Anda di halaman 1dari 1

Ruj. kami : SMKTAR.

700-5/6
Ruj.Tuan :

13 Februari 2017

Komandan
Pusat Latihan Artileri (PUSARTI)
Kem Syed Syirajuddin
73400, Gemas
Negeri Sembilan

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMINJAM KHEMAH SEMPENA SUKAN


OLAHRAGA SMKTAR KE-65

Merujuk perkara di atas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman akan
menganjurkan Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman
Kali Ke-65. Kejohanan ini akan berlangsung pada :
Tarikh : 21 dan 22 Februari 2017
Hari : Selasa dan Rabu
Tempat : Padang SMKTAR

2. Seperti yang telah dimaklumkan kepada Tuan, pihak sekolah ingin memohon
meminjam khemah sebanyak 2 unit bagi tujuan Kehohanan Olahraga SMKTAR Ke-65 ini.
Pihak sekolah juga memohon agar pihak Tuan dapat memasang khemah tersebut pada tarikh
19 FEBRUARI 2017 bersamaan pada hari ISNIN bagi memudahkan urusan perjalanan
program.

3. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak Tuan amatlah pihak sekolah hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

............................................................
( JANAB BINTI BAHARUDIN )
GPK KOKURIKULUM
SMK TUANKU ABDUL RAHMAN

Anda mungkin juga menyukai