Anda di halaman 1dari 3

RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakahtuh.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang setia dengan
jarum saatnya, seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

‘ Raja Namrud yang sombong’.Demikianlah tajuk kisah al-Quran yang akan saya paparkan.

Kawan-kawan sekalian,

(Nasyid :lirik zikir kifarah)

Mari bersama kita kenangkan,


Kisah teladan di dalam Al-Quran,
Nabi Ibrahim Nabi Pilihan,
Menentang Namrud yang tidak beriman.

Kawan-kawan sekalian,

Namrud bin Kan’an adalah seorang pemerintah Negeri Babylon. Beliau hidup pada zaman Nabi Ibrahim.
Raja Namrud dianugerahi kecerdikan yang tinggi dan kekayaan melimpah ruah. Namun hal itu
menjadikan beliau seorang yang yang sombong dan angkuh malah, menganggap dirinya sebagai Tuhan.

Disaat penduduk Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutus Nabi Ibrahim bagi menyeru
mereka kembali mentauhidkan Allah.
Hal ini diceritakan di dalam surah Maryam ayat 41:

Maksudnya: Dan ceritakanlah kisah ibrahim di dalam Al-Quran


Ya kawan-kawan
Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran,kita disarankan tidak boleh berlaku zalim terhadap
manusia lain, Rakyat Palestin yang berani berjuang mempertahakan negaranya dari kezaliman zionis
Israel.
Kawan-kawan sekalian,
Pada suatu hari berlakulah perdebatan antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud.Beliau menolak serta
menentang dakwah nabi.Pada suatu malam,penduduk kota Babylon keluar beramai-ramai untuk
meraikan hari raya bagi tuhan mereka.
Lalu Nabi Ibrahim menghancurkan semua berhala dengan kapak.Tetapi pada patung yang besar baginda
hanya menggantungkan kapak itu pada leher patung tersebut.Raja Namrud menangkap Nabi.
Firman Allah di dalam surah An-Nahl:
Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah
Ya kawan-kawan,
Setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri,oleh itu kita tidak boleh sombong dengan kelebihan
diri yang dianugerahkan kepada kita.Sebagaimana Keangkuhan Israel menyekat bantuan ke Gaza.
kawan-kawan sekalian,
Raja Namrud menjadi sangat marah serta tidak boleh menerima kekalahannya,lalu menjatuhkan
hukuman kepada Nabi Ibrahim,dibakar hidup-hidup dikawasan lapang.
Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 69.

Maksudnya: Wahai api,jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!”

Lalu Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim tanpa dimakan oleh api,bahkan dia boleh berjalan kesana
sini dalam api tersebut.
Masihkah rakan-rakan ingat?
Kehendak Allah tidak dapat disangkal,ketika tsunami yang berlaku di Palu,Sulawesi Indonesia meragut
banyak nyawa.Masya Allah!.

kawan-kawan sekalian,
Pada suatu hari berlakulah perdebatan antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud.Raja Namrud tidak dapat
mengalahkan hujjah Nabi Ibrahim.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 258 ada dinyatakan:

Maksudnya: Apakah kamu tidak memperhatikan tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim
mengenai Tuhannya.

Wahai rakan-rakan,
Hendaklah kita berhikmah dalam berdakwah.Contohilah Ustaz Ebit Liew yang memberi nasihat secara
berhikmah dalam dakwahnya.

Kawan-kawan sekalian,

Pantun

Sampai masa, saat dan ketika,


Nabi Ibrahim dipanggil Raja,
Menegakkan keadilan itulah matlamatnya,
Supaya kaum menyembah Yang Esa.

Atas arahan Raja Namrud, Nabi Ibrahim telah ditangkap atas perbuatannya. Raja Namrud mencabar Nabi
Ibrahim dengan angkuh. Justeru itu Nabi Ibrahim memohon bantuan Allah.
Tentera Raja Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap kerana dipenuhi dengan
jutaan nyamuk. Akhirnya, Namrud mati diserang oleh seekor nyamuk sebagai balasan atas kekejaman
dan kezalimannya.
Firman Allah di dalam surah Al-Fath ayat 4:

Maksudnya: Dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana

Masya Allah, memang benarlah Allah itu Maha berkuasa, dengan hanya seekor nyamuk kecil dapat
menewaskan Raja Namrud yang gagah perkasa. Begitu juga yang berlaku pada masakini, negara besar
dilemahkan oleh kuasa kecil. Contohnya: Wabak denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes dapat
membunuh ramai nyawa di dalam sesebuah negara.

Berakhirlah sudah kisah Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud. Ketabahan Nabi Ibrahim dapat
mengalahkan keangkuhan Raja Namrud yang mengaku berkuasa. Sesungguhnya orang yang angkuh itu
termasuk di dalam orang yang rugi. Semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua.

Cantik sekali siburung nuri,


Hinggap sebentar di atas atap,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf salah dan silap

Wabillahitaufikwal-hidayahwassalammualaikumwarahmatuhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai