Anda di halaman 1dari 54

PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI

DISEBABKAN KEUZURAN

Cetakan pertama 2018

© Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar


ulang mana mana bahagian artikel , ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan
apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin
secara bertulis dari Penerbit.

Diterbitkan oleh: Diurus cetak oleh:


Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang Dream Worx
KOMTAR, Tingkat 48, No. 37, 1st Flr, Kapitan Square
10000 Pulau Pinang Lebuh Buckingham, 10300
Tel: 04-263 2975 Faks: 04-263 2985 Georgetown
http://mufti.penang.gov.my Pulau Pinang
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

7
KANDUNGAN
Mukadimah 10

Kedudukan Solat Dalam Kehidupan 11

Rukun Solat: Qiyam (Berdiri) 14

Hukum Solat Bagi Orang Yang Tidak Mampu 16


Berdiri

Huraian Makna ‫ قعد‬Daripada Pemahaman 20


Ahli Bahasa Arab

Afdal Duduk Secara Iftirasy 21

Keuzuran Yang Dibenarkan untuk Solat 22


Secara Duduk
Keadaan Yang Membolehkan Seseorang 25
Solat Secara Duduk

Tatacara Solat Duduk Di Atas Kerusi 28

Beberapa Cadangan atau Dhawabit 36

Hukum Solat Bagi Yang Mampu Berdiri 38


Tetapi Tidak Mampu Duduk

Hukum Bersandar Ketika Menunaikan Solat 44

Ringkasan Tatacara Sembahyang Bagi 46


Orang Uzur Sharie'

Penutup 50
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

10
Mukadimah

S olat merupakan salah satu rukun Islam yang


penting. Ia merupakan tiang agama dan amalan
pertama yang akan dipersoalkan ketika dihisab oleh
Allah  di akhirat kelak.

Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan, sama


ada ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan
sakit atau sihat, sama ada solat dilakukan secara
berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, semua
ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya kedudukan
solat di dalam Islam.

Justeru, panduan ini akan mengupas berkenaan satu


isu penting yang sering menjadi pertanyaan dalam
minda masyarakat awam iaitu persoalan dan hukum-
hakam yang berkaitan dengan isu solat secara duduk
di atas kerusi.
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

11
KEDUDUKAN SOLAT DALAM
KEHIDUPAN

P eri pentingnya kewajipan solat ini dapat dilihat


melalui beberapa nas daripada al-Quran
mahupun al-Sunnah. Antaranya, firman Allah :

‫ﭗﭘﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢ‬

Maksudnya: Sesungguhnya Akulah Allah;


tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu,
sembahlah akan Daku, dan dirikanlah
sembahyang untuk mengingati Daku.

(Surah Thaha: 14)


Firman-Nya lagi:

‫ﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢ‬

Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan


sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan
rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-
sama orang-orang yang rukuk.

(Surah al-Baqarah: 43)


PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

12
Firman-Nya lagi:
‫ﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁ‬

Maksudnya: Oleh itu, bertasbihlah engkau


dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari
orang-orang yang sujud.
(Surah al-Hijr: 98)

Berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah


Ibnu Umar , beliau berkata bahawa Rasulullah ‫ﷺ‬
bersabda:

َّ َ ُ َّ َّ َ َ َ ْ َ َ َ َ َْ ََ َ
‫الل َوأن‬ ‫اإل ْسال ُم ع خ ٍس شهادة ِ أن ال إِل إِال‬ ِ ‫ن‬ َ ِ ُ‫‏ب‬
َ َّ َ ِ ‫الة‬َ َّ َ ُ ُ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ً َّ َ ُ
‫الزكة ِ َو َح ِ ّج‬ ِ‫ِإَويتاء‬ ‫ام الص‬ ِ ‫ول ِإَوق‬ ‫ممدا عبده ورس‬
َ ْ
‫ت َو َص ْو ِم َر َمضان‬ِ ْ‫الَي‬

Maksudnya: Islam itu terbina di atas lima


perkara (iaitu): Bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah melainkan Allah
dan sesungguhnya Muhammad itu adalah
hamba-Nya dan Rasul-Nya, mendirikan
solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

13
di Baitullah, serta berpuasa pada bulan
Ramadan.
(Riwayat Muslim: 16)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa ibadah solat


adalah merupakan salah satu rukun daripada lima
rukun Islam yang wajib dilaksanakan bagi setiap
muslim yang mukalaf. Justeru, adalah haram
meninggalkan solat dalam apa juga keadaan sekalipun,
selama mana tiada keuzuran. Bahkan setiap muslim
wajib melakukan solat secara sempurna dengan
menepati hukum syarak dari segi rukun dan syaratnya.
Namun, masih terdapat kelonggaran tertentu dari
segi pelaksanaannya jika seseorang itu menghadapi
keuzuran. Allah  tidak menurunkan syariat melainkan
mengikut kadar kemampuan manusia dan manusia
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan ibadat
sesuai dengan kemampuan dirinya. Allah  berfirman:

َ‫ﮧﮨﮩﮪ‬
Maksudnya: “Oleh itu bertakwalah kamu
kepada Allah sedaya upaya kamu"

(Surah al-Taghabun: 16)


PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

14
RUKUN SOLAT: QIYAM (BERDIRI)

K ami mulakan perbincangan ini dengan salah satu


rukun solat iaitu qiyam. Disebut dalam kitab al-
Fiqh al-Manhaji (1/283-284): Wajib berdiri bagi mereka
yang mampu melakukannya.1 Hal ini berdasarkan
hadis, daripada Imran bin Hussein  katanya, aku
menghidap penyakit bawasir lalu aku bertanya kepada
Rasulullah ‫ ﷺ‬tentang solat. Baginda bersabda:
َ َ َ َ ْ َ ََ َ َ ْ َ َ ّ
‫َص ِل قائ ِ ًما فإِن ل ْم ت ْس َت ِط ْع فقاع ًِدا فإِن ل ْم ت ْس َت ِط ْع ف َعل‬
َْ
‫ب‬
ٍ ‫جن‬

Maksudnya: Bersolatlah secara berdiri, jika


tidak mampu lakukanlah secara duduk dan
jika tidak mampu juga lakukanlah secara
mengiring.

(Riwayat al-Bukhari : 1066)

Seseorang itu dianggap berdiri apabila dia berdiri


tegak.2 Sekiranya dia membongkok tanpa sebab yang
dimaafkan (‫ذر‬ٌ ُ‫ )ع‬hingga tapak tangannya menyentuh
lutut, solatnya batal disebabkan tiada rukun berdiri
pada satu bahagian solat tersebut.
1 Sepakat Ulama dan Fuqaha bahawa qiyam adalah rukun dalam solat fardu bagi mereka yang mampu. Ia
berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadis. Lihat al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah (34/106-107)
2
Sepakat Fuqaha dikehendaki dengan qiyam yang dituntut oleh Syarak dalam solat ialah berdiri secara tegak
dan tidak mengapa jika sedikit condong yang tidak sampai kepada tahap sama seperti rukuk sekira-kira jika
dia menjulur tapak tangannya tidak sampai ke lutut. Lihat al-Durr al-Mukhtar (1/414); Hasyiah al-Dusuki
(1/231); Nihayah al-Muhtaj (1/347); Mughni al-Muhtaj (1/153); dan al-Mughni (1/463)
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

15
Orang yang mampu berdiri pada sebahagian
solatnya dan tidak berdaya pada sebahagian yang
lain, hendaklah berdiri setakat yang termampu dan
bolehlah duduk pada semua bahagian yang lainnya.

Berdiri bagi yang mampu hanya wajib pada


solat fardu, manakala solat sunat boleh dilakukan
secara duduk sama ada seseorang itu mampu berdiri
atau pun tidak kerana hukum berdiri pada semua solat
tersebut hanya sunat. Hal ini berdasarkan hadis, Nabi
‫ ﷺ‬bersabda:

ُ ْ ُ َ َ ً َ َّ َ ْ َ َ َْ َ َّ
‫من َصل قائ ِ ًما فهو أفضل ومن صل قاعِدا فله ن ِصف‬
َ ْ ْ َ ُ ْ ُ َ َ ً َ َّ َ ْ َ َ َْ ْ َ
‫أج ِر القائ ِ ِم ومن صل نائِما فله ن ِصف أج ِر القا ِع ِد‬

Maksudnya: Sesiapa yang bersolat secara


berdiri itulah yang afdal dan sesiapa yang
bersolat secara duduk dia mendapat separuh
pahala solat berdiri dan sesiapa yang bersolat
secara mengiring dia mendapat separuh
pahala solat duduk.

(Riwayat al-Bukhari: 1065)


PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

16
HUKUM SOLAT BAGI ORANG YANG
TIDAK MAMPU BERDIRI

P ada asalnya, berdiri bagi yang mampu adalah


rukun dalam solat. Namun begitu, syarak
membenarkan seseorang itu duduk sekiranya dia tidak
mampu berdiri.3 Seseorang yang tidak mampu solat
secara berdiri, dia dibolehkan bersolat secara duduk.
Jika tidak mampu duduk, maka dibolehkan solat secara
berbaring dan begitulah seterusnya. Sebagaimana
yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
daripada Imran bin Hussein  yang mengadu kepada
Rasulullah ‫ ﷺ‬tentang beliau mengidap penyakit
bawasir, lalu Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

ُ ‫ت ب بَ َواس‬ ْ َ َ َ َ ُ ْ َ َّ َ َ ْ ‫ان بْن ُح َص‬َ َْ ْ َ


‫ِري‬ ِ ‫ كن‬:‫ي ر ِض الل عنه قال‬ ٍ ِ ‫عن عِمر‬
ّ َ َ َ َ َ َّ ْ َ َ َّ َ َ ْ َ َ َ ّ َّ َ َّ َّ ُ ْ َ َ َ
‫(ص ِل‬ :‫الصلة ِ فقال‬ ‫فسألت انل ِب صل الل عليهِ وسلم عن‬
َْ َََ ْ َ َْ َْ ْ َ ً ََ ْ َ َْ َْ ْ َ ً َ
‫ب‬
ٍ ‫قائِما فإِن لم تست ِطع فقاعِدا فإِن لم تست ِطع فعل جن‬

Maksudnya: Dahulu aku pernah mengidap


penyakit bawasir, lalu aku bertanya kepada
Nabi ‫ ﷺ‬tentang solat. Jawab Baginda: Solatlah
secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka
3 Sepakat ulama bahawa berdiri pada masa solat akan gugur pada solat fardu dan sunat dengan sebab lemah
untuk berdiri, sakit atau lainnya. Ini berdasarkan hadis Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam Sahih al-Bukhari. Lihat al-Mau-
su`ah al-Fiqhiyyah (34/107)
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

17
solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu
juga, maka solatlah di atas rusuk (mengiring).

(Riwayat Bukhari: 1050)

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani :

‫استدل به من قال ال ينتقل المريض إىل القعود إال بعد‬


‫عدم القدرة ىلع القيام‬

Maksudnya: Berhujah dengan hadis ini ulama


yang berpendapat bahawa tidak dibolehkan
seseorang yang sakit itu berpindah kepada
duduk (ketika solat) melainkan setelah dia
tidak mampu untuk berdiri.4

Berdasarkan kepada nas tersebut, jelas


menunjukkan bahawa bagi mereka yang betul-betul
tidak mampu berdiri, bolehlah bersolat secara duduk
sama ada di atas lantai dengan berbagai cara seperti
duduk secara iftirasy, bersila dan sebagainya atau
duduk di atas kerusi. Ini kerana sabda Rasulullah ‫ﷺ‬
dalam hadis tersebut adalah bersifat umum dengan
menyebut ‫قَا ِعدً ا‬
(duduk) dan Baginda tidak menyuruh
4
Fath al-Bari, Syarah Sahih al-Bukhari. Jld. 2. Hlm. 588
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

18
duduk di atas lantai tetapi hanya menyuruh duduk
secara mutlak sama ada duduk di atas lantai, atas
kerusi atau seumpamanya. Malah penggunaan bahasa
Arab juga menyebut duduk atas kerusi itu juga dengan
ُ
perkataan ‫( ق ُعود‬duduk). Ini amat jelas sebagaimana
yang disebut dalam sahih Muslim yang diriwayatkan
oleh Abu Rifa’ah :
ُ َّ َ َّ َّ ّ َّ َ ُ ْ َ َ ْ َ َ َ ُ َ َ َ
‫ب َصل الل َعليْهِ َو َسل َم َوه َو‬ ِ ِ ‫قال أبو رِفاعة انتهيت إِل انل‬
ُ َ ْ َ َ َ ٌ َ ٌ ُ َ َّ َ ُ َ َ ُ ْ ُ َ َ َ ُ ُ ْ َ
‫يطب قال فقلت يا رسول اللِ رجل غ ِريب جاء يسأل‬
َ
َّ ُ
ِ‫ع َر ُسول الل‬ َّ َ َ ‫ فَأ ْق َب َل‬- ‫ قَ َال‬- ‫ِين ُه‬
ُ ‫ال يَ ْدري َما د‬ َ
ِ‫ع ْن دِينِه‬
َ
ِ
ُ
َ‫الل َعلَيْهِ َو َس ّلَ َم َوتَ َر َك ُخ ْط َب َت ُه َح َّت انْ َت َه إ ِ َ َّل فَأ ِت‬َّ ‫َص َّل‬
ُ َ ََ َ َ ً َ َُ ََ ُ ْ َ ّ ِ ْ ُ
‫ فق َع َد َعليْهِ َر ُسول‬- ‫ قال‬- ‫ِيدا‬ ‫س حسِبت قوائِمه حد‬ ٍ ‫بِكر‬
ُ ُ َّ ُ َ َّ َ َّ ّ َ َّ َ َ ّ َّ َّ
‫الل ث َّم‬ ‫اللِ َصل الل َعليْهِ َو َسل َم َو َج َعل ُي َعل ُِم ِن مِما علمه‬
َ َََ ُ ََ
‫أت خ ْط َب َت ُه فأت َّم آخ َِرها‬

Maksudnya: Daripada Abu Rifa'ah ,


katanya: "Aku tiba di tempat Rasulullah ‫ﷺ‬.
berada ketika beliau sedang berkhutbah. Lalu
aku berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah!
Aku seorang asing, sengaja datang hendak
bertanya kepada anda perihal agama yang aku
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

19
belum tahu, apakah agama itu?" Rasulullah ‫ﷺ‬.
mendatangiku dan memutuskan khutbahnya.
Ketika beliau telah sampai hampir denganku,
diberikan orang sebuah kerusi, yang seingatku
kakinya terbuat dari besi, untuk tempat duduk
beliau. Rasulullah ‫ ﷺ‬duduk di kerusi itu, lalu
beliau ajarkan kepadaku perihal agama yang
telah diajarkan Allah kepada beliau. Sesudah
itu beliau meneruskan khutbahnya hingga
selesai." 5

Dalam sunan Abi Daud dan an-Nasa’i:


َ ُ ْ َ َ َ ُ ْ ُ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ َ ُ َ ْ ُ َ َّ َ
‫ت عبْ َد‬ ‫حدث ِن شعبة قال س ِمعت مال ِك بن عرفطة س ِمع‬
َ َ ّ ِ ْ ُ َ ُ ُ َ َّ َ ِ َ ًّ َ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ
‫س فق َع َد‬ ٍ ‫ أ ِت بِكر‬- ‫ رض الل عنه‬- ‫ي قال رأيت عل ِيا‬ ٍ ‫خ‬
َ َ ْ َ َ َّ ُ ً َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ ْ ُ َ ُ َّ ُ ْ َ َ
‫وز مِن ما ٍء فغسل يديهِ ثالثا ثم تمضمض‬ ٍ ‫عليهِ ثم أ ِت بِك‬
َ ْ ْ َ َ
‫اق ب ِ َما ٍء َواح ٍِد‬
ِ ‫مع االِستِنش‬

Maksudnya: “Berkata Syu’bah, aku mendengar


daripada Malik Bin ‘Urfutoh dari Abdul
Khair dia berkata: Aku pernah melihat Ali ;
didatangkan kepadanya sebuah kerusi, lalu
dia duduk di atasnya. Kemudian didatangkan
kepadanya sebuah bekas berisi air. Lalu
5 Hadis Riwayat Muslim No. 876 (Sunan Abu Daud, Jilid 1, Hlm. 28, Hadis 113, Sunan an-Nasa’i, Jilid 1,
Hlm. 137, Hadis 93)
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

20
dia mencuci tangannya tiga kali, kemudian
berkumur-kumur serta memasukkan air ke
hidungnya dengan sekali ambilan."

(Sunan Abu Daud6 , Sunan an-Nasa’i7 )

HURAIAN MAKNA ‫ قعد‬DARIPADA


PEMAHAMAN AHLI BAHASA ARAB

A hli Bahasa Arab telah memberikan makna yang


berbeza di antara perkataan ‫ قعد‬dengan ‫جلس‬
yang mana kedua-duanya mempunyai terjemahan
yang sama dalam Bahasa Melayu. Antaranya seperti
berikut :
‫ هو االنتقال من سفل إىل‬:‫قد فرق بـينـهـمـا بأن اجللوس‬
‫ هو االنـتـقـال من علو إىل أسفل فعىل األول‬:‫علو والقعود‬
:‫ اجلس وىلع اثلـاين لمن هو قائم‬:‫يقال لمن هو نـائـم‬
‫اقعد‬

Maksudnya: Perbezaan di antara kedua-duanya


iaitu kalimah ‫ اجللوس‬:
Iaitu perpindahan
daripada bawah ke atas, manakala perkataan
‫القعود‬: Iaitu perpindahan daripada atas ke
6
Sunan Abu Daud Jilid 1, Hlm. 28, Hadis 113
7
Sunan an-Nasa’I, Jilid 1, Hlm. 137, Hadis 93
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

21
bawah. (Berdasarkan kepada penjelasan) yang
pertama, maka arahan duduk ditujukan bagi
orang yang sedang tidur dengan . Dan ‫اجلس‬
yang kedua pula, diberikan arahan bagi orang
yang sedang berdiri dengan perkataan .
8
‫اقعد‬
Berkata ‘Allamah Murthadha pula:

‫القعود من القيام واجللوس من الضجعة ومن السجود‬

Maksudnya: ‫القعود‬
daripada perbuatan berdiri,
manakala ‫اجللوس‬
pula daripada perbuatan
mengiring dan sujud. 9

AFDAL DUDUK SECARA IFTIRASY

P enjelasan di atas menunjukkan keharusan solat


secara duduk dengan apa cara sekalipun, walau
bagaimanapun terlebih afdal bagi yang berkemampuan
adalah duduk secara iftirasy (duduk ketika tasyahud
awal), hal ini berdasarkan pandangan Imam al-Nawawi:
َّ
‫ قعد كيف‬..‫ ولو عجز عن القيام‬:‫قال انلووي رمحه الل‬
‫شاء وافرتاشه أفضل من تربعه يف األظهر‬

8
Al-Mu’jam al-Furu’ al-Lughawiyyah, Abu Hilal al-Askari, Hlm. 637
9
Taj al-Urus, Murtadha al-Zabidi, Hlm. 164
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

22
Maksudnya: Imam Nawawi Rahimahullah
menyatakan: Dan sekiranya seseorang itu
lemah daripada berdiri, dia boleh duduk
seperti mana yang diingini... dan duduk secara
Iftirasy itu terlebih baik berbanding duduk
bersila menurut pendapat yang lebih kuat”.10

KEUZURAN YANG DIBENARKAN


UNTUK SOLAT SECARA DUDUK

B erkata Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam


kitab al-Majmuk:

‫امجعت االمة يلع أن من عجز عن القيام يف الفريضة‬


‫صالها قاعدا وال إاعدة عليه قال اصحابنا وال ينقص ثوابه‬
‫عن ثوابه يف حال القيام ألنه معذور وقد ثبت يف صحيح‬
َّ َ َ ّ َّ َّ ُ
‫ابلخاري أن َر ُسول اللِ َصل الل َعليْهِ َو َسل َم قال " إذا‬
‫مرض العبد أو سافر كتب هل ما اكن يعمل صحيحا مقيما‬
‫" قال اصحابنا وال يشرتط يف العجز أن ال يتأىت القيام‬
‫وال يكىف أدىن مشقة بل المعترب المشقة الظاهرة فإذا‬
‫خاف مشقة شديدة أو زيادة مرض أو حنو ذلك أو خاف‬
10
Minhaj al-Thalibin, Imam al-Nawawi, Hlm. 97
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

23

‫راكب السفينة الغرق أو دوران الرأس صىل قاعدا وال ااعدة‬

Maksudnya: “Umat telah bersepakat


bahawa sesiapa yang tidak mampu untuk
berdiri di dalam solat fardu, maka dia boleh
melakukannya secara duduk dan solat tersebut
tidak perlu diulangi. Demikian juga pahalanya
(solat secara duduk) tidak berkurang daripada
solat secara berdiri kerana dia diberikan
keuzuran. Telah sabit di dalam Sahih al-
Bukhari bahawasanya Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:
َ ِ ‫إ َِذا َمر َض الْ َعبْ ُد أَ ْو َسافَ َر ُكت‬
ً ‫ب َ ُل َما َك َن َي ْع َم ُل ُم ِق‬
‫يما‬ ِ
ً ‫َصح‬
‫يحا‬ ِ

Maksudnya: Apabila seseorang hamba itu


sakit ataupun dia bermusafir akan dituliskan
(ganjaran) untuknya sama seperti mana
amalan yang dilakukan oleh seorang yang
dalam keadaan bermukim dan seorang yang
dalam keadaan sihat.”.

(Hadis riwayat al-Bukhari : 2774)


PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

24
Berkata Ashab kami, tidak disyaratkan pada lemah itu
semata mata tidak dapat berdiri dan tidak memadai
sekadar sedikit kepayahan, bahkan perlu diambil
kira kepayahan yang jelas. Sekiranya seseorang (yang
solat secara berdiri) itu takutkan kesusahan yang kuat
atau bertambahnya kesakitan, ataupun seorang yang
berada di atas sampan takut tenggelam (jika solat
berdiri) ataupun dia berasa pening kepala maka dia
boleh untuk solat secara duduk serta tidak perlu untuk
mengulanginya.11

Di dalam Al-Taqrirat Al-Sadidah pula dijelaskan


pendapat Imam al-Ramli:
‫ جيوز هل أن جيلس إذا حلقته مشقة تذهب‬:‫وعند الرميل‬
‫اخلشوع‬

Maksudnya: “Imam al-Ramli menyatakan:


Dibolehkan untuk seseorang itu solat secara
duduk apabila terdapatnya masyaqqah
(kepayahan) yang boleh menghilangkan
kekhusyukan (semasa solat).” 12

11
Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Imam al-Nawawi, Jil. 4, Hlm. 310
12
Al-Taqrirat Al-Sadidah, Hasan Bin Ahmad Al-Kaf, Hlm. 214
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

25
Kata Imam Al-Nawawi:
‫ أن يلحقه‬:‫اذلي اختاره إمام احلرمني يف ضبط العجز‬
‫مشقة تذهب خشوعه‬

Maksudnya: “Imam al-Haramain (Abdul Malik


al-Juwaini .) berpandangan bahawa kriteria
tidak mampu berdiri itu adalah sekiranya dia
berdiri, akan menyebabkan masyaqqah yang
menghilangkan kekhusyukan.” 13

KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN


SESEORANG SOLAT SECARA DUDUK

D i dalam kitab-kitab Feqah para ulama terdahulu,


terdapat beberapa perkara atau contoh yang
dianggap sebagai masyaqqah (kepayahan) yang
membolehkan seseorang itu solat secara duduk.

Berikut beberapa contoh:


a. Tidak mampu untuk berdiri.
b. Mempunyai penyakit yang akan bertambah teruk
sekiranya bersolat secara berdiri.
c. Berada di atas kapal, sampan, atau perahu, yang
13
Raudhah al-Tholibin, Imam An-Nawawi, Hlm. 341
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

26
ditakuti akan tenggelam sekiranya melakukan
solat secara berdiri di atasnya.
d. Seseorang yang berasa pening kepala.
e. Sakit yang boleh mengganggu khusyuk di dalam
solat.
f. Solat di atas kapal terbang jika dikhuatiri jatuh atau
berada pada kedudukan yang tidak stabil apabila
dilakukan solat secara berdiri.
g. Solat di dalam kereta api seperti perkhidmatan
ETS (Electric Train Service) dan seumpamanya.
h. Seseorang yang mengalami penyakit salis al-baul
yang jika sekiranya dia berdiri akan menyebabkan
air kencingnya mengalir atau lebih banyak akan
mengalir keluar.

Selain daripada itu, dibolehkan juga bagi sesiapa yang


melakukan solat di atas kapal terbang untuk solat
secara duduk. Demikian juga halnya bagi sesiapa
yang menaiki kereta api dan ingin melakukan solat
di dalamnya, sekiranya mengalami masyaqqah yang
sama.
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

27
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

28
TATACARA SOLAT DUDUK DI ATAS
KERUSI

B agi sesiapa yang mempunyai masyaqqah


(kepayahan) untuk solat secara berdiri disebabkan
oleh penyakit ataupun perkara selainnya, berikut
dinyatakan beberapa tatacara yang boleh dilakukan
untuk solat dalam keadaan tersebut:

a. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berdiri di


sepanjang solatnya maka bolehlah dia solat secara
duduk dari awal hingga akhir solatnya, walau
bagaimanapun beliau wajib berdiri semula pada
mana-mana qiyam solatnya serta rukuk dan sujud
dilakukan seperti biasa sekiranya dia mampu
berbuat demikian.

b. Sekiranya seseorang solat duduk di atas kerusi dan


tidak mampu untuk berdiri ketika takbiratul ihram,
maka dia boleh untuk melakukannya secara duduk.
Ini kerana kaedah menyebut orang yang solat,
apabila mampu melakukan sesuatu perbuatan
yang wajib maka wajib dilakukannya, dan sesiapa
yang lemah melakukannya maka gugur daripada
melakukannya.
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

29
c. Jika seseorang itu mampu berdiri dan rukuk tetapi
tidak mampu untuk sujud hendaklah dia berdiri
dan rukuk seperti biasa kemudian bolehlah duduk
ketika melakukan sujud.

d. Jika seseorang itu mampu berdiri untuk solat dan


tidak mampu untuk rukuk dan sujud, hendaklah
dia berdiri terlebih dahulu. Kemudian dibolehkan
dia duduk dan melakukan rukuk dan sujud.
Ini kerana rukun berdiri semasa qiyam wajib
dilaksanakan. Adalah ditegaskan bahawa tidak
boleh dan tidak sah sekiranya dia terus duduk
sekiranya dia mampu berdiri. Jika tidak mampu
berdiri yang paling utama adalah duduk di atas
lantai, dan duduk secara Iftirasy adalah lebih utama
berbanding duduk secara tawarruk dan tarabbu`.

e. Sekiranya tidak mampu, maka dibolehkan untuk


solat secara duduk di atas kerusi. Sesiapa yang tidak
mampu untuk berdiri maka dibolehkan untuknya
duduk atas kerusi. Daripada Ibnu Umar 
َ َ َ َ َّ ّ َّ َ َّ َّ َ ُّ َّ َ َ
ِ‫السف ِر ع َراحِلتِه‬ ‫الل َعليْهِ َو َسل َم يُ َص ِل ِف‬ ‫كن انل ِب صل‬
َ َ َّ َّ َ ْ َ َّ َ َ ُ ْ َ
‫اء َصالةَ الليْ ِل إِل الف َرائِض‬ ُ ُ
َ ‫ِئ إ‬
ً ‫يم‬
ِ ‫حيث توجهت بِهِ يوم‬
َ ََ
ِ‫َو ُيوت ُِر ع َراحِلتِه‬
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

30
Maksudnya: “Rasulullah ‫ ﷺ‬pernah bersolat
ketika musafir di atas tunggangannya. Ke
mana arah pun tunggangnya itu menghadap,
baginda melakukan isyarat untuk solat malam.
Baginda tidak melakukan demikian dalam
solat fardu. Baginda juga bersolat witir atas
tunggangannya.”

