Anda di halaman 1dari 22

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Jadual Spesifikasi Ujian


Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu
dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi
komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan.

Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan
pelajaran/objektif pengajaran. Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat
ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh
pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi
kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).

Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran
dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula
menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru
tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.

Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua
kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum
kita memulakan pengajaran.

Pecutan Akhir Nota Penilaian dan Pentaksiran


Indeks kesukaran item

0-0.20 terlalu sukar,


0.21-0.40 sukar,
0.41-0.60 sedarhana sukar,
0.61-0.80 mudah,
0.81-1 terlalu mudah.

Kebaikan ujian Pentadbiran pengukuran/ujian melalui komputer.

1. Dilaksanakan dengan cepat dan tepat


2. Mudah utk memeriksa jawapan.
3.Tidak menimbulkan apa-apa isu, penggunaan bertambah pesat.
4. Dapat menjimatkan masa dan ber peratusan yg tepat.

Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian


1. Menentukan objektif ujian
2. Menentukan isi ujian

3. Mengisi lajur kandungan

4. Mengisi lajur kemahiran

5. Menentukan jenis dan bilangan soalan

6. Menyemak sebaran soalan

7. Menentukan aras kesukaran soalan


Ciri-ciri Utama Jadual Spesifikasi Ujian
 Aras kesukaran
 Peruntukan peratusan item yang akan diuji.

 Kandungan topik

 Aras kemahiran

 Bilangan soalan

 Bentuk dan tempoh ujian.

Konsep Jadual Spesifikasi Ujian


 Satu bentuk 'blueprint' yang dapat membantu guru menyediakan soalan mengikut kriteria tertentu untuk
menghasilkan sebuah ujian yang mempunyai keutuhan dan kesahan yang tinggi.

Faktor-faktor yag boleh meningkatkan kebolehpercayaan


1. Arahan perlu jelas dan tepat.
2. Penyataan soalan perlu jelas dan tepat.

3. Soalan hendaklah seragam (homogen).

4. Situasi masa menjalankan ujian mestilah terkawal.

5. Elakkan gangguan kepada pelajar.

6. Elakkan kebimbangan pelajar.

KEBOLEHPERCAYAAN:
KETEKALAN UJIAN MENGUKUR APA YANG HENDAK DIUKUR.

Jenis-jenis ujian
1. Ujian bakat
2. Ujian personaliti

3. Ujian pencapaian

4. Ujian prestasi

5. Ujian diagnostik

6. Ujian kecekapan

7. Ujian kecerdasan

8. Ujian rujukan norma

9. Ujian rujukan kriteria

Ciri-ciri pentaksiran yang baik.


1. Kekomprehensifan
2. Keobjektifan

3. Kebolehtadbiran

4. Kesahan skor

5. Kebolehpercayaan skor

6. Kemudahtafsiran

Kepentingan pentaksiran
 Mendapatkan gambaran prestasi murid dalam P&P.

 Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses P&P.

 Guru boleh memperbaiki proses P&P.

Penilaian Melalui Projek


Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan
serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali.

Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang
munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

Penilaian cara ini berupa aktiviti aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan
kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).

Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?


 Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab
 Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
 Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

Ciri-ciri Penilaian Projek


 Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
 Jangka masa yang panjang
 Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
 Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
 Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
 Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
 Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan
membuat tugasan bersama orang lain.
 Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
 Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
 Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

Jenis-jenis penilaian Projek


 Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
 Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
 Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
 Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.


Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

Perbezaan ujian sumatif dan ujian formatif


Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau
objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau
subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan
utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif
dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk
pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk
menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif
diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
Penilaian Melalui Portfolio

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar
dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks
pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh
digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang
teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan
pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Tujuan portfolio ialah untuk :


 Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui
pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
 Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.

 Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Kegunaan Portfolio
 Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
 Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.

 Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

 Menilai secara sumatif pembelajaran.

 Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Ciri-ciri Portfolio
 Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja,
pengalaman dan harapan.
 Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar
menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja
lapangan.
 Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus
direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
 Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja
yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
 Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak
kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

 Portfolio Kerja Harian


 Portfolio Hasil Terbaik
 Portfolio Dokumen

Kebaikan Penilaian Portfolio


 Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
 Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
 Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
 Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan
pembelajaran yang diberi oleh guru.

Ujian pencapaian
 Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh
mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui
dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

Ujian diognastik
Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara
terperinci. melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini
secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak.

Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu :


soalan dibahagikan kepada beberapa bahagian :
 Diagnostik Pengamatan

 Diagnostik Lisan

 Diagnostik Tulisan

Diagnostik Pengamatan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi
mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru
dan dilakukan oleh murid.

Diagnostik Lisan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak
mata, membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan
pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan.

Diagnostik Tulisan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan
mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan
menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur. Sebahagian soalan akan
menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan
comot, struktur ayat yang bercampur aduk hufur besar dan kecil.

Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan
murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid A, B
dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan. Jika murid C,
G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.

Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.

Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai.

Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-

i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor

Jenis-jenis soalan objektif dalam pengujian dan penilaian kemahiran bahasa Melayu.
Ujian Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling
baik. Antara item ujian ini termasuklah:

1. Item Respons Bebas


i. Jenis soalan:

contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

2. Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)


Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada
dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

3. Item Salah - Betul


Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan
dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada
penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

4. Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar
dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan
objek/ perkara di sebelah kanan.
5. Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item
aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan


b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi

6. Item Jenis Cantuman


Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar
sekolah rendah .

Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan,
ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.

Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam
sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya.

Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat
yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Grafik

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan
keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud
‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat
berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah
program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat
berkesan.

Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau
sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik
juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat
dan konsisten antara individu yang berbeza.

Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej
yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai
daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis
komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang
mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan
oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.

Kepentingan Grafik

Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih
berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu
maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam
komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu
maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga
bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.

Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi
lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di
sesebuah laman web.

Skala Likert, Skala Guttman, Skala Thurstone

Pelbagai bentuk skala yang dapat digunakan dalam pengukuran bidang pendidikan, iaitu: skala Likert, skala
Guttman, dan skala Thurstone.

1. Skala Likert (1932)

Skala Likert adalah skala yang dapat digunakan untuk mengukur sikap, pendapat, dan persepsi seseorang atau
sekelompok orang mengenai suatu gejala atau fenomena pendidikan.

Dalam skala Likert terdapat dua bentuk pernyataan iaitu pernyataan positif yang berfungsi untuk mengukur sikap
positif, dan pernyataan negatif yang berfungsi untuk mengukur sikap negative objek sikap.

Skor pernyataan positif dimulai dari 1 untuk Sangat Tidak Setuju (STS), 2 untuk Tidak Setuju (TS), 3 Tidak Pasti (TP),
4 untuk Setuju (S), dan 5 untuk Sangat Setuju (SS). Skor pernyataan negative dimulai dari 1 untuk sangat setuju (SS),
2 untuk setuju (S), 3 untuk tidak pasti (TP), 4 untuk tidak setuju (TS), dan 5 untuk sangat tidak setuju (STS).

Beberapa penyelidik menghilangkan pilihan “Tidak Pasti” dalam instrument penyelidikan untuk memudahkan
penyelidik melihat sikap siswa sesungguhnya sesuai dengan yang responden isikan.

2. Skala Guttman (1944)

Skala Guttman ialah skala yang menginginkan jawaban tegas, seperti jawaban benar - salah, ya - tidak, pernah -
tidak pernah, positif - negative, tinggi - rendah, baik - buruk, dan seterusnya.

Pada skala Guttman, hanya ada dua interval, iaitu setuju dan tidak setuju. Skala Guttman dapat dibuat dalam
bentuk pilihan ganda mahupun daftar checklist. Untuk jawaban positif seperti benar, ya, tinggi, baik, dan
semacamnya diberi skor 1; sedangkan untuk jawapan negatif seperti salah, tidak, rendah, buruk, dan semacamnya
diberi skor 0.

3. Skala Thurstone (1928)

Skala Thurstone adalah skala yang disusun dengan memilih butir yang berbentuk skala interval. Setiap butir
memiliki kunci skor dan jika disusun, kunci skor menghasilkan nilai yang berjarak sama. Skala Thurstone dibuat
dalam bentuk sejumlah (40-50) pernyataan yang relevan dengan variable yang hendak diukur kemudian sejumlah
ahli (20-40) orang menilai relevansi pernyataan itu dengan konten atau konstruk yang hendak diukur.
Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan atau reliability ialah satu konsep yang merujuk kepada ketekalan (consistency) dan
kestabilan (stability) sesuatu ukuran, alat ukur kajian atau soal selidik. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada
ukuran itu memberikan jawapan yang sama apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada
populasi atau sampel atau responden yang sama.

Kebolehpercayaan merujuk kepada takat ketekalan alatpengukur itu mengukur apa yang hendak diukur. Alat ukur
yang mengukur sesuatu gagasan atau pembolehubah dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi. Sebaliknya, alat ukur yang menghasilkanmarkah yang berubah-ubah bagi mengukur gagasan atau
pembolehubah yang sama dikatakan tidak tekal seterusnya mempunyai kebolehpercayaan yang rendah

Jenis-jenis Kebolehpercayaan (Reliability)

(a) Konsisten dalaman (internal consistency) -Satu ujian diambil hanya sekali. Mengukur sejauh mana item dalam
satu ujian adalah konsisten antara satu sama lain dan dengan keseluruhannya.

Terdiri daripada tiga jenis:

i) Kebolehpercayaan belah dua (split-half reliability) – item soal selidik atau ujian dibhagaikan kepada
dua bahagian. skor berasingan dikira untuk setiap ujian. Pekali kebolehpercayaan kedua skor diperolhi
dengan menggunakan rumus Spearman-Brown

ii) Kebolehpercayaan Kuder-Richardson 20 & 21 (KR20, KR21) – untuk instrumen yang mempunyai item
dikotomi.

iii) Kebolehpercayaan Cronbach’s alpha – digunakan untuk instrumen berskala pelbagai seperti likert
scale, Thurstone, Guttman atau Semantic Differential.

Kesahan
Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan
kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik
dan berkualiti.

Kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan. Ia bertujuan untuk memastikan
sama ada ukuran/indikator yang digunakan itu mengandungi semua ciri atau gagasan yang harus ada dalam konsep
yang diukur itu. Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian itu mengukur apa yang hendak diukur;

Terdapat dua jenis kesahan iaitu:

Kesahan dalaman (internal validity) iaitu sejauh mana perkaitan antara pemboleh ubah itu dapat dipastikan. Bagi
menentukan kesahan dalaman, penyelidik boleh mengunakan beberapa kaedah seperti tringulasi, pemeriksaan
rakan, semakan rakan, kenyataan pengalaman, pilih kasih atau pengharapan.

Kesahan luaran (external validity) iaitu sejauh mana data itu dapat dipanjangkan pada populasi dan dalam konteks
yang berbeza-beza. Manakala bagi kesahan luaran, ia boleh dilihat dalam ketebalan atau banyaknya penerangan,
penggunaan pelbagai tema dan variasi yang maksimum.

Penyelidikan Kaedah Kualitatif


A type of educational research in which the researcher relies on the views of participants, asks broad, general
questions, collects data consisting largely of words (or text) from participants, describes and analyses these words
for themes, and conducts the inquiry in a subjective, biased manner.

(Cresswell, 2008)

Qualitative research is the collection, analysis, and interpretation of comprehensive narrative data in order to gain
insights into a particular phenomenon of interest.

(Gay, Mills, Airasian, 2006)

Kajian kualitatif menyokong kefahaman yang mendalam, menyeluruh berkaitan sesuatu fenomena. Kajian kualitatif
menyediakan kefahaman mendalam mengenai kompleksiti yang selalu berlaku dan menyediakan pengetahuan
yang konkrit dan mendalam bagi memahami sesuatu fenomena. Kajian kualitatif juga menyediakan kefahaman
dalaman berkaitan makna setempat berkaitan aktiviti dan amalan peserta di samping menghasilkan perbandingan
kefahaman mengenai fenomena yang dialami oleh pelbagai peserta dalam persekitaran yang berbeza.

Jenis-jenis kajian kualitatif:


1. Kajian kes : kajian berkenaan usaha untuk memahami individu atau entiti tertentu
2. Etnografi : Usaha untuk menerang dan menganalisis semua atau sebahagian daripada budaya sesuatu
komuniti dengan mengenalpasti dan menerangkan amalan dan kepercayaan peserta

3. Ethology : Kajian membanding antara beberapa budaya.

4. Interaksi simbolik : Usaha untuk mencari kefahaman lazim yang dapat meenyebabkan interaksi antara
peserta.

5. Kajian tindakan : Usaha untuk mencari penyelesaian atau menambahbaik masalah praktikal dalam
persekitaran masalah itu berlaku.

6. Kajian sejarah : Mengenalpasti sesuatu fenomena berpandukan analisis dokumen, relik dan temubual.

Ciri-ciri kajian kualitatif:

1. Penyelidik melibatkan diri dalam persekitaran yang dikaji


2. Data membayangkan perspektif peserta

3. Sumber data adalah dunia sebenar atau konteks asli

4. Lazimnya data berbentuk naratif

5. Penyelidik memberikan fokus kepada interaksi personal dengan peserta.

6. Penyelidik mengelak – daripada memberikan andaian atau keputusan awal berkenaan kajian

7. Data dianalisis secara induktif


8. Kaedah menyediakan kejelasan, maklumat lengkap membayangkan suara refleksi peserta.

Kesahan Kajian :

Darjah pengumpulan data kualitatif yang mengukur apa yang sedang dikaji. Terdiri daripada dua komponen

(i) Keyakinan – Credibility, Transferability, Dependability, Confirmability

(ii) Kefahaman - Descriptive validity, Interpretive validity, Theoretical validity, Evaluative validity

Kebolehpercayaan Kajian :

Consistent – pengukuran data melampaui masa dan Kebolehpercayaan pandangan kualitatif termasuk
kebolehpercayaan teknik yang digunakan mengumpul data.

Kebolehpercayaan diperlukan, tetapi kesahan lebih utama

Kajian Kolerasi

Penyelidikan korelasi adalah satu penyelidikan jenis deskriptif yang menerangkan hubung kait atau perhubungan di
antara dua pemboleh ubah.

Dua pemboleh ubah ini boleh dikaitkan menggunakan pekali korelasi melalui tiga hubungan: (1) hubungan positif,
(2) hubungan negatif, dan (3) tidak ada hubungan.

Selain daripada hala atau arah, pekali korelasi juga menunjukkan magnitud atau darjah hubungan atau perkaitan
tersebut.

Hubungan antara pemboleh ubah yang dikenal pasti ini boleh membantu penyelidik meramal sesuatu fenomena.

Temubual
Jenis-jenis temubual:

- temu bual berstruktur,


- temu bual semi struktur,
- temu bual tidak berstruktur.

Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat.
Aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual:
- menentukan jenis temu bual dalam kajian;
- rancangan temu bual;
- stail, kandungan dan susunan soalan temu bual;
- ciri-ciri soalan temu bual yang baik;
- aras bahasa dalam temu bual;
- penyusunan soalan temu bual dan
- tempoh sesi temu bual (Chua, 2006).

Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk
menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.

Kaedah temu bual


- temu bual bersemuka,
- temu bual tidak bersemuka dan
- temu bual bantuan komputer.

10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik


- tidak mulakan sesi temu bual yang dingin,
- sentiasa sedar tentang tujuan temu bual,
- soalan ditanya secara semula jadi,
- soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat,
- berwatak sebagai pendengar yang baik,
- pakaian dan penampilan yang sesuai,
- tempat yang selesa,
- menghormati responden,
- berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan ,dan
- menghargai responden

Soal Selidik

Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk
menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh
penyelidik. Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah
melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan.

Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik:


- sesuai dengan kesediaan responden,
- format instrumen yang sistematik,
- arahan yang jelas,
- surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian
- ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan
(Chua, 2006).

Panduan membentuk item-item soal selidik


- penggunaan bahasa yang mudah,
- selaras dengan responden,
- elakkan soalan yang sukar,
- soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden,
- elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang,
- elakkan soalan yang kabur,
- elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat,
- elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif
(Merican, 2006).

Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala
Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000)

Pemilihan sampel
Cara pemilihan sampel:
- pensampelan rawak mudah(simple random sampling),
- pensampelan berstrata (stratified sampling),
- pensampelan sistematik (systematic sampling) dan
- pensampelan kelompok (cluster sampling).

Kajian Tinjauan

Apakah kajian tinjauan?

Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk
eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial.

Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan
maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006).

Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri
atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi
kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan
menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi.

Ciri-ciri kajian tinjauan:

1. Kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah,


2. Kutipan data yang cepat,

3. Penggunaan saiz sampel yang besar,

4. Maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan

5. Dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian

Rekabentuk Penyelidikan - Kajian Kuantitatif, Kualitatif dan Gabungan

KAJIAN KUANTITATIF (positvis)

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh
diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel
bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif:

i) Kajian Deskriptif (Tinjauan)

ii) Kajian Korelasi

iii) Causal Comparative (Sebab-akibat)

iv) Kajian Eksperimental


KAJIAN KUALITATIF (interpretatif)

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh
dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap.
Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif:

i) Etnografi

ii) Kajian Tindakan

iii) Kajian Kes

iv) Sejarah

v) Naratif

PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF
Data berbentuk angka yang boleh diukur.

KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk
gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian


KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data.
Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta
kajian.

KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji,
mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

ii) Reka bentuk Kajian


KAJIAN KUANTITATIF
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut.

KAJIAN KUALITATIF
Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian


KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik
persampelan tertentu.

KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung
daripada peserta kajian.

v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih
berasaskan kebarangkalian.

KAJIAN KUALITATIF
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)


Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang
diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

Tinjauan Literatur

“The review of the literature involves the systematic identification, location, and analysis of documents containing
information related to the research problem” (Gay,Mills & Airasian, 2006)

Tinjauan literatur ataupun sorotan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku,
dokumen (laporan, prosiding) dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan baru. Proses
tinjaun ini adalah untuk mengenal pasti sama ada sesuatu penyelidikan yang dirancang telah dilaksanakan oleh
penyelidik lain,

Tinjauan literatur adalah rumusan literaur yang ditulis bertujuan menerangkan maklumat dan penyelidikan semasa
dan yang terdahulu. Tinjauan literatur disusun mengikut topik dan laporan sorotan mengikut tema atau kajian
individu. Tinjauan literatur adalah dokumentasi yang diperlukan dalam proposal kajian di Bab 2.

Tinjauan literatur.
 Memantapkan lagi kemahiran individu mencari maklumat dari pelbagai sumber.
 Membina ciri-ciri seorang penyelidik yang sentiasa mengikuti perkembangan bidang penyelidikan semasa.

 Membantu individu mempelajari bagaimana para penyelidik menulis dan mempersembahkan


penyelidikan mereka.

 Mengenalpasti penyelidikan yang sesuai untuk dibandingkan dengan penyelidikan yg akan dijalankan.
 Penggunaan pengkalan data membantu meningkatkan kemahiran merancang dan menyusun bahan-bahan
bacaan yang diperolehi dengan lebih cekap dan efektif.

Objektif Tinjauan Literatur :

1. Membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji.

2. Menemui pemboleh ubah yg relevan dengan tajuk penyelidikan yg baharu.

3. Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan mendapat
perspektif baru dalam topik yang sama,

4. Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan yg hendak dijalankan.

5. Mendapatkan maklumat untuk istilah baru yang diperlukan dalam penyelidikan yuang akan dijalankan.

6. Memahami struktur latarbelakang subjek penyelidikan yang dijalankan.

7. Menghubungkan idea dan teori dengan amalan berkaitan suatu topik penyelidikan.

8. Mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan topik dan masalah
penyelidikan yg akan dijalankan.

Fungsi / Kepentingan Tinjauan Literatur


1. Mengenalpasti apa yang telah dikaji/ dilakukan

2. Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membina rangka kerja logikal yang sesuai dengan topik
dikaji

3. Menyediakan rasional untuk hipotesis yang akan dikaji dan justifikasi kepada keperluan / signifikan kajian

4. Mengenalpasti metodologi kajian yang sesuai digunakan

5. Membantu untuk interpretasi hasil kajian.

Hipotesis Kajian

“Hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan.” Fraenkel (1993)

“Hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati
melalui deduksi.” Ahmad Mahdzan Ayob (1992)
“Hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan
teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku.” Maleske (1995)

Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi menentukan hasilan awal kajian yang hendak
dilaksanakan atau dijalankan dengan menghubungkan dua atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu
kajian.

Jenis – jenis Hipotesis

 Hipotesis Induktif = dibentuk melalui proses cerapan. Penyelidik akan menentukan susur galur dan
kemungkinan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji.
 Hipotesis deduksi = dibentuk daripada teori dan akan memandu penyelidikan ke arah sistem pengetahuan
yang lebih umum.

Kelebihan menggunakan Hipotesis

1. Penyelidikan boleh dilakukan dengan lebih mendalam.

2. Melibatkan falsafah sains.

3. Dapat mengesan atau tidak hubungan antara perkara yang dikaji.

4. Mengetahui perkara yang ingin dikaji.


Ciri – ciri hipotesis

1. Hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan (tidak bersandar)
dengan pemboleh ubah bergerak balas (bersandar) apabila pemboleh ubah lain dimalarkan.
2. Hipotesis mesti berasakan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa hipotesis itu perlu
dibuktikan.

3. Hipotesis itu mesti boleh diuji.

4. Hipotesis mesti ringkas dan jelas.

Jenis-jenis Penyelidikan dalam Pendidikan


Kajian Sejarah:

Membina semula masa silam secara sistematik.


Contoh: Untuk menentukan Aishah benar-benar keturunan Mahsuri.

Kajian Deskriptif:

Memberi penerangan yg sistematik tentang fakta dan ciri2 sesuatu bidang secara tepat dan berfakta.
Contoh: Satu tinjuan pendapat umum utk menilai sikap pengundi.

Kajian Perkembangan:
Menyiasat rentetan pertumbuhan fungsi masa.
Contoh: Kajian Trend - corak perubahan masa lepas untuk meramal corak @ keadaan di masa akan datang.

Kajian Kes/Lapangan:

Mengenalpasti status masa kini yg melibatkan unit sosial (ind. institusi @ komuniti).
Contoh: Kajian intensif tentang sebab-sebab penceraian di kalangan Orang Melayu.

Kajian Kolerasi:

Menyiasat setakat mana variasi dlm satu faktor seimbang dengan variasi dlm satu faktor atau lebih faktor lain
berasaskan pekali variasi.
Contoh: Kajian tentang hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik

Kajian Perbandingan Sebab-Akibat (komparatif):

Mengkaji perkaitan antara sebab dan akibat dgn memerhati beberapa kesan yg wujud serta menyemak semula
data sedia ada bagi mencari faktor2 sebab-akibat.
Contoh: Mengkaji faktor2 yg menjadi sebab utama berlaku kemalangan jalanraya dgn melihat rekod di JPJ atau
PDRM

Kajian Eksperimental:

Menyiasat hubungan sebab dan kesan dengan mendedahkan satu kumpulan percubaan kepada satu rawatan dan
membandingkan keputusan kepada satu kumpulan yang tidak menerima rawatan
Contoh: Untuk menentukan keberkesanan modul motivasi terhadap peningkatan motivasi pencapaian pelajar
sekolah menengah.

Kajian Tindakan:

Membentuk kaedah baru dlm menyelesaikan masalah dgn aplikasi terus dlm bilik darjah.
Contoh: untuk membentuk kaedah baru bagi menarik lebih ramai pelajar bumiputera meminati bidang sains dan
teknologi.

Proses Penyelidikan

Mengenalpasti masalah
Kajian Literatur

Pengumpulan Data

Analisis dan Tafsir Data

Menilai Data dan Menulis Laporan

Kepentingan Penyelidikan Pendidikan


Kepentingan Penyelidikan Pendidikan?

 Menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan (isi jurang ilmu, kembangkan imu, tambah
maklumat drpd individu tertentu thdp ilmu)

 Membantu meningkatkan keberkesanan amalan semasa

 Membantu kefahaman isu semasa (peroleh pelbagai pendapat)

 Meningkatkan kemahiran penyelidikan (pengurusan, analisis, penulisan, komunikasi interpersonal,


pengucapan awam)

Tambahan:
1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran
murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

2. Dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih berkesan;

Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka
dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;

3. Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima
perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

Membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk
tindakan ; dan

4. Tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

Ciri-ciri Penyelidikan
Ia bermula dengan satu persoalan didalam pemikiran seorang penyelidik

Ia memerlukan satu perancangan

Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masaalah

Ia melibatkan permasaalahan utama dengan permasalaahan berkaitan

Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan

Ia melibatkan fakta dan makna fakta

Ia adalah berhubungkait Menghimpun dan Menganalisa Data

Availability (Sumber Tersedia) ia adalah agak sukar untuk mendapatkan data dari menentukan jenis data yang
diperlukan

Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data

Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data samada mencukupi bagi membolehkan kesimpulan sah
dinyatakan

Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah tepat dan sah

Apakah Itu Penyelidikan Dalam Pendidikan?

Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara ,menyelami lebih
lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam.
“Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas
mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan
sejagat.” (Manheim, 1997)

“Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru
dengan menggunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana di
dalam bidang tersebut.” (Helmstadter,1970)

“Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan fakta-
fakta, mengulang semula teori yang diterima di dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang-
undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula.” (Woolf, 1975)

Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang
dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik? Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik,
terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh
diperhatikan (Kerlinger, 1973).

Kesimpulannya, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari
jawapan/makna kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah
dikenal pasti.

Penyelidikan dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah pendidikan dengan tujuan
untuk memahami, menerang, menjangka dan/atau mengawal fenomena pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai