Anda di halaman 1dari 1

Kesahan Ramalan

Kesahan ramalan adalah ciri ujian yang menekankan kebolehan seseorang calon itu menjalankan sesuatu tugas di
dalam satu keadaan yang lain secara berkesan. Dengan itu, sesuatu ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan
hendaklah boleh meramal perlakuan atau perubahan seseorang pada masa depan. Misalnya, seorang pelajar yang
berjaya dalam peperiksaan SPM/ STPM dengan baik akan juga berjaya dalam peperiksaan matrikulasi yang
didudukinya kelak.Tegasnya, untuk mendapatkan ciri kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-item
yang dibina hendaklah benar-benar menguji perkara yang berkaitan dengan keupayaan, kemahiran, atupun kelayakan
yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan.
c. Kesahan Serentak
Kesahan serentak merujuk pada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam
satu ujian lain yang diakui sah. Misalnya, jika pelajar membuat kesilapan tertentu dalam satu ujian, apabila ujian
tersebut diulangi dan pelajar itu masih mengulangi kesilapan tersebut, maka ujian itu boleh dikatakan mempunyai
kesahan serentak. Cara lain yang boleh digunakan untuk menentukan ciri kesahan serentak ialah guru boleh membina
item-item ujian yang merangkumi aspek-aspek yang terdapat dalam latihan harian pelajar. Sekiranya pencapaian
pelajar dalam ujian tersebut adalah hampir sama dengan prestasi yang ditunjukkan dalam latihan harian yang
berkenaan, maka ujian itu bolehlah dikatakan ada kesahan serentak yang tinggi.
d. Kesahan Gagasan
Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur trait
tingkah laku atau trait mental manusia. Tujuan ini diadakan adalah untuk mengukur setakat mana pelajar yang diuji
dapat menunjukkan trait mentalnya seperti kecergasan otak, kreativiti, motivasi, toleransi, kebolehan penaakulan, sifat
keadilan, sifat tingkah laku dan sebagainya. Sifat-sifat ini, sebenarnya sukar untuk diuji. Jika sesuatu keputusan ujian
tidak dapat menggambarkan gagasan yang diperlukan, maka ujian itu bukan satu alat yang sah. Contoh, ujian itu
yang dibina untuk mengukur daya kreativiti di kalangan pelajar akan dianggap tidak sah jika ia tidak dapat
membezakan pelajar-pelajar yang mempunyai daya imaginasi dan kreativiti dengan mereka yang tidak memiliki alat
tersebut.
ii. Kebolehpercayaan Ujian.
-Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang hendak diukur.
Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang diukur dengan tepat.
Memang semua ujian yang dihasilkan akan memberi maklumat yang tepat. Ketepatan ujian yang dimaksudkan di sini
adalah lebih kepada ketekalan atau konsistensi sesuatu ujian.
-Sesuatu penimbang atau neraca sebagai alat untuk menimbang berat adalah dikatakan penimbang yang boleh
dipercayai jika penimbang itu dapat memberi bacaan yang sama atau tekal (konsisten) bagi berat bahan yang sama di
ketika-ketika yang berlainan. Ujian juga boleh berfungsi sama dengan penimbang tadi. Sekiranya pelajar mengambil
ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, ini bermakna bahawa markat atau skor yang diperolehi pelajar
akan sentiasa diperoleh tidak kira bila ketikanya pelajar ini mengambil ujian yang sama tersebut.
-Walau bagaimanapun, secara realiti, tidak mungkin pelajar akan mencapai skor atau markat yang sama jika pelajar
tersebut mengambil ujian yang sama berulang kali. Pelajar yang menduduki sesuatu ujian berulang kali mungkin akan
mencapai skor yang lebih baik kerana telah mempelajari daripada kesalahan yang telah dilakukan hasil daripada ujian
kali pertama. Ataupun, pelajar berkenaan akan mencapai keputusan yang semakin menurun hanya disebabkan oleh
penurunan motivasi, atau disebabkan keletihan mengambil ujian. Secara lazimnya, bagi menentukan
kebolehpercayaan ujian, pengujian dilakukan sebanyak dua kali, bukannya dengan ujian yang sama, bahkan dengan
ujian yang mengandungi item atau soalan yang setara.
-Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tingi, keadaan ujian perlu dikawal agar tidak timbul selisihan antara
pelajar yang mengambil ujian. Jika ujian memberi maklumat yang tepat dan konsisten, maka ukuran ini mempunyai
selisihan yang sedikit atau tiada langsung. Keselarasan keadaan bagi setiap pelajar perlu dipastikan supaya semua
pelajar yang mengambil ujian adalah sama. Kawalan punca-punca atau faktor-faktor yang menghasilkan selisihan
adalah amat penting dalam pembentukan dan pentadbiran ujian. Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon,
keadaan persekitaran, cara memeriksa, dan bilangan soalan yang terlalu banyak boleh menyebabkan pengurangan
kebolehpercayaan ujian. Walau bagaimanapun, secara am, semakin bilangan soalan berrtambah, semakin tepat
pencapaian sesuatu pelajar.
-Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip berikut diikuti:
 Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan pelajar meneka (asalkan tidak terlampau banyak);
 Arahan serta soalan adalah terang, senang difahami dan tidak mengelirukan;
 Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti ujian bertulis;
 Masa yang cukup perlu diberikan kepada pelajar dan guru untuk membuat persediaan;
 Semua pelajar yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan keadaan yang sama dan selesa supaya
mereka dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya dengan tidak berlaku keadaan tidak adil; dan
 Semakin objektif permarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaan. Dari itu, jika ujian yang diberikan
adalah dalam bentuk subjektif seperti ujian esei, dari itu skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan

Anda mungkin juga menyukai