Anda di halaman 1dari 1

BERSIKAP POSITIF DI TEMPAT KERJA

PAKAR motivasi ada berkata,


'Kita tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan perkara yang kita sukai. Sebaliknya kita akan cemerlang dan
berbahagia apabila kita menyukai perkara yang kita lakukan'.
adakah anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini?
Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukan akhirnya memberikan maksud yang amat ketara.
Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan semata-mata cita-cita tetapi adalah satu tanggungjawab. Apabila kita menerima
tawaran sesuatu pekerjaan bererti kita memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan tersebut
dengan sebaiknya.
5 tip untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan kita:
1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh
diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah.
Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi
syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika kita niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, kita akan
mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda.
2. Tanamkan minat dan suka bekerja
Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon
dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan.
Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan
tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda kita positif, hasilnya juga akan positif.
3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri
Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan kita sebagai satu medan untuk mencabar
keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang kita tetapi bila kita diberi jawatan bererti kita diberi kepercayaan.
4. Tekad untuk jadi lebih baik
Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan kita bertambah baik dari hari ke
hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan kita medan persaingan secara sihat agar hidup kita pada masa depan lebih baik.
5. Bertindak demi kecemerlangan
Apabila kita punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan kita menjadi lebih baik. Bertindak dengan
cara yang baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat. Tetapi Ingat! Matlamat tidak menghalalkan cara.

Untuk renungan bersama……


Seorang pemimpin yang baik tidak hanya pandai mencari salah..
Pemimpin yang baik tidak hanya tahu bertegas dan marah-marah..
Pemimpim yang baik tidak membuatkan anak buah mereka bekerja keras dengan ugutan dan paksaan..
TETAPI..
Pemimpin yang hebat mampu memenangi hati anak-anak buahnya sehingga mereka seronok bekerja bersama.. bahkan..
melakukan segalanya bukan kerana paksaan atau ugutan TETAPI dengan kerelaan dan rasa hormat yang menebal
kepada pemimpin..

Anda mungkin juga menyukai