Anda di halaman 1dari 2

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK (1) PETALING JAYA Kod Sekolah: BBB8308

1. Nama Guru PN AMARJEET KAUR

2. Judul WAWASAN PENDIDIKAN: 3. Bidang:Kemahiran


AGENDA PENGISIAN Profesionalisme (Kepimpinan)

4. Tarikh Pembentangan 17 OKTOBER 2017 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
Tema buku ini adalah berkaitan dengan perlunya semua warga kerja pendidikan bersedia
dan menerima perubahan akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku dalam pelbagai
bidang seperti sosial, politik, ekonomi dan teknologi. Perubahan ini menjanjikan masa depan
yang tidak menentu dan keadaan dunia sekarang yang dianggap sebagai global village begitu
memerlukan kita bersedia menghadapi pelbagai bentuk persaingan dengan negara-negara luar.
Justeru, kita perlu meramal apakah yang akan berlaku pada masa akan datang dan mengubah
sikap ”asal buat” atau ”asal siap” dan digantikan dengan budaya kerja cemerlang yang
bersendikan ilmu dan akhlak.

Pengarang cuba mengajak para pembaca memikirkan bagaimana kita sebagai bangsa
Malaysia yang dianggap kerdil mampu bersaing dengan negara-negara kuasa besar. Dalam
buku ini juga, ada membincangkan bagaimana jika kita terus berpegang kepada pengurusan
pendidikan cara tradisional akan menyebabkan kita terus ketinggalan. Sebenarnya, apa yang
hendak ditekankan ialah usaha kita membina bangsa Malaysia yang maju bukan sahaja dari
segi pembangunan malahan seimbang dari segi keharmonian rohani, jasmani dan emosi serta
berketrampilan sesuai dengan matlamat Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

Begitu banyak persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini berkisar tentang cara kita hendak
menghadapi dan melaksanakan perubahan. Antaranya berkait rapat dengan budaya kerja.
reflective rationality merupakan satu cara pengurusan yang mana kuasa mentadbir dan
menjalankan sebarang program di sekolah diberi kepada guru-guru dan pihak JPN atau
Kementerian hanya menyelia semua aktiviti tersebut. Sistem ini mungkin akan menghilangkan
status quo yang telah lama dikuasai oleh para pegawai atasan sebelum ini. Ini mungkin
menyebabkan mereka rasa tidak selesa.

Sementara budaya kerja berorientasikan technical rationality adalah mereka yang


konservatif, anti perubahan dan suka kepada red tape. Bagi saya, kedua-dua kaedah ini perlu
kerana kaedah yang pertama akan membawa kepada perasaan dihargai dan diperlukan dalam
kalangan pendidik di sekolah. Mereka tidak lagi perlu menunggu arahan untuk menjalankan
sebarang perubahan. Walau bagaimanapun, kaedah kedua masih perlu terutamanya dalam
perkara-perkara seperti kursus pengajian, kandungan kurikulum, kewangan dan kehadiran.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Apabila disebut tentang perubahan, seorang pemimpin di sekolah haruslah bersikap


mempunyai imaginasi yang tinggi, melangkaui batas kebiasaan dan rutin agar hasil yang
ditampilkan adalah dalam bentuk inovasi dan imaginative. Mereka harus sedar bahawa
kebiasaan dan pengulangan kerja yang serupa akan menghasilkan keluaran yang stereotaip
dan imitative. Kita lihat sahaja lepada pengurusan jadual waktu di bilik darjah. Sudah berdekad-
dekad ia disusun sebegitu rupa sehingga ia menjadi penlaziman dalam mengukur proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Akibatnya, guru-guru yang mengajar akan merasakan
bahawa tidak ada perubahan yang perlu dilakukan kerana itu sájala cara jadual kerja yang paling
baik. Begitu jugalah denga buku rancangan mengajar yang mana antara isi kandungan yang
sering kali ada di dalamnya ialah rancangan pengajaran tahunan dan sukatan pelajaran yang
sama dibuat salinan semula setahun demi setahun tanpa sebarang perubahan.

Instrumen penilaian bukan lagi bergantung kepada senarai semak, manual prosedur
kerja, jadual waktu, daftar kehadiran dan sukatan pelajaran. Tetapi sebaliknya dilihat dari segi
keanjalan jadual waktu, perencanaan buku rekod mengajar, susun atur bilik darjah dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan haruslah ke arah pencapaian wawasan, misi
dan objektif kecemerlangan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai