Anda di halaman 1dari 72

1

Emas Hitam
Resepi Menternak Cacing Tanah
untuk

Buat Duit
1

ii
Emas Hitam
Resepi Menternak Cacing Tanah
untuk

Buat Duit

 
 
 
 
MOHAMAD SAAT SUKAMI 
 
 
 
 
 
 
Petaling Jaya, Selangor 
08.08.08 

iii
MOHAMAD SAAT BIN SUKAMI 
1249 Jalan Changkat, 46000 Petaling jaya, Selangor. 
H/P : 019‐5324 999 
E‐mel : mohamadsaat@gmail.com 
Laman Web : http://emashitam.110mb.com 
 
 
© Hakcipta terpelihara Mohamad Saat Sukami 2008 
Cetakan pertama 08.08.08 
 
 
Hakcipta  terpelihara.  Tiada  mana‐mana  bahagian  daripada  buku  ini  boleh 
diterbitkan  semula  atau  dipindahkan  kepada  apa‐apa  bentuk  atau  melalui 
apa‐apa  cara,  elektronik  atau  mekanikal,  termasuk  fotostat,  rekod  atau  apa‐
apa  sistem  penyimpanan  dan  pengeluaran  maklumat,  tanpa  kebenaran 
bertulis daripada Mohamad Saat Bin Sukami. 
 
 
 
 
Perpustakaan Negara Malaysia  Data Pengkatalogan‐dalam‐Penerbitan 
 
Mohamad Saat Sukami 
Emas Hitam : resepi menternak cacing tanah untuk dibuat duit 
Mohamad Saat Sukami.  
ISBN 978‐983‐44105‐0‐6 
1.  Earthworm culture  2.  Worms—Ecology.  I. Judul. 
639.75 
 
 
 
Muka Taip Teks : Palatino Linotype 
Saiz Taip Teks : 11/14 
 

iv
DEDIKASI
 
 
 
 
 
 
 
Buat Abah Hj Sukami Bin Kasmani dan Arwah Emak Hjh Manisah 
Binti Abdullah yang tercinta, terima kasih kerana melahir,  membesar 
dan memberikan didikan yang sempurna.  
 
Buat  Isteri  Fazilah  Binti  Jumat  dan  anak‐anak  tercinta,  Nur 
Shazwani  serta  Muhamad  Amirul  Syafiq  yang  sentiasa  memberikan 
sokongan dan dorongan. 
 
 

v
1
 

vi
PENGHARGAAN
 
 
 
 
 
 
Setinggi‐tinggi  penghargaan  saya  ucapkan  buat  mereka  yang 
banyak membantu saya menjayakan penerbitan buku ini sama 
ada  secara  langsung  ataupun  tidak  langsung.  Tak  mungkin 
dapat saya balas budi yang telah diberikan, namun suka untuk 
saya rakamkan nama‐nama mereka di sini: 
 
ƒ En Harlis Samsuri(Alismeru) dari Kelang, Selangor. 
ƒ Kapt. (B) Kaderi Bin Hj Norit (Omar Ma Enterprise) dari 
Shah Alam, Selangor. 
ƒ Pn Azlinda Ros (AZR Agro) dari Banting, Selangor. 
ƒ En Mustaffa (AZR Agro) dari Banting, Selangor. 
ƒ Pn Roslin Abd Bar (Kimia Malaysia) dari Petaling Jaya, 
Selangor. 
ƒ En  Mohammed  Nizzam  (Nur  Ikhlas  Resources)  dari 
Kelang, Selangor. 
 
 
 

vii
 
 
 

1
 

viii
JADUAL MUKA SURAT
PENGENALAN 1
Haiwan Primitif 1
Cabaran Hidup Moden 2
Kitar Semula 5
Teknik Pengkomposan 7
Senario di Malaysia 9
Hukum Menternak Cacing 11

MENGAPA KITA PERLUKAN CACING TANAH 12


Mendapatkan Baja 13
Pengawal Makhluk Perosak 14
Perapi Tanah 15
Melengkapkan Kitaran 18
Menstabilkan Nisbah C:N 22
Pemakan Sampah! 23
Untuk Perniagaan – Memenuhi Permintaan Pasaran 23

BIOLOGI ASAS CACING TANAH 26


Jenis-Jenis dan Spesis Cacing Tanah 27
Cacing Merah 29
Anatomi Cacing Tanah 30
Kitaran Hidup Cacing Tanah 40
Cara Cacing Tanah Makan dan Bergerak 41
Cara Pembiakan Cacing Tanah 44
Habitat Cacing Tanah 45

PENGENALAN KEPADA SISTEM VERMIKOMPOS 49


Vermikultur dan Vermikompos 49
Cara Vermikompos Dihasilkan 53
Kadar Penghasilan Vermikompos 54
Kandungan dan Faedah Vermikompos 55
223

ix
Teh Vermikompos 57
Cara Penyediaan Teh Vermikompos 59
Tepung Cacing Tanah 61

BAGAIMANA KITA NAK MULA 63


Kaedah Menternak Yang Sesuai 64
Kaedah Menggunakan Bekas 67
i. Bekas Kayu 69
ii. Bekas Plastik 71
iii. Bekas Logam 73
Kaedah Menggunakan Rak Kayu Bertingkat 74
Kaedah Menggunakan Kolah atau Palung 76
Kaedah Menggunakan Reaktor 77
Kaedah Wedge - Batas Terbuka 79
Apa Ada Dalam Bekas 81
Penyediaan Bed dan Medium 82
Di Mana Nak Letak 85
Berapa Besar Bekas Diperlukan 86
Berapa Banyak Cacing Diperlukan 87

MENYELENGGARA CACING TANAH DAN BEKAS 89


Apakah Makanan Cacing 89
Berapa Banyak Makanan Diperlukan 91
Cara Memberi Cacing Makan 92
Cara Menyediakan Medium Untuk Cacing 93
Kawalan Habitat Cacing Ternakan 95
Suhu 96
pH 98
Kelembapan 98
Pengudaraan 99
Tempoh Penuaian 99
Bagaimana Nak Tahu Cacing Kita Sihat 100

MASALAH DI DALAM BEKAS CACING 102


Bau Yang Tidak Menyenangkan Keluar Dari Bekas Cacing 103

224

x
Cacing Meninggalkan Bekas 105
Cacing Mati 106
Banyak Lalat 107
Cacing Tidak Mahu Makan 108
Bekas Cacing Terlalu Beralkali 109
Cacing Hilang! 109
Ulat Besar 110
Cendawan 111
Kulat Putih (Mold) 111

HAIWAN-HAIWAN LAIN YANG ADA DI DALAM BEKAS


CACING 112
Semut 113
Ulat Gonggok 114
Ulat Besar 115
Cacing Putih 115
Lalat 116
Lipan 117
Kutu 118
Nematod 121
Lintah 122
Pepijat 122
Haiwan Pemangsa 123
Burung 123
Ayam 123
Cicak 124
Kodok 124
Haiwan Lain 125

CARA-CARA MENUAI HASIL CACING TANAH 126


Kaedah 1 – Kaedah Kon 126
Kaedah 2 – Kaedah Penghijrahan 128
Kaedah 3 – Menapis 128
Kaedah 4 – Kaedah Trommel 129

225

xi
MEMASARKAN HASIL VERMIKOMPOS 131
Penggunaan Hasil Vermikompos 131
Pembungkusan 133
Medium Pembungkusan 135
Standard dan Kualiti Produk 137

INOVASI DI BIDANG TERNAKAN CACING TANAH 139


Paten 140
Rekabentuk Bekas Cacing 142
Kaedah Penuaian 143
Kaedah Pembiakan 143

MENGANGGAR PENDAPATAN DARI TERNAKAN


CACING TANAH 144
Kos Yang Terlibat 144
Anggaran Jualan 146
Lain-lain 146
Pengiraan 146
Contoh 146

MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN 155


Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan 155
Format Rancangan Perniagaan 156
Penerangan Bagi Setiap Bahagian 157

CONTOH-CONTOH KEJAYAAN 164


Pengusaha 1 :
Alismeru, Kelang, Selangor 165
Pengusaha 2 :
AZR Agrocentre, Banting, Selangor 168
Pengusaha 3 :
NUR IKHLAS RESOURCES, Kelang, Selangor 171
PENUTUP 173

226

xii
BIBLIOGRAFI 175

APENDIKS 1
GLOSARI ISTILAH 180

APENDIKS 2
GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN CACING 188

APENDIKS 3
PEMBEKAL 196

APENDIKS 4
AGENSI SOKONGAN 197
Bantuan Teknikal: 197
Pembiayaan: 197

APENDIKS 5
STANDARD KUALITI 198
AS 4454, Standard Australia 198

APENDIKS 6
SENARAI INOVASI YANG TELAH DIPATENKAN 200

APENDIKS 7
CONTOH FORMAT PROFORMA PENYATA KEWANGAN 203

INDEKS 207
BORANG PESANAN BUKU 221

227

xiii
228
Prakata
 
 
 
 
Alhamdulillah,  setinggi‐tinggi  kesyukuran  saya  panjatkan 
kepada  Allah  Subhanahu  Wataala  kerana  hanya  dengan  izin‐
Nyalah  saya  berkesempatan  menyudahkan  buku  Emas  Hitam 
Resepi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit ini.   
 
Ilham  untuk  menulis  buku  ini  tercetus  bilamana  saya 
memikirkan  apakah  yang  saya  perlu  buat  dengan  kawasan  di 
sekitar  halaman  rumah.  Saya  ingin  mengusahakan  sedikit 
halaman  yang  ada  itu  dengan  effisien  tetapi  saya  tidak  mahu 
sekadar  mengeluarkan  wang  tanpa  mendapat  apa‐apa 
pulangan  darinya.  Maka  dari  itu  tercetuslah  idea  dari  Allah 
untuk mencuba ternakan Cacing Tanah. 
 
Apabila  saya  mencari  maklumat  melalui  internet,  buku  dan 
juga  para  pengusaha  ternakan  ini,  saya  menyedari  bahawa 
antara  masalah  utama  bagi  mereka  yang  ingin  memulakan 
usaha  penternakan  Cacing  Tanah  ialah  sumber  rujukan  dari 
dalam  negara.  Atas  kesedaran  dan  keinginan  membantu  para 
pengusaha  mendapatkan  bahan  rujukan  inilah  saya  tergerak 
untuk  mula  mengumpulkan  maklumat  bagi  membuat  sebuah 
buku.  
 

xv
xvii
Alhamdulillah, tugas saya telah dipermudahkan oleh Allah dan 
dalam  tempoh  sebulan  sahaja  saya  berjaya  menyiapkan 
manuskrip  asal  buku  ini.  Saya  telah  mendapat  bantuan  dari 
beberapa  pengusaha  ternakan  Cacing  Tanah  sedia  ada  untuk 
membuat  semakan  ke  atas  manuskrip  buku  bagi  menjamin 
ketepatan maklumat yang ingin disampaikan.  
 
Saya  menyedari  dan  memperakui  akan  kelemahan  serta 
kekurangan  diri  sendiri.  Oleh  itu,  suka  saya  nyatakan  di  sini 
bahawa  sudah  tentu  saya  tidak  dapat  menghamparkan 
maklumat  yang  selengkapnya.  Namun  apa  yang  boleh  saya 
katakan  adalah  segala  maklumat  yang  ditulis  adalah 
bermatlamatkan  anda  semua  –  saya  ingin  apabila  anda 
membaca  buku  ini,  anda  akan  mendapat  sekurang‐kurangnya 
maklumat  asas  bagi  memulakan  usaha  penternakan  Cacing 
Tanah dengan yakin.  
 
Buku  ini  bukan  hanya  menceritakan  tentang  Cacing  Tanah 
sahaja,  malahan  juga  ia  bermotifkan  perniagaan  sebagai 
tunjang  utamanya.  Anda  tidak  perlu  membacanya  sehingga 
habis sekaligus untuk mendapatkan, sebaliknya bacalah secara 
beransur‐ansur  mengikut  masa  lapang  anda.  Namun  bagi 
setiap  bab  yang  anda  baca,  cubalah  fikirkan  dalam  minda 
bagaimanakah  caranya  untuk  anda  mendapat  manfaat  dari 
industri yang kian pesat berkembang ini.  
 
Buku  ini  umpama  sebuah  buku  resepi,  ia  menyediakan 
panduan  untuk  anda  ‘memasak’,  tetapi  sedap  atau  tidaknya 
’masakan’  tersebut, andalah yang  menentukannya.  Gunakanlah 

xvi
xviii
kreativiti  dan  idea  masing‐masing  untuk  mengolahnya  dan 
menentukan hala tuju perniagaan anda kelak. 
 
Saya  berdoa  semoga  anda  akan  berjaya  merealisasikan  impian 
untuk menjadi seorang usahawan ternakan Cacing Tanah yang 
berjaya.  Lakukanlah  dengan  ikhlas  dan  istiqamah,  anda  pasti 
akan berjaya. InsyaAllah. 
 
 
 
Mohamad Saat Sukami 
Penulis Bebas 
Petaling Jaya, Selangor.

xvii
xix
1

ii
BAB 1

PENGENALAN
 
 
 
 

Haiwan Primitif
 
Ia  wujud  di  sekitar  kita,  lama  sebelum  nenek  moyang  kita 
meneroka bumi yang kita pijak sekarang ini. Bentuk badannya 
amat  ringkas;  tanpa  kepala,  tangan,  kaki  atau  sebarang  organ 
pancaindera yang lazimnya dianggap cacat jika dirujuk kepada 
makhluk  lain.  Hidupnya  di  sebalik  pandangan  mata  kita,  nun 
di  bawah  telapak  kaki.  Jarang‐jarang  kita  melihatnya  kalau 
bukan  digemburkan  tanah  tempat  tinggalnya  atau  sesekali 
mungkin kita terserempak dengannya di waktu malam. 
 
Primitif.  Mungkin  itu  perkataan  yang  boleh  digunakan  untuk 
menerangkan  sifat  fizikalnya.  Primitif  kerana  begitu  ringkas 
rupa tubuhnya dan primitif kerana itulah rupa tubuhnya sejak 
zaman  dinasour  lagi.  Tak  pernah  berubah.  Namun  di  sebalik 
sifat  primitif  tersebut,  ia  merupakan  haiwan  terpenting  dalam 
kitar hidup makhluk di daratan. Tanpanya tanah tak mungkin 
menjadi  kembali  subur.  Hutan  tak  mungkin  terbentuk  dan 
hidupan lain tak mungkin dapat meneruskan survival. Haiwan 
primitif  inilah  yang  bertanggungjawab  mengurai  bahan 
organik  reput  dengan  pantas  dan  menjadikan  tanah  kembali 
subur. 
 
Dengan  izin  Allah  yang  maha  kuasa,  itulah  kelebihan  Cacing 
Tanah,  haiwan  lembut  yang  mempunyai  keupayaan  untuk 
makan  sebanyak  berat  tubuhnya  sendiri  setiap  hari.  Hasilnya 
adalah  bahan  organik  yang  menjadi  sumber  kehidupan  bagi 
tumbuhan.  
 
Dalam  satu  kajian  yang  dijalankan,  satu  kawasan  bersih  yang 
baru diteroka telah menjadi kembali subur dalam tempoh yang 
singkat  melalui  peranan  yang  dimainkan  oleh  Cacing  Tanah 
ini. Apa yang lebih menarik, proses penyuburan berlaku secara 
lunak  dan  seimbang  tanpa  melibatkan  sebarang  pencemaran 
kepada  mana‐mana  ekologi  atau  alam  sekitar.  Namun,  berapa 
ramaikah yang sedar tentang hakikat ini? 
 

Cabaran Hidup Moden


 
Dunia  yang  kita  diami  kini  rata‐ratanya  dianggap  sebagai 
moden. Lumrah bagi sebuah kehidupan moden adalah sama – 
kepantasan.  Segala‐galanya  mahu  pantas.  Semuanya  perlu 
segera. Kalau tidak sesuatu akan ketinggalan atau tidak selesai. 
Disebabkan tekanan kepada perlunya kepantasan inilah, mahu 
tidak  mahu  kita  terpaksa  untuk  melakukan  sesuatu  mengikut 
2
apa yang dianggap paling penting sahaja bagi kita. Dalam kita 
mengejar sesuatu yang pantas bergerak ini, tanpa disedari kita 
secara  tidak  langsung  telah  banyak  menghasilkan  “produk” 
sampingan  yang  langsung  tidak  diperlukan  oleh  kita,  atau 
lebih tepat lagi apa yang dipanggil sebagai sampah.  
 
Mari kita namakan hasil sampingan ini sebagai sisa atau dalam 
Bahasa Inggerisnya waste.  
 
Jika  kita  lihat  sekeliling  kita,  berapa  banyakkah  sisa  yang  kita 
hasilkan?  Dari  makanan  kita  ada  sisa.  Dari  industri  kita  ada 
sisa. Dari pertanian kita ada sisa. Dari pejabat kita juga ada sisa. 
Nampaknya  apa  juga  yang  kita  lakukan  tidak  terlepas  dari 
menghasilkan  sisa!  Tak  perlu  rasanya  kita  bentangkan  di  sini 
data  dari  mana‐mana  statistik  tentang  berapa  banyakkah  sisa 
yang dihasilkan setiap hari. Secara umumnya kita semua akan 
akui ‐ memang amat banyak. Daripada jumlah yang banyak itu 
pula, tanpa kita sedari majoriti dari sisa yang dihasilkan adalah 
sisa berbentuk organik.  
 
Ke mana semua sisa ini dibuang? 
 
Di  Malaysia  hanya  ada  dua  buah  landfill.  Tak  mungkin  semua 
sampah  sarap  dan  sisa  kita  akan  dibuang  ke  landfill  ini.  Jadi 
kebanyakan sampah sarap dan sisa domestik kita akan dibuang 
ke  tempat  pelupusan  sampah  yang  dikendalikan  oleh  Pihak 
Berkuasa  Tempatan.  Setiap  tahun  akan  ada  pusat  pelupusan 
sampah yang ditutup (kerana penuh) dan akan ada pula pusat  
baru  yang  dibuka.  Semakin  lama  pusat  pelupusan  sampah 
3
menjadi semakin banyak dan pertambahan bilangannya seolah‐
olah  seiring  dengan  pertambahan  bilangan  kawasan 
perumahan  baru  yang  dibuka,  atau  lebih  banyak  lagi.  Di 
sebalik manfaat yang diperolehi dari pusat pelupusan sampah 
ini,  sedarkah  kita  akan  kesan  sampingan  yang  timbul 
daripadanya?  
 
Salah  satu  masalah  dalam  pengendalian  pusat  pelupusan 
sampah  ini  adalah  kawalan  terhadap  cecair  yang  terhasil  dari 
sampah  sarap  yang  dipanggil  leachate.  Leachate  adalah  cecair 
yang bersifat toksik. Ianya tidak boleh dilupuskan begitu sahaja 
tanpa  rawatan,  apatah  lagi  dibiarkan  mengalir  mengikut 
graviti.  Disebabkan  sifatnya  sebagai  cecair,  ia  akan  turun  ke 
bawah  mengikut  graviti  dan  mengalir  ke  tempat  yang  lebih 
rendah.  Sekalipun  dikawal,  masih  ada  banyak  kes  di  mana 
leachate ini terlepas dan mengalir ke dalam sungai yang menjadi 
sumber  air  minuman  kita.  Ini  terutamanya  bagi  pusat 
pelupusan  sampah  yang  telah  lama  ditutup.  Leachate  ini  amat 
berbahaya  kerana  kita  tidak  tahu  apa  kandungan  sebenar  di 
dalamnya.  Namun  apa  yang  pasti,  ia  sebahagian  besarnya 
terdiri  dari  bahan  bersifat  organik.  Dari  mana  puncanya,  kita 
semua  sudah  tentu  sedia  maklum  –  kebanyakannya  dari  sisa 
makanan kita! 
 
Itu  baru  hal  sisa  buangan  domestik,  belum  lagi  pencemaran 
dalam  bentuk  lain  –  industri,  pertanian  dan  lain‐lain  lagi. 
Pendek  kata  semakin  moden  kehidupan  kita,  seolah‐olah 
semakin  banyak  pencemaran  yang  kita  hasilkan.  Apa  silap 

4
kita?  Tak  bolehkah  pencemaran  itu  dihapuskan,  atau  setidak‐
tidaknya dikurangkan?  
 
Jawapannya boleh, iaitu melalui teknik kitar semula! 
 

Kitar Semula 
 
Teknik  kitar  semula  diamalkan  berasaskan  prinsip  tiga  R  iaitu 
Reduce,  Reuse  dan  Recycle  (mengurangkan,  mengguna  kembali 
dan  mengitar  semula).  Reduce  sememangnya  menjadi 
tanggungjawab  setiap  individu,  tetapi  Reuse  dan  Recycle 
memerlukan  penglibatan  pihak  ketiga  (terutamanya  Pihak 
Berkuasa  Tempatan)  dan  juga  penggunaan  teknik  atau 
teknologi.  Reuse  dapat  dipraktikkan  jika  sesuatu  sisa  buangan 
itu masih boleh digunakan, namun apabila majoriti sisa sudah 
tidak  boleh  digunakan  lagi,  maka  pilihan  yang  ada  hanyalah 
Recycle.  Di  Malaysia  program‐program  Recycle  memang  telah 
lama  dilaksanakan.  Bagi  menggalakkan  aktiviti  tersebut,  tiga 
jenis tong biasanya disediakan di banyak lokasi terutamanya di 
bandar‐bandar  bagi  menggalakkan  orang  ramai  menyisihkan 
sisa  buangan  mereka  sebelum  membuangnya.  Sisa  tersebut 
kemudiannya akan dipungut untuk dikitar semula. 
 
Walau  bagaimanapun  antara  kekurangan  dalam  perlaksanaan 
program  tersebut  adalah,  bukan  semua  sisa  buangan  yang 
boleh    dikitar  semula.  Hanya  tiga  jenis  sisa  pepejal  boleh 
dibuang  ke  dalam  tong‐tong  tersebut  iaitu  kertas/logam,  kaca 
dan plastik. Bagi sisa bersifat organik, mahu tidak mahu orang 
5
ramai  terpaksa  melupuskannya  ke  dalam  tong  sampah  yang 
kemudiannya diangkut oleh lori ke pusat pelupusan. Sekali lagi 
masalah  pencemaran  air  mungkin  akan  berlaku  seperti  yang 
dihuraikan  sebelum  ini.  Namun  apakah  pilihan  yang  orang 
ramai ada? 
 
Jika  di  luar  negara,  program  kitar  semula  melalui  prinsip 
Recycle telah lama diperluaskan kepada sisa bersifat organik ini. 
Caranya  adalah  dengan  menukarkannya  kepada  bentuk  yang 
lebih  bermanfaat  melalui  kaedah  yang  dikenali  sebagai 
pengkomposan.  Tak  kira  sama  ada  negara  maju  atau  tidak, 
kaedah pengkomposan telah berjaya dimajukan sejak berdekad 
lamanya.  Sebagai  contoh,  negara  Cuba  yang  ditekan 
ekonomimya telah menjadikan kaedah pengkomposan sebagai 
pilihan utama untuk menghasilkan baja. Dengan cara itu Cuba 
dapat melepaskan diri dari penggantungan terhadap baja kimia 
yang  diimport  dan  seterusnya  menyelamatkan  ekonominya 
melalui bidang pertanian.  
 
Kompos  merupakan  baja  tanaman  yang  dihasilkan  dari  sisa 
bahan  organik  yang  diuraikan  secara  biologikal.  Kandungan 
nutriennya  yang  tinggi  dan  seimbang  adalah  hampir  sama 
dengan humus yang terhasil secara alami. Oleh itu ianya amat 
sesuai bagi majoriti tanaman dan memberikan hasil yang lebih 
baik berbanding penggunaan baja kimia. 
 
 

6
Teknik Pengkomposan
 
Secara  amnya  teknik  pengkomposan  ini  ada  dua  iaitu  teknik 
pengkomposan  biasa  dan  juga  teknik  vermikompos.  Teknik 
pertama  adalah  melibatkan  pereputan  bahan  organik  oleh 
mikro  organisma    seperti  bakteria  dan  fungi.  Teknik  ini 
melibatkan pembebasan haba. Teknik kedua pula adalah proses 
pengkomposan  ’sejuk’  dengan  bantuan  Cacing  Tanah.  Melalui 
teknik  kedua  ini  Cacing  Tanah  yang  bertindak  sebagai  agen 
pengkomposan  akan  memakan  sisa  organik  dan  akan 
membuang  najisnya  dalam  bentuk  yang  dikenali  sebagai 
kasting.  Kasting  inilah  yang  dikenali  sebagai  Vermikompos. 
Vermi  merupakan  istilah  dari  Bahasa  Latin  yang  bermaksud 
cacing.  Oleh  itu  Vermikompos  bermaksud  kompos  yang 
dihasilkan oleh cacing. 
 
Kelebihan  penghasilan  kompos  melalui  teknik  Vermikompos 
adalah seperti berikut: 
 
ƒ Ianya lebih mudah dilaksanakan dan lebih cepat, 
ƒ Prosesnya tidak melibatkan pengeluaran bau yang tidak 
menyenangkan, 
ƒ Boleh  dilaksanakan  sama  ada  pada  skala  kecil  atau 
besar, 
ƒ Baja  kompos  yang  dihasilkan  mengandungi  kurang 
mikrob dan pathogen yang berbahaya, 
ƒ Haba  yang  tinggi  tidak  dihasilkan  semasa  proses 
pengkomposan, 

7
ƒ Tidak  memerlukan  kawasan  yang  terlalu  luas,  malah 
boleh dilakukan di dalam rumah, 
ƒ Dan banyak kelebihan lainnya. 
 
Seperti mana diamalkan oleh negara‐negara di luar yang sudah 
lama mempraktikkan teknik vermikompos, bekas berskala kecil 
digunakan untuk pengkomposan sisa domestik di dapur. Bekas 
kecil yang dikenali sebagai worm bin diletakkan di bawah singki 
dapur dan sisa makanan akan dimasukkan ke dalamnya untuk 
dikomposkan oleh Cacing Tanah. Apabila penuh, baja kompos 
yang  terhasil  akan  digunakan  untuk  tanaman  bunga  dan  juga 
sayur‐sayuran  yang  ditanam  sendiri,  manakala  Cacing  Tanah 
pula  akan  digunakan  semula  untuk  mengulangi  proses 
pengkomposan. Jadi, di samping dapat menyelesaikan masalah 
sisa  buangan  dari  dapur,  mereka  juga  dapat  manfaat 
penjimatan dari sayur yang mereka tanam. 
 
Teknik  sedemikian  amat  sesuai  dilaksanakan  di  Malaysia 
memandangkan  negara  kita  mempunyai  iklim  yang  malar. 
Iklim  tropika  seperti  di  Malaysia  membolehkan  proses 
pengkomposan  dilaksanakan  dengan  lebih  effisien  sepanjang 
tahun  berbanding  di  negara  yang  mempunyai  empat  musim. 
Jadi  sebenarnya  jalan  penyelesaian  telah  sedia  ada  untuk 
mengatasi masalah sisa buangan bersifat organik ini, cuma kita 
sahaja yang belum benar‐benar mempraktikkanya.  
 
 

8
Senario di Malaysia
 
Akhir‐akhir  ini  semakin  ramai  rakyat  Malaysia  mula 
memberikan  perhatian  terhadap  Cacing  Tanah.  Kalau  dulu 
cacing  sekadar  dianggap  sebagai  parasit  yang  menggelikan, 
kini  hasil  dari  Cacing  Tanah  telah  dianggap  sebagai  Emas 
Hitam!  Apa  yang  digelar  sebagai  Emas  Hitam  sebenarnya 
adalah baja Vermikompos yang dihasilkan oleh Cacing Tanah. 
Ianya  berwarna  hitam  dan  mempunyai  nilai  komersil  yang 
amat  tinggi.  Perhatian  yang  diberikan  mereka  bukan  sekadar 
untuk tujuan kitar semula di rumah masing‐masing, sebaliknya 
mereka  melakukannya  bagi  tujuan  perniagaan.  Kini  semakin 
ramai  pengusaha  ternakan  Cacing  Tanah  muncul  satu  demi 
satu.  Ada  yang  mengusahakan  secara  sepenuh  masa  dan  ada 
juga  sambilan.  Di  kalangan  mereka  ini  telah  ramai  yang 
mengusahakan secara skala sederhana, namun kebanyakannya 
masih  boleh  dianggap  sebagai  skala  kecil.  Mungkin  ianya 
disebabkan  industri  penternakan  Cacing  Tanah  ini  sendiri 
masih  dikira  baru  bagi  rakyat  Malaysia,  maka  belum  ada  lagi 
yang  mencapai  tahap  skala  besar.  Ini  menunjukkan  ruang 
untuk  sesiapa  juga  yang  berminat  menceburi  bidang 
penternakan sebegini masih luas terbuka. 
 
Ternakan Cacing Tanah secara komersil mula diperkenalkan di 
Malaysia  pada  sekitar  tahun  80‐an  atas  inisiatif  Jabatan 
Pertanian Malaysia. Sejak dari itu ramai yang semakin berminat 
mengusahakannya  disebabkan  faktor  permintaan  yang 
menggalakkan bagi hasil kompos dan biomas Cacing Tanah ini. 
Vermikompos  dari  Cacing  Tanah  diterima  pakai  terutamanya 
9
sebagai sumber baja untuk tanaman organik manakala biomass 
(daging)  pula  digunakan  dalam  bidang  kosmetik  dan 
perubatan. Di samping itu, oleh kerana industri ini yang masih 
baru,  permintaan  terhadap  Cacing  Tanah  hidup  untuk 
dijadikan  induk  menjadi  amat  menggalakkan  dan  harga  yang 
ditawarkan amat menguntungkan terutamanya bagi yang telah 
sedia menjalankan industri ini. 
 
Meskipun  baru,  nampaknya  kemajuan  industri  ternakan 
Cacing  Tanah  di  Malaysia  begitu  pesat  berkembang.  Ini 
digambarkan  oleh  penyertaan  aktif  orang  ramai  di  dalam 
forum‐forum online di internet serta kekerapan kursus, bengkel 
dan juga demonstrasi menternak cacing yang diadakan di sana 
sini.  Kini  telah  ada  sistem  pawah  atau  contract  farming  Cacing 
Tanah yang  direka untuk memenuhi permintaan mereka yang 
berminat  tetapi  tidak  mempunyai  masa  atau  sumber  yang 
mencukupi untuk mengusahakannya.  
 
Adalah dipercayai bahawa industri penternakan Cacing Tanah 
ini  akan  terus  berkembang  memandangkan  sokongan 
berterusan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan juga swasta. 
Bantuan‐bantuan  kewangan,  latihan  dan  teknikal  semakin 
banyak  dihulurkan  bagi  menggalakkan  lebih  ramai  bakal 
pengusaha  memulakan  projek.  Antaranya  termasuklah 
TEKUN,  Jabatan  Pertanian  dan  lain‐lain  lagi.  Jika  senario  ini 
berterusan, tidak mustahil matlamat untuk merealisasikan satu 
daerah  satu  industri  akan  berjaya  dicapai.  Secara  asasnya, 
penternakan cacing tanah ini boleh dimulakan pada skala kecil 

10
dan  modal  yang  amat  rendah  berbanding  usaha  pertanian  di 
bidang yang lain. 
 

Hukum Menternak Cacing


 
Di  segi  hukum,  berdasarkan  fatwa  yang  dikeluarkan  oleh 
Majlis  Fatwa  Kebangsaan  Malaysia,  hukum  memelihara  dan 
menjual  cacing  serta  hasilnya  bagi  tujuan  baja,  kosmetik, 
perubatan  serta  penternakan  adalah  harus.  Walau 
bagaimanapun, hukum memakannya tetap haram.  
 
Oleh  sebab  itu,  bagi  cacing  yang  dijadikan  serbuk  dan 
digunakan  bagi  tujuan  perubatan  dalam  bentuk  kapsul  dan 
sebagainya  juga  dihukumkan  sebagai  harus.  Namun,  cacing 
yang  diberi  makan  media  dari  najis  haiwan  yang  bersifat 
mukhalazah, hukumnya adalah haram, tak kira walau apa juga 
tujuan dan hasilnya. 
 
Maklumat  mengenai  hukum  yang  dinyatakan  di  atas  adalah 
berdasarkan  dari  rujukan  kepada  beberapa  orang  yang 
berpengetahuan  dan  badan  yang  diiktiraf  di  Malaysia.  Walau 
bagaimanapun,  huraian  mengenai  hukum  tersebut  adalah  di 
luar  dari  skop  buku  ini.  Oleh  itu  sekiranya  para  pembaca 
berkehendakan  penjelasan  yang  lebih  lanjut  mengenainya, 
nasihat  yang  dapat  diberi  adalah  supaya  merujuk  kepada 
mereka yang lebih pakar dalam bidang tersebut. 

11
BAB 2

MENGAPA KITA PERLUKAN CACING


TANAH
 
 
 
 
Selama  beratus  tahun  kita  telah  mengabaikan  sumber  yang 
sedia ada – sumber yang berada hanya beberapa inci di bawah 
tapak  kaki  kita.  Untuk  menyuburkan  tanaman,  kita  gunakan 
baja  berasaskan  kimia  yang  diperolehi  jauh  dari  perut  bumi; 
sedangkan  baja  yang  kita  guna  itu  selalunya  tidak  seimbang 
untuk  pokok  yang  ditanam.  Kita  menyelesaikan  satu  masalah 
tapi  dalam  masa  yang  sama  kita  menghasilkan  masalah  yang 
lain.  Contohnya  boleh  dilihat  dalam  proses  penanaman  padi. 
Untuk  mendapatkan  hasil  yang  baik  kita  gunakan  baja  kimia. 
Untuk melawan makhluk perosak kita gunakan racun. Kedua‐
duanya berasaskan bahan kimia – perlu dibeli dan pastinya ada 
kesan  sampingan.  Di  akhir  proses  penuaian,  jerami  padi  akan 
terhasil. Kalau tidak dilupuskan jerami tersebut akan memakan 
ruang  dan  boleh  menjadi  sarang  makhluk  perosak.  Ianya  juga 
memakan  masa  untuk  diuraikan  jika  dibiarkan  begitu  sahaja. 
Ini  akan  menganggu  kitaran  tempoh  penanaman  padi.  Untuk 
memudahkan  kerja,  jerami  tersebut  selalunya  akan  dibakar 

12
 
  Kasting dari 
cacing 
 
 
 
 
 
 
 
Najis 
 
ternakan 
 
  Hasil dari 
  tanaman 
 
 
Oleh  sebab  itu  penggunaan  Cacing  Tanah  di  dalam  bidang 
pertanian  telah  dapat  melengkapkan  satu  kitaran  makanan. 
Apabila  lengkapnya  kitaran  makanan  tersebut,  dengan 
sendirinya  petani  dapat  mengurangkan  kos  yang  terlibat.  Apa 
yang  menjadi  amalan  dalam  bidang  pertanian  sekarang  ini 
adalah seperti berikut: 
 
  Racun 

 
 
 
Baja 
  Hasil  Dimakan oleh  Najis haiwan 
  tanaman  ternakan  dibuang 

20
                  
Cacing Harimau 
 

Cacing Merah 
 

29
Anatomi Cacing Tanah
 
Memahami  anatomi  Cacing  Tanah,  walaupun  bukan 
keutamaan  tetapi  amat  perlu  bagi  menjalankan  proses 
penternakan  Vermikultur.  Ia  dapat  membantu  penternak 
memahami tabiat cacing‐cacing yang dibela dengan lebih baik, 
mengenalpasti  punca  sesuatu  masalah  berlaku,  merancang 
pengeluaran  supaya  lebih  produktif  dan  mengurangkan 
kemungkinan kematian cacing. 
 
Gambarajah  di  muka  surat  selepas  ini  merupakan  skematik 
bagi  seekor  Cacing  Tanah  yang  tipikal.  Cacing  Tanah 
merupakan  haiwan  analida  bersegmen.  Tubuh  Cacing  Tanah 
terdiri dari 75 – 90 peratus air tetapi kaya dengan protin. Sebab 
itulah ia menjadi kegemaran tikus, burung dan ayam.  
 
Cacing  Tanah  tidak  mempunyai  organ  pancaindera  yang 
spesifik  seperti  mata,  hidung  dan  telinga  tetapi  ia  mempunyai 
mulut. Ia juga tidak mempunyai kepala, tangan, kaki atau ekor 
yang  spesifik.  Lazimnya,  bahagian  hadapan  yang  dirujuk 
sebagai  anterior  merupakan  bahagian  yang  paling  hampir 
dengan  klitelum  manakala  bahagian  selebihnya  dipanggil 
posterior.  Walaupun  tidak  mempunyai  organ  pancaindera 
yang  spesifik,  Cacing  Tanah  amat  sensitif  kepada  ransangan‐
ransangan  dari  luar.  Ini  disebabkan  di  bahagian  lapisan 
epidermisnya  (kulit)  tersusun  saraf‐saraf  untuk  mengesan 
haba, gegaran, sentuhan, kelembapan dan sebagainya.  
 

30
segmen.  Pada  hujung  serat  saraf  di  lapisan  kulit  ini, 
terdapatnya organ‐organ dan sel‐sel pengesan. Organ pengesan 
ini  memberitahu  Cacing  Tanah  mengenai  persekitarannya. 
Organ  fotoreseptor  mampu  mengesan  keamatan  cahaya  dan 
organ  pengesan  epitelial  akan  memberitahu  cacing  jika  ianya 
disentuh.  
 
Cacing  memerlukan  banyak  air  di  dalam  persekitarannya.  Ia 
bukan  setakat  diperlukan  untuk  memastikannya  sentiasa 
lembap,  tetapi  juga  untuk  menggantikan  kuantiti  yang  besar 
yang hilang melalui air kencing. Seekor Cacing  Tanah mampu 
menghasilkan  sehingga  60  peratus  dari  berat  badannya  air 
kencing sehari. 
 
Berdasarkan  kepada gambarajah rentas  sebelum  ini, ringkasan 
fungsi bagi setiap bahagian tubuh Cacing Tanah adalah seperti 
berikut: 
 
Bahagian  Fungsinya 
Anus  Tempat di mana partikel tanah dan bahan 
organik  yang  tidak  dihadamkan 
dikeluarkan. 
Epidermis  Kulit,  lapisan  luar  dinding  tubuh  yang 
merembeskan mukus. 
Esofagus  Laluan  di  antara  faring  dan  krop 
(kerongkong). 
Faring  Bahagian  berotot  pada  mulut  yang 
menyedut makanan masuk. 
Hempedal  Organ  dalaman  berotot  yang 
36
Bahagian  Fungsinya 
kopulasi. 
Kitaran Hidup Cacing Tanah
 
Cacing  Tanah  bersifat  hemaprodit,  iaitu  mempunyai  kedua‐dua 
organ  jantan  dan  betina.  Sungguhpun  begitu,  untuk  membiak 
cacing  tetap  akan  mengawan  dan  bertukar  sperma  bersama 
pasangannya.  Apabila  bertelur,  Cacing  Tanah  akan 
memasukkan  telur‐telur  tersebut  ke  dalam  kokun.  Kokun 
merupakan  sebuah  kelongsong  yang  dihasilkan  oleh  induk 
Cacing  Tanah  untuk  menempatkan  telur‐telur  tersebut.  Empat 
hingga  lima  ekor  anak  Cacing  Tanah  akan  menetas  daripada 
sekitar  dua  puluh  biji  telur  yang  dihasilkan  dan  akan  keluar 
melalui  lubang  yang  ada  pada  hujung  kokun  tersebut. 
Gambarajah di bawah menceritakan proses tersebut: 
 
  Mengawan

 
  7 – 10 
hari 
 
  Cacing 
  dewasa 
  Kitaran pembiakan 
  Cacing Tanah 
 
Telur dalam 
  kokun 
  60 – 90 
  hari 
12 – 110 
  hari 
40
Telur cacing 
menetas 
BAB 4

PENGENALAN KEPADA SISTEM


VERMIKOMPOS
 
 
 

Vermikultur dan Vermikompos


 
Vermikultur  bermakna  penternakan  Cacing  Tanah  manakala 
Vermikompos  bermakna  proses  penghasilan  kompos  melalui 
teknik vermikultur.  
 
Proses pengkomposan secara semulajadi berlaku apabila bahan 
organik  direputkan  dalam  beberapa  siri  yang  berturutan  oleh 
beberapa jenis mikroorganisma. Hasilnya adalah bahan organik 
yang dipanggil humus. Proses ini merupakan satu proses yang 
perlahan  dan  banyak  dipengaruhi  oleh  faktor  persekitaran 
seperti suhu, kelembapan, ketebalan bahan organik dan musim. 
Dalam  proses  pengkomposan  secara  buatan,  proses  tersebut 
dipercepatkan  dengan  memanipulasi  faktor‐faktor  yang 
mempengaruhinya.  

49
semaian  ke  tapak  penanaman  kekal  bagi 
mengelakkan kejutan kepada pokok tersebut. 
v. Dijadikan  penggalak  kepada  biji  benih  sebelum 
ditanam  dengan  cara  merendam  benih  ke  dalam 
cecair teh kompos tersebut. 
 
Cara Penyediaan Teh Vermikompos
 
Untuk menyediakan teh vermikompos, peralatan‐peralatan dan 
bahan‐bahan berikut diperlukan: 
 
i. Tangki / Balang / Baldi 
ii. Pam udara (pam bubler akuarium), 
iii. Tiub penghantar udara 
iv. Batu bubler 
v. Kain kasa 
vi. Baja vermikompos 
vii. Gula molas / Gula merah / Gula tebu 
 
Pasangkan peralatan seperti gambar lakaran berikut: 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

59
BAB 5

BAGAIMANA KITA NAK MULA


 
 
 
 
 
Setiap  apa  yang  kita  hendak  lakukan  pasti  memerlukan 
perancangan.  Begitu  jugalah  dengan  usaha  untuk  menternak 
Cacing  Tanah.  Selain  perancangan,  matlamat  juga  perlu 
ditetapkan  iaitu  ke  arah  mana  usaha  penternakan  tersebut 
hendak  kita  bawa.  Tanpa  kedua‐duanya,  kita  akan  jadi  hilang 
hala  tuju  di  pertengahan  jalan  dan  mudah  putus  asa  bila 
menghadapi  masalah.  Harus  diingat,  perusahaan  ini 
merupakan  suatu  bentuk  perniagaan;  dan  perniagaan  mana 
yang tidak ada masalah. 
 
Apabila  memperkatakan  tentang  matlamat,  seseorang  bakal 
penternak haruslah memikirkan perkara‐perkara berikut: 
 
i. Adakah  kita  mahu  menternak  untuk  menghasilkan 
baja vermikompos, atau 
ii. Adakah kita mahu menternak dengan tujuan untuk 
menghasilkan biomas, atau 
iii. Kedua‐duanya. 
63
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bagi  memanjangkan  jangka  hayat  rak  kayu  dan  mengelakkan 
bahan  kimia  dalam  kayu  dari  meracuni  Cacing  Tanah, 
bahagian  dalam  rak  kayu  akan  dilindungi  dengan  sehelai 
lapisan  plastik  gelap  atau  disapukan  dengan  minyak  kelapa. 
Rak  direkabentuk  supaya  berada  di  tempat  yang  tetap,  tetapi 
rak  kosong  boleh  dialihkan  sekiranya  pengubahsuaian 
susunatur hendak dibuat.  
 
Biasanya  semasa  beroperasi,  rak  akan  diletakkan  di  bawah 
tempat yang terlindung seperti bangsal yang diselubungi jaring 
75
BAB 6

MENYELENGGARA CACING TANAH


DAN BEKAS
 
 
 

Apakah Makanan Cacing


 
Oleh kerana cacing adalah haiwan herbivor, maka makanannya 
mestilah  berasaskan  sayur‐sayuran  atau  tumbuhan.  Sebab 
itulah,  walaupun  ia  memakan  najis  haiwan  tetapi  hanya  najis 
haiwan herbivor sahaja yang diterima oleh Cacing Tanah. Najis 
haiwan  pemakan  daging  seperti  kucing  tidak  diterima 
langusng.  Cacing  Tanah  tidak  sukakan  makanan  dari  bahan 
organik  yang  mengandungi  minyak,  lemak,  daging,  susu, 
pedas, manis, masam dan masin. 
 
Pengkomposan  menggunakan  Cacing  Tanah  adalah  teknik 
pengkomposan  sejuk.  Ia  tidak  melibatkan  pelepasan  haba 
sebaliknya  bahan  organik  dihadamkan  di  dalam  perut  cacing. 
Oleh  itu  pemilihan  jenis  makanan  Cacing  Tanah  haruslah 
memastikan  bahawa  makanan  tersebut  tidak  akan 
membebaskan haba ketika cacing makan. 

89
BAB 7

MASALAH DI DALAM BEKAS


CACING
 
 
 
 
Kebanyakan  penternak  baru  akan  beranggapan  jika  mereka 
mengikuti  semua  arahan  dan  panduan  yang  diberikan  untuk 
menternak  menggunakan  bekas  baru  mereka,  mereka  tidak 
akan menghadapi sebarang masalah. Kenyataannya, penternak 
baru  akan  mendapati  bahawa  menternak  Cacing  Tanah 
memerlukan  teknik  khusus  dan  masalah  kadang‐kadang  akan 
datang  juga.  Keupayaan  untuk  mengenalpasti  masalah‐
masalah    yang  dihadapi  dan  bertindak  cepat  mengatasinya 
akan  membezakan  penternak  yang  berjaya  dengan  yang  tak 
berapa berjaya.  
 
Setiap  bekas  menternak  cacing  adalah  unik,  jadi  bekas 
kepunyaan  kita  mungkin  berbeza  sedikit  keadaannya  dengan 
orang lain. Faktor yang menjadi unik untuk kita mungkin, suhu 
dan  kelembapan  tempat  tinggal  kita  dan  juga  lokasi  bekas 
cacing  kita.  Faktor  yang  serupa  di  kalangan  semua  penternak 

102
BAB 8

HAIWAN-HAIWAN LAIN YANG ADA


DI DALAM BEKAS CACING
 
 
 
 
Walau  macam  mana  sempurna  sekalipun  perancangan  kita, 
kadang  kala  ada  sahaja  ‘pihak‐pihak’  tertentu  yang  sentiasa 
’memerhatikan  segala  tindak  tanduk’  kita.  Tanpa  kita  sedari 
dalam  pada  kita  menjaga  dengan  baik  bekas  cacing  supaya 
cacing yang kita ternak sihat dan selamat, rupanya diam‐diam 
sudah  ada  tetamu  yang  tidak  diundang  di  dalamnya.  Mereka 
ini  yang  terdiri  dari  serangga  dan  organisma  yang  lain,  sama 
ada  sekadar  mencari  kesempatan  pada  bekas  cacing  yang 
penuh  dengan  makanan  ataupun  pengacau  yang  mengancam 
kesejahteraan  Cacing  Tanah  yang  kita  ternak.  Yang  penting 
kehadiran  mereka  tidak  boleh  dipandang  ringan  jika  kita 
mahukan hasil yang produktif dari dalam bekas Cacing Tanah 
kita.  
 
Mari kita lihat siapakah mereka. 

112
BAB 9

CARA-CARA MENUAI HASIL


CACING TANAH
 
 
 
 
Ini merupakan antara tugas utama terakhir yang paling disukai 
oleh  penternak  sebelum  memasarkan  hasil.  Vermikompos  dan 
biomas  Cacing  Tanah  boleh  dituai  dengan  menggunakan 
pelbagai  kaedah  berdasarkan  kapasiti  penternakan  dan 
kegemaran  seseorang  penternak.  Sebahagian  dari  kaedah 
penuaian telahpun dipatenkan dan menjadi hak eksklusif pihak 
yang mendaftarkan paten tersebut. Tempoh yang sesuai untuk 
menuai  hasil  vermikompos  ini  diterangkan  dalam  Bab  6; 
Menyelenggara Cacing Tanah dan Bekas. 
 
Kaedah 1 – Kaedah Kon
 
Kaedah ini mengadaptasikan fakta bahawa Cacing Tanah tidak 
sukakan  cahaya.  Sebelum  memulakan  tuaian,  satu  bekas  baru 
yang siap dengan medium perlu disediakan dahulu. Langkah‐
langkah penuaian adalah seperti berikut: 
 

126
BAB 10

MEMASARKAN HASIL
VERMIKOMPOS
 
 
 
Prestasi vermikompos telah dibuktikan melalui beberapa ujian 
dan kajian mengatasi baja komersil dan juga baja kompos biasa. 
Penggunaannya di bidang pertanian terbukti tidak merosakkan 
tanaman dan juga kesuburan tanah. Hasil hiliran vermikompos 
juga menunjukkan prestasi yang memberansangkan. 
 
Penggunaan Hasil Vermikompos
 
Vermikompos  dijual  di  pasaran  sama  seperti  baja  komersil 
biasa,  tetapi  disebabkan  prestasinya  yang  baik  ia  mempunyai 
harga  yang  lebih  tinggi.  Selain  meningkatkan  kesuburan,  ia  
juga  mempunyai  keupayaan  untuk  meningkatkan  ketahanan 
terhadap  penyakit  bagi  tumbuhan.  Baja  vermikompos  yang 
ditaburkan  pada  pokok  yang  mengalami  masalah  reput  akar 
telah  berjaya  menyuburkan  kembali  pokok  tersebut  dan 
membantu memperbaiki kerosakan akarnya.  
 

131
BAB 11

INOVASI DI BIDANG TERNAKAN


CACING TANAH
 
 
 
 
 
Kemajuan di dalam bidang penternakan Cacing Tanah banyak 
disumbangkan  oleh  cetusan  ilham  di  kalangan  mereka  yang 
terlibat.  Banyak  daripadanya  telah  direalisasikan  menerusi 
rekacipta  peralatan,  kaedah  dan  produk  berasaskan  Cacing 
Tanah  ini.  Ilham  atau  idea  ini  apabila  melibatkan 
penambahbaikan  keadaan  sedia  ada,  kita  akan  memanggilnya 
sebagai  inovasi.  Sesuatu  inovasi  itu  pada  asasnya  merupakan 
sebuah Harta Intelek, iaitu aset secara maya yang dimiliki oleh 
orang yang memulakan inovasi tersebut.  
 
Malaysia mengiktiraf peranan dan sumbangan harta intelek ini 
dengan  mewujudkan  akta  berkaitan  harta  intelek  yang 
melindungi hasil inovasi perekaciptanya. Antara perlindungan 
yang termasuk di dalam akta tersebut adalah Hakcipta, Paten, 
Cap  Dagangan,  Reka  Bentuk  Perindustrian,  Reka  Bentuk 
Susun Atur Litar Bersepadu dan Petunjuk Geografi. 

139
BAB 12

MENGANGGAR PENDAPATAN DARI


TERNAKAN CACING TANAH
 
 
 
 
Untuk membuat anggaran berapakah pendapatan serta untung 
atau rugi bagi usaha penternakan kita, seseorang penternak itu 
haruslah  terlebih  dahulu  menyenaraikan  kos‐kos  yang  terlibat 
dan juga anggaran jualan secara terperinci.  
 
Kos Yang Terlibat
 
Kos untuk memulakan penternakan terdiri dari tiga jenis iaitu: 
 
i. Kos tetap, 
ii. Kos berulang, dan 
iii. Kos sekali sahaja (one‐off) 
 
Kos tetap boleh terdiri dari: 
  
i. Kos overhead – 
 

144
BAB 13
 

MENYEDIAKAN RANCANGAN
PERNIAGAAN
 
 
 
 
Sebelum  memulakan sesuatu  perniagaan, seseorang usahawan 
yang  baik  akan  menyediakan  satu  dokumen  yang  dikenali 
sebagai  Rancangan  Perniagaan.  Rancangan  perniagaan 
merupakan  satu  dokumen  bertulis  yang  menerangkan  secara 
menyeluruh  tentang  perniagaan  atau  projek  yang  hendak 
dijalankan.  Ia  juga  merupakan  pelan  induk  perniagaan  yang 
menerangkan  kajian‐kajian  yang  telah  dibuat  dan  langkah‐
langkah  yang  akan  diambil  pada  masa  hadapan  untuk 
membangunkan  perniagan,  ramalan  dan  jangkaan  serta  cara‐
cara pelaksanaan strategi perniagaan.  
 
Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan
 
Penyediaan  rancangan  perniagaan  mempunyai  beberapa 
tujuan antaranya: 
 

155
BAB 15

CONTOH-CONTOH KEJAYAAN
 
 
 
 
Setelah empat belas bab, mungkin masih ada sedikit keraguan 
di  hati  kita  sama  ada  bidang  penternakan  Cacing  Tanah  ini 
benar‐benar  berpotensi  cerah  atau  tidak.  Sebagai  penulis,  saya 
tidak  dapat  memberi  keyakinan  kepada  pembaca  sekalian 
melainkan  jika  saya  membawakan  beberapa  contoh  kejayaan 
dari  pengusaha  sedia  ada  yang  telahpun  berjaya  di  dalam 
bidang ini. 
 
Walaupun  perusahaan  menternak  Cacing  Tanah  ini  masih 
dikira  baru  di  Malaysia,  namun  beberapa  pengusaha  telah 
membuktikan  keupayaan  mereka  menempa  kejayaan  dalam 
waktu  yang dikira sebagai singkat. Apa  yang membanggakan, 
mereka  ini  kebanyakannya  berjaya  dengan  hanya  berbekalkan 
sedikit bimbingan dari mereka yang dianggap pakar. Kejayaan 
mereka  boleh  dijadikan  pedoman  kepada  kita  semua  dalam 
memulakan  langkah  penternakan  Cacing  Tanah  ini.  Ikutilah 
kisah‐kisah mereka. 
 

164
Pengusaha 1 :

Alismeru, Kelang, Selangor


 
Memulakan  perniagaan  pada  suku  keempat  tahun  2007, 
Alismeru  yang  diterajui  oleh  En  Harlis  Bin  Samsuri  kini 
merupakan  salah  seorang  pengusaha  yang  berjaya  dan 
peneraju  di  dalam  bidang  ternakan  Cacing  Tanah  di  negeri 
Selangor.  En  Halis  memulakan  projek  ternakan  ini  hanya 
dengan sebuah bekas menternak dan sekilogram Cacing Tanah 
dari spesis Eisenia foetida.  
 
Kini  dalam  tempoh  satu  tahun,  beliau  telah  bejaya 
menggandakan  jumlah  Cacing  Tanah  yang  diternak  sebanyak 
10  kg.  Itupun  selepas  beliau  menjual  lebih  50  kg  kepada 
pelanggan‐pelanggannya.  En  Harlis  merupakan  orang  yang 
bertanggungjawab  mempopularkan  seni  menternak  Cacing 
Tanah  menggunakan  kabinet  plastik  yang  dikenali  sebagai 
’Sistem Toyogo’.  
 
Kejayaan  yang  dicapai  oleh  Alismeru  bukan  setakat  dikecapi 
sendiri  olehnya  malahan  beliau  turut  sering  berkongsi 
pengalaman  dan  pengetahuannya  melalui  kursus‐kursus, 
seminar  dan  demonstrasi  yang  dikelolakan  sendiri  atau  atas 
jemputan  dari  pihak‐pihak  lain.  Kini  beliau  memikul 
tanggungjawab  untuk  mempromosikan  bidang  ini  ke  setiap 
daerah  di  negeri  Selangor  atas  arahan  Kerajaan  Negeri 
Selangor, di bawah program Penternakan Dalam Bandar. 
165
 
Sehingga  kini  beliau  telah  pun  memperolehi  sebanyak  tiga 
pengiktirafan khusus dari Kerajaan Negeri Selangor atas usaha 
yang  dilakukannya  itu.  Pengiktirafan  yang  diterima  beliau 
bukan  setakat  di  negeri  Selangor,  malahan  beliau  turut 
dipelawa  untuk  memperkenalkan  industri  ini  sehingga  ke 
Negeri Sabah.  
 
Selain  ilmu  yang  dicurahkan  secara  fizikal  melalui  kursus, 
beliau turut aktif di dalam forum‐forum online di internet dan 
memberikan banyak panduan yang berguna. 
 
Dari  segi  latar  belakang,  En  Halis  bukanlah  seorang  yang 
mempunyai  pendidikan  khusus  di  bidang  pertanian  atau 
zoologi.  Namun  beliau  telah  membuktikan  bahawa  dengan 
berbekalkan  semangat  dan  minat,  seseorang  itu  mampu 
mencapai  apa  yang  diingini  walaupun  ianya  sangat  asing 
kepada diri sendir sebelum ini.  
 
Di  peringkat  awal  pembabitannya  dalam  bidang  penternakan 
Cacing  Tanah  ini,  beliau  turut  tidak  terlepas  dari  diduga  oleh 
Allah.  Tak  sampai  sebulan  menternak,  bekas  cacing  beliau 
(ketika  itu  beliau  menggunakan  styrofoam)  dicerobohi  oleh 
angkatan  semut.  Sebahagian  dari  cacing  peliharaanya 
terbunuh.  Perkara  itu  sedikit  sebanyak  telah  mengoyahkan 
semangat  beliau.  Namun  atas  dorongan  rakan  sekeliling  dan 
matlamat  yang  jelas,  beliau  meneruskan  usaha  tersebut 
menggunakan baki cacing yang ada. Baginya apa yang berlaku 

166
hanyalah  dugaan  dari  Allah  dan  pasti  ada  hikmah  yang 
tersembunyi di sebaliknya. 
 
Apa  yang  menariknya,  En  Harlis  memulakan  dan 
membesarkan  perniagaan  ini  tanpa  memohon  sebarang 
pinjaman  dari  mana‐mana  pihak  pun.  Kini  selepas  setahun, 
beliau  mampu  memperolehi  pendapatan  sekitar  RM  2,000.00 
seminggu  melalui  jualan  produk  berkaitan  Cacing  Tanah 
(cacing induk, vermikompos, medium) dan juga perkhidmatan 
professional (kursus dan bengkel ternakan Cacing Tanah).  
 
Beliau  kini  masih  lagi  bekerja  di  Syarikat  Penerbangan 
Malaysia  (MAS)  Bahagian  Kejuruteraan.  Baginya  kini,  bekerja 
bukan  lagi  untuk  makan  gaji,  sebaliknya  untuk  kepuasan  dan 
membalas budi majikannya.  
 
En Harlis boleh dihubungi melalui maklumat di bawah: 
 
HARLIS BIN SAMSURI (ALISMERU) 
No 33 Batu 6 ½ , Pekan Meru, 41050 Kelang, Selangor 
Tel : 03‐33921054, H/P : 019‐3942827 
e‐mel : alis.mata@yahoo.com 
 
 
 
 
 

167
Pengusaha 2 :

AZR Agrocentre, Banting, Selangor


 

AZR  Agrocentre  merupakan  sebuah  syarikat  ini  dimiliki 


sepenuhnya  oleh  seorang  usahawanita  bumiputera  iaitu  Pn. 
Azlinda Ros Abdul Aziz yang merupakan ibu tunggal kepada 
2  orang  anak  telah  ditubuhkan  pada  tahun  2006.  Ia 
merupakan  sebuah  syarikat  yang  menjalankan  perniagaan 
berasaskan  petanian  dan  industri  asas  tani.  Pelbagai  produk 
pertanian  dipasarkan  oleh  syarikat  AZR  terutamanya  yang 
berkaitan  dengan  Cacing  Tanah,  lintah  dan  belut.  AZR  mula 
memfokuskan  kepada  kegiatan  penternakan  Cacing  Tanah 
sejak Julai 2007.  
 
Berlatar  belakangkan  pendidikan  awal  di  Maktab  Rendah 
Sains  MARA,  Pn.  Azlinda  Ros  kemudiannya  melanjutkan 
pengajiannya  di  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  dalam 
bidang Biologi Persekitaran (Environmental Biology). Namun, 
bidang pengajian yang berbeza tidak menghalang ibu tunggal 
ini dari menceburkan diri dalam bidang pertanian.  
 
Selain  Pn.  Azlinda,  syarikat  ini  turut  diterajui  oleh  seorang 
Ketua  Pegawai  Eksekutif  (CEO)  iaitu  En.  Mustafa  Abdul 
Wahab. Bapa kepada 4 orang anak, En. Mustafa yang berasal 
dari  Muar,  Johor  dan  telah  berkecimpung  dalam  perniagaan 
168
sejak  tamat  persekolahan.  Beliau  mula  bergiat  dalam  bidang 
pembangunan  (construction)  sejak  tahun  2000  dan  kini 
mengembangkan  pengetahuan  perniagaan  beliau  di  bidang 
pertanian 
 
Sehingga ke hari ini, syarikat ini telah mengeluarkan pelbagai 
produk yang berasaskan Cacing Tanah iaitu baja serbuk, baja 
pallet,  baja  cecair,  makanan  ikan  dan  makanan  ayam.  Kini 
AZR juga telah mula mengorak langkah untuk menghasilkan 
produk  kosmetik  seperti  minyak  dan  pelembab  yang 
berasaskan  Cacing  Tanah.  Selain  itu,  ia  juga  dalam  peringkat 
kajian bagi menghasilkan produk‐produk kesihatan dan ubat‐
ubatan yang juga berasaskan Cacing Tanah.  
 
Sebagaimana pengusaha yang lain, AZR juga tidak lupa untuk 
memberi  sumbangannya  kepada  masyarakat  dengan 
menjalankan usaha mengembangkan penternakan di kalangan 
orang  ramai  melalui  siri  seminar  yang  dijalankan  di  seluruh 
Negara. Sehingga ke hari ini, AZR telah mempunyai lebih dari 
300  penternak  dan  beberapa  cawangan  di  seluruh  Malaysia 
iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kedah. 
Ia  juga  telah  mengembangka  sayap  ke  Negara  jiran  iaitu 
Indonesia  dengan  membuka  sebuah  cawangan  di  Solo.  AZR 
kini  mensasarkan  untuk  menghasilkan  1000  penternak 
dibawah  naungannya  dengan  penghasilan  produk  sekurang‐
kurangnya  1000  tan  baja  dan  10  tan  cacing  sebulan  bagi 
menampung  permintaan  dari  dalam  dan  luar  negara.  AZR 
juga  telah  mensasarkan  untuk  mengadakan  cawangan 

169
diseluruh  negara  agar  dapat  menjadi  hub  pengeluar  produk 
cacing terbesar di Asia Tenggara menjelang tahun 2012. 
 
Pn  Azlinda  Ros  dan  En  Mustafa  boleh  dihubungi  melalui 
maklumat di bawah: 
 
AZR AGRO CENTRE (001698370‐1) 
No 12A Jalan Emas 7, Bandar Sungai Emas,  
42700 Banting, Selangor 
Tel : 03‐3180 3994, Faks : 03‐3180 3995 
e‐mel: mus@azragrocentre.com 
laman web : www.azragrocentre.com  

170
Pengusaha 3 :

NUR IKHLAS RESOURCES, Kelang, Selangor


 
Nur  Ikhlas  Resources  diterajui  oleh  En  Mohammed  Nizzam 
Abdul  Razak,  seorang  pengusaha  Ternakan  Cacing  Tanah 
sepenuh  masa.  Perniagaan  ini  dimulakan  pada  4  Mac  2008. 
Walaupun  baru,  En  Nizzam  telah  menunjukkan  keupayaan 
perniagaan  yang  diterajuinya  di  mana  dalam  tempoh  tak 
sampai  empat  bulan  ia  telah  mampu  untuk  untuk 
membekalkan  produk‐produk  berasaskan  Cacing  Tanah 
kepada pasaran di sekitar Lembah Kelang.  
 
Seperti  Alismeru,  beliau  juga  memulakan  perniagaan  pada 
skala  kecil  iaitu  dua  kg  sahaja.  Namun  kini,  beliau  memiliki 
tiga buah rak kayu dan tiga buah palung dengan setiap satunya 
mempunyai kapasiti 10 kg Cacing Tanah. Dalam tempoh empat 
bulan menternak, kapasiti beliau telah berjaya menjual lebih 50 
kg  Cacing  Tanah  untuk  dijadikan  induk  di  samping  baja 
vermikompos  dalam  bungkusan  1kg.  Selain  menjual,  beliau 
juga  turut  membeli  Cacing  Tanah  dari  pengusaha  lain  yang 
ingin  menjual  hasil  biomas  melaluinya.  Dari  hasil  tukaran 
seperti  itulah    beliau  mengumpulkan  modal  untuk 
membesarkan  perniagaannya  tanpa  perlu  membuat  pinjaman 
dari mana‐mana pihak.  
 
Selain  menternak  untuk  menghasilkan  produk,  beliau  juga 
turut  sama  mengadakan  Bengkel  Ternakan  Cacing  Tanah  di 
171
premisnya.  Kini  beliau  sedang  dalam  proses  menjalinkan 
usahasama  dengan  Lembaga  Zakat  Selangor  untuk 
melaksanakan  program  Asnaf  iaitu  salah  satu  Program 
Membasmi  Kemiskinan.  Melalui  program  ini,  peserta  yang 
telah berdaftar dan layak mendapatkan bantuan dari Lembaga 
Zakat  akan  diberikan  modal  dan  Nur  Ikhlas  akan  bertindak 
sebagai  mentor  dalam  memberikan  sokongan  teknikal  dan 
pemasaran dalam bidang penternakan Cacing Tanah. 
 
Produk  vermikompos  keluaran  Nur  Ikhlas  Resources  kini 
dalam  peringkat  mendapatkan  pengiktirafan  kualiti  daripada 
Jabatan  Pertanian  di  mana  ia  juga  menjalankan  kerjasama 
untuk membuat penyelidikan dan pembangunan di bidang ini.  
 
En Mohammed Nizzam boleh dihubungi melalui maklumat di 
bawah: 
 
NUR IKHLAS RESOURCES (SA0091238‐A) 
No 33 Batu 6 ½ , Pekan Meru, 41050 Kelang, Selangor 
Tel, H/P: 012‐295 0605, 017‐645 0778 
e‐mel: sales@nurikhlas.com , laman web : www.nurikhlas.com  
 
 

172
BAB 16

PENUTUP
 
 
 
 
Kejayaan  dalam  apa  jua  bidang  hanya  boleh  dikecapi  jika  kita 
berusaha bersungguh‐sungguh dan tetap atau istiqamah dalam 
melaksanakan  usaha  tersebut.  Kita  pasti  akan  diuji  dalam 
perjalanan  melaksanakan  sesuatu  tugas.  Pasti  akan  ada 
halangan.  Berapa  ramai  orang  yang  menyerah  kalah  hanya 
beberapa  ’inci’  dari  kejayaannya.  Orang  yang  berjaya  adalah 
orang  yang  tahan  menempuhi  segala  dugaan  dan  melepasi 
halangan atau ujian tersebut.  
 
Usaha  penternakan  juga  tidak  lepas  dari  ujian  sedemikian. 
Bagaimana  rupa  ujian  itu,  hanya  kita  sahaja  yang  boleh 
menjawabnya  kelak.  Walaupun  secara  kasar  nampaknya 
penternakan Cacing Tanah seolah‐olah mudah, namun lumrah 
di dalam bidang perniagaan, suka atau tidak kita mesti sentiasa 
bersiap  sedia  untuk  menghadapi  segala  kemungkinan  yang 
tidak  menyebelahi  kita.  Tapi  janganlah  takut,  kerana  di  luar 
sana  telah  ramai  pengusaha  yang  berjaya  sehingga  menjana 
pendapatan  yang  lebih  tinggi  dari  mereka  yang  berkelulusan 
tinggi.  Bukankah  sembilan  per  sepuluh  punca  rezeki  itu 
173
datangnya  dari  perniagaan?  Itu  sunah  Rasulullah  Salallahu 
Alaihi  Wassalam.  Jadi  apa  tunggu  lagi?  Teruskan  niat  yang 
selama  ini  terpendam  dan  jangan  ragu‐ragu.  Buangkan 
keraguan itu dan ...... 
 
Ke garisan ....  
 
Sedia .......  
 
MULA! 
 
 
Sehingga berjumpa lagi di puncak kejayaan! 
 

174
BIBLIOGRAFI
 

 
Nicola  Blight,  2nd  Edition  Little  Rotters  Composting  Handbook, 
Environ Trust Ltd, Western Park, Leichester, 2004.  

Kathy Powell, Presentation : Composting, It’s Recycling, Pennstate 
College of Agricultural Sciences, USA, 2002. 

Leslie  Cooperband,  Presentation  :  Biology  of  Composting, 


University of Wisconsin, USA. 

Steve Diver, Presentation: Compost Teas : A Tool for Rhizosphere + 
Phyllosphere  Agriculture,  Appropriate  Technology  Transfer  for 
Rural Areas (ATTRA), North Carolina, 2002. 

George  Kuepper,  Foliar  Fertilization,  Appropriate  Technology 


Transfer for Rural Areas (ATTRA), USA, 2003. 

Elaine  Ingham,  Brewing  Compost  Tea,  Kitchen  Gardener,  USA, 


2006. (Resource from Internet) 

Patrick J. Bohlen, Earthworms, Archbold Biological Station, Lake 
Placid, Florida, 2006. 

175
Apendiks 1

GLOSARI ISTILAH
 
 
albumin: Bendalir yang mengandungi protin larut air.  
  
analida  (annelid):  Organisma  yang  mempunyai  badan 
bersegmen  (berketak),  yang  kelihatan  seperti  gegelang. 
Segmen‐segmen  tersusun  bersebelahan  antara  satu  sama  lain 
secara  simetri  sepanjang  tubuh  Cacing  Tanah  untuk 
membentuk badan.  
 
anekik (anecic): Istilah pengkelasan habitat. Cacing Tanah jenis 
ini  hidup  di  dalam  liang  menegak  yang  dalam,  tetapi  mencari 
makan pada atau berhampiran permukaan tanah, terutamanya 
pada waktu malam.  
 
anulasi  sekunder  (secondary  annulation):  Tonjolan  kecil 
(kedutan)  yang  kelihatan  di  antara  tonjolan‐tonjolan  antara 
segmen.  
  
anus: Lihat periprokt. 
 

180
Apendiks 2 

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN CACING


 

 
Haiwan‐haiwan lain dalam bekas cacing 
 

 
Cacing Tanah Berastivasi 
 

188
 
Cacing Raksaksa Australia 
 

 
Alat Pengekstrak Vermikompos ‘Trommel’ 

189
Kokun Telur Cacing Tanah

Kokun Yang Telah Matang

192
Apendiks 5
STANDARD KUALITI
AS 4454, Standard Australia
 
Keperluan Kriteia Fizikal dan Kimia untuk Vermikas 
pH  5.0 – 7.5 
  Jika pH > 7.5, tentukan jumlah CaCO3 
Konduktiviti elektrikal, dS/m  Tiada had 
Fosforus, terlarut, mg/L dalam  ≤ 5 
ekstrak  Untuk produk bagi tumbuhan yang 
sensitif‐fosforus, tidak diperlukan 
Fosforus, jumlah, % jisim kering  ≤ 0.1 
Untuk produk bagi tumbuhan yang 
sensitif‐fosforus, tiada keperluan 
Amonium‐N, mg/L dalam  Tiada keperluan 
ekstrak 
Amonium‐N dan nitrogen‐N,  > 100 
mg/L dalam ekstrak  Jika sumbangan kepada nutrisi tumbuhan 
dituntut 
Nitrogen, jumlah, % bahan  ≥ 0.8 
kering  Jika sumbangan kepada nutrisi tumbuhan 
dituntut 
Kandung bahan organik, %  ≥ 25 
bahan kering   
Boron, mg/kg jisim kering  < 200 
Produk dengan jumlah B < 100 boleh 
digunakan tanpa sekatan 
Sodium, % jisim kering  <1 atau sekurang‐kurangnya 7.5 mol 
kalsium dan magnesium bagi setiap mol 
sodium dalam bahan kering 
Keboleh basahan, minit  <7 
Untuk pecahan < 16  ±1 mm. 

198
Apendiks 6

SENARAI INOVASI YANG TELAH


DIPATENKAN
 
Tajuk / Negara Didaftar  No. Paten  Tahun 
Device for Composting Biologicalally  WO 96/  1996 
Degradable Material / Jerman  18590 
Activated Biohumus Preparation Process /  RU2306303  2006 
Rusia  C1 
An Extract for Preventing or Treating  EP1927363  2006 
Thrombotic Disease / China  A1 
Anti‐Hagover Composition / Korea  WO2008/  2008 
002019A1 
Apparatus and Method for On‐Site  WO2004/  2004 
Vermicomposting Organic Waste / Korea  039510A1 
Apparatus and Method for Surfacing  US 2006/  2006 
Earthworms / USA  0042156A1 
Apparatus for and Method of Waste  US2006/  2006 
Treatment Using Vermiculture  0131229A1 
Apparatus for Making a Foliar Liquid /  WO2004/  2004 
USA  046014A2 
Apparatus for Processing Waste to Yield  RU2115639  1997 
Biohumus and Vermiculture / Rusia  C1 
Apparatus for Use in Vermiculture / USA  US 2006/  2006 
0172410 A1 

200
Apendiks 7

CONTOH FORMAT PROFORMA


PENYATA KEWANGAN
 
 
1. Proforma Penyata Aliran Wang Tunai

2. Proforma Penyata Perniagaan dan Untung


Rugi

3. Proforma Kunci kira-kira


 
 

203
Indeks
anterior, 30, 34, 35, 37, 44
A anti karat, 74
anus, 38, 36, 42
A. Trapezoids, 28 aorta, 39
Acarina, 118 Aporrectodea calignosa, 28
aerobik, 33, 48, 56, 99 arah, 19
agen pengkomposan, 7, 81 arthropods, 117
air, 16, 18, 30, 36 asid borik, 120
air kencing, 36 Asid Laktik, 47
air lelehan, 68, 73 asimilasi, 17, 22
air minuma, 4 Australia, 79
air tanpa klorin, 60 ayak, 129
akar, 18, 27 ayam, 16, 30, 86, 123
akar pokok, 16, 17 Azobacter sp., 56
Aktinomisit sp., 56
aktinomysin, 66
aktiviti, 5 B
aktiviti mengorek, 16,17 badan diiktiraf, 11
aktiviti pertanian, 15 bahagian hadapan, 30
akuakultur, 51 bahagian tubuh, 35
akuarium, 24 bahagian tumbuhan, 18
alam sekitar, 2, 14, 23 bahan asas, 18
alami, 6, 18 bahan kimia, 12, 15
Alkaligenes sp., 56 bahan kumuh, 37, 42
alternatif, 25, 52 bahan mentah, 145
amalan, 20 bahan organik, 2, 4, 7, 17, 18, 22,
Amerika Selatan, 28 23, 36, 41, 65
amonia, 93, 113 bahan organik reput, 2
anaerobik, 47, 48 bahan organik terurai, 16
anak, 40 baja, 6, 10, 11, 12, 13, 14, 19, 21, 23,
analida, 30 25
Anatomi, 30 baja foliar, 95
Anecic, anekik, 15, 27 baja kimia, 6, 12, 53
Animalia, 26 baja kompos, 7, 8
Annelida, 26
207
baja organik, 13, 25, 50, 132 bibir, 41
baja pokok, 14 bidang pertanian, 6
baja tanaman, 6 bidang ternakan, 25
baja vermikompos, 79 biofuel, 52
bakteria, 7, 18, 82 biologi, 16, 26
Bakteria anaerobik, 103 biologikal, 6
bakteria mesofilik, 65 biomas, 9, 24, 51, 63, 76, 87, 126
bakteria pengurai nitrogen, 56 Boron, 55
bakteria saikrofilik, 65 buah naga, 133
bangsal, 75 buangan domestik, 4
Banyak Lalat, 107 bubler, 60
batas terbuka, 64, 79 bukaan, 37, 41
Bau, 103 bulu halus, 34, 39
bed, 53, 82 bumi, 27
bekas, 47 burung, 30, 86
bekas berskala kecil, 8 busuk, 48
Bekas kecil, 8 butiran kecil pasir, 42
Bekas Logam, 73
bekas menternak cacing, 102
Bekas Plastik, 71 C
belerang, 109 Cabaran Hidup Moden, 2
Bengkakan, 37
cacing, 7, 11, 14, 15, 16, 17, 28, 30
bentuk lebih bermanfaat, 6
Cacing biru, 28
beralkali, 15, 16, 109 Cacing Harimau, 28, 91
berasid, 15, 16, 48, 104 Cacing Hilang, 109
berat tubuh, 28 cacing induk, 145
berdarah sejuk, 33 Cacing Mati, 106
bergabung tenaga, 23 Cacing Merah, 14, 28
bergerak, 27, 41 cacing putih, 94, 115
berkelenjar, 34 Cacing Tanah, 2, 7, 8, 9, 10, 13, 15,
berminyak, 81 16, 17, 19, 22, 23, 24, 25, 27, 30,
bernafas, 33, 47 31, 33, 34, 35, 36, 37, 40, 42, 44,
beroksigen, 33, 39 45, 79
berotot, 36 cahaya, 27, 33
bersegmen, 30 cahaya matahari, 18
bersinambungan, 19 Cap Dagangan, 139
bertelur, 40, 41 cendawan, 111
berterusan mengorek, 27 cepat membiak, 28
bertulang belakang, 33 cerah, 25, 34
betina, 38, 40 cicak, 86

208
 

BORANG PESANAN BUKU


 
Sila  hantarkan  buku  seperti  di  bawah  kepada  saya.  Saya  faham 
bahawa  saya  berhak  untuk  mengembalikan  buku  yang  diterima  jika 
ianya  tidak  berada  dalam  keadaan  baik.  Bayaran  penuh  akan 
dikembalikan kepada saya tanpa banyak persoalan. 
 
Judul  :   Emas  Hitam,  Resepi  Menternak  Cacing 
Tanah Untuk Buat Duit 
Harga :  RM 49 (termasuk kos penghantaran) 
 
Nama  : ____________________________________________  

Alamat: ____________________________________________  

    ____________________________________________  

    ____________________________________________  

    ____________________________________________  

Poskod: ____________ Bandar : _______________________  

Negeri : __________________________  

No. H/P : _____________________ Tel. : ________________  

e‐mel : ____________________________________________  
 
 
* Borang ini boleh juga difotostat 

221
Borang Pesanan Buku
 
Kaedah pesanan: 

1. Telefon / SMS: 019‐5324 999 
2. E‐mel: mohamadsaat@gmail.com 
3. Pos: Mohamad Saat Bin Sukami 
 1249, Jalan Changkat, 46000 Petaling Jaya, Selangor  
  
Kaedah bayaran: 

Bayaran boleh dibuat menggunakan salah satu kaedah di bawah: 

1. Pindahan wang ke akaun bank.  
No akaun  : 1602 1401 5079 (Maybank) 
Nama    : Mohamad Saat Bin Sukami 
E‐mel  /  SMS  butir‐butir  pemindahan:  nama,  alamat,  tarikh 
pemindahan, masa dan nombor rujukan. 

2. Wang  pos  atau  kiriman  wang.  Sila  tuliskan  nama 


penerima : Mohamad Saat Bin Sukami.  
Penghantaran buku: 

1. Buku akan dihantar apabila bayaran secukupnya diterima. 
2. Buku akan dihantar menggunakan Pos Ekspress. 
Buku ini juga boleh didapati melalui: 

1. Alismeru, 019‐394 2827. 
2. AZR Agrocentre, 03‐31803996, www.azragrocentre.com. 
3. K. Juslly Elis, 019‐851 0177. 
4. Nur Ikhlas Resources, 012‐295 0605, www.nurikhlasrcs.com. 
 

222

Anda mungkin juga menyukai