Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim…

( Selawat )

Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis.

Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran,

Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum wrb

Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang, wahana hebat, tajuk syarahan saya pada
hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya
melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai
keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul
serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh
ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada
pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani.
manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol.
Konklusinya, kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang membawa maksud
kepercayaan kepada Allah dan Rasul yang utuh akan melahirkan individu yang menyerlah dan
berjaya.

Ikhwan ya muslimin,

Menyelusuri gagasan ideologi saya yang pertama, akidah membentuk keperibadian unggul dan
kemantapan ilmu. Kita lihat sahaja keperibadian para sahabat Rasulullah seperti Saidina Umar ra,
Saidina Abu Bakar as-siddiq dan lain-lain lagi. Keperibadian yang luhur dan unggul ini lahir daripada
pegangan akidah yang mantap. Justeru itu, modal insan cemerlang akan tercipta natijah daripada
pegangan akidah yang utuh lagi jitu. Inilah yang hendak dibentuk oleh Islam sebagaimana dinyatakan
dalam surah al kahfi ayat 13,

Hadirin,
gagasan ideologi saya yang kedua, akidah mantap teras kemajuan individu secara menyeluruh.
Kemajuan ini boleh ditafsirkan sebagai kemajuan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sebagaimana firman Allah swt

menurut kajian yang dilakukan oleh American National Institute of Health Research, 79% daripada
hasil kajian yang dijalankan membuktikan agama dan ibadat mendatangkan kesan positif kepada
pembentukan insan sempurna. Oleh itu, ini jelaslah menunjukkan bahawa akidah teras kemajuan
modal insan cemerlang.

Warga inteluktual sekalian,

Seterusnya, gagasan ideologi saya yang ketiga, akidah wahana pemikiran kreatif dan inovatif.
Sebagai contoh, Kita lihat kejayaan ibn sina, bapa perubatan dunia, yang mahsyur dalam ilmu
perubatan yang sehingga kini menjadi rujukan cendikiawan dunia. Justeru itu, akan lahir muslim
hebat yang mempunyai pemikiran kreatif serta inovatif bersandarkan akidah yang mantap serta
bimbingan al-quran agar tindakan mereka mendapat keredhaan Allah. firmanNya,

Gagasan ideologi saya yang keempat adalah akidah sebagai pencetus jati diri, melahirkan budaya
positif. Hadirin, buka minda, buka hati. Dewasa ini kita saksikan, gejala negatif semakin menjadi-jadi.
Lihatlah muda mudi tanpa segan silu melakukan perkara sumbang, seks bebas, maksiat dan
sebagainya. Inikah modal insan cemerlang? Justeru itu, akidahlah sebagai benteng atau perisai bagi
individu tersebut kerana modal insan yang cemerlang mempunyai jati diri yang teguh. Sesuai
dengan firmanNya dalam surah Al-baqarah ayat 256.

Hadirin sekalian,

Meniti gagasan ideologi saya yang ke lima, akidah agen integrasi kaum, pengerat silaturrahim,
penyambung tali persaudaraan. Kita lihat pergolakan yang berlaku di negara-negara jiran yang tiada
penghujungnya hanya berpunca daripada tiadanya persaudaraan antara mereka. Melalui pegangan
akidah yang utuh, jalinan tali persaudaraan dapat dieratkan. renungkan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud,

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Ketika Rasulullah s.a.w sedang hampir nazak, baginda keluar dengan
kepala diikat dengan sehelai kain, lalu baginda duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan
manyanjung Allah SWT, baginda bersabda:”Tidak ada orang yang paling dekat kepadaku tentang diri
dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau boleh aku memilih kawan di antara segala
manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua
pintu masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.”
riwayat al-Bukhari

Premis ideologi saya yang keenam, akidah membentuk nilai murni, perisai budaya negatif. Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Daripada Abdullah bin Amru bin al-’As r.a, katanya, “Bukanlah rasulullah s.a.w seorang yang bersifat
keji dan baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda,
“Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Lihat sahaja masyarakat pada hari ini, terutamanya para belia harapan bangsa. Remuk hati ini.
Maksiat menjadi hidangan, jenayah kolar putih menjadi budaya, rasuah sebagai kerja sampingan dan
sebagainya. Inikah modal insan yang kita cari? Justeru itu, akidah sebagai pembentuk nilai murni dan
perisai daripada budaya negatif agar akan lahir modal insan yang suci.

Rakan-rakan sekalian,

Natijahnya, bagi menjulang aspirasi dan inspirasi negara, pembangunan modal insan menjadi
keutamaan, berlandaskan pegangan akidah yang teguh. Ayuh saudaraku, mantapkan akidah,
perkasakan minda, majukan ummah, lahirkan modal insan yang cemerlang. Oleh itu, kemantapan
akidah melahirkan modal insane cemerlang.

Sekian.

wabillahitaufiq wal hidaya

wassalamualaikum wrt

Anda mungkin juga menyukai