Anda di halaman 1dari 2

BUKU LOG Sejak saya mula bergiat dalam aktiviti KRS bermula pada tahun pelancarannya dahulu,

suatu yang amat ketara adalah penggunaan Buku Log. Kebanyakan anggota KRS tidak mempunyai
Buku Log sedangkan Buku Log menjadi bukti nyata terhadap apa yang anda lakukan. Buku Log
seolah-olah catatan perharian anda. Suatu catatan perjalanan anda dalam mengikuti aktiviti KRS.
Selain dari menjadi catatan, Buku Log juga menjadi bukti anda telah melakukan aktiviti-aktiviti
tertentu. PENYEDIAAN BUKU LOG KRS PENGENALAN Buku Log merupakan catatan peribadi yang
terpenting di dalam aktiviti yang melibatkan ujian-ujian tertentu kerana buku log akan menjadi
dokumen pengesahan kepada setiap anggota tentang aktiviti yang dilakukan. Pergerakan Pengakap,
Pandu Puteri atau Pergerakan Puteri Islam amat terkenal dengan penyedian buku log yang bermutu
terutama bagi mereka yang akan menyertai Ujian Pentaraf Pengakap Raja. Bagi anggota KRS, buku
log memainkan peranan penting untuk membuktikan penglibatan mereka di dalam sesuatu aktiviti.
Bagi tujuan Ujian Kenaikan Pangkat,buku log akan menjadi dokumen sokongan bagi seseorang
anggota untuk membuktikan penglibatan mereka. CIRI-CIRI BUKU LOG YANG BAIK Dicadangkan
agar setiap anggota KRS mengikuti garis panduan ini dalam usaha menyediakan Buku Log yang
terbaik dan menjadi dokumen sokonganyang tidak boleh dipertikai sewaktu menjalani Ujian Kenaikan
Pangkat. Selain itu,BukuLog anda akan menjadi dokumen sejarah peribadi diri anda pada masa akan
datang. Sebaiknya Buku Log anda dari jenis berkulit tebaldan mempunyai sekurang-kurangnya 400
jumlah mukasurat. Sewaktusaya melaksanakan Ujian pentarafan Pengakap Raja, saya menggunakan
hampir 5 buah buku dengan setiap buah dengan jumlah 400 muka surat. Dihias sesuai dengan
identity KRS dan dibalut dengan plastic. Sebaik mungkin, sehelai Plastik lain yang lebih tebal
dijadikan sebagai pembalut luar kerana aktiviti KRS dilaksanakan tanpa mengira cuaca.. Buku log
anda akan selamat dari ancaman hujan dan sebagainya Setiap nota, laporan ditulis pada mukasurat
yang berlainan.Diberikan tarikh dan masa bagi memudahkan penguji membuat semakan. Bahagikan
Buku Log kepada beberapa bahagian seperti: I. Muka surat 2 dan 3 –Maklumat peribadi
anda.Masukkan butiran-butiran yang penting di dalam ruanganini terutama nama,alamat,no kad
pengenalan,no telefon sewaktu kecemasan dan orang yang boleh dihubungi sewaktu kecemasan-
Lihat Lampiran 1 II. Muka surat 5 hingga 200 adalah untuk mencatat nota-nota latihan sama ada yang
dilakukan di dalam pasukan atau bersama pasukan lain. Juga, jangan lupa tarikh dan masa. III. Muka
surat 201-300- Peruntukan ruangan ini untuk laporan penglibatan anda di dalam aktiviti-aktiviti yang
boleh menyokong anda sewaktu Ujian Kenaikan Pengkat. Sebagai contoh, Laporan Khidmas
Masyarakat di Kampung/taman atau sekolah atau penglibatan di dalam persembahan nasyid, tarian
diperingkat daerah.. Dapatkan tandatangan penganjur jika boleh. Dan lebih baik jika anda mempunyai
bukti bergambar. Buku Log akan bertambah menarik dengan bukti yang kukuh begini. Jika sesuatu
acara mempunyai buku program, dapatkan buku tersebut dan tampalkan di dalam Buku Log sebagai
Bahan Bukti sokongan. Selain darimenjadi bahan bukti, kita juga dapat menggelakkan pembaziran.
IV. Muka surat 301 hingga 400- Adalah ruangan untuk catatan sewaktu perkhemahan yang anda
sertai. Tuliskan apa sahaja pengalaman anda,peristiwa menarik,gambar-gambar atau bahan-bahan
yang menarikpada ruangan ini. Nota: Sekiranya buku tersebut habis digunakan, gunakan buku baru
dengan format yang sama dan cantumkan kedua-dua buku menjadi satu. SIJIL,DOKUMEN
SOKONGAN DANLAIN-LAIN Semua sijil yang anda perolehi, sebaiknya di buat salinan. Salinanasas
disimpan di rumah dan salinan kedua difailkan dalam fail khas dan dibawa sewaktu menghadiri Ujian
Kenaikan Pangkat.Sistem ini akan memperlihatkan kepada penguji bahawa anda seorang yang
teliti,kemas dan mempunyainilai-nilai tersendiri. LAIN-LAIN Ada waktunya, anda menyatakan bahawa
sukar untuk melukis simpulanatau gambar-gambar lain. Cadangan saya mudah sahaja. Simpulan
boleh anda buat menggunakan tali dantampal di dalam Buku Log. Ini akan membantu anda membuat
latihan kendiri dan buku log anda akan menjadi lebih menarik. Manakala gambar-gambar boleh
diperolehi dari hasil muat turun dari laman-laman sesawang yang berkaitan. Tampalkan sahaja.
Terdapat juga jurulatih yang memberikan helaian nota. Juga boleh ditampalkan di dalam buku log
anda. Mudah bukan?
Perjumpaan ke -

Tarikh

Hari

Masa

Tempat

Bilangan Kadet

Jurulatih

Kemahiran

Aktiviti

Nota/Catatan

Anda mungkin juga menyukai