Anda di halaman 1dari 5

ADUHAI PELAJARKU

Saban hari, mereka datang ke sekolah dengan muka lesu. Saban kali kena dikejar dengan
rotan, baru hendak bergerak. Lewat ke sekolah dan mahu pulang awal ke rumah. Wahai
pelajarku....inilah cikgu berpesan

34 Tips Pelajar Cemerlang


1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah
kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman
pada diri anda sendiri. Katakan 'AKU BOLEH!'

2. Jangan bersikap pesimistik


Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah
sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan
kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan
sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab


Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara,
keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan
negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar
yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini
sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati


Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa
mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar
yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru
mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan
'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka
dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal


Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi
peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan
yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan
yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan
rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya
lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian
atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan
penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang
berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa
sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang
akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi
seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan
sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan.
Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin
memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba
bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa
'bengang'?

8. Tepati waktu belajar


Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya
setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila
sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk
mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

9. Dapatkan bantuan guru


Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang
lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar
sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-
kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru
bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

10. Hormati guru


Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang
mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu.
Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

11. Bersoal jawab dengan guru


Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang
telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata
'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

12. Beri pandangan membina


Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses
pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan
pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat
melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

13. Berbincang dengan rakan


Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang
telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan
atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap
sesuatu pelajaran.

14. Siapkan tugasan yang diberi


Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja
dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.
Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh guru mereka.

15. Tubuhkan kumpulan studi


Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama
rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam
peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan
bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang
hanya suka temberang.
16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain
sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk
dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang
sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.

17. Baca akhbar


Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-
isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.

18. Menonton rangcangan yang sesuai


Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk
mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.

19. Lakukan peperiksaan kendiri


Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti
dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan
pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil
itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam
peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke
klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda).
Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

20. Sediakan jadual waktu


Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran
pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk
mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

21. Sertai ceramah motivasi


Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk
melahirkan semangat dan keyakinan diri.

22. Sertai seminar peperiksaan


Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi
memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar
yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada
pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.

23. Beli buku rujukan


Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat
memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-
buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge
the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik.
Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

24. Masuk kelas tuisyen


Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi
pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran. Ibarat masakan nasi
ayam.Ramuannya sama tetapi kita akan mengatakan disitu sedap,di gerai ni
sedap.Mengapa? kerana bergantung kepada cara pengolahannya. Seperti juga kelas
tuisyen. Pelajar perlu pergi untuk mendapatkan idea atau pandangan yang berbeza
kefahaman yang berbeza tentang sesuatu topik Kelas tuisyen ini ibaratkan kelas tutorial
atau kelas perbincangan. Bilangan pelajar yang tidak ramai membolehkan pelajar lebih
bebas bertanya dan guru dapat memberikan lebih tumpuan.

25. Lawatan ke pameran buku


Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang
diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir
pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering
menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan
terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah sendiri)

26. Sertai kokurikulum sekolah


Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam
kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat
pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan
pemikiran yang lembab. Dengan berpersatuan, akan menbina sikap yakin pada diri
sendiri, berdisiplin dan menguruskan diri dengan lebih teratur

27. Sanggup manghadapi cabaran


Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang
sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan
minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan,
aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan
gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang
kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan
yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.

28. Jaga keselamatan diri


Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang
bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain
dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan
kanan dalam kemalangan.

29. Jaga kesihatan fizikal


Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari
sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan
atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang
terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan
kesihatan.

30. Makanan seimbang


Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan
makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang
dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan
kesihatan tubuh badan. Jauhkan daripada makanan yang boleh merencatkan
perkembangan minda

31. Malu bertanya sesat jalan


Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-
pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak
yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri
dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang
telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan
sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar
bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

33. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada
Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda
pelajar.

34. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal.
Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu
sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan
sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai