Anda di halaman 1dari 2

Keluarga Sihat

Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup

sihat dalam kalangan anak-anak mereka adalah dengan
memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang
seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang
mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang
bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral,
lemak, air serta serat.
Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang
berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Selain itu, ibu
bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan
di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan
yang makanannya biasa digoreng dengan penuh minyak. Jika
tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti
anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila
dewasa kelak.
Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman
berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak
memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan
gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum
air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa
perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.

Anda mungkin juga menyukai