Anda di halaman 1dari 6

SK ISKANDAR PERDANA

32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR


PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA


MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS
SK ISKANDAR PERDANA,
32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------
KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID
LINUS & PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key
Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan
adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi
merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan
bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk
menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu
kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan
operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran
asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru-
guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam
bidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk
mengajar murid Linus tegar yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2.

TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan
majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali
murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA

Objektif Program Literasi

Pada akhir Program Literasi murid berupaya:

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup


ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
mudah
iv. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.

Objektif Program Numerasi:

Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:

i. membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000


ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000
iii. bermula daripada sebarang nombor
iv. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
v. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan
vi. waktu, ukuran dan sukatan.

SASARAN

Murid tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas

TEMPOH

Mac – November 2012 (Sepanjang Tahun mengikut Plan Taktikal)

OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA

1. Memberi pengenalan & pemhaman mengenai program LINUS & Pemulihan Khas
2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk
menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2012.
TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 7 April 2012


Hari : Sabtu
Tempat : Bilik Darjah 5 Cemerlang

SENARAI PENCERAMAH

1. En.Mohd Hanifah bin Main ( Penolong PPD Pendidikan Khas)


2. Pn. Nik Hasni bt. Mamat ( Fasilinus)

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
9.00 pg Pendaftaran Ibu Bapa
9.15 pg Ucapan pengerusi
9.20 pg Bacaan Doa
9.25 pg Ucapan Tuan Guru Besar
9.45 pg Taklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas
10.45 pg Sesi soal jawab
11.00 pg Jamuan Ringan
11.15 pg Bersurai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Pengerusi : En Shahari B. Embon


(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh Khairiah bt Lahamad
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn Nor Samsuniah bt Musa
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : En Abdullah Radzi b. Abbas
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Pengurus : Cik Noraini bt Abdul Hamid
Pen. Pengurus : Pn. Hjh Aniah bt Noh
Setiausaha : Pn. Norazita bt Jasdi
Pengacara : Pn. Hjh Aniah bt Noh
AJK Brosur : Pn. Faridah Anom bt Harun
Pn. Fuziah Bt Alang Ahmad
AJK Siaraya & peralatan : En. Salam Izwan B. Ramly
En. Shah Alim b. Baharuddin
AJK Makanan : Pn. Siti Haslina bt Syed Ali
AJK Backdrop : Pn. Arbaayah bt Salleh Hoodin
AJK Pendaftaran : Pn. Mariam Megat bt Alg Mohd
AJK Bilik Taklimat : Pn. Halimatun Maimunah Bt Mior Hamzah
En. Khairil Azam b. Mohd Idris
Juru Foto : Pn.Nor Jamilatun Bt Jonid

ANGGARAN KEWANGAN

Bil Perkara Kos & Bil Jumlah (RM) Sumber


1 Backdrop 1 x RM50.00 50.00 B&Kaunseling
2 Jamuan 30x RM2.00 60.00 PIBG
3 Hadiah para jemputan 3x RM10 30.00 PK

JUMLAH 140.00

SUMBER KEWANGAN

1) Panitia Bahasa Malaysia


2) Panitia Bimbingan & Kaunseling

KEPERLUAN PERALATAN

1) LCD - mohon pinjaman daripada bilik komputer

2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer

PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah
dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah
literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini
berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima
kasih.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Diluluskan Oleh,

........................... .......................... ..........................


(NORAINI ABDUL HAMID) (KHAIRIAH LAHAMAD) (SHAHARI EMBON)
Setiausaha Program Pemulihan, PK Pentadbiran, Guru Besar,
SK Iskandar Perdana SK Iskandar Perdana, SK Iskandar Perdana,

Tarikh: Tarikh: Tarikh:


.

Anda mungkin juga menyukai