Anda di halaman 1dari 2

SMK TUANKU MUHAMMAD

PROGRAM : Khidmat masyarakat (Membersihkan rumah guru)

1.0 Pendahuluan/Pengenalan

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara


berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan
adalah untuk meringankan bebanan, memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti
tertentu. Aktiviti ini amat digalakkan dilakukan secara berkumpulan dan berkala untuk
memberi hasil dan impak kepada komuniti yang menerima. Khidmat masyarakat adalah
suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan
warga Asrama SMK Tuanku Muhammad.Pada awal Januari 2019 yang lalu, seorang guru
di SMK Tuanku Muhammad telah membeli sebuah rumah. Oleh yang demikian, Asrama
SMK Tuanku Muhammad telah bercadang untuk mengadakan program khidmat
masyarakat bagi membantu guru tersebut untuk membersihkan rumah yang baru dibeli.
Selain menjadi program khidmat masyarakat, program ini juga merupakan satu program
yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara
langsung kepada murid-murid untuk menanam sifat ingin membantu.

2.0 Matlamat
Memupuk semangat ingin membantu dan bekerjasama

3.0 Objektif

 Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di


persekitaran.
 Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap
individu.
 Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta kemahiran.
 Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong
menolong antara satu dengan yang lain.
 Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama,
bangsa, kepercayaan dan ideologi.
 Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.
 Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu
orang lain yang memerlukan bantuan.

4.0 Tempat Pelaksanaan


No 168, Jalan Rasa Sayang 6 Taman Rasa Sayang 72000 Kuala Pilah Negeri Sembilan

5.0 Sasaran
3 orang Pelajar Asrama SMK Tuanku Muhammad
6.0 Tarikh : 22 Januari 2019
7.0 Hari : Selasa
8.0 Masa : 3.00 p.m – 5.00 p.m
9.0 Belanjawan

Anggaran Pendapatan ( RM ) Anggaran Perbelanjaan ( RM )


Sumbangan PIBG RM 60.00 Penyapu
RM 4 x 12 batang RM 48.00
Serbuk Pencuci RM 12.00
Jumlah RM 60.00 Jumlah RM 60.00

10.0 Penutup/Rumusan
Dengan adanya program khidmat masyarakat ini diharap dapat memberi satu pengalaman
berharga dan bermakna kepada pelajar-pelajar Asrama SMK Tuanku Muhammad.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa
hadapan. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

________________________ ________________________________
(Mohamad Shahir bin Ismail) (Kama bin Tindek)
Warden Asrama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Tuanku Muhammad SMK Tuanku Muhammad
72000 Kuala Pilah 72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan Negeri Sembilan

Disahkan Oleh :

________________________
(Mohamad Zaidi bin Ishak)
Pengetua,
SMK Tuanku Muhammad
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai