Anda di halaman 1dari 10

1

4541/1
KIM ‫سكوله منڠه كبڠسأن دڠ انوم‬
MEI
2019 77300 ‫مرليماو مل‬
1 Jam 15 Minit
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
KIMIA
TINGKATAN 4
KERTAS 1
1 JAM 15 MINIT
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
NAMA:
TINGKATAN:

1. Kertas ini mengandungi 50 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.
4. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan
jawapan yang baru.
6. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.
7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

ieda2019
2

Bagi Soalan 1 hingga Soalan 50, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Pilih
satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan
objektif anda.

1. Antara bahan berikut yang manakah terdiri daripada atom-atom?


A Pepejal natrium klorida
B Gas karbon dioksida
C Kuprum
D Air

2. Rajah menunjukkan simbol bagi atom litium dan atom sulfur

7 16
Li O
3 8

Antara berikut yang manakah formula kimia yang betul bagi sebatian yang terbentuk antara unsur
litium dan oksigen?
A LiO
B LiO2
C Li2O
D Li2O2

3. Antara pernyataan berikut yang manakah mempunyai ion bercas +1.


A Magnesium
B Ferum
C Argentum
D Barium

4. Antara berikut yang manakah merupakan kation?


A Ion kalium
B Ion tiosulfat
C Ion manganat(VII)
D Ion dikromat(VI)

5. Gambar rajah menunjukkan susunan radas bagi sel kimia

mentol

Rod karbon

Larutan zink nitrat

Namakan kation dan anion yang dihasilkan oleh zink nitrat.


A ion zink dan ion nitrat
B ion zink dan ion klorida
C ion zink dan ion iodida
D ion zink dan ion bromida

ieda2019
3

6. Rajah menunjukkan susunan radas bagi mengkaji sifat kimia asid sulfurik

Asid Sulfurik Cair


Zink Karbonat

Antara berikut yang manakah merupakan nama bahan tindak balas bagi tindakbalas di atas?
A Asid sulfurik dan zink karbonat
B Zink sulfat dan gas hidrogen
C Zink sulfat, air dan gas karbon dioksida
D Zink sulfat, air dan gas karbon monoksida

7. Molekul karbon dioksida mengandungi ...


A 2 atom karbon dan 2 atom oksigen
B 1 atom karbon dan 2 atom oksigen
C 2 atom karbon dan 3 atom oksigen
D 3 atom karbon dan 2 atom oksigen

8. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang NaCl?


A Namanya kalium klorida
B Merupakan pepejal berwarna kuning
C Dihasilkan daripada tindak balas logam natrium dan gas klorin
D Merupakan sebatian kovalen

9. Antara sebatian berikut yang manakah bahan manakah dihasilkan daripada Kalium dan Gas Oksigen
A Kalium Oksida
B But-2-ena
C Butan-2-ol
D Asid butanoik

10. Rajah menunjukkan dua logam bersentuhan di dalam larutan Zink Nitrat dan hanya logam Aluminium
bertindak balas menghasilkan Zink dan Alumimium Nitrat.

Kepingan aluminium
Kepingan besi
Larutan zink nitrat

Di antara berikut yang manakah formula kimia bagi hasil tindak balas.
A Fe
B Fe dan Zn(N0)3
C Zn dan Al(N0)3
D Al dan Fe

11. Proses Haber adalah proses penghasilan gas ammomia. Nyatakan bilangan atom dalam gas ammonia.
A 1
B 2
C 3
D 4

ieda2019
4

12. Magnesium Oksida dihasilkan daripada tindak balas


A Magnesium dan Klorin
B Magnesium dan Karbon
C Magnesium dan atom Oksigen
D Magnesium dan gas Oksigen

13. Dalam jadual berikut yang manakah benar.


A. B. C. D.
Unsur Oksigen Molekul Oksigen Oksigen Gas Oksigen
O2 O O2 O

14. Formula molekul bagi metana adalah seperti berikut:

CH4
Antara pernyataan berikut yang manakah benar bagi satu mol gas metana?
Gunakan maklumat jisim atom relatif C = 12, H = 1, Pemalar Avogadro = 6.01 ×10 23 mol-1,
1 mol gas menempati 24.0 dm3 pada suhu dan tekanan bilik.
A Mempunyai jisim 12g
B Mengandungi 5 × 6.01 × 1023 atom
C Mengandungi 5 × 6.01 × 1023 molekul
D Mempunyai isipadu 12dm3 pada suhu dan tekanan bilik

15. Dalam Jadual di bawah yang menunjukkan formula unsur dan kation yang betul

FormulaUnsur Formula Kation


A K K+
16. Bes yang B Ba Ba+ tidak larut di dalam air dinamakan .....
A Alkali C Mn Mn+
B Asid D Ni Ni+
C Garam
D Bes

17 Kupum (II) Karbonat apabila dipanaskan dengan kuat menghasilkan Kuprum (II) Oksida dan gas
Karbon Dioksida. Antara berikut yang manakah merupakan warna hasil tindak balas.

Kuprum (II) Oksida Gas karbon dioksida


A Hitam Tanpa warna
B Hijau Tanpa warna
C Biru Tanpa warna
D Tanpa warna Tanpa warna

18. Rajah menunjukkan larutan kalium hidroksida dan asid etanoik

ieda2019
5

Asid Etanoik Larutan Kalium Hidroksida


0.1moldm-3 0.1moldm-3

Antara pernyataan berikut yang manakah benar bagi kedua-dua larutan itu?
Larutan Kalium Hidroksida Asid Etanoik
A Kepekatannya 0.1moldm-3 Kepekatannya 0.1moldm-3
B Bersifat asid Bersifat alkali
C pHnya 4 pHnya 1
B Formula kimianya KCl Formula kimianya HCl

19. Dalam satu tindak balas dalam Proses Sentuh gas sulfur dioksida bertindakbalas dengan oksigen
menghasilkan sulfur trioksida.Antara berikut yang manakah persamaan kimia yang betul?

A S02 + 0  S03
B S02 + 02  S03
C 2S02 + 02 2S03
D S0 + 02  S03

20. Berpandukan maklumat, nama bahan berikut yang mempunyai ciri berikut.

 Banyak ruang kosong diantara zarah


 Zarah lain mudah meresap diantara zarah
 Zarah mempunyai tenaga kinetik yang tinggi

A Logam zink
B Larutan kalium manganat(VII)
C Leburan naftalena
D Gas klorin

21. Rajah di bawah menunjukkan formula struktur bagi etil propanoat

CH3-CH2-CH2-O-H

Hitung jisim molekul relatif bagi sebatian tersebut. (JAR C=1, H=1,0=1)
A 40
B 50
C 60
D 70

22. Antara logam berikut yang manakah menggunakan bilangan mol gas oksigen yang tertinggi untuk
menghasilkan oksida logam.
A Litium
B Kalium
C Magnesium
D Aluminium

23. Persamaan ion berikut tindak balas logam dengan asid.

Mg + 2H+  Mg2+ + H2

Namakan bahan tindak balas yang digunakan?

ieda2019
6

A Asid nitrik dan magnesium


B Kalium klorida dan magnesium
C Natrium oksida dan magnesium
D Barium nitrat dan magnesium

24. Antara bahan-bahan kegunaan harian berikut yang manakah tidak diusahakan melalui kajian kimia?
A Beg plastik
B Ubat-ubatan
C Kapas pembalut luka
D Bahan-bahan pencuci

25. Yang manakah benar dalam Jadual di bawah


Unsur Formula oksida
A Litium LiO
B Karbon CO
C Nitrogen NO5
D Magnesium Mg2O4

26. Jadual menunjukkan jisim bagi unsur X dan oksigen serta formula empirik yang terhasil.
Unsur X O
Jisim (g) 2.3 0.8
Formula Empirik X2O
Antara berikut, yang manakah benar bagi jisim atom relatif X?
Gunakan maklumat jisim atom relatif O=16
A 23
B 24
C 39
D 40

27. Antara berikut yang manakah menunjukkan jisim atom relatif yang betul?

Unsur Jisim Atom Relatif


A Na 12
B N 14
C O 11
D Cl 18

28. Antara berikut yang manakah menunjukkan jisim molekul relatif yang betul.
[JAR O=16,S=32,Na=32,K=39,Cl=35.5]

Sebatian Jisim Molekul Relatif


A O2 32
B SO2 16
C NaCl 18
D K2S 17

29. Kanta cermin mata diperbuat daripada kaca fotokromik

Antara ion berikut , ion argentum yang bertindak dengan cahaya untuk mengubah warna kanta cermin
mata tersebut. Apakah formula ion argentum?
ieda2019
7

A Si4+
B Fe3+
C Ca2+
D Ag+

30. Hitung bilangan molekul yang terdapat di dalam 0.2 mol air?[NA= 6.02 x 10 23]
A 0.2 x 6.02 x 1023
B 2 x 6.02 x 1023
C 1.3 x 6.02 x 1023
D 1.6 x 6.02 x 1023

31. Hitung bilangan atom yang terdapat di dalam 0.2 mol air?[NA= 6.02 x 10 23]
A 0.2 x 6.02 x 1023
B 2 x 6.02 x 1023
C 1.3 x 6.02 x 1023
D 1.6 x 6.02 x 1023

32.
Mg(p) + 2 HCl(ak) → MgCl2(ak) + H2(g)

Berdasarkan persamaan tindak balas di atas, hitung isipadu gas hidrogen yang dihasilkan apabila 2.4g
magnesium bertindak balas dengan asid hidroklorik? (JAR Mg=24, 1 mol gas menempati 24dm 3 pada
suhu bilik)
A 2.4 dm3
B 2.4 cm3
C 2.4 dm3 mol-1
D 2.4 cm3 mol-1

33. Rajah menunjukkan simbol atom unsur M

27
M
13

Berapakah jisim atom relatif M.


A 13
B 27
C 14
D 16

34. Antara persamaan kimia berikut yang manakah menghasilkan zink sebagai hasil tindak balas.
A Mg + ZnO MgO + Zn
B MgO + Zn Mg + ZnO
C MgO + 2HNO3 Mg(NO3)2 + H2O
D MgSO4 + Ba(NO3)2 Mg(NO3)2 + BaSO4

35. Antara persamaan tindak balas berikut , yang manakah menghasilkan baja kimia yang dinamakan
ammonium sulfat?

A HCl + KOH → KCl + H2O


B HCl + NaOH → NaCl + H2O
C H2SO4 + 2NaOH → Na2 SO4 + 2H2O
D H2SO4 + 2NH4OH → (NH4)2 SO4 + 2H2O

36. Di dalam industri, keluli dihasilkan melalui proses pengaloian antara besi dan karbon. Nyatakan nama
lain bagi besi

ieda2019
8

A Ferum
B Bromin
C Kromium
D Mangan

37. Zarah yang manakah menpunyai tenaga kinetik yang tinggi apabila dipanaskan .
A Oksigen
B Ferum
C Kromium
D Karbon

38. Antara persamaan kimia berikut, yang manakah benar?

A Zn + Cl ZnCl
B Cu + Cl2 CuCl2
C Ag + Cl2 AgCl2
D Al + Cl2 AlCl2

39. Jadual menunjukkan data yang diperolehi daripada eksperimen untuk menentukan bilangan mol etanol
yang terbakar.
Jisim pelita + etanol sebelum dibakar 0.60 g
Jisim pelita + etanol selepas dibakar 0.14g
Berapakah bilangan mol etanol yang terbakar.(JAR C=12,H=1,0=16)
A 0.01 mol
B 0.02 mol
C 0.03 mol
D 0.04 mol

40. Rajah menunjukkan zarah-zarah bahan Z dalam keadaan I berubah kepada keadaan II

Zarah

Keadaan I Keadaan II
Antara pernyataan berikut yang manakah benar?
A Keadaan I adalah pepejal
B Keadaan II adalah pepejal
C Keadaan I adalah gas
D Keadaan II adalah pepejal dan cecair

41. Apakah yang akan berlaku kepada suhu naftalena jikalau tidak dikacau semasa proses
pembekuan.
A Suhunya menurun
B Suhunya menurun dibawah 800C
C Suhunya stabil pada 800C
D Suhunya menurun dibawah 800C, kemudian meningkat semula menjadi stabil pada
800C dan menurun semula sehingga ke suhu bilik.

42. Oksida bes adalah .........


A Oksida logam

ieda2019
9

B Oksida bukan logam


C Oksida logam dan hidroksida logam
D Garam takterlarutkan

43. Yang mana antara berikut adalah bes yang larut dalam air?
A Natrium hidroksida
B Kuprum(II) hidroksida
C Ferum(III) hidroksida
D Zink hidroksida

44. Mengapakah kereaktifan logam kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan?


I Saiz atom bertambah
II Jarak di antara nukleus dengan elektronvalens bertanbah
III Daya tarikan nukleus semakin lemah
IV Elektron valens mudah didermakan menyebabkan atom lebih reaktif
A I,II
B I,II,III
C I,III,IV
D I,II,III,IV

45. Mengapakah kereaktifan logam kumpulan 17 berkurang apabila menuruni kumpulan?


I Saiz atom bertambah
II Jarak di antara nukleus dengan elektron valens bertambah
III Daya tarikan nukleus semakin lemah
IV Atom sukar menerima atau menarik elektron dari atom lain
A I,II
B I,II,III
C I,III,IV
D I,II,III,IV

46. Mengapakah keelektronegatifan unsur bertambah apabila merentasi Kala 3?


I Nombor proton bertambah
II Bilangan petala masih sama iaitu 3
III Daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin kuat
IV Atom lebih mudah menerima atau menarik elektron dari atom lain
A I,II
B I,II,III
C I,III,IV
D I,II,III,IV

47. Yang manakah antara berikut ciri-ciri unsur logam peralihan.


I Mempunyai ion-ion yang berbeza casnya
II Merupakan logam yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi
III Garamnya berwarna
IV Bertindak sebagai mangkin yang mengubah kadar tindak balas
A I,II
B I,II,III
C I,III,IV
D I,II,III,IV

48. Yang manakah antara berikut ciri-ciri unsur Kumpulan 18.


I Bersifat gas
II Gas yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
III Telah mencapai susunan elektron yang stabil
IV Bersifat lengai
A I,II
B I,II,III

ieda2019
10

C I,III,IV
D I,II,III,IV

49. Antara berikut yang manakah merupakan padanan yang betul?

Jenis ion Tindak balas dengan berlebihan larutan ammonia


A Ion kuprum(II) Larutan biru tua terhasil
B Ion ferum (II) Mendakan perang terhasil
C Ion ferum (III) Mendakan hijau kotor terhasil
D Ion kobalt(II) Mendakan putih terhasil

50. Antara berikut yang manakah merupakan padanan yang betul?

Jenis oksida Kebolehan tindak balas


A Natrium oksida Boleh bertindak balas dengan asid
B Sulfur dioksida Boleh bertindak balas dengan asid
C Aluminium oksida Tidak boleh bertindak balas dengan asid dan alkali
D Fosforus(III) oksida Tidak boleh bertindak balas alkali

KERTAS SOALAN TAMAT

ieda2019

Anda mungkin juga menyukai