Anda di halaman 1dari 1

Amir, rakan Hafiz juga pergi bercuti bersama-sama dengan keluarganya ke Pulau

Langkawi, Kedah. Mereka bercuti selama tiga hari.

Pada awal pagi Jumaat, ayah dan ibu Amir memasukkan beg-beg ke dalam kereta.
Mereka sekeluarga menaiki kereta yang dipandu oelh ayah Amir. Mereka memakai tali
pinggang keledar untuk menjaga keselamatan. Sepanjang perjalanan, Amir dan kakaknya
bernyanyi sambal bertepuk tangan.

Apabila tiba di kuala Perlis, mereka menaiki feri di Terminal Feri Kuala Perlis.
Lebih kurang 45 minit perjalanan, mereka pun tiba di Pulau Langkawi. Ayah Amir
mendaftar masuk di hotel yang telah ditempah olehnya. Pada sebelah petangnya pula,
mereka menikmati laksa di Pekan Kuah.

Pada Keesokan harinya, mereka melawat ke tempat-tempat yang menarik di Pulau


Langkawi. Pada awal pagi, mereka mengelilingi pulau-pulau. Antara aktiviti yang
dilakukan oleh mereka termasuklah memberi helang makan. Selepas itu, mereka ke
“Underwater World”. Di situ, Amir dapat melihat pelbagai sepsis ikan dan hidupan laut.
Pada sebelah petangnya pula, Amir adan keluarganya berkesempatan ke pantai. Antara
aktiviti yang dilakukan oleh Amir termasuklah menaiki belon udara yang ditarik oleh bot.

Pada hari Ahad, sebelum pulang, amir dan keluarganya berkunjung ke Gunung
Machingcang. Mereka menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak. Selepas itu, mereka
ke Makam Mahsuri pula. Sebelum pulang, Amir dan keluarganya singgah di kedai
cenderamata untuk membeli buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan mereka. Pada
pukul 12.30 tengah hari, mereka mendaftar keluar dari hotel untuk pulang ke rumah.
Tiba di rumah, Amir menulis pengalamannya dalam diarinya. Amir berasa sungguh
gembira.

Anda mungkin juga menyukai