(Riwayat al-Bukhari : 1000)

Manakala rukuk dan sujud pada kedua-dua keadaan


di atas wajiblah dilakukan sebagaimana biasa. Imam
al-Nawawi menegaskan dengan berkata:

‫ هذا إذا قدر القاعد ىلع‬.‫واما سجوده فكسجود القائم‬


‫الركوع والسجود‬

Maksudnya: “Dan adapun sujudnya (orang


yang solat secara duduk) seperti sujud orang
yang solat secara berdiri. Ini apabila orang
yang solat secara duduk itu mampu untuk
rukuk dan sujud.” 14

Imam Nawawi membahaskan tentang sujud seseorang


yang boleh meletakkan dahi dan seluruh anggota yang

14
Raudhah al-Tholibin, Imam al-Nawawi, Hlm. 342
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

31
lain di atas lantai kepada tiga;

1. Bahagian atas lebih tinggi dari bahagian bawah


bermaksud kepala seseorang itu lebih tinggi
dari punggungnya maka sujud ini tidak sah
kerana tidak menepati makna sujud.

2. Bahagian bawah lebih tinggi dari bahagian atas


walaupun kedudukan kepala itu agak tinggi
sedikit seperti diletakkan bantal di tempat
sujud, inilah sujud yang dituntut syarak.

3. Separas bahagian atas dan bahagian bawah


bermaksud kedudukan kepala separas atau
selari dengan kedudukan punggung, maka
tidak sah pada pandangan Qaūl Asah mazhab
Syafie.15

f. Sekiranya dia mampu untuk berdiri, namun berasa


payah untuk rukuk dan sujud, maka hendaklah dia
solat secara berdiri kemudian dia rukuk dan sujud
di atas kerusi. Dalam kes ini, perbuatan rukuk
dan sujud dilakukan secara isyarat sahaja. Iaitu
seseorang itu mengisyaratkan kepalanya dengan
tunduk sedikit semasa rukuk dan semasa sujud pula
hendaklah menundukkan kepalanya lebih sedikit
15
Raudhatul Thalibin, Jld 1, Hlm 362,367
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

32
dari kadar tunduknya semasa rukuk. Adapun had
paling minimum rukuk bagi orang yang solat duduk
ialah menundukkan kepala sehingga dahinya
setentang dengan kawasan di hadapan lututnya.
Manakala had paling sempurna pula ialah apabila
dahinya setentang atau berhampiran dengan
tempat sujudnya.16 Tidaklah perlu sujud dengan
meletakkan tapak tangan dan dahi di atas sesuatu
yang berada di hadapannya seperti yang dilakukan
oleh sesetengah penumpang kapal terbang yang
menjadikan meja makan sebagai tempat sujud
ataupun menempah kerusi khusus yang disiapkan
meja kecil untuk dijadikan tempat sujud. Ini
berdalilkan hadis Nabi ‫ ﷺ‬yang diriwayatkan oleh
Imam al-Tabarani:

َّ َ َ ّ َّ َّ ُ
‫ من‬:‫ قال َر ُسول اللِ َصل الل َعليْهِ َو َسل َم‬:‫عن ابن عمر قال‬
‫استطاع منكم أن يسجد فليسجد ومن لم يستطع فال يرفع إىل‬
‫جبهته شيئا ليسج عليه ولكن ركوعه وسجوده يومئ برأسه‬

Maksudnya: “Daripada Ibnu Umar dia berkata:


Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: Sesiapa yang mampu
sujud dikalangan kamu, maka hendaklah ia
sujud dan sesiapa yang tidak mampu, maka
16
Rujuk Nihayah al-Muhtaj, Jld.1. Hlm. 469
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

33
janganlah dia mengangkat sesuatu ke dahinya
untuk dia sujud ke atasnya, tetapi rukuk dan
sujudnya secara isyarat dengan kepalanya.” 17

Dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi:


ُ‫يضا فَ َرآه‬ً َ َ َّ َ َ ْ َ َ َّ َّ َ ُّ َّ َ َ َ َ َ ْ َ
ِ‫ عد انل ِب صل الل عليهِ وسلم مر‬:‫عن جاب ِ ٍر قال‬
ْ َْ ََ ّ َ َ َ َ َ ََ ّ
‫ "ص ِل ع الرض إِن‬:‫ َوقال‬٬‫ ف َر َم ب ِ َها‬، ‫يُ َص ِل ع وِ َساد ٍة‬
ِ ْ
ْ‫خ َف َض مِن‬ْ َ َ َ ُ ُ ْ َ ْ َ ً َ ِ ْ َ َ َّ َ ْ َ َ ْ
‫ واجعل سجودك أ‬،‫ ِإَول فأوم إِيماء‬٬‫ا ِستطعت‬
َ ُ
‫ُركوعِك‬

Maksudnya: Daripada Jabir; Nabi ‫ ﷺ‬pernah


menjenguk orang sakit. Baginda melihat orang
itu sedang solat di atas bantal, lalu Baginda
membuangnya. Nabi ‫ ﷺ‬bersabda: "Solatlah di
atas tanah jika engkau mampu, jika tidak maka
gunalah isyarat dan jadikan (isyarat) sujudmu
lebih rendah daripada (isyarat) rukuk-mu." 18

Hadis ini menjelaskan bahawa pesakit yang tidak


mampu untuk sujud di atas lantai tidaklah perlu
menjadikan sesuatu benda bagi sujud di atasnya dan
juga hendaklah dapat dibezakan di antara rukuk dan
17
Al-Mu'jam Al-Aushat 15/365
18
Sunan Al-Kubra (10/54) : Hadis no. 3819
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

34
sujud dengan dilakukan sujud lebih rendah daripada
rukuk.19

Imam al-Shafie pula menjelaskan di dalam kitab Al-


Umm:
‫وال يرفع إىل جبهته شيئا ليسجد عليه ألنه ال يقال هل‬
‫ساجد حىت يسجد بما يلصق باألرض فإن وضع وسادة‬
َّ
‫ىلع االرض فسجد عليها أجزأه ذلك إن شاء الل تعاىل‬

Maksudnya: “Dan tidaklah perlu dia


mengangkat sesuatu benda ke dahinya untuk
sujud di atasnya, kerana bahawa tidak
dikatakan baginya orang yang sujud sehingga
dia sujud ke atas sesuatu yang berhubung
terus dengan lantai. Maka jika dia meletakkan
bantal di atas lantai dan sujud di atasnya,
maka telah memadai, Insya Allah”.20

Imam al-Nawawi pula mentarjih pandangan ini dan


beliau menjelaskan inilah pendapat yang asah di dalam
mazhab, katanya:

‫بل يكفيه اخلفض المذكور قال الرافيع هذا أشبه بكالم‬


‫االكرثين الن هيئة السجود متعذرة فكيفيه اخلفض الممكن‬
19
Fath Al- A'llam Syarh Bulug Al-Maram, Jld.1. hlm.153
20
Al-Umm, Jld.1. hlm.100
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

35
Maksudnya: “Bahkan cukup sekadar tunduk
yang tersebut. Berkata Imam al-Rafi’e: Inilah
lebih hampir kepada pendapat kebanyakan
ulama, kerana sujud seperti biasa tidak mampu
lagi dilakukan, maka memadai sekadar tunduk
yang mampu dilakukan." 21

Kesimpulannya, bagi seseorang yang bersolat secara


duduk, termasuk duduk di atas kerusi, tetapi rukun
fi’li (perbuatan) boleh dilakukan dengan sempurna,
maka hendaklah ia dilakukan mengikut keadaan
asalnya. Contohnya, seseorang yang mampu untuk
rukuk dalam keadaan asalnya yakni secara berdiri
hendaklah melakukannya dalam keadaan berdiri.
Begitu juga bagi sifat sujud. Mana-mana rukun fi’li
yang tidak boleh dilakukan dengan sempurna sahaja,
dibolehkan untuk melakukannya secara isyarat sambil
duduk di atas kerusi. Ini adalah berdasarkan kepada
maksud firman Allah  di dalam surah al-Taghabun
ayat 16: “Bertaqwalah kamu kepada Allah setakat
mana yang kamu mampu”. Hal ini juga bersesuaian
dengan kaedah Fiqh yang berbunyi:
َ ُ َ ُ ُ ْ َ َ ََ َ
‫ار إِل ابلَ َد ِ َل‬ ‫إِذا بطل األصل يص‬

21
Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Jld.3. Hlm. 436
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

36
Maksudnya: “Jika batal hukum asal maka
berpindah kepada hukum ganti.”

Berkata Syeikh Ahmad al-Zarqa dalam Syarh al-Qawaid


al-Fiqhiyyah (Hlm. 287):
َ ‫صل بأَن َصار متعذرا ً يُ َصار إ َل ْالَ َدل أما َما َد‬
‫ام‬ ْ َ‫إذا بَطل األ‬
ِ ِ ِ
ْ َ ََ َ
ْ ‫األ‬
‫صل ُممكنا فل يُ َصار إِل الَ َدل‬

Maksudnya:“Jika batal hukum asal dengan


jadinya seseorang itu uzur maka berpindah
hukum kepada hukum ganti. Adapun selama
mana hukum asal itu boleh dilakukan maka
tidak boleh berpindah kepada hukum ganti.”

BEBERAPA CADANGAN ATAU


DHAWABIT

Beberapa cadangan atau dhawabit bagi sesiapa yang


ingin melaksanakan solat secara duduk di atas kerusi
seperti berikut:

a. Hendaklah kedudukan kerusi yang digunakan oleh


para jemaah yang uzur atau tidak mampu berdiri
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

37
itu berada di hujung saf. Namun tidaklah mengapa
sekiranya kerusi berada di tengah saf dalam kes
makmum yang lain datang lewat sedangkan solat
sudah pun didirikan, malah jika sekiranya dia
berada di hujung saf juga maka ia akan terasing dari
jemaah dan terputus saf daripada mereka.

b. Jika sekiranya kumpulan ini ramai, alangkah baik


dikhususkan bagi mereka pada satu tempat. Hal ini
dilakukan oleh sebahagian masjid di negara Arab.

c. Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari


dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di
sebelah.

d. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas


kerusi hendaklah tidak melebihi kedudukan imam.

e. Orang yang duduk di atas kerusi tetapi boleh berdiri


hendaklah mendekatkan seboleh mungkin dengan
garisan saf untuk mewujudkan keselarian antara
saf.

f. Kerusi yang digunakan hendaklah bersaiz kecil dan


tidak terlalu besar, ini supaya keseragaman saf
dapat dijaga serta memberikan keselesaan bagi
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

38
jemaah yang lain.

g. Jika seseorang itu solat secara duduk secara


berterusan maka kedudukan belakang badannya
hendaklah selari dengan orang yang solat di
sebelahnya.

HUKUM SOLAT BAGI YANG MAMPU


BERDIRI TETAPI TIDAK MAMPU
DUDUK

B erdiri adalah salah satu rukun solat bagi solat fardu,


termasuklah solat kanak-kanak, solat yang diulang
dan solat yang dinazarkan.22

Maksud berdiri yang sempurna ialah membetulkan


belakang, tidak condong ke mana-mana arah ataupun
condong ke hadapan tetapi masih hampir dari had
berdiri jika dibandingkan dengan had rukuk. Tetapi sah
berdiri dalam keadaan had rukuk disebabkan tua atau
sakit. Memadai berdiri serta makruh jika bersandar
kepada sesuatu, sekalipun jika dibuang sandaran
itu berkemungkinan dia jatuh, tetapi tidak memadai
bersandar yang keterlaluan dimana sekiranya diangkat
salah satu kakinya ia akan jatuh kerana tidak dinamakan
berdiri lagi.
22
Hasyiah Baijuri, Jld.1. Hlm. 151
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

39
Termasuk dalam kategori yang mampu berdiri
dengan menggunakan tongkat di sepanjang waktu
solatnya atau ada orang yang boleh membantunya
berdiri pada awal solatnya sahaja sama ada dengan
percuma atau dikenakan bayaran yang sepadan.23

Tatacara solat bagi yang mampu berdiri tetapi tidak


mampu rukuk dan sujud;

1. Seseorang yang mampu solat secara berdiri tetapi


tidak mampu untuk rukuk dan sujud daripadanya
seperti sebab sakit tulang belakangnya, hendaklah
ia solat secara berdiri dan lakukan rukuk, sujud
dengan membongkokkan badannya sekadar
yang termampu. Sekiranya tidak mampu untuk
membongkokkan badan hendaklah pula dengan
menggunakan tengkuknya dan kepala. Sekiranya
tidak mampu juga, hendaklah ia mengisyaratkan
rukuk dan sujud. Ini berdasarkan hadis Nabi ‫ﷺ‬:

‫إذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم‬

Maksud: Apabila aku menyuruh kamu dengan


sesuatu perkara, maka lakukanlah sekadar
kemampuan kamu.

23
Raudhatul Thalibin, Jld. 1. Hlm. 339-340; Hasyiah Bajuri. Jld. 1. Hlm. 151; Hasyiah al-Qa-
lyubi wa Umairah, Jld. 1. Hlm. 145
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

40
2. Diwajibkan bagi orang yang mampu rukuk tetapi
tidak mampu sujud (yakni solat dalam keadaan
berdiri), untuk sujud dalam bentuk rukuk
dengan menundukkan kepala lebih daripada had
kesempurnaan rukuk, sekiranya mampu. Sekiranya
tidak mampu, maka sujudlah dalam bentuk rukuk.
Perkara ini diterangkan oleh Imam Syamsuddin al-
Ramli dalam kitab Nihayah al-Muhtaj (1/469):

ُّ ‫وع َف َق ْط َك َّر َرهُ ل‬ ُ ُّ ََ ّ ْ َ َ


ِ‫جود‬ ُ ‫ِلس‬ ِ ‫الرك‬ ‫َول ْو ق َد َر ال ُم َص ِل ع‬
ْ‫وع َت َع َّي َنت‬ ُ ُّ ْ َ ََ َ َ ََ َ
ِ ‫الرك‬ ‫َو َم ْن ق َد َر ع زِياد ٍة ع أكم ِل‬
َ
ََ
‫ب بَيْ َن ُه َما ع‬ ٌ ‫جودِ ِلَ َّن الْ َف ْر َق َواج‬ ُّ ‫ادةُ ل‬
ُ ‫ِلس‬ َ َّ َ ْ
‫الزي‬
ِ ِ ‫ت ِلك‬
ُ ‫جودِ َّإل أَ ْن ي َ ْس‬
ِ‫ج َد ب ِ ُم َق َّدم‬ ُّ ‫ج َز َع ْن‬
ُ ‫الس‬ َ ‫كن َول َ ْو َع‬ ّ َ ْ
ِِ ‫ال ُمت َم‬
ْ
‫ب‬ َ ‫َرأ ِسهِ أَ ْو ُص ْد ِغهِ َو َك َن ب َذل َِك أَقْ َر َب َإل ْالَ ْر ِض َو َج‬
ِ

Maksudnya:“Sekiranya orang bersolat itu


hanya mampu untuk rukuk sahaja (tanpa sujud
seperti biasa) maka dia perlu mengulangi
rukuk bagi sujud. Dan barang siapa yang
mampu untuk menambah (turun) lebih
(bawah) daripada kadar kesempurnaan rukuk
maka hendaklah dia menambah tunduk itu
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

41
bagi sujud. Ini kerana mewujudkan perbezaan
(antara rukuk dan sujud) itu wajib bagi orang
yang berkuasa melakukannya sekalipun dia
tidak mampu sujud (seperti biasa). Sekiranya
dia mampu sujud dengan bahagian hadapan
kepalanya, atau dengan pelipisnya, dan itulah
bentuk yang menjadikan (kepalanya) lebih
rapat ke bumi maka wajib dia melakukannya.”

Had paling minimum untuk rukuk bagi orang yang solat


berdiri adalah had turunnya badan apabila kedua-dua
tapak tangannya memegang lututnya. Manakala had
kesempurnaannya pula adalah menurunkan badan
sehingga rata tulang belakangnya.
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

42

PERSOALAN
Adakah wajib tankis, iaitu menjadikan punggung lebih
tinggi daripada kepala?.

Jawapannya adalah tidak, kerana sudah hilang haiah


(bentuk) sujud, bahkan hanya wajib untuk menurunkan
badan pada membezakan sahaja antara rukuk dan
sujud sekiranya mampu, pada had sempurna rukuk.
Sekiranya tidak mampu, maka sujudlah dalam keadaan
rukuk. Perkara ini diisyaratkan oleh Imam Ibrahim al-
Baijuri dalam Syarh Fath al-Qarib, dan disebut juga
oleh Imam Khatib al-Syirbini dalam al-Iqna`. Kata al-
Baijuri:
‫فإن أمكنه السجود ىلع حنو وسادة يضعها حتت جبهته مع‬
‫اتلنكيس لزمه حلصول هيئة السجود بذلك وإن اكن بال‬
‫تنكيس لم يلزمه السجود عليها لفوات هيئة السجود بل‬
‫يكفيه ما أمكنه من االحنناء‬

Maksudnya:“Sekiranya seseorang itu mampu


bersujud atas suatu seumpamanya bantal yang
dia letakkan di bawah dahinya berserta tankis
maka wajib dia lakukannya kerana dapat
menghasilkan bentuk sujud dengan demikian
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

43
itu. (Namun) sekiranya demikian itu berlaku
tanpa mendapat tankis, maka tidak wajib dia
sujud atas bantal lantaran hilangnya bentuk
sujud. Bahkan, cukup baginya melakukan apa
yang dia mampu dengan menunduk.” 24

Dalam situasi ini hendaklah dia berdiri


bagi menggantikan duduk di antara dua
sujud dan tasyahud. 25

3. Sekiranya dia mampu duduk hendaklah melakukan


rukuk dan sujud dengan sempurna dalam keadaan
duduk dan tidak secara berdiri kerana tuntutan
rukuk dan sujud lebih utama daripada tuntutan
solat secara berdiri seperti di dalam solat sunat
yang sah dilakukan secara duduk.26

24 Raudhatul Thalibin, Jld. 1. Hlm. 339-340; Hasyiah Bajuri. Jld. 1. Hlm. 151; Hasyiah al-Qalyubi wa Uma-
irah, Jld. 1. Hlm. 145
25
Rujuk Hasyiah al-Baijuri `Ala Fath al-Qarib, Jld. 1. Hlm. 293
26 Mughni al-Muhtaj. Jld.1. Hlm. 364; Tuhfatul Muhtaj. Jld.1. Hlm. 184
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

44
HUKUM BERSANDAR KETIKA
MENUNAIKAN SOLAT

D alam mazhab al-Syafie, seseorang yang bersolat


secara berdiri tetapi bersandar atau bergantung
pada sesuatu seperti dinding, manusia atau tongkat,
maka hukum solatnya adalah sah, namun begitu
hukumnya makruh sekiranya tiada keuzuran yang
membolehkannya berbuat demikian. Manakala jika
terdapat keuzuran maka dibolehkan dan hukumnya
adalah harus.27

Kenyataan ini berdasarkan kepada hadis Nabi ‫ ﷺ‬yang


diriwayatkan daripada 'Imran bin Hussin  :

َّ
:‫ اكنت يب بواسري‬:‫عن عمران بن احلصني ريض الل عنه قال‬
َّ
‫ صل قائـمـا فإن لم‬:‫فسألت رسول الل عن الصالة فقال‬
‫ فإن‬:‫ وزاد النسايئ‬.‫تستطع فقاعدا فإن لم تستــطع فعىل جنب‬
َّ
‫لم تستطع فــمـستـلـقـيـا ال يكلف الل نفسا إال وسعها‬

Maksudnya: "Dahulu aku pernah mengidap


penyakit Bawasir, lalu aku bertanya kepada
27
Al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie, al-Zuhaili . Jld.1. Hlm.243
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

45
Nabi ‫ ﷺ‬tentang solat. Jawab Baginda: Solatlah
secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka
solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu
juga, maka solatlah di atas rusuk (mengiring)."

(Hadis riwayat al-Bukhari : 1050)

Berdasarkan kenyataan ini, boleh disimpulkan bahawa


sekiranya seseorang yang solat secara berdiri dalam
keadaan bersandar maka dikira sah solatnya. Begitulah
juga hukum solat bagi seseorang yang duduk dalam
keadaan bersandar. Lebih-lebih lagi jika dia bersandar
disebabkan keuzuran yang diambil kira oleh syarak.
Namun begitu, adalah diingatkan bahawa bersandar
semasa menunaikan solat sama ada secara duduk
ataupun berdiri, mestilah dengan keuzuran sahaja.
Adapun bagi mereka yang tidak mempunyai keuzuran
dan sengaja bersandar, maka hukumnya adalah
makruh. Justeru, hendaklah kita mengambil sikap
mementingkan kesempurnaan ibadah dan tidak
melakukannya sambil lewa.
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

46
RINGKASAN TATACARA SEMBAHYANG
BAGI ORANG UZUR SYARI’E
KEADAAN 1
Mampu berdiri tetapi tidak mampu duduk (di atas
lantai atau kerusi)

a. Berdiri betul (semasa takbiratul ihram dan


menghabiskan rukun solat ketika berdiri
sehingga sempurna).

b. Rukuk pada had rukuk seperti biasa.

c. Iktidal.

d. Untuk sujud hendaklah dilakukan secara


isyarat seperti rukuk dengan melebihkan had
rukuk iaitu merendahkan tulang belakang
daripada had rukuk yang asal.

e. Sekiranya tidak mampu maka lakukanlah sujud


secara isyarat dalam bentuk rukuk yang asal.

f. Duduk di antara dua sujud dan tasyahud


dilakukan dalam keadaan berdiri.
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

47

KEADAAN 2
Mampu berdiri tetapi tidak mampu untuk duduk serta
tidak mampu untuk rukuk dan sujud seperti biasa.

a. Berdiri betul (semasa takbiratul ihram


dan menghabiskan rukun berdiri sehingga
sempurna).

b. Rukuk dan sujud dengan kadar termampu


dengan isyarat badan, kalau tidak mampu
hendaklah menggunakan tengkuk dan kepala.

c. Tasyahud dalam keadaan berdiri.

KEADAAN 3
Mampu berdiri, rukuk, duduk tetapi tidak mampu
sujud kerana kecederaan atau sakit lutut (tidak boleh
meletakkan lutut di atas lantai).

a. Berdiri betul (semasa takbiratul ihram


dan menghabiskan rukun berdiri sehingga
sempurna).

b. Rukuk dan Iktidal seperti biasa.


PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

48
c. Sujud secara isyarat dalam keadaan duduk di
atas kerusi.

d. Tasyahud dan duduk antara dua sujud dalam


keadaan duduk di atas kerusi.

KEADAAN 4

Mampu berdiri, rukuk, sujud dan tidak mampu duduk


di atas lantai tetapi boleh duduk di atas kerusi kerana
tidak dapat melipatkan kaki.

a. Berdiri betul (semasa takbiratul ihram


dan menghabiskan rukun berdiri sehingga
sempurna).

b. Rukuk dan Iktidal seperti biasa.

c. Sujud seperti biasa iaitu dengan meletakkan


semua anggota sujud di atas lantai.

d. Duduk di atas kerusi ketika duduk di antara


dua sujud dan tasyahud.
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

49

KEADAAN 5
Tidak mampu berdiri atau mampu berdiri dan
melaksanakan semua rukun solat tetapi menghadapi
kesukaran (kepayahan kepada keadaan) untuk berdiri
seperti berada di atas kapal, kereta api, kapal terbang,
pening kepala yang bersangatan, penyakit salis al-baul
dan seumpumanya.

a. Memulakan takbiratul Ihram dalam keadaan


duduk (dalam keadaan menghadap kiblat)

b. Rukuk secara isyarat dengan membongkokkan


belakang.

c. Sujud seperti biasa iaitu dengan meletakkan


semua anggota sujud di atas lantai.

d. Jika tidak mampu sujud di atas lantai maka


hendaklah sujud secara isyarat iaitu dengan
melebihkan bongkokkan belakang dari had
rukuk

e. Tasyahud dan duduk antara dua sujud dalam


keadaan duduk.
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

50
PENUTUP
Islam merupakan suatu agama yang memberi rahmat
kepada sekalian alam. Demikian juga Islam itu bersifat
dengan qillah al-takalif (sedikit taklif) serta ‘adamul
haraj (tidak menyusahkan). Ini berbetulan dengan
firman Allah:

‫ﯖﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞ‬

Maksudnya: “Allah mahukan kemudahan


untuk kamu dan Dia tidak mahukan kepayahan
buat kamu.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Syeikh al-Sobuni berkata: “Allah  mengkehendaki


dengan rukhsah ini sebagai keringanan bagi kamu dan
bukan memberatkan.”28

Begitu juga firman-Nya:

‫ﮨﮩﮪﮫﮬﮭﮮﮯﮰ‬

Maksudnya: “Dan tidaklah Allah menjadikan


ke atas kalian kepayahan di dalam agama.”

(Surah Al-Hajj: 78)


28
Lihat Sofwah al-Tafasir. Jld.1. Hlm.108
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

51
Al-Sobuni berkata:

“ Allah  tidak jadikan kamu pada agama ini


sebarang bentuk kesempitan dan masyaqqah. Dia juga
tidak sekali-kali mentaklifkan kamu apa yang kamu
tidak mampu, bahkan ia adalah agama yang penuh
toleransi.” 29

Kita hendaklah memahami fiqh solat dengan
sebenarnya mengikut neraca syariah Islamiyyah
yang tepat dan sahih. Oleh itu, berkenaan isu solat
secara duduk di atas kerusi ini hukumnya adalah sah,
sebagaimana yang telah dibahaskan dalam panduan
ringkas ini dengan huraiannya yang terperinci.

Akan tetapi pelaksanaannya hendaklah


menepati syarat-syarat serta dhawabit yang telah
disebutkan. Yang penting adalah pelaksanaan solat
mengikut apa yang telah dinyatakan oleh syarak serta
apa yang telah diajarkan oleh para fuqaha dan ulama
dalam memberikan solusi yang berkaitan dengan isu ini.
Solat yang menjadi tiang agama perlulah dilaksanakan
dengan sebaiknya dengan meraikan segala rukun dan
juga syarat-syaratnya.


29
Lihat Sofwah al-Tafasir. Jld.2. Hlm.275
PANDUAN SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI DISEBABKAN KEUZURAN

52
Semoga pencerahan ini dapat memberikan
kefahaman serta merungkaikan kekeliruan kepada kita
semua. Didoakan supaya Allah  menerima segala
amalan soleh yang dilakukan serta menggolongkan
kita di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Anda mungkin juga menyukai