Anda di halaman 1dari 13

AMST5103

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER II / 2016

AMST5103
ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN TAFSIR

NO. MATRIKULASI

CGS01311025

NO. KAD PENGNEALAN

751007-11-5183

NO. TELEFON

019-446 1973

E-MEL

mohd.sukri75@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN
TERENGGANU

AMST5103

ARAHAN

Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA


PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK.
Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan
oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan.

Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK
termasuk rujukan.

Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New


Roman dan langkau baris 1.5.

Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.

Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang
wajar.

Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat


APENDIKS.

AMST5103

Isi kandungan
BIL

PERKARA

Pengenalan

Pentafsir Al-Quran

HALAMAN
3

2.1

Syarat

2.2

Adab

Kesilapan dan Keperluan Pentafsiran Al-Quran


3.1

Pentafsiran menggunakan akal semata-mata

3.2

Pentafsiran menggunakan Hadis maudu dan daif

3.3

Pentafsiran menggunakan Kisah-kisah Israiliyyat

3.4

Pentafsiran dari sudut bahasa semata-mata

Analisa Satu Pentafsiran Al-Quran

Manhaj Terbaik Mentafsir Al-Quran

10

5.1

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran

5.2

Tafsir Al-Quran Dengan Hadis

5.3

Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat Sahabat

5.4

Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat Tabiin

Kesimpulan

11

AMST5103

PENGENALAN

Al-Quran adalah kalam Allah swt yang diturunkan kepada RSAW dalam Bahasa Arab secara
beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril as. Tujuannya adalah untuk memimpin
mereka ke arah jalan yang sebenar. Di dalamnya mengandungi pelbagai doktrin dan panduan
hidup. Ia kekal sebagai mukjizat sehingga ke akhir zaman. Bersesuaian dengan peranannya
sebagai mukjizat yang membuktikan RSAW sebagai seorang rasul, sudah tentulah isi
kandungannya dipaparkan dalam gaya bahasa yang amat tinggi. Meskipun begitu, ia dapat
difahami oleh pembaca al-Quran. Namun begitu, kefahaman mereka sudah tentulah berbeza.
Antara mereka ada yang memahaminya secara umum manakala sebahagian yang lain
memahaminya dengan lebih mendalam. Oleh itu, adalah lebih baik dipelajari ilmu tafsir agar
dapat memahami ajaran serta isi kandungan al-Quran dengan baik. Tafsir adalah kunci untuk
membuka gedung simpanan yang terdapat di dalam al-Quran. Tanpa tafsir, sesiapa pun tidak
dapat membuka gedung tersebut untuk mendapatkan mutiara dan permata yang amat bernilai
yang tersimpan di dalamnya. Pentafsiran al-Quran bermula sejak dakwah Islam disebarkan
oleh RSAW. Kemudian, ia berlanjutan pada zaman para sahabat dan diteruskan oleh para
tabiin. Masalahnya, terdapat ramai yang mentafsirkan al-Quran dengan sewenang-wenangnya
tanpa mengikut kaedah yang betul. Perbuatan ini boleh mengakibatkan fahaman dan amalan
yang salah dalam kalangan pembaca mahupun pendengarnya. Tujuan kajian ini adalah untuk
membincangkan beberapa kesilapan dalam pentafsiran ayat al-Quran dan membuat satu
analisis satu cara pentafsiran ayat al-Quran yang disampaikan oleh seorang penceramah.

AMST5103

PENTAFSIR AL-QURAN

2.1

Syarat-syarat Pentafsir
Mentafsirkan al-Quran merupakan amanah yang berat dan besar. Sehubungan dengan
itu, bukan sebarang orang mampu untuk memikul amanah yang besar ini. Oleh itu,
sesiapa sahaja yang ingin mentafsirkan al-Quran, hendaklah memenuhi syarat-syarat
tertentu agar terhindar daripada melakukan kesilapan ketika mentafsirkan ayat-ayat
al-Quran. Di sini, disenaraikan empat syarat yang perlu bagi seseorang pentafsir alQuran:
2.1.1

Akidah yang benar. Syarat ini sangat penting bagi menjamin mufassir tidak
melakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Quran. Selain itu, mereka
juga tidak terdorong kepada mazhab-mazhab yang menyeleweng dengan
mengemukakan pentakwilan yang bertentangan dengan akidah yang benar.

2.1.2

Bersih dari hawa nafsu. Hal ini kerana hawa nafsu akan mendorong diri
seseorang itu untuk membela dan menegakkan kepentingan mazhabnya
semata-mata.

2.1.3

Mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayah dan dirayah kerana hadishadis Rasulullah SAW merupakan penjelasan dalam mentafsirkan ayat-ayat
mujmal dan mubham. Seterusnya, hadis-hadis Rasulullah SAW akan
membantu pentafsir menerangkan segala kemusykilan yang timbul berhubung
dengan perkara ini.

2.1.4

Mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang seperti ilmu Bahasa Arab
yang merangkumi ilmu Tasrif, Isytiqaq, al-Maani, al-Bayan dan al-Badi,
ilmu qiraah, ilmu usuluddin, Usul Fiqh, ilmu Ulum al-Quran seperti
Asbabun Nuzul, an-Nasikh wa al-Mansukh dan sebagainya bagi membantu
mufassir untuk mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.

AMST5103

2.2

Adab-adab Pentafsir
Selain daripada syarat-syarat di atas, pentafsir juga perlu memiliki adab-adab yang
baik untuk membolehkan mereka mentafsir ayat-ayat al-Quran. Antara adab-adab itu
adalah seperti berikut:
2.2.1

Niat dan tujuan yang baik. Seseorang mufassir perlulah memiliki niat yang
baik agar tidak terjerumus ke dalam usaha yang melibatkan keduniaan dan
seumpamanya.

2.2.2

Berakhlak mulia. Seorang mufassir akan dijadikan contoh tauladan oleh


masyarakat. Oleh itu, dia hendaklah mempunyai akhlak dan budi pekerti yang
mulia sesuai dengan ajaran dalam al-Quran itu sendiri.

2.2.3

Beramal dengan isi kandungan al-Quran. Ilmu yang diamalkan akan lebih
mudah diterima berbanding ilmu yang tidak diamalkan. Selain itu, ilmu yang
diamalkan akan membawa kepada keberkatan.

2.2.4

Bersikap tawaduk dan merendah diri. Kesombongan yang wujud akan menjadi
hijab daripada ilmu tersebut dimanafaatkan.

AMST5103

PENTAFSIRAN AL-QURAN

Terdapat beberapa kesilapan dalam pentafsiran ayat al-Quran dan keperluan mentafsirkannya
dengan tepat, antaranya:
3.1

Pentafsiran menggunakan akal semata-mata.


Terdapat sesetengahnya mentafsir al-Quran menggunakan akal semata-mata dalam
membuat suatu tafsiran untuk menerangkan sesuatu isu. Walhal mereka bukan ahli
dalam membuat pentafsiran ayat al-Quran. Contohnya, firman Allah swt yang
bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum
kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri
mereka
(Surah Ar Rad: 11)
Sesetengah orang berpegang bahawa nasib mereka itu berada di tangan mereka. Oleh
sebab itu, pentingnya seseorang itu menguasai ilmu tafsir kerana ia merupakan suatu
ilmu untuk menerangkan atau menjelaskan ayat-ayat al-Quran, pengertiannya,
hukum-hukamnya, sebab-sebab turunnya dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan
al-Quran.

3.2

Pentafsiran menggunakan Hadis maudu dan daif.


Sesetengah orang menggunakan hadis maudu dan daif dalam membuat tafsiran
sesuatu ayat al-Quran yang digunakan mereka bagi menguatkan sesuatu hujjah
mereka. Contohnya dalam membicarakan tentang peristiwa akhir zaman dengan
menjadikan hadis yang diriwayatkan daripada Nu'aim bin Hammad:
Apabila muncul suatu suara di bulan Ramadhan, maka
sesungguhnya akan berlakulah huru-hara di bulan Syawal, dan
setiap kabilah saling bertelingkah pada bulan Zulkaedah, dan
berlakunya

pertumpahan

darah

pada

bulan

Zulhijjah

dan

Muharram. Kami bertanya: suara apakah wahai Rasulullah?


Baginda menjawab: ianya nyaring/kuat di pertengahan bulan
Ramadhan pada malam Jumaat sehingga membangunkan orang
yang tidur, orang yang berdiri akan terduduk, para gadis akan
dibawa keluar dari rumah mereka, pada malam Jumaat dalam tahun
yang banyak berlaku gempa, maka apabila kamu telah selesai
6

AMST5103

menunaikan sembahyang Subuh pada pagi Jumaat lalu kamu


masuklah ke rumah-rumah kamu, dan tutuplah pintu-pintu rumah
kamu, dan tutuplah telinga-telinga kamu jika kamu merasakan
bunyi

suara

tersebut

dan

bersujudlah

sambil

membaca

(Subhanallah al-Quddus, Rabbana al-Quddus) maka barangsiapa


yang berbuat sedemikian dia akan berjaya dan barangsiapa yang
tidak melakukannya dia akan binasa.
(Kitab al-Fitan: 128)
Para ulama hadis menyebut bahawa hadis tersebut daif (lemah) bahkan maudu
(palsu) dan tidak dapat dijadikan hujah atau sandaran. Hadis-hadis maudu dan daif
ini disandarkan kepada RSAW secara dusta sehingga ia menjejaskan sumber kedua
yang dianggap asli dalam pentafsiran al-Quran. Padahal metode yang terbaik dalam
menafsirkan Al-Quran selain al-Quran adalah mentafsir al-Quran dengan hadis sahih.
2.3

Pentafsiran menggunakan Kisah-kisah Israiliyyat.


Israiliyat dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita yang diambil
daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya terdiri daripada
golongan Bani Israel atau Yahudi dan sedikit daripada golongan Nasrani. Dalam
bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir mendefinisikannya sebagai pengaruh
budaya Yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama Islam melalui pentafsiran dan
penerangan ayat-ayat suci al-Quran. Contohnya, firman Allah swt yang bermaksud:
Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di
sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman
kepadanya; .
(Surah Mukmin: 7)
Ayat ini ditafsirkan dengan mengatakan Kaki malaikat pemikul arsy berada di bumi
paling bawah, sedangkan kepalanya menjulang ke arsy. Walhal, cerita Israiliyat ini
berupa dongengan dan khurafat. Ia bakal mencemari kesucian al-Quran untuk
dijadikan tafsiran. Malah ia telah bercampur aduk antara yang benar dan yang batil.
Jesteru itu, boleh dikatakan bahawa terdapat sebahagian daripada kisah-kisah
Israiliyat yang dengan jelas boleh menyebabkan kekeliruan dan mengganggu
kemurnian ajaran Islam. Oleh itu, ulama-ulama tafsir dengan tegas menghalang
pentafsiran al-Quran dengan Israiliyat.

AMST5103

2.4

Pentafsiran dari sudut bahasa semata-mata.


Dengan mengenepikan ilmu-ilmu lain yang ada hubungan dengan pentafsiran. Oleh
itu, terdapat pentafsiran yang tidak tepat. Contohnya:
(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat
dengan imamnya
(Surah Al-Isra: 71)
Perkataan imam diterjemahkan ibu-ibu, sebenarnya perkataan imam di sini
ialah nabi yang menjadi pemimpin kepada sesuatu umat itu. Memandangkan bahasa
Arab dan al-Quran mempunyai kaitan yang sangat rapat antara satu sama lain, maka
para ulama telah meletakkan syarat kepada sesiapa yang ingin membuat sesuatu
tafsiran ayat al-Quran supaya mempunyai keupayaan yang mantap dalam bahasa Arab
dan ilmu-ilmunya seperti nahu, saraf, semantik, retorik (balaghah) dan cabang-cabang
ilmu bahasa Arab yang lain. Oleh kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa tersebut,
maka pemahaman ayat-ayat al-Quran bergantung kepada penghuraian setiap
perkataan atau lafaz dan pengertiannya mengikut kesesuaian keadaan.

AMST5103

ANALISA PENTAFSIRAN AL-QURAN

Berdasarkan dapatan data di https://www.youtube.com/watch?v=ECnEyVnVcqc yang dimuat


turun dari laman youtube, Ustazah Erika S. Dewi membuat pentafsiran ayat al-Quran dari
surah al-Kautsar. Melalui kaedah pemerhatian, didapati beliau membuat pentafsiran secara
mujmal, iaitu ringkas dan huraiannya memakan masa selama 4 minit 45 saat.
Secara keseluruhannya, tidak ada sebarang kesalahan dalam pentafsiran beliau, hanya
terdapat sedikit kekurangan dalam pentafsiran dalam kuliahnya. Dalam permulaan kuliahnya,
beliau terus membicarakan tentang Asbabun Nuzul surah al-Kautsar setelah memperkenalkan
surah tersebut. Seterusnya, beliau menyatakan maksud dan terjemahan bagi setiap ayat-ayat
yang dibacanya dan sedikit penerangan. Metode tafsir yang digunakan oleh beliau adalah
metode tafsir bi al-mathur. Dalam metode ini, beliau banyak menggunakan tafsiran ayat alQuran dengan kaedah tafsir ayat al-Quran dengan al-Hadis. Namun begitu, al-Hadis atau
riwayat yang digunakan beliau tidak beberapa jelas sama ada ia hadis sahih ataupun hadis
maudhu kerana tidak disertakan sanad dan mantannya. Malah, beliau tidak menghuraikan
dengan jelas tentang isu akidah seperti mana beliau bangkitkan dalam huraian beliau tentang
status surah ini sama ada ayat Makiah atau Madaniah. Status surah ini tidak diberikan
penjelasan yang jelas sama ada surah ini surah Makiah atau Madaniah. Beliau memasukkan
ilmu sejarah dalam kuliahnya, iaitu tentang peristiwa isra dan mikraj RSAW berdasarkan
perkataan al-Kautsar, iaitu Telaga al-Kaustar. Selain itu, beliau menyatakan al-Kaustar ini
membawa maksud rezeki yang banyak. Beliau banyak menghuraikan surah ini berdasarkan
riwayat yang dikatakan berasal dari RSAW tetapi kesahan tidak dapat dipastikan. Malah,
pentafsiran surah ini dengan ayat al-Quran yang lain tidak ada langsung. Selain itu, beliau
kurang mengaitkan tafsiran beliau dengan kitab tafsir yang muktabar.
Kesimpulannya, pentafsiran surah al-Kaustar oleh Ustazah Erika S. Dewi ini boleh
dikatakan padat dan ringkas. Namun begitu, pentafsiran ini perlu diperkemaskan lagi
terutama apabila pentafsiran ini menggunakan al-Hadis. Kesahihan Hadis penting dalam
menguatkan hujjah terutama dari segi sanad dan mantannya.

AMST5103

MANHAJ TERBAIK MENTAFSIR AL-QURAN

Masa kini, dalam mentafsir al-Quran terdapat beberapa manhaj terbaik, antaranya:
5.1

Tafsir al-Quran dengan al-Quran


Bentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia. Hal ini kerana tidak
ada seorang pun yang lebih mengetahui kalamullah selain daripada Allah swt. Tafsir
al-Quran dengan al-Quran bermaksud perkataan ataupun ayat al-Quran ditafsir
berpandukan ayat-ayat yang terdapat dalam al-Quran. Al-Quran tidak berbicara
tentang sesuatu isu pada satu tempat sahaja tetapi ia dihuraikan dalam pelbagai
tempat. Keadaan ini berlaku kerana al-Quran diturunkan secara berperingkat dan
setiap kali diturunkan ia mengambil kira latar belakang peristiwa dan keadaan yang
berlaku ketika itu.

5.2

Tafsir al-Quran dengan Hadis


Tidak dapat dinafikan bahawa hadis memainkan peranan yang sangat penting dalam
pentafsiran al-Quran kerana RSAW merupakan penerima al-Quran yang pertama dan
manusia yang diutuskan oleh Allah swt untuk menyampaikan al-Quran dan
mengajarkannya kepada umat manusia. Oleh itu, RSAW adalah manusia yang paling
layak untuk mentafsir al-Quran dan Nabilah orang yang paling memahami al-Quran.
Malah, para sahabat apabila menghadapi sebarang kemusykilan mengenai al-Quran
akan terus merujuk kepada RSAW bagi memahami ayat tersebut.

5.3

Tafsir al-Quran dengan Pendapat dan Ijtihad Sahabat.


Sahabat bermaksud sesiapa yang pernah berjumpa dengan RSAW dan beriman
dengannya. Tidak dinafikan bahawa sahabat adalah generasi pertama yang dibaca dan
diajarkan al-Quran kepada mereka oleh RSAW. Mereka memahaminya dengan begitu
baik dan sempurna. Memandangkan para Sahabat merupakan golongan yang sentiasa
bersama RSAW dan mendapat penerangan tentang al-Quran secara langsung dari
RSAW, maka sewajarnya pandangan dan ijtihad para Sahabat mengenai tafsiran alQuran diterima.

5.4

Tafsir al-Quran dengan Pendapat Tabiin


Tabiin adalah mereka yang bertemu dengan sahabat RSAW dan meninggal dunia
sebagai seorang Muslim. Para Ulama tidak bersependapat mengenai tafsiran melalui
pendapat Tabiin. Sebahagian ulama berpendapat bahawa tafsir mereka termasuk

10

AMST5103

dalam kategori Tafsir bil Matthur. Manakala sebahagian ulama yang lain menyatakan
bahawa pendapat Tabiin termasuk dalam kategori Tafsir bil Rayi.
6

KESIMPULAN

Akhir kalam, mentafsir al-Quran merupakan satu amanah yang berat dan besar. Sehubungan
dengan itu, bukan semua orang mampu untuk memikul amanah yang besar ini. Akhir-akhir
ini, terdapat mereka yang mentafsir al-Quran dengan sewenang-wenangnya tanpa mengikut
kaedah yang betul. Oleh itu, bagi mengelakkan dari berlakunya fahaman dan amalan yang
salah dalam memahami isi kandungan kitab suci al-Quran, maka sewajarnyalah dipelajari
ilmu tafsir agar dapat difahami ajaran serta isi kandungan al-Quran dengan baik. Selain itu,
sesiapa sahaja yang ingin mentafsir al-Quran hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu agar
terhindar daripada melakukan kesilapan ketika mentafsir ayat-ayat al-Quran. Disamping itu,
mufassir perlu memiliki adab-adab yang baik untuk membolehkan mereka mentafsirkan ayatayat al-Quran. Dari dulu hingga kini, manhaj terbaik dalam membuat pentafsiran al-Quran
tidak berubah kerana tafsir al-Quran dengan al-Quran, tafsir al-Quran dengan Hadis, tafsir alQuran dengan Ijtihad Para Sahabat, tafsir al-Quran dengan Ijtihad Para Tabiin tetap terbaik.

11

AMST5103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Fauzi Deraman dan Mustafa Abdullah. (2001). Pengantar Usul Tafsir. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Drs. H.A. Hafizah Dasuki, M.A. (2006). Ensiklopedia Islam Jilid 5. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jalaluddin al-Suyuti. (2015). Asbabun Nuzul (terj.). Selangor: al-Hidayah House of
Publishers Sdn. Bhd.
Zulkifli Mohd Yusof. (2012). Asbabun Nuzul. Selangor: PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.
Ustazah Erika S. Dewi, MA (2016). Tafsir Surah al-Kauthar. Retrieved from
https://www.youtube.com/watch?v=ECnEyVnVcqc
Dian Nurmalasari. (2016). Kesalahan-kesalahan dalam Penafsiran Retrieved from
http://dheannurmala.blogspot.my/2015/09/kesalahan-kesalahan-dalampenafsiran.html
Islam for Me for You for All. (2016). Adab dan syarat Penafsir AL-Qur'an Retrieved
from

http://islamformeforyouforall.blogspot.my/2011/02/adab-dan-syarat-

penafsir-al-quran.html
Minda Madani. (2016). Penafsiran al-Quran : Kaedah dan Penghayatan Retrieved
from

http://mindamadani.my/siri-siri-kuliah/tafsir-maudhuiy/item/166-

penafsiran-al-quran-kaedah-dan-penghayatan.html
Mohamad Faizal Othman. (2016). Adab dan Syarat Mufassir Retrieved from
http://faizalmulia.blogspot.my/2009/10/adab-dan-syarat-mufassir-umkl.html
My Tafsir Quran. (2016). Metologi Pentafsiran al-Quan Retrieved from
https://mytafsirquran.wordpress.com/2009/03/15/bab-6-aliran-tafsir-yangmenyelewengtafsir-bi-al-ra%E2%80%99y-al-mazmum/
Reflita

Latifah.

(2016).

Kesalahan

Panafsiran

Retrieved

from

http://reflitalatifah.blogspot.my/2009/04/kesalahan-penafsiran.html
Siti

Zubaidah.

(2016).

Penyimpangan

Dalam

Tafsir

Retrieved

http://szoebaidah.blogspot.my/2012/09/penyimpangan-dalam-tafsir.html

12

from

Anda mungkin juga menyukai