Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pemikiran Barat sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Yusuf Al-Qardhawi (1999), bermaksud
pemikiran teori yang menguasai dunia moden Barat di Eropah dan Amerika pada hari ini. Ia merujuk
kepada pemikiran falsafah yang menentukan pandangan manusia Barat terhadap agama dan kehidupan,
tentang alam semesta dan manusia, ilmu pengetahuan dan nilai. Pada pandangan saya, pemikiran barat
telah meresap masuk dalam masyarakat di Asia Tenggara sehingga mengubah pemikiran masayarakat
muslim di Asia Tenggara. Modenisme muncul di dunia Islam ketika era penjajahan. Menurut
John L. Esposito (Esposito, 2008) dan Kamaruddin Salleh (Kamaruddin Salleh, 2007)
penjajahan yang dimaksudkan ialah pada abad ke 16 dan 17 Masihi. Dunia barat pada
masa itu sedang memperluaskan pengaruh mereka samada dari sudut ekonomi dan juga
politik dengan menjajah kawasan lain termasuk dunia Islam. Kedatangan penjajah barat
telah membuka mata umat Islam tentang kedudukan mereka yang lemah dan mundur.
Umat Islam jelas mundur dari sudut ekonomi, teknologi, pembangun, pendidikan,
pentadbiran dan lain-lain. Hal ini menimbulkan beberapa respon dari kalangan umat
Islam. John L. Esposito menyebut terdapat empat reaksi orang Islam yang berbeza
terhadap pemikiran barat terbentuk: 1: penolakan, 2: pengunduran, 3: sekularisme dan
pembaratan, 4: pemodenan Islam. Sebagai contoh, Muslim di Semenanjung Tanah Melayu
melalui zaman transisi pada tahun 1930-1940 kerana masyarakat Muslim pada waktu itu sedang
menghadapi dilema untuk memilih nilai yang sesuai dengan etika Islam dan dalam masa yang sama
memenuhi keinginan mereka untuk maju. Kesan yang paling ketara berhubung pemikiran Barat ini boleh
dikesan melalui perubahan yang terjadi dalam fesyen dan pakaian masyrakat Muslim. Sebahagian
Muslim di Semenanjung Tanah Melayu mula menggantikan pakaian tradisional mereka dengan pakaian
"barn dan moden". Bagi golongan yang mendokong kemodenan demi kemajuan bangsa, perkembangan
tersebut dianggap sebagai petanda kemajuan, manakala sebahagian Muslim menganggap
perkembangan tersebut sebagai permulaan kepada keruntuhan dan kehilangan identiti mereka. Hal ini
kita dapat simpulkan masyarakat Muslim sepanjang tahun 1930-1940 menghadapi kecelaruan dalam
menentukan fesyen pakaian yang dianggap sesuai dengan aspirasi masyarakat pada waktu itu yang
inginkan kemajuan. Kesimpulanya, dapat dilihat bahawa pengaruh pemikiran Barat telah banyak
mempengaruhi pemikiran masyarakat tempatan khususnya di Asia Tenggara dalam usaha mengubah
persepsi terhadap Islam yang tradisional kepada Islam yang lebih rasional yang mengunakan logik akal
mengikut perkembangan arus semasa sehingga menepikan ajaran Islam itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai