Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

‫الرحِ ي ِْم‬
َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َّ ِ‫بِس ِْم هللا‬

‫علَى آ ِل ِه‬ َ ‫علَى‬


َ ‫سيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َوالعَاقِبَة ِل ْل ُمت َّ ِق ْينَ َوال‬, َ‫ب العَالَمِ ْين‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد هللِ َر‬

َ‫صحَابِ ِه أَجْ َم ِع ْين‬


ْ َ ‫َوأ‬

Ya Allah Ya Karim ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri
Majlis Mesyuarat PIBG Victoria Insitution pada hari ini.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah


Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga
dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .

Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah
yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-
pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati
kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan
masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.

‫ َوالَ تَجْ َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ‫ش ِقيًّا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‬ َ ‫يَتْبَعُنَا‬

ٌ ‫ان َوالَ تَجْ عَ ْل فِ ْي قـُلُ ْو ِبنَا ِغالًّ ِللَّ ِذ ْينَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّكَ َر ُء ْو‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ َ َ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذ ْين‬
ِ ‫سبَقُ ْونَا ِب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬
َ َ‫عذ‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬
َ‫ب ال َعالَ ِم ْين‬ َّ ِ ‫ َوا ْل َح ْمد‬، ‫سلَّ َم‬
ِ ‫ُّلِلِ َر‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ ِب ِه َو‬
َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai