Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU JUSOH,

MUKIM TOB IAR,


06700 PENDANG,
KEDAH.

: 04-7847740
_____________________________________________________________________________________________
Tarikh: 08 Ogos 2016

Yang Dihormati,
YDP PIBG SK Penghulu Jusoh,
SK Penghulu Jusoh,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK MURID UPSR

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa murid – murid Tahun Enam akan menduduki peperiksaan UPSR
pada 5 September 2016 hingga 8 September 2016.

3. Sehubungan itu, Jawatankuasa Tahun Enam ingin memohon sumbangan seperti berikut :

i. Makanan dan Minuman : RM 5 X 65 calon X 4 hari = RM 1300

JUMLAH RM 1300.00

4. Bersama-sama dengan ini disertakan kertas kerja permohonan sumbangan tersebut untuk
penelitian pihak tuan.

5. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi sumbangan meringankan
perbelanjaan menjayakan aktiviti yang telah dirancang.

6. Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………
( )

Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh


Kertas Kerja Sumbangan Makanan dan Minuman Untuk Calon UPSR 2016

Matlamat
Aspek pemakanan perlu dititikberatkan sepanjang musim peperiksaan bagi mengelakkan murid –
murid mengalami masalah kesihatan yang disebabkan oleh faktor pemakanan. Selain itu,
pemakanan yang baik dan teratur juga akan memberikan tahap kecerdasan pemikiran yang baik
di kalangan murid. Oleh yang demikian, permohonan sumbangan ini adalah bertujuan untuk
menyediakan makanan dan minuman yang baik dan berkhasiat sebagai persediaan terakhir untuk
murid menghadapi peperiksaan UPSR. Ianya juga adalah untuk menampung dana kewangan
Jawatankuasa UPSR 2016.

Objektif

Melalui sumbangan ini, murid dapat ;

1. Menikmati pemakanan yang baik dan berkhasiat.


2. Menghadapi suasana peperiksaan dalam tahap kesihatan yang baik.

Anjuran
Jawatankuasa Peningkatan UPSR

Sasaran
Semua murid tahun 6 seramai 65 orang.

Aktiviti
Makan dan minum sepanjang tempoh peperiksaan dari 5 September 2016 hingga 8 September
2016.
Jadual makan dan minum
Hari/Tarikh Masa
Isnin/5 September 2016 7.00 pagi ( Sarapan), 10.30 pagi
Selasa/6 September 2016 7.00 pagi ( Sarapan), 10.30 pagi
Rabu/7 September 2016 7.00 pagi ( Sarapan), 10.30 pagi
Khamis/8 September 2016 7.00 pagi (Sarapan), 10.30 pagi
Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Anggaran Jumlah


1 Makan dan minum RM 5 X 4 hari X 65 RM 1300.00

Disediakan Oleh:

…………………………
(ZAINOL BIN TALIB)
Pentyelaras Jawatankuasa Peningkatan UPSR
SK Penghulu Jusoh

Anda mungkin juga menyukai