Anda di halaman 1dari 1

Ujian Formatif

Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau
subkemahiran bahasa yang telah diajar. Biasanya, skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad
dan tidak luas. Ujian Formatif
Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau
subkemahiran bahasa yang telah diajar. Biasanya, skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad
dan tidak luas. Ia berbentuk khusus dan terhad hanya kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa. Biasanya, ujian
tersebut berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa
yang pendek seperti mingguan atau bulanan. Tujuan utama Ujian Formatif ini dibina dan dijalankan oleh guru ialah
untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran bahasa dalam membentuk sesuatu
kemahiran bagi bacaan dan kefahaman, aspek tertentu dalam tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan awalan
atau/dan akhiran, atau ujian pembendaharaan kata tentang beberapa sinonim atau antonim yang boleh digolongkan
dalam ujian jenis ini. Contohnya dalam bulan Januari, guru telah mengajar muridnya 10 simpulan bahasa, dan pada
akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya tentang simpulan bahasa yang telah diajar dalam bulan itu.
Oleh kerana skop pengajaran dan pembelajaran berbentuk Ujian Formatif itu diasaskan dan dibina secara terhad maka
ujian tersebut sudah semestinya tidak menyeluruh dalam semua kemahiran atau aspek bahasa.

Anda mungkin juga menyukai