalusia telah
dikuasai oleh kerajaan Kristian selepas abad ke-
15 dalam peristiwa-peristiwa yang dikenali
sebagai Reconquista.

CORDOBA SEVILLE GRANADA


ZAMAN ISLAM CORDOBA, SEVILLE i.Geografi:
(700- 1300) Sama seperti timur tengah:  panas & kering serta permukaan
landskap (rugged and inarable)
ii.Sejarah:
Islam dibawa dari Mekah. Konsep taman Islam  yang berasal
dari timur tengah di bawa dari satu tamadun ke tamadun yang
lain dan akhir sekali di bawa ke Eropah terutamanya Sepanyol
melalui Afrika Utara.
iii.Kebudayaan:
Tamadun Islam memberi banyak sumbangan kepada sains
dunia. Bidang matematik (algebra), astronomi, astrologi dan
sains merupakan sumbangan Islam yang utama (belief in
scientific evidence rather than miracles).
Ilmu yang dipunyai oleh Aristotle berasal dari ilmu-ilmu Abdul
Sina (Avicenna).
Interior of the Mosque–Cathedral of Córdoba.
Berbeza dengan zaman “middle ages”, ia menekankan
kehidupan di luar rumah. Setiap rumah mempunyai “courtyard”
di mana aktiviti harian dijalankan.
ZAMAN ISLAM CORDOBA, SEVILLE iv.Ekspresi rekabentuk:
(700- 1300) - Islam melarang rekaan yang menyerupai
manusia atau binatang. Geometri merupakan ciri
utama rekabentuk.
- Ilham rekabentuk banyak diambil dari quran
(paradise garden);
- Air merupakan sumber utama landskap islam
sebagai agen penyejukan.
- Kitaran udara sejuk melalui lorong;
- Kontras cahaya dan bayang;
- Bukaan tingkap yang banyak;
- Pengunaan glazed tiles;

The Royal Alcázars of Seville (Spanish: Reales Alcázares


de Sevilla), historically known as al-Qasr al-Muriq
(Arabic: ‫اﻟﻤﻮرِق‬
ُ ‫اﻟﻘﺼﺮ‬, The Verdant Palace)[
ZAMAN ISLAM GRANADA (1300-1500)
ALHAMBRA

oDiilhamkan dari kombinasi istana Parsi dan


“Court of the Lyons”.
oLokasinya pada kedudukan yang tinggi.
oIa kelihatan sebagai sebuah kubu dari luar dan
dilengkapi dengan menara kawalan (hostile, hot
and dusty)
oBahagian dalamnya kontras dengan bahagian
luar (shaded, cool and protected).

oMenampilkan ciri-ciri senibina dan rekabentuk


“courtyard” serta penggunaan elemen air.
Elemen “pavillion” membenarkan pergerakan
bebas air.
oDi Alhambra, air mengalir bukan sahaja dalam
“courtyard” tetapi melalui bangunan. Ia
memberi suasana nyaman dan bunyi yang
menarik.

Alhambra (Bahasa Arab: ‫ = اﻟﺤﻤﺮاء‬Al Ħamrā'; yang bermaksud "Istana Merah") adalah sebuah
masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol
Court of the Lions (1362), Grenada, Spain, features fountains with lions spouting water.
Q&A

Anda mungkin juga menyukai